VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
MENCARI ERTI KECEMERLANGAN HIDUP
Written by Administrator
Thursday, 21 June 2012 02:06
PDF Print E-mail

SEBAGAI insan biasa, sudah pastinya kita mendambakan kecemerlangan dalam kehidupan. Ramai yang berlumba-lumba mencapai kejayaan dan kecemerlangan ianya menjadi satu cita-cita dan impian.
Masalahnya bukan kita tidak boleh berjaya apa lagi untuk cemerlang kerana ramai di antara kita tidak tahu apa erti kejayaan dan kecemerlangan hidup yang sebenar. Kecemerlangan itu ada dua pengertian: satu di dunia dan satu lagi di akhirat. Erti kecemerlangan yang hakiki ialah bila kita ditawarkan memasuki syurga yang disediakan oleh Allah SWT.
Kecemerlangan itu sebenarnya bermula dari dalam diri. Ianya boleh dicapai dengan disiplin yang kuat. Kadang-kala dalam hidup ini  ada banyak pilihan dan variasi yang mempunyai kelebihan. Jika kita tidak pandai memilih kita akan gagal, sebagai contoh bila ditawarkan ke pengajian tinggi, kita mudah keliru.
 
Kerap kali dalam hidup manusia cenderung untuk membuat keputusan terburu-buru tanpa membuat banyak pertimbangan serta merujuk dari mereka yang ada  ilmu pengalaman. Kerap juga keputusan yang dibuat hanya berdasarkan nafsu serta tuntutan dunia, serta persekitaran semasa.
 
Dalam kehidupan seharian banyak perkara yang telah kita lalui, kadangkala kita sentiasa menerima cabaran dan dugaan. Untuk mencapai matlamat kita selalu melihat kejayaan orang lain dan tertanya-tanya dalam diri, kenapa kita tidak mampu mencapai seperti apa yang mereka capai?
 
Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan petunjuk dan melalui petunjuk itulah mereka mampu menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.
 
Kesempurnaan iman dan takwa seseorang tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Malah ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala-gala kebaikan dan kecemerlangan. Pontensi yang ada pada manusia itu hanya akan bersinar selepas ia digosok dengan ilmu.
 
Oleh itu untuk menuju kecemerlangan hidup perlu untuk kita terlebih dahulu belajar memupuk matlamat hidup dan fokus yang mencerminkan diri kita yang sebenar. Pemupukan dan penerokaan fokus hidup ini terlebih dahulu diterokai dengan merujuk profesional ataupun mengenalpasti bakat melalui ujian-ujian yang telah dilalui.
 
Kita harus pandai mengurus kesempatan ruang dan masa dengan baik. Masa seringkali dikatakan amat berharga, tetapi seringkali juga kita lupa bahawa setiap detik saat itu mempunyai banyak maksud dan peristiwa. Kadangkala jika setiap detik saat itu jika diisi oleh walau sedikit perkara sekalipun ia mampu menjadi berjuta-juta himpunan. kerugian akan berlaku jika setiap saat dibazirkan dengan begitu sahaja. t
 
Perkara yang boleh jadi amat penting adalah nilai-nilai murni. Kita harus pandai meningkatkan nilai murni dalam kehidupan. Nilai yang sedia ada amat penting sehingga ia menjadi tapak tanah yang subur untuk ditumbuhi tumbuhan.
 
Setiap nilai murni harus dihayati supaya ia mampu memandu segala kebolehan serta ilmu yang ada ke arah jalan yang benar serta saluran yang betul. Sekiranya ilmu yang banyak, harta yang bertimbun tidak akan kekal dan dipandang mulia jika nilai murni kita buruk.
 
Sebelum saya hentikan coretan ini, saya ingin kongsikan sedikit tips untuk kekal cemerlang dalam kehidupan harian:-
 
1.     Jangan selalu abaikan kesihatan.

2.     Jangan biarkan emosi menguasi diri, jangan mudah bersedih atau gembira.
3.     Jangan selalu makan terlalu banyak, makan makanan yang seimbang dan mempunyai vitamin untuk seimbangkan diet.
4.     Tidur dengan cukup, kekurangan tidur boleh menyebabkan ketegangan saraf dan menganggu keperihatinan diri.
5.     Cuba bertenang dalam apa jua keadaan, kegopohan akan membawa kelam kabut. Dalam masa kita gopoh - 95% dari kepintaran kita akan hilang dan 3% akan menyumbang kepada kesalahan dan 2% lagi adalah kekalahan sebelum berjuang.

6.     Bersenamlah sedaya upaya, yang penting seluruh anggota tubuh - bergerak.

7.     Dalam sehari, cuba tarik nafas dalam-dalam di tempat udara bersih.

8.     Jangan selalu marah-marah kerana menyebabkan ketegangan.
9.     Jangan selalu menjadi pengkritik orang yang tidak berasas.
10. Kurangkan membaca buku tentang penyakit dan juga kegagalan.
11. Layani diri sebagaimana kita melayani tempat sembahyang.
12. Yakini hidup dan berikan peluang minda untuk bekerja dalam keadaan  selesa, tenang dan ceria.

Erti cemerlang hidup yang sebenar ialah bila kita mampu membantu mengembira kan orang lain yang sedang dilanda kesedihan, insya Allah. Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengecapi kemerlangan hidup.
 
Wassalam.
 
DRErom.