VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
DAIRI KEHIDUPAN KU.....
Written by Administrator
Tuesday, 24 April 2012 03:48
PDF Print E-mail

SAYA orang biasa saja, hidup saya tidak pernah berubah – sejak dulu hingga sekang, beginilah. Saya menerima segala nikmat yang Tuhan beri. Cukup makankah atau kurang makankah, saya selalu bersyukur. 

Setiap hari berkumandang rasa rindu kembali ke zaman kanak-kanak, saya sering terbuai dengan masa lapang dan tidak memikirkan apa-apa tentang hidup. Tapi sebenarnya saya merasa bersalah kenapa harus membuang waktu dengan sia-sia? waktu itu, kan lebih baik saya melakukan sesuatu untuk membantu orang lain.

Sebab itulah setiap masa, saya mengejar waktu untuk membantu anak-anak bangsa. Biar mereka boleh lulus peperiksaan dan hidup senang seperti orang lain. Saya ingin berkongsi kesenangan yang saya ada-biar mereka rasa apa yang saya rasa. Alhamdulillah! Saya puas & gembira dapat membantu mereka.

1hb.November,1990-  Agenda sosial dan amal kebajikan yang pertama saya lakukan ialah menubuhkan Kelab Kecergasan Warga Tua (KOAT) – Kini ianya mempunyai lebih dari 1,000 ahli di seluruh negeri Sabah.

12hb.Disember, 1994 - Saya menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria untuk membantu anak-anak Yatim & yang memerlukan- untuk mempertingkatkan lagi ilmu pendidikan dan juga kehidupan orang miskin. Masa itu kami mempunyai dua buah asrama - di Kota Belud dan  di Likas – dan telah berjaya membantu lebih dari 1,000 orang anak-anak miskin.

18hb.Januari,1996-Saya menubuhkan Unit Kaunseling dengan slogan “Jangan Buang Bayimu” untuk remaja yang bermasalah terutama mereka yang lari dari rumah.Kami membantu menyelamatkan ramai yang terlibat dalam masalah sosial.

20hb. Mach,2000 – Menubuhkan Biro Kaunseling & Motivasi untuk Wanita. Kita memberi ceramah motivasi dan kaunseling untuk wanita menghadapi kemurungan dan kurang keyakinan menghadapi masalah hidup.

22hb. April, 2002 – Menubuhkan Sekolah Agama Rakyat untuk anak-anak miskin 5-12tahun, di luar bandar. Kini ia sudah mula melahirkan anak-anak pintar dan pandai mengaji.

28hb. Mach, 2011 – Menubuhkan Kelab Sukan Badminton untuk wanita yang berminat dan tahan lasak dalam sukan ini.

30hb.Januari,2012 – Membuka Pusat Seni Suria – untuk mereka yang berminat dalam bidang seni tari, seni lakon/teater,senilukis dan sebagainya. Tuhan memberikan saya bakat dan saya tidak sia-siakan bakat itu. Kini saya mempunyai koleksi lukisan dan tulisan sendiri.

Tuhan jadikan saya sama seperti orang lain. Siapa saja boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan lebih tekun tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk berjaya.  

Kerana untuk mencapai kejayaan tidak ada jalan pintas. Saya tidak pernah mengenal erti putus asa dan saya selalu mengatasi kelemahan saya. Apa yang tidak mampu saya buat, saya selalu minta bantuan orang lain.  Saya lalui jalan yang susah dulu sebelum menemui jalan yang senang, seperti sekarang.

Sebenarnya dalam kehidupan saya  tidak ada status. Ada masa di atas ada masa di bawah. Bila Tuhan beri kemewahan, kita kena turun ke bawah. Bila Tuhan beri rezeki kita kena kongsi dengan orang lain. Rezeki yang kita dapat itu sebenarnya bukan untuk kita satu orang, kita kena kongsi dengan orang lain.

Memang dari segi hukum agama pun kita harus keluarkan zakat dan fitrah untuk orang miskin. Saya tak kisah kalau saya buat semua kerja kerana saya merasakan hidup ini sementara dan saya harus melakukan sesuatu untuk orang lain,saya tidak pernah letih untuk mencari rezeki.Kaya itu bukan untuk diri sendiri. Saya hanyalah pemegang amanah sementara sahaja. Sampai masa kita tinggalkan semua itu.

Saya tidak ingin menyimpan kekayaan yang lebih. Duit tidak akan kekal untuk selamanya kecuali perkara yang baik.Saya harus mencari peluang dan terus berusaha, supaya dapat membantu orang lain.Saya percaya kepada keberkatan- hari ini kita tolong orang mana tahu orang lain pula tolong kita.

Diri saya tidak penting, saya bukan individualistik, pangkat dan darjat bukan kekal. Saya berasal dari oran susah. Kesusahan sudah sebati dengan darah daging saya. Sejak lahir saya menghidap penyakit asma yang ‘kritikal’ dan peluang untuk hidup hanyalah 50-50.Alhamdulillah. saya baru saja merayakan ulangtahun yang ke50.

Kadang-kadang saya kecewa bila melihat orang lain bila sudah kaya lupa diri tak ingat orang lain yang memerlukan bantuan.Saya kena kuatkan semangat untuk terus bangkit dan berjalan kerana saya tahu di luar sana ramai yang memerlukan semangat saya untuk berjaya. Walaupun terpaksa bersusah payah sedikit tak mengapa.

Saya manusia yang banyak buat silap tapi saya cepat-cepat untuk memperbaiki kesilapan. Saya tidak jadikan agama sebagai tempat bergantung bila susah tapi saya anggap ibadah adalah tanggungjawab harian kita yang wajib dilaksana kan.

Kejayaan adalah berkat atas sikap dan cara kita berfikir dengan gigih, tekun dan tidak kenal erti putus asa.Tuhan memberikan peluang kepada semua orang yang sanggup bekerja keras, apa yang saya ada hanyalah usaha.

Saya selalu merendah diri walaupun nama saya pernah tercatat sebagai salah satu pemecah tradisi dominasi dermawan lelaki dan kekal sebagai satu-satunya muslimah dermawan dalam anugerah ‘Wira Dermawan’ Asia tahun 2009.

Memang kejayaan ini signifikan bagi saya tapi saya tetap turun tangan untuk membantu mereka di bawah jagaan saya. Ramai yang tidak percaya dengan cara saya tetapi saya tak ada masalah besar, yang penting hasilnya sudah ada. Kejayaan tidak akan datang bergolek.

Sekian dulu Selayang pandang kali ini, semoga catatan ini dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita seharian, insya Allah.
Wassalam,
 
DRErom.