ZIARAH RAMADAN ARIFIN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 17 August 2010 11:55

Arifin (tengah) dalam salah satu program Ziarah Ramadan

MEMBAKUT: Wakil Rakyat Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif meraikan sambutan Ramadan bersama umat Islam di kawasannya menerusi program Ziarah Ramadan.

Selain berbuka puasa, Mohd Arifin turut bersama-sama umat Islam di beberapa buah masjid dan surau menunaikan solat terawih.

Antara yang dikunjungi itu termasuklah Masjid Kampung Binsuluk, Kampung Bambangan manakala surau termasuklah Kampung Rancangan Mawao dan Lumantak.

Program Ziarah Adun Membakut itu turut dijayakan oleh beberapa agensi seperti Yayasan Sabah dan juga JASA.

 

Last Updated on Tuesday, 17 August 2010 11:57
 
JANGAN KUFUR NIKMAT: NASIR PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 17 August 2010 11:51

Nasir (tiga kanan) diringi A.M.Ibnu (lima kiri); Ahmad Mokthar (empat kiri); Juak Borneo (kanan) dan Abdul Lapdati (dua kanan) menyampaikan zakat kepada penerima dari asnaf Fakir,Miskin dan Mualaf kampung Bangau-Bangau.

SEMPORNA: Rakyat tidak seharusnya kufur nikmat dan tidak berterusan menafikan pembangunan yang telah disumbangkan kerajaan kepada seluruh rakyat yang memerlukan pembelaan di negeri ini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kerajaan sentiasa prihatin dan memeduli keperluan rakyat secara berperingkat serta keutamaan.

Nasir berkata,sempena bulan Ramadhan Al-Mubaraq,umat Islam seharusnyalebih mengutamakan peningkatan amal ibadah sambil bermuhasabah diri sambil sama-sama mendidik anak-anak melakukan ibadah seperti solat Tarawih dan bertadrus Al-Qur'an di surau dan masjid.
Last Updated on Tuesday, 17 August 2010 11:55
Read more...
 
YAHYA TERIMA KUNJUNGAN PANDIKAR AMIN MULIA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 29 July 2010 00:21

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah memenerima kunjungan hormat daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Kelihatan, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri mesra bersama Pandikar semasa kunjungan itu.

Last Updated on Thursday, 29 July 2010 00:23
 
MUSA DAN SALLEH KEMBALI KE SABAH PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 14 August 2010 09:53

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas lawatan ke Mesir dan mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Ketibaan mereka dan rombongan disambut oleh beberapa menteri Kabinet negeri serta pemimpin politik tempatan.

Last Updated on Saturday, 14 August 2010 10:58
 
SALLEH BERSAMA PEMIMPIN LAIN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 29 July 2010 00:19

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berbual dengan Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dalam satu majlis sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, ke Sabah baru-baru ini.

Last Updated on Thursday, 29 July 2010 00:21
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 3 of 147

Weather

Sabah Travel Map Guide

Hotel Booking & Reservations