VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
BUKAN MUDAH MENJADI SEORANG PEREMPUAN....
Written by Administrator
Tuesday, 17 July 2012 05:12
PDF Print E-mail

SIAPA kata siapa menjadi seorang perempuan itu mudah? banyak peraturan, adap-resam, budi bahasa dan sopan santun yang perlu dijaga. Mereka harus patuh dengan suasana dan peredaran zaman. Pakaian haruslah sesuai dengan tujuan dan keadaan majlis yang dihadiri.
 
Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang perempuan, kena tutup aurat, kena pakai tudung, kena ada sarung kaki sesuai dengan kehendak syariat. Tidak boleh tidak, menjadi seorang perempuan harus menjaga ketampilan diri agar boleh dihormati.
 
Pada hakikatnya menjadi seorang perempuan bukan mudah. Biasanya perempuan ini suka pada  kecantikan dan keindahan.  Mereka suka berpakaian kemas dan menarik, tak mengapa yang yang penting jangan berlebihan. Sesetengah tu ada yang sanggup berbelanja lebih untuk membeli pakaian yang mahal dan berjenama.

Pantang baginya nampak fesyen baru. Apa lagi, mulalah menghabiskan wang, sampai berhutang dan kadang-kadang ada yang sanggup ‘ikat perut’. Lebih-lebih lagi kalau kawan-kawanya pakai jenama itu, mereka tidak mahu ketinggalan.

Kehidupan seorang perempuan memang mencabar. Di sepanjang penghidupan mereka terpaksa menanggung beban: sakit setiap bulan (pusingan haid)  Ada yang terpaksa menanggung kemurungan kerana ketidakseimbangan hormon, ada pula yang tak tahan dan terpaksa menjalani pembedahan untuk masalah perempuan.

Tuhan memang dekat dengan perempuan. Disebabkan susahnya nak jadi perempuan inilah turunnya hadis yang berbunyi:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

Dan jika diitakdirkan seorang perempuan melahirkan zuriat 15 orang anak lelaki, ini bermakna kesemua syurga anak-anak itu di bawah telapak kaki seorang perempuan, iaitu ibunya mereka. Masya Allah!...hebatnya perempuan itu.


Apabila seorang perempuan jatuh cinta kepada seorang lelaki, mereka tidak pernah mengharapkan lelaki itu sempurna tetapi baginya lelaki itu adalah segala-galanya dalam hatinya. Andainya ada orang ingin tahu - kenapa perempuan itu mengalirkan airmata kerana lelaki, ini bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
 
Sekiranya lelaki tahu, bila perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda. Ini bukan bermakna dia tidak menyayangi lelaki itu tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu sehingga dia menganggap lelaki itu seperti anak kecil yang masih memerlukan perhatian.
 
Andainya lelaki tahu bila perempuan itu marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaanya tetapi percayalah dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihatlah pasang yang baru bercinta, jarang bergaduh tapi semakin sayang mereka kepada seseorang maka semakin banyak pula mereka bertelingkah.
 
Apabila perempuan mahu lelaki itu berubah, bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki itu seadanya tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depanya juga.
 
Andainya dia merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukan mahu dipujuk dengan wang  atau hadiah tetapi cukup dengan perhatian sahaja. Kadang-kadang dia menjadi degil tetapi bukan bermaksud degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana anda mampu bersabar dengan karenahnya.

Siapa kata menjadi perempuan itu senang?. Hati mereka cepat tersentuh, terlalu lembut dan sensetif. Apabila dia berkata:
 
 “tolong tinggalkan saya!”....Dia mahu menenangkan fikiranya. Apabila sudah tenang, dia akan pulih seperti sediakala dan mendapatkan suatu kekuatan.  Mereka sukar untuk mengawal perasaan, kadang-kadang terlalu emosional. Percayalah, hati nya itu sangat lembut, kalau kena caranya - jangan terkejut dia akan menukar fikiranya dengan sekelip mata.
 
Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tetapi dia mempunyai kekuatan yang luarbiasa yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki itu menjadi gila dan lemah kerananya. Para kaum lelaki berhati-hatilah dengan perempuan.
 
Sememangnya Allah menciptakan perempuan dan lelaki itu dilahirkan   berbeza. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain, insya Allah. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup kita lebih sempurna dan selamat. Ingat! "Di sebalik Kejayaan seorang lelaki itu ada seorang perempuan di belakangnya" Dialah yang yang menjadikan hidup kita lengkap, selain menjadi isteri  dia jugalah ibu yang  terbaik untuk membimbing anak-anak. Mereka juga menjadikan rumahtangga terurus dan terjaga. Mudah-mudah dengan kehadiranya dapat menghidupkan kemantapan keluarga bahagia, insya Allah.

Sekian dulu Selayang Pandang kali ini semoga renungan ini dapat mengingatkan kita: Hidup di dunia seperti menumpang kapal yang tahu ke mana arah nak dituju bukan untuk ke mana-mana tujuan yang sia-sia..

Wassalam.

DRErom.