VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
KITA MAMPU MELAKUKANYA.....
Written by Administrator
Tuesday, 03 July 2012 17:12
PDF Print E-mail

DENGAN kebijaksanaan kita boleh mencapai kejayaan. Orang yang berjaya hari ini adalah mereka yang lebih baik dari semalam, orang yang terpedaya adalah mereka yang sama seperti semalam dan mereka yang celaka adalah orang yang lebih buruk dari semalam.

Kadangkala kita keliru membezakan tujuan hidup dan keperluan hidup sebenarnya. Seperti kelihatan anih cara kita mengukur kemampuan kita menghadapi hidup hari ini tetapi itulah kenyataan, kita mampu melakukanya, kita hanya perlu menoleh sebentar ke belakang dengan penuh tekad untuk memulakan yang baru untuk menuju terus ke hadapan.

Setiap manusia ada kelebihan, setiap kita ada kelemahan. Walaupun demikian kita mempunyai  kemahuan yang sama untuk mencapainya. Yang kurang... mungkin usaha kita tetapi sesungguhnya kita mempunyai kemampuan yang lebih, tenaga tinggi jika kita mampu mempergunakan semaksima mungkin kudrat, tenaga dan otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT. kepada kita.

Ingat sewaktu kita kecil dulu kita cuba berjalan dan berdiri yakni proses yang amat payah dan menjemukan. Tanpa kita sedari dengan tekad dan keyakinan yang penuh, kita boleh berjalan dan berlari seperti hari ini. Walaupun terpaksa mengharungi - jatuh bangun dan macam-macam lagi rintangan yang banyak namun kita sudah mempunyai asas yang kuat untuk membina otot kaki kita untuk terus berjalan  berlari sehingga ke hari ini
.
Kadangkala kita tersenyum dan kita ketawa lalu menanggis, siapa sangka bayi yang dibuai boleh berjalan sendiri sehingga kita menikmatinya suasana baru dan seolah-olah kita mempunyai motivasi baru. Sebenarnya tidak semudah itu kita boleh berjaya dalam hidup tanpa berurusan dengan rasa kecewa tetapi kita perlu terus mencuba sehingga berjaya.

Seandainya kita mampu membayangkan hal-hal tersebut kita mampu melakukan apapun yang kita fikirkan. Kita boleh mengatur sendiri hidup kita tanpa menunggu orang lain untuk memotivasikan diri. Jika kita lupa bagaimana melakukannya maka kita renungkan kembali perjalanan singkat hidup yang pernah kita selusuri.

Cuba kita perhatikan cerita seorang wanita yang sedang berjalan perlahan-lahan di sebatang jalan. Tiba-tiba seekor anjing garang mengejarnya. Dia pun terus berlari sehingga seliparnya terlepas dan terus melompat sekuat hatinya dan dia berjaya melepasi beberapa jejambat untuk mengelak dikejar oleh anjing garang itu. Bayangkan jika dia gagal???
Setelah keadaan selamat, dia pun terduduk dalam kepenatan. Dia tergamam dan merasa hairan dia tidak menyangka mempunyai kekuatan yang luarbiasa boleh berlari sekuat itu, dia boleh melompat parit yang lebar dan melepasi pagar yang tinggi.

Wow!..dia memang tidak dapat bayangkan jika dia jatuh dan terus dibaham oleh anjing itu. Dia mengigil ketakutan namun usahanya berjaya untuk menyelamatkan diri.
Sebenarnya disaat dia dikejar oleh anjing itu tadi, dia telah mengeluarkan seluruh pontensi dirinya sehingga ke tahap yang paling maksima. Seluruh tenaganya dia  keluarkan dengan sepenuh tumpuan hanya kerana takut mati.

Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan ketakutanya bila diancam, dia telah memaksa dirinya untuk mengatasi ancaman itu. Ini hanya kekuatan fizikal, sebenarnya kita boleh melakukan hal yang sama terhadap kekuatan minda, kekuatan jiwa dan juga kekuatan emosi.

Orang yang bijak dalam hidup ini bukan kerana otak mereka lebih besar tetapi mereka telah menggunakan otak mereka secara maksimum. Dalam satu neuron otak kita berjumlah seribu billion, kadang-kadang kita hanya menggunakan satu - sepuluh peratus sahaja daripadanya. Ya keadaanya seperti ini sangat menyedihkan, kita telah mempersia-siakan potensi diri yang kita ada.

Lihat pada nasib anak-anak kita hari ini...mereka tidak mempergunakan semua otak yang mereka miliki. Kita sering menyuap mereka dengan pelbagai sogokan kemudahan - kompter, telipon bimbit dan sebagainya. Alangkah sedihnya keadaan ini, yang akhirnya kita mengeluh - di mana silapnya kita?

Mereka sepatutnya harus tahu menilai dan jangan pernah menyerah kalah, kita harus mengajar mereka supaya tidak mengenal erti putus asa. Kita mahu melihat mereka ada kesungguhan untuk mengharungi hidup. Ajar mereka jangan terlalu bergantung diri terhadap orang lain, percayalah;  mereka mampu melakukanya.

Buatlah sesuatu yang terbaik hari ini untuk mencorakkan hari esok yang lebih cemerlang.Miliki masa masa untuk cuba melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak keluarga dan juga masyarakat. Teruskan berbakti berbakti -  insya Allah kita mampu melakukanya.

Sekian,
Wasssalam,
DRErom