|
MEMANG terlalu sukar untuk dia menerangkan kenapa dia berkahwin dengan lelaki itu. Dia seorang gadis cantik impian setiap jejaka. Bukan satu dua orang yang ingin memiliknya saat kami sama-sama menuntut dulu. Itu kisahnya dua puluh tahun yang lalu, dia menjadi rebutan setiap jejaka di kampus Univerisiti. Semasa perjalanan pulang dari tanah suci baru-baru ini, kami berjumpa dalam penerbangan yang sama. Dia menceritakan kehidupanya bersama lelaki biasa yang mempunyai cinta luar biasa, meskipun tubuhnya tidak berfungsi sempurna lagi. Dia mempunyai masa depan yang cerah seorang jurutera, mempunyai bakat yang luar biasa. Keluarganya tidak setuju, mereka tidak menerima lamaran Rafi kerana dia hanyalah lelaki biasa, dari keluarga biasa, dengan pekerjaan dan gaji yang tidak seberapa. Selepas setahun mereka menikah masih ramai yang hairan dan berbisik-bisik di belakang nya: Apa sebenarnya yang dia lihat dari Rafi?.....Mania belum mampu menjelaskanya. Yang dia tahu dia mencintai Rafi, itu sudah cukup dari sentuhan tanganya, tatapan matanya dan tuturcaranya bila dia melayaninya dan sangat menyenangkan. Hal kecil seperti inilah yang membuat semua wanita bahagia. “Kamu suksess Mania..bahkan kamu tidak perlu lelaki seperti dia untuk menyara hidup kamu” itu di antara kata-kata kakaknya yang lain.Teganya mereka berkata demikian sedangkan saya sudah berkahwin dan tidak lama lagi akan melahirkan anak. Lima tahun berkahwin masih juga kata-kata lucu itu tidak berhenti, pada hal mereka sudah mempunyai dua orang anak. Rafi bekerja lebih rajin sepatutnya tidak perlu kerana gaji Mania lebih dari cukup. Tak apa!... kata Rafi, ketika saya memintanya untuk tidak terlalu memaksa diri untuk bekerja. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaanya. Tapi saya tidak perlu risau kerana suaminya berjiwa besar dan boleh menerima penjelasanya. “Simpan saja wang kamu untuk masa darurat ya...” lalu Rafi mengelus dan mencium pipinya dengan lembut. Ia bagai kejutan letrik menyentak otaknya dan membuat fikiran Mania cerah. Inilah hidup yang diimpikan oleh setiap wanita menjadi bahagia. Pertanyaan; kenapa dia menikahi laki-laki biasa? tidak lagi mengusik perasaanya sebab ketika bahagia alasan-alasan seperti itu tidak lagi penting. Masuk tahun ketuju perkahwinan kami, kedudukan saya semakin cemerlang - wang masuk dengan mudah dalam syarikat, rumah kami sudah bertambah besar, anak-anak kamin semakin pintar dan suami saya juga yang terbaik di dunia. Hidup kami berada di puncak!....Bisik-bisik masih terdengar lagi setiap kali kami berjalan bergandingan tangan saudara mara termasuk ibu dan bapa dan jiran tertangga juga demikian. Selama ini Rafi tidak pernah sekali pun Rafi melukai hati saya. Dia tidak pernah sekalipun membuat saya menanggis. Bayi tidak juga mahu keluar walaupun sudah lewat dua minggu, pelsentanya sudah berbintik-bintik menandakan sudah tua, dia harus segera dikeluarkan. Doktor memasukan ubat namun ia menimbulkan kontraksi yang sangat menyakitkan. Rafi tidak pernah berganjak di sisinya sementara kakak-kakak serta kedua ibu-bapanya belum ada seorang pun yang datang. Tiga puluh jam berlalu namun belum ada tanda-tanda bayi saya mahu keluar. Rafi membayangkan sebuah sumber yang meluap berwarna merah untuk menganti darah saya yang hilang. Bayi mereka selamat tetapi saya dalam kondisi kritikal – Koma!... Mama Mania yang baru sampai menanggis, Papanya juga termanggu begitu lama. Sudah seminggu saya koma, selama itulah juga Rafi berulang-alik ke rumah sakit. Dia terpaksa membahagikan masa untuk saya dan anak-anaknya terutama bayi yang baru lahir. Lelaki itu sungguh luar biasa. Dia tidak pernah meninggalkan saya kecuali masa untuk solat, begitulah dia menjaga saya siang dan malam malah berminggu-minggu. Dia membawa Qur’an kecil dan dibacakanya dekat telinga saya di dalam bilik ICU. Ramai pelawat yang melihat dia bercakap-cakap dan bergurau sendiri dengan saya walaupun saya dalam keadaan koma saat itu. Masuk hari ke sepuluh keluarga saya sudah putus asa dan pasrah. Rafi masih berjuang datang setiap hari mengenggam tangan saya. Dia menyuruh saya bangun..Hari-hari begitu mendebarkan namun baginya namun dia terus bersabar berdoa dan berzikir. Keadaan rumah mereka sudah jauh berbeza tanpa saya, anak-anak merindui saya. Mereka ingin melihat saya kembali kerana sudah terlalu lama tidur. Pada hari yang ketiga puluh, doa Rafi terjawab. Saya bangun dan sedar dengan wajahnya penat dan terlalu letih. Rafi orang pertama yang saya lihat, dia menanggis menggenggam tangan dan mendakap saya ke dadanya.Rafi membuktikan semua kata-katanya yang diucapkanya beratus kali dalam doanya dijawab oleh tuhan. Rafi tidak pernah penat untuk merawat saya selama hampir 11 tahun, memandikan, membersihkan tempat tidur dan menyuapkan saya makanan, disamping menghantar anak-anak ke sekolah. Setiap kali pulang kerja dia menggendong saya untuk keluar melihat senja sambil memangku saya seperti remaja belasan tahun yang sedang jatuh cinta. Di waktu malam dia mendandan saya agar kelihatan rapi dan cantik sebelum tidur. Dia sedaya upaya terus menerus tanpa bosan menyakinkan saya bahawa sayalah wanita tercantik dalam dunianya. Setiap minggu Rafi mengajak mereka keluar berjalan-jalan, saya merasa malu dengan pandangan orang ramai. Mereka merasa kesian melihat saya lebih-lebih lagi melihat Rafi yang menyorong kerusi roda saya ke sana - ke mari. Bukan itu saja tapi ada yang berbisik-bisik: “Baik betul suaminya, kalau orang lain sudah cari penganti lain..”. Saya beruntung! memiliki cinta seseorang yang boleh menerima saya apa adanya bukan hanya itu tapi dia melihat bagaimana suaminya memandang penuh cintanya. Bisikan serupa datang dari tiga kakaknya yang lain, Papa dan Mamanya sendiri. Sekian dulu Selayang Pandang kali ini semoga kisah ini dapat memberikan kita iktibar sebagai panduan untuk mengharung hidup.
Wassalam, |






