VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
JAMBATAN SEMPORNA KE PULAU BUM-BUM DIBINA APABILA EKONOMI PULIH
Written by Administrator
Saturday, 30 May 2009 22:32
PDF Print E-mail

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan akan meneruskan rancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Semporna dengan Pulau Bum-Bum apabila keadaan ekonomi negara pulih.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata keadaan kemelesetan ekonomi sekarang menyebabkan projek jambatan berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

"Kita akan berusaha untuk merealisasikan projek ini apabila keadaan ekonomi negara pulih sepenuhnya," katanya ketika berucap merasmikan program Mesra Rakyat di Kampung Terusan, Pulau Bum-Bum dekat sini hari ini.

Menurut Shafie, beliau menyerahkan kepada agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya untuk menilai semula kos semasa pembinaan jambatan berkenaan.

Shafie berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan RM6 juta untuk menaik taraf jalan raya di pulau Bum-Bum bagi kemudahan kira-kira 20,000 penduduk pulau tersebut.

Mengenai pembangunan Kelas Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Shafie berkata pada masa ini terdapat 816 buah kelas seumpama itu di seluruh Sabah dengan 828 orang guru.

Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan persekutuan menyediakan peruntukkan berjumlah RM60.3 juta bagi menambah baik program Kemas di negeri itu.

Mengulas mengenai masalah pelajar di Semporna yang tidak memiliki kad pengenalan walaupun mereka layak memilikinya, Shafie yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna berkata perkara berkenaan sudahpun dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kita tidak mahu ada rakyat negara ini yang terpinggir akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri sedangkan mereka layak untuk memperolehinya," katanya.

Menurut Shafie masalah berkenaan bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi di beberapa negeri di negara ini terutama di kawasan luar bandar.

Last Updated on Saturday, 30 May 2009 22:33