VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
SELAMAT DATANG RAMADAN.....
Written by Administrator
Monday, 23 July 2012 06:21
PDF Print E-mail

 

RAMADAN datang lagi....Alhamdulillah!  kita diberi kesempatan untuk bertemunya kembali. Semoga dengan keberkatan Ramadan kali ini akan dapat mengilap kembali hati kita yang telah pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakta di hati kita.

Berpuasa sebenarnya bukanlah sekadar berlapar dahaga semata-mata tetapi ianya boleh mendidik nafsu dan peribadi kita. Oleh itu inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh kita semua.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Puasa sebenarnya adalah satu latihan ianya bertujuan untuk membentuk disiplin, bukan sekadar waktu berkursus sahaja tetapi untuk selama-lamanya dalam kehidupan kita. Demikian juga dalam ibadah lain kita disuruh mematuhi pantang larang.

Walaupun perkara mendisiplikan diri itu sukar namun sememangnya kita tidak sepatutnya melakukan dalam semua keadaan namun ramai juga manusia gagal mematuhi arahan Allah maka setiap tahun bulan Ramadan adalah sebagai pusat latihan, untuk menghayati disiplin itu.

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita.

Bulan Ramadan ini sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati

juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang.

Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan. Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan

ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan

orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Sabda Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagiku dan Aku akan membalasnya dan puasa merupakan perisai, apa bila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela bertempik dan sekali pun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah kamu berkata:

“Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad di tanganya maka bau mulut orang yang berpuas terlebih dahulu harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbuka dia akan merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia akan merasa gembira dengan puasanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kehilangan pahala adalah sesuatu yang amat merugikan. Jika kita faham bertapa berertinya pahala bagi seseorang insane yang akan bertemu Tuhan, kita akan dapat menilai besaarnya erti pahala. Jika puasa itu diandaikan sebagai satu pekerjaan pahala itu adalah sebagai gajinya namun ramai yang beramal dalam kerugian disebabkan oleh dosa-dosanya.

Sekian untuk kali ini, semoga amalan kita tahun ini akan bertambah baik. Insya Allah kita boleh melakukan yang terbaik demi keluarga. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang rugi menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Wassalam

DRErom.