VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
BOT TANGKAP UDANG DITAHAN
Written by Administrator
Sunday, 12 July 2009 20:59
PDF Print E-mail

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau menahan 10 buah bot pukat tunda di muara Sungai Barantian semalam kerana disyaki menjalankan aktiviti menangkap udang di luar kawasan yang dibenarkan.

Ketua PGM Tawau, DSP Husaini Zainal Abidin, berkata bot beserta kira-kira 40 orang awak-awak berkenaan ditahan kira-kira pukul 11 pagi.

"Mereka menangkap ikan di kawasan yang dikhaskan untuk nelayan tradisi iaitu kurang dua batu nautika dari kawasan pantai. Kegiatan mereka ini boleh menjejaskan ekosistem kawasan berkenaan.

"Kita perlu ingat kawasan hutan bakau merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis hidupan marin dan kegiatan pukat tunda berkenaan akan menjejaskan pendapatan nelayan kecil," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Husaini berkata kesemua bot berkenaan adalah milik rakyat tempatan namun ada antara awak-awaknya yang berumur antara 20 hingga 40 tahun di bot-bot berkenaan adalah rakyat asing dan diambil bekerja secara sah.

Husaini berkata ada antara bot pukat tunda berkenaan sudah melakukan kesalahan serupa antara tiga hingga empat kali namun masih melakukannya.

Di bawah Akta Perikanan 1967 pihak berkuasa boleh menyita bot dan menarik lesen operasi bot berkenaan jika melakukan kesalahan sehingga empat kali.

Katanya kesemua bot pukat tunda berkenaan dan awak-awak mereka akan diserah kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

Sepanjang tahun lalu PGM Tawau merekodkan 10 kes di bawah Akta Perikanan dan meningkat kepada 37 kes sehingga Julai tahun ini.

Dalam perkembangan lain PGM Tawau juga berjaya merampas pelbagai jenis barangan pengguna termasuk gula pasir dan minyak masak bernilai RM16,000 yang cuba diseludup keluar dari negara ini menggunakan bot penumpang ekspres dan bot jongkong semalam.

Husaini berkata barangan berkenaan dirampas dalam aktiviti rondaan Ops Octopus dan Ops Tayang di kawasan perairan Kampung Titingan dan Sabindo petang semalam. Dua suspek termasuk seorang wanita berumur antara 16 hingga 50 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

Last Updated on Sunday, 12 July 2009 21:06