VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
GAJI MENTERI, ADUN DI SABAH NAIK
Written by Administrator
Monday, 03 August 2009 23:31
PDF Print E-mail

KOTA KINABALU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) 1981 yang menyaksikan kenaikan gaji pokok bulanan sekitar 10 peratus bagi Ketua Menteri, anggota kabinet negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh, ketika membentangkan rang undang-undang itu, berkata penyelarasan gaji itu berpatutan dan wajar dengan mengambil kira kenaikan kos barangan dan perkhidmatan semasa serta beban tugas dan tanggung jawab yang dipikul.

Katanya ia juga selaras dengan pemberian kenaikan gaji antara 10 dan 30 peratus kepada anggota perkhidmatan awam.

Pelarasan terakhir untuk anggota pentadbiran dan anggota Dewan Undangan Negeri Sabah dibuat pada 2000, dan oleh itu semakan bagi penyelarasan yang baru amat wajar, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.

Menerusi pindaan itu, Radin berkata saraan atau gaji Ketua Menteri naik daripada RM14,300.00 kepada RM15,730.00, Timbalan Ketua Menteri daripada RM12,650.00 kepada RM13,915.00 dan Menteri daripada RM9,900.00 kepada RM10,890.00.

Beliau berkata gaji Speaker pula naik daripada RM9,900.00 kepada RM10,890.00 manakala timbalan Speaker dan pembantu menteri masing-masing menikmati kenaikan yang sama daripada RM7,700 kepada RM8,470.00

Radin berkata gaji bagi 60 anggota Dewan Undangan Negeri juga naik daripada RM3,300 kepada RM5,300 manakala setiausaha politik naik daripada RM3,300 kepada RM3,630.00.

Dewan Undangan Negeri Sabah turut meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan pertama (2009) yang memerlukan peruntukan tambahan RM294,152,020.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan tambahan yang terbesar dalam anggaran perbekalan tambahan pertama itu adalah RM54.8 juta yang diperlukan antara lain menampung kos kerja-kerja mendesak bagi menyenggara dan membaiki paip air utama yang sudah lama dan bocor, penyenggaraan dan pembaikan paip retikulasi serta sambungan paip yang rosak.

Beliau berkata kerja penyenggaraan dan pembaikan itu perlu diteruskan bagi memastikan kemudahan bekalan air kepada para pengguna tidak terjejas.

Peruntukan tambahan RM25 juta juga diperlukan untuk menampung kos pemindahan paip air utama yang terlibat dalam projek pembesaran jalan raya manakala RM8.5 juta dikehendaki untuk menampung kos penyenggaraan dan penggantian jangka air yang sudah lama dan rosak, katanya.

Musa berkata peruntukan tambahan lain akan dibelanjakan untuk menampung perbelanjaan skim bantuan khas kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, membaik pulih kerosakan kemudahan awam akibat banjir dan ribut dan perbelanjaan emolumen dan operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia).

Last Updated on Monday, 03 August 2009 23:32