VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
HIDUP HARUS SENANTIASA BERSYUKUR.....
Written by Administrator
Thursday, 16 August 2012 12:05
PDF Print E-mail


RAMADHAN kau akan pergi tidak lama lagi...Sedih!..Kau telah memberikan kami ruang untuk belajar lebih bersyukur. Kau mengingatkan kami tentang kelemahan, kealpaan dan kelalaian kami selama ini mengabaikan Allah SWT.

Apakah kami insan yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan?.. Kata ALlah SWT “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingakari (nikmatku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih (Ibrahim: 7)”  

Sesungguhnya hidup kita harus senantiasa bersyukur, kenapakah selama ini bermaca-macam perkara yang kita runggutkan. Kekurangan makanan? Kekurangan pangkat? Harta? dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya berpuasa kali ini telah mengajar kita erti bersyukur.

Alhamdulillah!!....masih belum terlambat untuk kita sedar, sifat ini perlu disemai dan dikekalkan. sebelum kita mengeluh tentang ketidaklazatan makanan yang kita makan, fikirkanlah tentang mereka yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

Ada anak-anak yang berebut-rebut dalam sepinggan nasi, ada pula yang mati kebuluran kerana langsung tidak makan berhari-hari. Bagi mereka berpuasa itu sudah kebiasaan. Bagi kita berpuasanya pada siang hari.Alangkah bersyukurnya kita di sini.

Sebelum kita mengeluh tentang ketiadaan baju baru raya nanti, fikirkanlah tentang orang lain yang lain yang ketiadaan pakaian di tepian jalan. Mereka terpaksa mencari tempat berteduh kerana kesejukan, semata-mata menahan diri suana dingin. Alangkah sedihnya hidup mereka.  

Sebelum kita mengeluh bahawa keadaan hidup kita buruk, fikirkanlah tentang mereka yang berada dalam keadaan yang terburuk di dalam hidup mereka, tidak ada tempat bergantung.

Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkanlah tentang mereka yang tidak mempunyai suami atau isteri, mereka berdoa siang dan malam untuk dipertemukan jodoh oleh Tuhan. Alangkah sengsaranya mereka.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah kita yang kotor kerana ketiadaan pembantu, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di tepian jalan, hanya menumpang di kaki lima, di manakah mereka tidur? Alangkah sedihnya perasaan melihat keadaan ini.

Sebelum kita menunjukan jari dan menyalahkan orang lain. Fikirkanlah kita manusia biasa yang tidak sempurna. Ingat!...kita bukan malaikat yang tidak melakukan kesilapan.

Ya kadang-kadang tidak salah kita mengimpikan sesuatu yang lebih besar seperti orang lain kerana manusia itu serba kekurangan. Tapi jangan keterlaluan merungut tak tentu pasal kerana siapapun kita tidak lari dari  sifat ini? Namun jangan dibiarkan sikap seperti ini, jika dibiarkan ia akan berlarutan.

Seperti kita tidak bersyukur dengan kejadian dan kurniaan yang Allah SWT  berikan kepada kita. Walhal Allah telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Bukankah Tuhan telah menetapkan rezeki kita masing-masing.

Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Jangan terlepas pandang dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan...Saban hari kita menerima nikmat itu tapi kita anggap remeh sebab itu kita tidak mensyukurinya.

Cuba ingat, adakah anda pernah menahan kencing? tentu azab dan siksa menahanya begitu terasa. Empangan hampir pecah, namun destinasi masih jauh. Kita terpaksa menahan supaya ia tidak melimpah. Bila jumpa doktor tandas,  alangkah leganya selepas kita membuang air. Itulah yang dinamakan nikmat yang dikurniakan.  

Dalam hidup ini berjuta nikmat yang Allah berikan kepada kita tapi kita tidak mensyukurinya. Ketika kita bersedih dan hidup dalam kesusahan ada orang lain bergembira kerana mendapat nombor ekor. Lalu kita pun mengeluh

“Kenapa aku tidak dapat seperti yang mereka dapat?...”

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanya, tersenyumlah, berterima kasihlah kepada Tuhan kerana memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidup.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18).

Ingat janji Allah, barangsiapa yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, Allah akan menambah nikmat itu. Sebaliknya, barangsiapa yang kufur dan tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Sekian Selayang Pandang kali ini - syukurilah setiap inci nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita, sehingga jumpa minggu depan -Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir batin...mohon kemaafan jika terkasar bahasa yang tidak disengajakan menyinggung perasaan peminat Selayang Pandang sekalian.

Wassalam.

DRErom.