VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
BICARA MIMPI DI LAPANGAN TERBANG HONGKONG
Written by Administrator
Tuesday, 05 July 2011 00:20
PDF Print E-mail

KEDENGARANYA Seperti lucu bila kita percaya kepada mimpi, apalagi kalau mimpi itu benar-benar menjadi kenyataan. Sehari sebelum berangkat ke Beijing saya telah bermimpi tentang perjalanan kami ke sana akan mengalami masalah.

Lalu saya katakan kepada suami saya: “ Malaslah mahu ikut rombongan kamu.....” kebetulan nama saya dia senaraikan dalam lawatan rombongan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ke sana.

“Ikut sajalah, kesihan isteri  ADUN yang lain...Datin Lenny bini Datuk Ariffin,  Mary pun ikut....apa nanti kata dorang, kalau kau tidak tiada....” Dia mengharap.

Dengan harapan itulah saya terpaksa menyelesaikan semua kerja dengan cepat. Beberapa mesyuarat terpaksa saya batalkan, Latihan badminton saya ganti dengan dua perlawanan persahabatan sekali gus, tugas yang lain terpaksa bagi orang wakil, beres!.

Subuh selepas menyiap atikel saya barulah saya mengisi beg dengan baju dan segala macam jenis makanan dan peralatan memasak. Memang sudah menjadi kebiasaan saya menyediakan semua kelengkapan seperti ini bila belayar bersama suami, kot kot... takut ada masalah mencari makanan pula.

Kapalterbang mendarat di Hong Kong agak terlewat dan kapal yang sepatutnya membawa rombongan kami ke Beijing tidak dapat terbang mengikut jadual. Kebetulan ada gangguan cuaca, angin kencang dan hujan serta banjir di sana.  Kami terpaksa keluar dari kapal itu dan di arah untuk ke teminal 2 pintu 522.  

Rasanya ini bukan mimpi. Bila pembatalan kali ketiga diumumkan, jam sudah menunjukkan 15 minit lagi ke pukul 11 malam, kami terpaksa bermalam di sini - tidak ada pilihan. Kami masing-masing mencari sendiri sudut yang sesuai di celah-celah kerusi panjang yang berhampiran dengan tandas awam lelaki dan perempuan.

Syukurlah dengan beralaskan sehelai selimut merah selepas solat saya pun terus melelapkan mata. Suami saya pula terpaksa tidur di lantai, Yang Berhormat yang lain Datuk Ariffin, Datuk Shamsuddin, Datuk Edward Khoo, Edward Yong,  Teo yang demikian juga. Bayangkanlah keadaan kami, tidur dalam mimpi yang berbeza...

Kami tidak diberi layanan seperti yang sepatutnya namun kami faham keadaan di sini orang terlalu ramai memaksa polis turut campur dalam urusan untuk meleraikan pertengkaran kecil.  Andy, Barur, Jenas  dan beberapa yang lain terpaksa berbaris untuk berebut kain tidur.

Dunia ini adalah tempat ujian dipenuhi dengan bermacam jenis kesenangan yang memperdayakan. Banyak dari kita lalai akan tujuan sebenar kita berasa di atas muka bumi ini sebenarnya bukan dunia yang sepatutnya kita kejar tetapi alam akhirat yang kekal abadi....

Tidak ada yang menyeronokan saat kami melayari malam di sini, apalagi tidur hanya lah ‘tidur-tidur ayam’ dengan bermacam-macam gangguan usikan Andy dan Barur.

“Datuk selalu jaga anak Yatim, hari ini tabalik pula....kita yang jadi anak Yatim”

“Ha....Ha....Ha....” Saya hanya mampu ketawa  lepas itu tak sedar terlelap.

Apa tidaknya keadaan tidak jauh bezanya seperti di rumah kebajikan kami di Suria,  sesekali air mineral, kueh donat dan kentang goreng. Sungguh sedih....tapi menyeronokan.... 

Aduh!...kisah kami ini mengingatkan saya masa mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu. Masa itu bas kami terperangkap dan tidak dibenarkan masuk ke kawasan kemah tempat kami ‘mabit’ dan kami dimestikan keluar dari kawasan itu sebelum matahari terbenam – magrib.

Kami mengharungi perjalanan selama tiga jam setengah baru sampai ke hotel kami di Mekah. Begitu seksa berjalan dengan memakai pakaian ‘jubah’ dan kasut getah dalam keadaan jalan yang berhabuk.

Tapi bagi saya itu satu ujian biasa yang boleh mengajar saya menguatkan hati dan meningkatkan iman. Ia mimpi yang mahal untuk dijadikan pengajaran. Bayangkan jika orang lain berada di tempat saya waktu itu, tentunya mereka sudah membuat ‘bising’ dengan macam-macam protes.

Saya rasa bangga kerana boleh menerima keadaan seperti itu, malah saya dapat merasai kekuatan iman kerana masih boleh mengerja solat sunat tahajud meski dalam suasana bising tenggelam dengan dengkuran manusia yang berbilang bangsa dan agama.  Suami saya seperti tidak percaya melihat saya tenang dan sibuk dengan buku dan komputer.

Lewat Subuh kami terpaksa bangun bergegas untuk mengejar ‘train’ ke terminal yang satu lagi kerana kapal dijangka akan berlepas pada pukul 7 pagi. ‘Selimut Merah’ terpaksa Andy lipat dan masukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang dan dijadikan kenangan katanya.

Alhamdulillah lewat pukul 1.45 petang kami selamat mendarat di lapangan terbang Beijing di sambut oleh wakil dari Kedutaan Malaysia di China dan beberapa orang Pemuda China dari Sabah yang diketuai oleh Stephen Liaw.

Walaupun lawatan pada hari pertama terpaksa dibatalkan namun kami dapat juga melawat beberapa tempat seperti Tembok Besar China, Pusat Sains & Teknologi Tinggi, Dewan Bandaraya dan lain-lain lagi. Lawatan kami ini merupakan satu peluang untuk memperkayakan pengetahuan tentang kaedah pengurusan berkesan sebuah Bandaraya yang terbesar di dunia. Beijing ibu Negara China mempunyai penduduk lebih kurang 30 puluh juta orang dan merupakan Bandaraya yang bersih, indah serta dihiasi panorama – lanskap pokok-pokok hijau yang cantik.

Ruang cukup sampai di sini....catatan Selayang Pandang kali ini semoga coretan dalam bicara mimpi ini dapat kita hayati bersama...

Wasallam.

DRErom.