Masyarakat desa perlu tingkat sosioekonomi PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 08 November 2009 00:22

BEAUFORT: Masyarakat di luar bandar perlu berusaha dan berkerja lebih keras meningkatkan produktiviti dalam menjana taraf sisioekonomi mereka seharian.

  Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, mereka (rakyat) tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebaliknya perlu lebih tekun berusaha bagi mengubah landskap kehidupan mereka agar mereka dapat keluar dari garis kemiskinan.
  "Kerajaan memang prihatin kepada rakyat yang diketegori miskin, namun bantuan yang diberikan tidak akan mampu mengubah sepenuhnya taraf kehidupan mereka sebaliknya mereka perlu lebih berusaha dan berkerja meneroka pelbagai bidang yang berpotensi untuk menjana taraf siso ekonomi mereka seharian,” katanya ketika berucap menyampaikan bantuan Bakul Makanan Seimbang (PTMS) kepada 34 orang Isi Keluarga dari kawasan DUN Klias dan Lumadan di Pejabat Kemas Beaufort.
  Hadir sama di majlis tersebut Pegawai Kemas Daerah Beaufort Azril Yazan,Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort Rbert Stidi.
  Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort selain bantuan yang disalurkan kepada golongan sasar ini, pelbagai kemudahan lain juga turut disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneroka pelbagai industry terutamanya, pertanian, industri Kecil dan sederhana,perikanan dan sebagainya.
  “Melalui jabatan serta agensi yang terlibat kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat turut disediakan bagi membantu penduduk luar Bandar untuk berusaha dalam pelbagai bidang antaranya bidang pertanian dan (IKS),” tambah Lajim.
  Dalam perkembangan berkaitan Ketua Umno bahagian Beaufort ini juga meminta pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi agar tidak lepas tangan dalam membantu mereka yang diketegorasikan sebagai golongan yang memerlukan bantuan.

 

Last Updated on Sunday, 08 November 2009 00:24
 

Weather

Sabah Travel Map Guide

Hotel Booking & Reservations