VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
HARI WANITA SEDUNIA
Written by Administrator
Tuesday, 13 March 2012 05:35
PDF Print E-mail

WANITA adalah ciptaan yang terindah oleh Allah SWT  bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki.Oleh kerana keistimewaanya ini wanita diberikan suatu hari penghargaan iaitu Hari Wanita dirayakan di seluruh dunia pada setiap 8hb.March.

Kenapa hari wanita ini diraikan? Hari wanita ini bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk meminta persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.  

Ianya juga untuk menghargai setiap sumbangan para wanita tak kira suri rumah, penjawat awam, aktivis masyarakat dan seluruh sukarelawan di mana saja mereka berada. Ia sangat wajar, mereka perlu mendapat penghormatan yang sewajarnya.

Wanita merupakan warga Negara yang setia, tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab kepada Negara. Mereka menjalankan tugas penting untuk membangun insan melalui pengukuhan institusi kekeluargaan, Mereka mampu menghasilkan tenaga manusia yang diperlukan dalam pertumbuhan politik, sosial dan ekonomi.

Sumbangan kaum wanita terhadap kemajuan dan kemakmuran Negara tidak dapat  di nafikan lagi. Dianggarkan sebanyak 36% tenaga kerja Malaysia terdiri dari wanita.

Walaubagaimana pun, separuh dari golongan merupakan suri rumah yang berkhidmat untuk keluarga dan tidak menerima gaji sebagai kategori pekerjaan yang lain.

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini.

Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri".

Wanita seharusnya diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya dan lain-lain. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri sedangkan pada masa yang sama mereka juga menjadi ibu dan isteri.

Mereka terpaksa bertungkus lumus membantu suami mencari rezeki sedangkan dalam masa yang sama mereka harus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membersarkan anak-anak.

Tidak hairanlah di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya yang memberikan sokongan dan dokongan dalam setiap perjuanganya. Besarnya pengorbanan  mereka terhadap lelaki.

Wanita yang baik adalah impian setiap lelaki, kebijaksanaan mereka terletak pada hatinya. Namun apa yang terjadi sekarang sudah lain dan sangat mendukacitakan.Kemelut di sana sini sering berlaku akibat perbuatan wanita yang melanggar sifat lahiriahnya sebagai wanita.

 Mereka sudah berani berpeleseran dan berpacaran tanpa memikirkan akibatnya. Akhirnya terjadilah kes membuang bayi di sana-sini. Yang hairanya ramai dari mereka ini berpelajaran dan tahu akan hokum hakam agama. Apakah ini sesuatu yang membanggakan mereka?

Ada juga ibu-ibu yang bekerja, anak-anak mereka terbiar diracui oleh pemikiran yang kurang baik,, media mempromisikan budaya berpeleseran dalam dunia yang melampau. Tidak hairanlah semenjak wanita bekerja ramai masalah sosial dan semakin serius tugas membangun keluarga menjadi tugas separuh masa sahaja.

Ada sesetengah Wanita terlalu memikirkan hal luaran sedangkan itu bukanlah segala-galanya dalam hidup: “Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya...Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat di mana cinta itu ada...” itulah kata-kata seorang teman saya.

Ramai yang sanggup berkorban wang ringgit untuk melangsingkan badan sehingga ada yang tidak mengira keselematan diri demi untuk tujuan untuk cantik. Yang penting mereka puas untuk tampil lebih anggun mereka lupa untuk memikirkan pesonaliti wanita jati  yang sebenar mesti ada sopan santun, budibahasa, tuturkata dan sebaginya. Seimbangkanlah mudah-mudahan orang melihat kita dari keperibadian kita bukan kerana kecantikan luaran sahaja.

Wanita cepat menangis!...Ya!.. itu memang sifat azalinya. Jika wanita menangis dalam diamnya itu bermaksud ada yang tak mampu dia luahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata menjadi ganti. Jangan salah tafsir, menanggis bukan bererti lemah. Kadang-kadang dengan menanggis boleh meluahkan rasa sakit di hati dan juga menghilangkan "Stress", insya Allah.

Sekian dulu Selyang Pandang kali ini, semoga kita sama-sama dapat menghargai keindahan dan kecantikan yang ada pada diri kita - Jagalah ia sebagaimana kita menjaga iman dan maruah diri. Selamat Menyambut Hari Wanita kepada semua Wanita di seluruh Dunia....Jaga Diri!....

Wasssalam.

DRErom.