![]() SABAR itu lebih indah jika diiringi dengan rasa syukur. Jangan menanggis tetapi bersyukurlah dengan setiap kejadian yang menimpa hidup kita. Jangan merasa kecewa dengan apa yang telah berlaku. Jangan bersedih kerana sesungguhnya masa itu silih berganti, Tuhan tidak pernah membuat aniaya terhadap umatnya. Keindahan dunia ini tidak akan kekal. Segala kesulitan dan kesengsaraan yang ada bukanlah merupakan harga mati. Apa bila rumah telah ranap dilanda banjir dan kita kehilangan orang yang tersayang, jangan menanggis kerana semuanya ini adalah ujian dan cabaran dari Allah SWT. Dunia ini hanyalah rumah persingahan sementara. “Bukankah kita tahu kita semua perlu melalui ujian darinya?... Bukankah setiap kejadian ini ada hikmahnya? Setiap orang akan menemui ajalnya? Cepat atau lambat kita pasti akan pergi tanpa mengira keadaan kita sakit atau pun sihat....masya Allah, ini ketentuanya. Sepanjang perjalanan hidup ini, kita akan bertemu dengan berbagai tingkahlaku dan perangai manusia? Semua ini akan mematangkan hidup kita dan ia adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan yang Tuhan Maha Esa, untuk mengajar kita erti kedewasaan. Saya cuba memujuk Messa teman saya, agar tidak mengalirkan air mata ketika memandu keluar dari kawasan kampus tempat kami belajar dulu. Di sinilah kami mula bertemu, kami sama-sama belajar dan ditakdirkan pula menjadi teman sebilik. Namun, akhirnya dia gagal menyeka airmata yang bertakung, dia menanggis ketika getaran dakapan rakan-rakan yang lain memeluknya. Dia akan terpaksa meninggal kan kami kerana pulang ke Pulau Pinang untuk memikul satu tugas berat menjaga adik-adiknya yang kehilangan tempat bergantung. Kedua ibubapanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya, dasyat!....Lori bertembung Kelisa. Hidup mereka menjadi yatim piatu, mereka terpaksa belajar untuk berdikari - hidup sendiri. Keluarga mereka sedarhana dan tidak ada harta pusaka. Dia anak sulung dari lapan adik beradik. Saya tahu dia dia cekal, mempunyai keyakinan yang tinggi, kuat berusaha dan selalu membantu orang lain. Bapanya seorang peniaga kecil dan ibunya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dia terpaksa menangguhkan pengajianya sementara. Saat itu, perasaan saya amat sedih melihatnya pemergianya. Saya takdapat berbuat apa-apa. Namun saya tetap menerima kenyataan. Saya mula membandingkan kehidupan saya denganya.Saya jauh lebih beruntung, walaupun miskin tapi masih ada Mama dan bapa tempat kami bergantung. Meskipun hidup saya dalam kekurangan (saya sendiri bergantung dengan derma siswa dari Yayasan Sabah) namun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada. Saya terpaksa menulis untuk siaran Radio sekadar untuk mendapatkan duit bayar sewa bilik. Jiwa saya tenang dan saya tidak menyesal. Saya tidak pernah mengenal erti susah “Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...” kekadang kami terpaksa mencari kayu api jauh ke dalam hutan belantara untuk dijadikan kayu api untuk memasak nasi kerana saat itu rumah kami belum ada bakalan letrik. Hidup ini ibarat belantara tempat kita mengejar impian dan keinginan. Kita memang dicipta untuk mempunyai kehendak dan keinginan tetapi bukan semua keinginan kita akan tercapai, sesungguhnya bukan mudah menyedari bahawa semua yang bukan hak kita tidak perlu ditangisi. Bertapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa semua itu pada hakikatnya adalah pemberian Tuhan sehingga membuat kita menjadi sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan kegagalan yang kita hadapi. Kita sering tidak dapat menerimanya. Pada hal demensi tuhid dari kegagalan itu adalah, itu bukan hak kita sebenarnya. Apa yang menjadi milik kita di dunia ialah sama ada rezki atau jawatan pasti Tuhan telah tentukan. Dia telah memberikanya tetapi yang bukan menjadi milik kita, kita tidak mampu memilikinya meski pun kita bermati-matian untuk mendapatkanya. Jangan menanggis kerana kegagalan untuk mendapatkan apa yang kita mahu tetapi berusahalah sehingga mampu menentang kemalasan dengan penuh kesabaran dan keberanian. Sekian dulu Selayang Pandang kali ini, semoga sedikit imbasan cerita ini dapat menjadi pedoman bersama. Wassalam. DRErom. |






