VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
KASIHNYA IBU....
Written by Administrator
Monday, 14 May 2012 05:08
PDF Print E-mail

KASIHNYA Ibu sampai ke akhir hayat, kita sering mendengar ungkapan seperti ini. Seorang ibu tidak pernah menganggis kecuali dalam empat keadaan iaitu:- i - ketika dia takut mati dan tidak sempat memelihara anak-anaknya, ii - ketika dia berjaya melahirkan bayinya, iii – di saat dia kehilangan bayi yang baru dilahirkanya dan tidak sempat membelainya dan yang ke iv – ialah di saat dia gembira melihat bayi yang dilahirkanya itu sempurna.

Ini kisah seorang ibu muda yang baru bersalin ingin melihat bayinya “Cik, boleh saya melihat bayi saya” jururawat itu pun membawa bayi yang masih merah itu ke bilik, si ibu menyambut dengan senyum meleret lalu membuka selimut yang menutup bayi itu, diciumnya berkali-kali dan dia menanggis.
Jururawat itu mengalihkan pandanganya ke luar jendila. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat besar melihat bayinya yang tidak ada kedua belah cuping telinga. Namun gamamnya seketika, dakapan dan ciuman ibunya membuatkan bayi itu merenggek. Bagaimana pun doktor mengesahkan alat pendengaran bayi itu normal seperti orang biasa.

Bayi itu membesar sehinggalah usianya masuk ke alam persekolahan. Dia seorang anak yang pintar, cergas. Walaumacamanapun suatu hari dia pulang sambil menanggis memberitahu ibunya, dia diejek oleh kawan-kawanya: “Mereka kata saya jelek, saya cacat bu, saya malu ” kata si anak terus menanggis.
Si ibu menahan sebak lalu memujuk anaknya dengan pelbagai kata-kata semangat. Lalu si anak termakan pujuk dan dapat melupakanya seketika kecacatanya itu. Dia muncul sebagai pelajar cemerlang beberapa kali. Dia bangga kerana dapat menjadi Ketua kelas, Ketua Pengawas dan macam-macam lagi jawatan di sekolah.

Walaupun dia berjaya namun, tanpa cuping telinga si anak tetap merasa rendah diri, si ibu cuba memujuknya lagi tetapi pujukanya kali ini tidak lagi diindahkan nya. Akhirnya, ayahnya berjumpa doktor untuk mencari penyelesaian.  “Saya boleh melakukan pembedahan, jika ada penderma yang sanggup” kata doktor.
Masa berlalu,  seseorang telah memberikan kesanggupan untuk berkorban - menderma kedua belah cuping telinganya, siapa? Itu rahsia... doktor telah pun diberitahu untuk tidak memberitahu pendermanya. Si anak gembira lalu bersedia untuk melakukan pembedahan.

“Anakku, kita akan berjumpa doktor hujung minggu ini...” kata si ayah. Pembedahan berjalan dengan lancar dan akhirnya si anak pun menjadi manusia baru, punya wajah baru ....segak, kacak dan bergaya. Dia terus mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran. Dia sudah mula merasa menjadi manusia serba lengkap, rasa rendah dirinya sudah mula hilang, dia sudah berubah menjadi manusia sombong.

Dia lupa akan penderitaan insan lain yang telah  berkorban melengkapi hidupnya.

Rakan-rakanya ramai yang memuji tentang rupa parasnya yang kacak, dia cukup gembira. Dia mencapai kemerlangan dalam pelajaranya, dia insan yang beruntung dikurniakan oleh Tuhan otak yang cergas dan pintar.

Pada usianya lewat 20an, dia sudah menjawat jawatan yang tinggi dalam bidang diplomatik. Dia ditawarkan bekerja ke luar negeri tapi sebelum berangkat dia ingin mengetahui  penderma kedua belah cuping telinganya.

“Ayah, saya ingin tahu siapa penderma cuping telingga saya ini, saya ingin membalas jasanya..” katanya berkali-kali.

“Tak mungkin..perjanjian kami tidak boleh diungkiri, tunggulah masanya akan tiba...”

“Tapi bila?....” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku..” balas si ayah, sambil ibunya mengangguk-angguk.

Masa pun terus berlalu, rahsia itu kekal bertahun lamanya. Tapi akhirnya, masa itu tiba juga, rahsia itu terbongkar bila ibunya meninggal. Ketika si anak duduk bersebelahan dengan keranda ibunya, si ayah menyelak kain kapan lalu perlahan-lahan membuka rambut ibunya yang menutup kedua belah cuping telinganya yang tiada.
Gelap gulita seluruh pengelihatan si anak melihat ibunya yang telah kaku, dia cuba mengoyangkan tubuh ibunya untuk meminta ampun tapi sudah terlambat.

"Oh!...Tuhanku, kenapa ibu tidak memberitahu saya....kenapa?...sungguh mulia hati ibu, sungguh besar pengorbanan mu....” sianak terus menanggis, menyesal.
“Ibu tidak pernah memotong rambutnya pendik, dia takut rahsianya terbongkar. Tapi tidak ada siapa yang mengatakan ibumu cacat, bagi ayah ibumu tetap cantik kerana hatinya tidak cacat. Dia adalah satu-satunya wanita paling cantik pernah ayah temui. Si anak terus kaku.

Begitulah mulianya hati ibu, dia sanggup mengenepikan kepentingan hidupnya untuk orang lain, dia tidak pernah putus belas kasih sayang untuk anak-anaknya. Sejak dalam kandungan, selepas lahir sehinggalah ia mencecah usia dewasa.

Sekian dulu Selayang Pandang kali ini, ingat!...kasih ibu hingga ke Syurga,  jangan selalu mencari alasan untuk tidak menjiarahi kedua ibu bapa, apatah lagi mereka masih hidup. Semoga kisah ini dapat memberi kesedaran kepada anak-anak yang sanggup membelakangkan ibu-bapa demi untuk kepentingan hidupnya sendiri. Jangan!...jadi anak derhaka....

Wassalam,

DRErom.