|
|
|
UMNO SABAH KESAL KENYATAAN DOMPOK PADA KONVENSYEN UPKO |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 17 August 2010 12:03 |
|

Salleh bersama Dompok dan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dalam satu acara di Kota Kinabalubaru-baru ini. KOTA KINABALU: UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.
"Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO.
|
|
Last Updated on Tuesday, 17 August 2010 12:05 |
|
Read more...
|
|
LORI TERBALIK, PENGGUNA TERKANDAS |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 17 August 2010 11:59 |
|
Keadaan lori terbalik dan melintang jalan raya
SANDAKAN: Lebih 300 kenderan terkandas di Jalan Ranau-Telupid kira-kira 5 Kilometer dari Nunukragang selepas sebuah lori tangki minyak mentah terbabas berhampiran Kampung Nabuton sejak petang Isnin.
Kejadian kira-kira 200 km dari Sandakan itu dikatakan berlaku sejak jam 5 petang Isnin dan menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 10 km dari kedua-dua arah.
Difahamkan, lori tangki minyak terbabit dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk menghantar minyak sawit mentah.
Sementara, pemandu lori berumur lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan. |
|
Last Updated on Tuesday, 17 August 2010 12:01 |
|
|
MUSA MAHU ANGGOTA UMNO BANTU JAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN NEGERI |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 17 August 2010 12:01 |
|

Musa bersama Datuk Salleh Said Keruak dan Datuk Masidi Manjun di KKIA baru-baru ini. KUDAT: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu anggota Umno di negeri ini membantu menjayakan agenda pembangunan negeri untuk kemudahan rakyat.
Beliau berkata sehubungan itu, anggota Umno perlu merapatkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan, kerjasama dan keikhlasan dalam perjuangan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang dirancang.
"Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu terus memantapkan kekuatan Umno di semua peringkat terutama di peringkat akar umbi iaitu peringkat yang menjadi nadi utama dan tunjang kekuatan parti selama ini," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Umno zon utara di Masjid As-Syakirin, di sini Selasa. |
|
Last Updated on Tuesday, 17 August 2010 12:03 |
|
Read more...
|
|
MAYAT REMAJA LEMAS DITEMUI |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 17 August 2010 11:57 |
|

Mayat mangsa diusung ke kenderaan untuk dibawa ke hospital
TENOM: Remaja yang lemas di Sungai Padas berhampiran Kg.Angan-Angan ditemui mati terapung kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh penduduk kampung dan anggota Bomba dan Penyelamat pada jam 12.20 tengah hari Selasa. Mangsa dikenali Winchester Sylvester Kisar, 15.
Polis yang mengesahkannya berkata, penemuan mangsa pada tengah hari Selasa menamatkan operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan anggota Polis, Bomba dan penyelamat, RELA dan orang kampung yang turut sama mencari mangsa. Katanya, operasi mencari dan menyelamat masuk ke hari ketiga dan akhirnya mayat mangsa ditemui terapung ditengah sungai dengan tersangkut didahan kelapa sawit yang berada didalam sungai Padas pada jam 12.20 tengah hari. |
|
Last Updated on Tuesday, 17 August 2010 11:59 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 2 of 147 |