VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
INDAHNYA MEMAAFKAN.....
Written by Administrator
Monday, 21 May 2012 18:04
PDF Print E-mail

ALANGKAH indahnya memaafkan, hati akan menjadi lebih bersinar, bening dan suci. Dr. Frederic Luskin dalam bukunya Forgive for Good menjelaskan bahawa sifat pemaaf adalah resepi yang telah terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan hidup.

Beliau menjelaskan bagaimana sifat pemaaf memacu terciptanya keadaan baik dalam pemikiran seperti harapan, kesabaran dan keyakinan diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat dan stress. Kemarahan yang tidak berkesudahan akan menganggu sistem suhu tubuh badan, ketika seseorang itu sudah biasa dengan sikap marah - maka sukar baginya berfikiran jernih.

Jumaat lalu saya berkesempatan mendengar Tazkira di seorang Ustaz, kebetulan saya menghadiri MajlisTilawah Al-Quran di Wisma Muis, dia yang menyeru kita memaafkan semua orang yang telah membuat kita marah kerana perasaan marah itu akan menganggu kekusyukan kita sembahyang....
Ya, memang benar, sifat ini merugikan dan ramai yang tidak dapat lari dari sikap ini. Tidak pula dinafikan sikap ini banyak mencacatkan prestasi peribadi seseorang. Kadang-kadang saya pun tak dapat lari dari sikap ini tapi terpulang kepada keadaan yang memaksa kita marah.

Tuhan telah mengajar kita untuk memaafkan kerana memaafkan itu suatu ubat yang paling mujiarab untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan kebencian. Semakin besar kesalahan yang dilakukan oleh orang itu semakin sulit pula untuk kita melupa kanya.
 
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)
 
Memang ada orang merasa berat untuk memaafkan kesalahan orang lain, apatah lagi bila pekara itu meninggalkan bekas luka yang dalam. Satu cara yang mudah untuk memaafkan orang lain ialah dengan mengingatkan kembali, segala kebaikan yang pernah dia lakukan. Dengan cara ini kita tidak melihat keburukan yang dia lakukanya.
 
Secara  psikologis,  orang yang memaafkan  itu lebih beruntung dari orang yang dimaafkan. Hati yang penuh maaf akan  menjadi bersih dan bersinar, kerana di dalam dadanya tidak tersimpan kebencian dan kekotoran jiwa serta penyakit hati, yang seringkali menimbulkan penyakit-penyakit yang lain.
 
Orang  yang hatinya bersinar tidak akan membiarkan dihatinya ditumbuhi dendam. Orang yang hatinya bersih tidak akan membiarkan dihatinya timbul noda-noda yang menurunkan kualit dirinya.  
Memang memaafkan lebih sulit daripada meminta maaf, justru disitulah kemuliaan diri seseorang diperlihatkan. Orang yang di hatinya menyimpan dendam secara perlahan-lahan akan menghancurkan dan mengotori jiwanya dirinya sendiri. Dia seperti menyimpan bara di dada yang akhirnya akan membakar dirinya sendiri.
 
Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]
 
Memaafkan mungkin berat bagi orang yang pernah melukai hati kita tetapi hanya dengan memaafkan saja kita dapat mengubati hati yang telah terluka. Ianya bagai kan pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka dalam emosi.
 
Orang yang membiarkan di dalam dirinya berkembang dengan kebencian dan dendam adalah orang yang tidak boleh menikmati erti kebahagian. Orang yang tidak boleh menikmati keindahan, kebeningan jiwa untuk menikmati keindahan hidup.
 
Dendam dan kebencian tidak boleh bersatu dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci. Salah satu darinya akan mengalahkan yang lainnya. Sekali api kebencian berjaya tumbuh dengan subur di dalam hati, itu tandanya hati sudah mula ditumbuhi  oleh kotoran. Akhirnya hati tidak boleh menerima kebenaran dan tidak boleh membezakan yang baik dan yang buruk.
 
Belajar memaafkan adalah salah satu terapi penyakit hati. Bila kita memaafkan orang lain dan orang itu boleh menerimanya, maka beban jiwa semakin berkurangan - luka terbuka akan tertutup, jiwa semakin bening dan hati semakin bersih dan hidup terasa indah.

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
 

Adakalanya kita merasakan himpitan perasaan yang sangat menyesakan. Bila tidak boleh diatasi, kita boleh mencari orang lain yang boleh dijadikan tempat berkongsi. Kawan yang boleh menententeramkan dan menyejukan suasana hati, bukan kawan yang membakar emosi dan membuat  dada kita menjadi panas.
 
Dengan memaafkan juga keadaan boleh berubah 180 darjah. Orang yang sebelum nya musuh kita akan menjadi kawan baik kita pula.  Perkara yang pertama yang yang harus kita lakukan ketika merasakan sakit hati sudah hilang ialah dengan  berdoa dan mohon kekuatan dari Allah SWT:
 
“Hamba  telah memaafkan orang yang menyakiti hati hamba, maka sembuhkanlah hati hamba Ya Rabbi, jangan biarkan hati hamba ini kotor hanya kerana orang lain.”


Allah berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)


Sekian dulu selayang pandang kali ini, sehingga berjumpa lagi minggu depan, ingatlah hidup...berpada-pada jangan turutkan nafsu untuk melepaskan api kemarahan pada orang yang kita sayang.

Wassalam.
 
DRErom.