VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
WANITA DAN ALAMAYA DALAM DUNIA MODEN.
Written by Administrator
Thursday, 26 January 2012 05:48
PDF Print E-mail


ALAMAYA tidak dapat tidak telah banyak mempengaruhi cara hidup kita, terutamanya dengan golongan generasi muda. Ramai yang pintar dan merasakan tidak dapat hidup tanpa perkhidmatan internet dan komputer. Ia seakan-akan menjadi nyawa penyambung hidup mereka.
Kehidupan kita memang tidak dapat dipisahkan dengan dunia Komputer tapi janganlah sampai menganggu perjalanan kehidupan yang penuh dengan tugas dan tanggungjawab. Lebihkan tumpuan pada tugas dan kewajipan kita sebagai khlifah Allah di dunia.

Kini anak-anak biar kecil mana pun sudah pandai berinternet, apa lagi golongan dewasa yang sudah terdedah sejak awal di bangku sekolah. Semua ini tugas dan tanggungjawab yang terpaksa mereka pikul. Tidak ada pilihan. Kecangihan dunia sudah menular di mana-mana. Cuma kita harus berwaspada dengan godaan yang menganggu kelancaran tugas tanpa mengira urusan pejabat atau perniagaan.

Jika dahulu kita biasa dikagumi dengan kelebihan sistem Friendster atau Circle 99, sekarang sudah macam-macam sistem alamaya. Pada asasnya bertujuan membantu kita kekal berhubung dengan kawan-kawan lain dan juga saudara-mara yang jauh/dekat. Kini segalanya sudah berubah, kita tidak payah pergi jauh-jauh membuang masa - bertemu mereka kerana sudah ada internet, kita boleh ber'chat' 24 jam pun tak apa. Yang pentingnya kita bayar sewa bulanan.

Ada orang tak payah keluar rumah beli barang atau tak payah pergi pasaraya chek harga barang semuanya ada dalam 'internet' kan bagus tu. Semua ini memudahkan tugas kita sebagai suri rumah. Cuma kadang-kadang jangan terpancing dengan cinta 'internet', kesihan ada yang merana dan juga berkorban wang ringgit demi cinta internet...sanggup kerana tak bersebab, ini adalah kebodohan sendiri jangan sampai menyalahkan orang lain pula.

Kadang-kadang geli juga hati saya, bila melihat mereka yang sudah kemaruk dengan 'FACEBOOK" - Laman Buku di internet. Ketika menunggu giliran berjumpa dengan Pakar Gigi - Dr. Siti, di Klinik Dr. Majid - Semua pelangganya sibuk melayari Komputer bimbit. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.  Tidak ada lagi ruang berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.

Subhanallah!...apalah jadinya dunia ini kelak? jika  beginilah 'tren'nya, mereka sudah tidak kisahkan orang lain yang duduk bersebelahan mereka? apa lagi mereka yang sakit... Saya hampir-hampir nak tegur teman yang duduk di sebelah saya kerana terkekel-kekel ketawa sedangkan saya kesakitan gigi....Aduh!...dia enjoy- tekek-kekel melihat adegan filem dalam komputer bimbitnya. Namun saya pendamkan niat itu kerana saya masih ada iman. Kalau ikutkan hati nak bagi 'karate' tangan sebalah kiri saya....

Anak-anak yang masih kecil yang masih hingusan juga sudah ramai yang pandai dan sukar di kawal, termasuk anak saya Syeera 9 dan kakak angkatnya Safiqa 12. Kelmarin petang, sepulangnya dari kampung selepas mengajar anak-anak SURIA  menjahit selama dua jam setengah dan sempat pula masak dua jenis lauk untuk makan malam. saya terkesima, jam sudah menunjukan pukul 7 malam, sepatutnya waktu untuk saya mengajar mereka mengaji Al-Quran tetapi mereka belum mandi  berkepit dengan komputer.

“Syeea mengaji..." jerit saya dari bawah.

"Mandi dulu Mak!..."

"iiiii....belum mandi?"

“Belum, tadi main Komputer” dia ketakutan. Belum sempat saya marah, Safiqa terus turun dan cepat-cepat pergi mandi.

Saya naik marah, geram. Sesungguhnya sesiapa pun akan marah, bila anak-anak sudah bertebiat begini. Selama ini mereka tidak pula berkelakuan begini, mereka selalu patuh dan ikut arahan....namun kini, segalanya sudah berubah. Saya kesal dan mula menyalah kan kemudahan ini. Semua ini menguji kesabaran kita membimbing saya membimbing mereka menjadi manusia berguna. Anak-anak sudah lalai  dalam dunia perubahan di alamaya dalam dunia moden.

Yang pastinya kita tidak boleh menyalahkan mereka, apa lagi anak-anak yang masih mentah, pastinya ada sebab kenapa  Allah swt adakan semua ini.  Kita harus berusaha menentang atau membimbing mereka menjalani urusan keduniaan yang boleh membawa mereka menjurus kepada kehidupan akhirat. Semuanya hanyalah hambatan sementara yang cuba mengugat kekuatan iman seseorang, masya Allah!...

Semua orang ingin berjaya, semua orang ingin dikenali. Walaumacammana pun, percayalah hanya di sisi Allah swt sajalah seharusnya kita sasarkan kedudukan kita untuk urusan dunia menuju ke akhirat kelak..

Apabila telah ditetapkan Visi dan misi kita berkecimpung dalam aktiviti alamaya, kita akan tahu batasanya kerana sepatutnya bukan tentang kita tetapi visi dan misi kita dalam kehidupan.

Kita jarang  merumuskan tujuan hidupnya termasuk merumuskan apa yang dicarinya dalam hidup ini, makan untuk hidup atau hidup untuk makan, hidup untuk bekerja atau bekerja untuk hidup, hidup untuk memberi atau hidup untuk menerima Kita hendaklah senantiasa bermuhasabah diri tentang tindak-tanduk kita dengan orang lain. Ini adalah kerana cara hidup kita bukan hanya di hati tetapi juga di dalam tangan kita, di mata, di jari-jemari, di pakaian kita dan juga alam maya kita juga. Semuanya tergantung pada diri sendiri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

Syukur, Alhamdulillah!...Allah SWT. telah mempermudahan segala urusan untuk kita bertemu teman seperjuangan atau sanak saudara yang jauh dan dekat - walaupun sekadar dalam 'laman buku 'Face Book'.  Nah!.. inilah masanya kita boleh berkomnikasi  dengan mereka. Jangan sia-saiakan kemudahan ini.

Kebiasaan perlakuan pengiat Alam maya kita, berkongsi maklumat, berkongsi gambar, permainan, menulis aktiviti, menulis pendapat dan juga bertukar-tukar fikiran. Semua ini adalah kemudahan yang patut dinikmati bersama.Tujuanya ialah untuk memperluaskan ilmu pengetahuan, pembangunan manusia. Ilmu Al-Quran, hadith, feqah, sejarah teknologi mempamerkan keadungan sejarah dunia.

Sekian dulu Selayang Pandang kali ini, semoga penglihatan kita di medan maya memberi impak maksima terhadap iman, amal dan imej kita di dunia. Semua ini adalah cabaran bagi kita mendepani kehidupan yang penuh dengan rintangan menuju kebagaiaan kelak. Yang pasti kita jangan mengalah mendepani musuh yang jahat mengoda kita ke jalan yang sesat - Waspadalah selalu.
 

Wassalam,
 
DRErom.