VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
WANITA YANG INGIN MENGUBAH KEMISKINAN
Written by Administrator
Monday, 10 January 2011 06:42
PDF Print E-mail



Keberanian wanita ini benar-benar mencabar kewibawaanya, dia ingin mengubah nasib keluarganya dari kemiskinan. Semenjak kecil mereka telah bertemankan hidup dalam penderitaan. Dia bertekad untuk menjadi orang yang berjaya.

Dia telah menanamkan di dalam hatinya untuk merubah kehidupan bukan hanya menerima keadaan seperti itu. Lalu tumbuhlah semangat yang kuat untuk mencapai satu kejayaan.

Dia telah membuat temujanji dengan saya dari awal pagi lagi tapi kebetulan saya agak sibuk kebelakangan ini dan terpaksa menundanya beberapa kali. Tapi pagi ini saya terpaksa datang untuk menemuinya, di pejabat.  

“Hebat!..tulisan kamu sekarang saya bermangat untuk membacanya. Saya pun tak tahu dari mana kamu mendapat kekuatan, sibuk tapi masih ada masa menulis” dia cuba memancing saya dengan pujian itu, saya hanya mampu tersengih.

“Ah!..Biasa saja, kadang-kadang ada idea saya tulislah...tapi sekarang kena lebih serious lagi, tugas bertambah jadi penulis jemputan untuk dua majalah dari Kuala Lumpur”

“Wah!...kalau begitu semakin sibuklah kamu ?...Hebat!.. ” Dia kehairanan dengan keupayaan saya. Memang agak lama kami tidak bertemu. Badanya agak kurus, matanya cengkung kelihatan kurang bermaya. Dia tidak ceria seperti saya menemuinya beberapa tahun lalu.

“Kamu apa khabar.. Keluarga macam mana, beres?” saya sengaja memancingnya dengan soalan santai. Dia senyum dan Nampak garis-garis halus di wajahnya

“Biasalah kehidupan mana ada yang bagus..saya gagal dalam hiudp. Kamu beruntung kerana berjaya mencapai segala impian kamu...Saya kecewa...”

“Kenapa?....Apa masalah kamu?....” Dia terdiam seketika sebelum menyambung:

“Ramai yang membatalkan niat untuk mencuba sesuatu kerana takut gagal dalam hidup tapi saya tidak begitu kerana saya percaya bahawa kejayaan itu bermula dari kegagalan yang harus kita atasi” katanya.

 “Kenapa kamu katakan begitu?” saya hairan dengan kata-katanya. Lisa ini teman seperjuangan saya dari sekolah Sabah College dulu. Dulu dia hebat dan pintar.Kami terpisah kerana masing-masing membawa haluan meneruskan pelajaran di tempat lain. Entah kenapa? Tuhan mempertemukan kami hari ini.

Mengikut cerita teman rapat saya, suaminya lari berkawhin dengan wanita lain. Dia terpaksa menanggung kelima-lima orang anaknya. Dia cuba berusaha dalam perniagaan namun gagal  ditipu oleh temanya sendiri.

“Saya mahu merubah kehidupan keluarga saya dari kemiskinan. Saya gagal dalam hidup. Cinta saya hancur!..Perkahwinan saya gagal...anak-anak saya berantakan?”  dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terkedu sambil menarik nafas perlahan-lahan. Saya memberikan dia masa seketika. Dia mengesat air matanya.

“Kamu tidak perlu berkecil hati jika kamu dilahirkan dalam keadaan begini. Hidup ini pilihan, kamu tidak perlu menyesali nasib. Kamu perlu memacu diri untuk mendapat kejayaan. Cinta dalam rumahtangga hanya akan kekal jika ada persefahaman, kamu harus percaya pada diri sendiri. Semua ini ujian Tuhan. Setiap kejayaan haruslah bermula dari bawa, hadapi ujian hidup jangan buang masa untuk mengesali nasib. Bangun lah...Enjoy!..Jangan menyalahkan keadaan. Kamu mesti yakin terhadap Tuhan. Dia maha adil, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluarnya, yang penting kamu mahu berusaha” Saya memberikan dia motivasi panjang.

Dia terus diam dan mengangguk beberapa kali. Dia kebinggungan, mungkin sudah lama terpenjara dengan masalah keluarga, rumahtangga dan juga anak-anak.  Suaminya lari, entah ke mana menghilang?...Kesian!

If tomorrow never come?...Jika esok tidak akan datang, jangan kesali hidup ini. Cinta hanya datang sekali .Tuhan tidak pernah membebani seorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Kita sebagai hambanya harus percaya bahawa esok pasti akan datang membawa erti kepada masa depan.

Wah!...Pandai pula saya berfalasafah, saat ini saya terima pesanan ringkas SMS dari seorang teman yang sedang bertugas d luar kawasan di Sandakan...katanya “missing me..” Wow!...kadang-kadang kita ego, kita lalai kepada tanggungjawab. Cubalah renungkan hidup ini. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Sesungguhnya  perintah Allah hanya memakai kalimah “Kun” (jadilah) maka kita harus percaya kepada janjinya.Di dalam setiap jiwa, Dia menentukan kebajiksanaan dalam setiap gerakan ada hikmah dan dalam setiap saat Dia memberikan jalan untuk keluar. Dia yang menjadikan pagi setelah malam,  Dia yang memberi sesuatu agar kita belajar untuk bersyukur, Dia menurunkan ujian agar kita bersabar, Dia yang memberikan kita kenikmatan kerana Dia ingin mendengarkan pujian dari kita. Dia juga menurunkan bencana agar kita mahu berdoa.

Kita harus berpendirian kuat agar dapat mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan. Jalani hidup ini dengan kejujuran, jangan bersedih kerana setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaianya. Jika kita menginginkan sebuah kehidupan yang baik hadapilah semua permasalahan dengan penuh keberanian dan ketabahan kerana dengan adanya keberanian dan ketabahab tidak ada sesuatu yang membuat kita  gentar menghadapi orang yang tidak mempunyai keyakinan dalam hidup. Semoga berjaya!


Sekian,
DRErom.