VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
DARI MANA AKU HARUS MEMULAKANYA?......
Written by Administrator
Monday, 04 June 2012 12:27
PDF Print E-mail

“AKU ingin mengubah dunia ini!...aku sedar aku tidak mampu mengubah duniaku tanpa aku mengubah diriku sendiri. Kini aku sedar aku tak mampu mengubah diriku sebelum aku mengenal diriku sendiri...” itu antara keluhan seorang peserta motivasi yang menemui saya baru-baru ini.
Dia benar-benar ingin berubah, dia sedar usianya sudah lewat dan meningkat dewasa tapi dia tidak tahu bagaimana harus memulakanya? pertanyaan inilah yang berlegar-legar di kepalanya sebelum dia bertemu dengan saya.

Lalu, saya cuba mengupas permasalahanya - dengan harapan agar dia tidak terus menerus terbeban dengan masalahnya. Adik, hijrah itu.... sebenarnya bermula dari diri sendiri. Kalau kamu ingin berubah, senang saja - jangan terlalu mengharap orang lain untuk mengubah diri kamu. Kuatkan hati, belajar berdiri di atas kaki sendiri - teguhkan iman, kenali diri sendiri dan cuba perbaiki setiap kelemahan kamu.

Orang lain boleh menasihati kamu tapi mereka tidak mengubah diri kamu. Pintu hati kamu hanya boleh dibuka oleh kamu sendiri orang lain tidak boleh membukanya....Pepatah ada mengatakan;

“Kita boleh menarik kuda masuk ke dalam air tetapi kita tidak boleh memaksanya minum air...”
Kalau kuda yang tidak berakal pun payah dipaksa, apa lagi manusia yang punya hati, perasaan dan fikiran. Kata orang: hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Orang yang berjaya dalam hidup itu sebenarnya bukan semua luar biasa tetapi mereka memaksa diri untuk berubah. Mereka membiasakan diri melakukan sesuatu yang sukar. Mereka berusaha menghilangkan rasa ketidakbiasaan itu, sedangkan bias boleh menjadi biasa apa lagi bila ianya dilazimi.

Berjuanglah menghadapi kemalasan dan kejahatan diri sendiri. Biasanya orang yang menang bertanding itu ialah orang yang menang mengalahkan dirinya sendiri. Only me can beat me!...malulah jika kita tidak dapat mengalah dengan diri sendiri. Dia terus mengangguk dan meneruskan kata-kata saya.
Betul!... hanya kita saja yang boleh mengalahkan diri kita sendiri, jadi jangan keliru dengan anggapan bahawa muda kita hanya datang sekali dan kita mesti enjoy sepuas-puasnya.

Ingat!... masa muda tidak akan selama-lamanya ada. Pergunakan ia sebaik-baiknya. Capai kecemerlangan di dunia kebahagiaan dan keceriaan yang lebih bermakna untuk bekal ke akhirat nanti.
 
Percayalah hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya akhirat. Dunia adalah modal dalam perniagaan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Tuhan tidak pernah mencipta manusia bodoh tetapi Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza-beza.

Langkah perubahan mesti bermula dengan ilmu. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat peribadi diri sendiri termasuk Tuhan yang menjadikan kita manusia. Ingat! ilmu wahyu akan menerangi hati, manakala ilmu dunia akan menerangi kehidupan kita.Ilmu mesti difahami bukan hanya untuk diketahui sahaja kerana ilmu itu adalah iman manakala amal itu adalah makmumnya.

Seperti sakit fizikal yang perlu ada pantang larangnya begitu jugalah dengan sakit hati ada pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi dengan makan racun. Maksudnya, tidak ada ertinya kita makan ubat penyakit darah tinggi jika kita terus makan daging, garam dan lemak yang berlebihan.

Untuk buat baik kita perlu ada kumpulan dan untuk buat jahat perlu ada geng. Untuk buat baik perlu ada jemaah – kumpulan bersatu untuk buat kebaikan. Apa bila ada perkumpulan atau jemaah maka tentu ada program yang tersusun.
Kalau kita ada kawan, ada aktiviti akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang perlu diisi dengan kesibukan belajar menuntut ilmu dan pelbagai usaha untuk memperbaiki diri. Dengan adanya program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga.

Mula-mula kita membentuk program dan akhirnya program akan membentuk kita. Inilah pentingnya program yang baik, kita akan terdisiplin melakukan kebaikan walaupun ada masa-masa tertentu kita diserang rasa jemu, malas dan godaan jahat.
Kata Saidina Ali:-

 “Beramalah di tempat dan ketika tidak ada ganjaran tetapi jangan hanya beramal (dunia) di tempat yang ada ganjaran tetapi sudah tidak ada
amal (akhirat)”

Sebaik-baiknya berkawanlah dengan yang seia sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai fikiran, tujuan dan rasa yang sama – yakni sama-sama ingin menyintai kebaikan yang Tuhan suruh.

Celikan mata hati kamu secara berterusan melalui tujuh langkah yang telah disebutkan ini dengan penuh keyakinan dan kepastian. Amalkan ilmu yang kamu ketahui, insya Allah akan memudahkan kamu untuk memahami ilmu yang lain.

Sekian dulu kali ini, semoga sedikit panduan ini dapat dikongsi bersama. Mudah-mudah segalam kemuskilan yang berkenaan akan terungkai- kita berusaha namun Tuhan yang menentukan. Usaha tangga kejayaan., selamat memulakan tugas baru....

Wassalam.

DRErom.