VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
MENJADI WANITA YANG PALING BERBAHAGIA
Written by Administrator
Monday, 27 December 2010 04:29
PDF Print E-mail

Wanita yang baik dan bijaksana adalah wanita yang boleh membantu menyelamat kan orang lain dari gangguan lisan dan penghinaan orang lain. Wanita seperti ini mampu mengubah gurun sahara yang gersang menjadi taman yang indah dan segar menghijau.

London,suasana sekeliling lapangan terbang Hethrow , masih lagi diselubungi oleh kabus salji (air batu). Ketika kami sampai subuh itu beberapa tempat di sepanjang perjalanan ke apartment tempat kami menginap masih dipenuhi oleh ‘ice’ kami terpaksa memakai baju tebal untuk menahan kesejukan.

Anak saya yang paling kecil Syeera 7, paling suka melihat salji turun, dia tidak sabar-sabar untuk turun untuk bermain....”Mak!..saya mau main, saya mau turun...saya mau main..” Sehinggalah kami terpaksa membawanya ke Hyde park untuk bermain ice pagi itu, kulit muka saya terkupas dek kesejukan.

Lucu!...Memanglah dalam hidup ini kita banyak pilihan, kali ini anak-anak meminta kami untuk memilih tempat ini untuk bercuti, apapun kami terpaksa mengalah dan terpaksa menurut kehendak mereka.  

Sambil menanti barang bagasi keluar dari perut kapalterbang, saya teringat pula soalan seorang dari peserta kursus Kem Motivasi di Yayasan Kebajikan kelmarin, (sebelum berangkat ke sini) dia bertanya:

“Bagaimana ingin menjadi seorang wanita yang berbahagia?...Saya ingin bahagia” Saya terdiam seketika, sambil berfikir saya meneguk air kopi yang saya bawa dari rumah pagi itu. Ringkas jawapan saya, ianya  berbunyi begini.

“Ya..Untuk menjadi manusia yang bahagia kita harus berani memberi cinta kepada Allah, turuti apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang...”

“Itu saja?” soalnya lagi.  “Ya!...itu saja. Kita tidak perlu memaksa keadaan kerana yang penting kehidupan kita selesa dan kamu tidak perlu runsing tentang hal-hal lain selain dari suruhan dan laranganya, kata Allah:

 “Aku lebih dekat kepada manusia daripada pembuluh dara yang ada di lehernya” (Surah Al-Hadid:4)....

Ahli sufi ada mengatakan bahawa cinta kepada Allah itu adalah kecondongan hati kita kepada yang diingini dan disenangi. Cinta kepada Allah itu adalah ketaatan kita kepada apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangan dan kita harus redha dengan apa yang ditakdirkanya.

Jangan peduli apa orang lain kata yang penting dekatkan diri kepada Allah SWT dan percaya bahawa Allah selalu memelihara dan mengetahui seluruh gerak-geri kita (termasuk apa yang ada dalam hati ) selagi kita mengikut segala apa yang di suruh dan menjauhkan semua apa yang dilarang.

Yang penting kita menemukan siapa diri kita? Kita harus mengenali diri kita sendiri agar kita dapat mengetahui erti hidup yang sebenar.  Dengan cara ini kita dapat mengukur kemampuan, pegetahuan dan kesedaran dengan orang lain. Ia penting agar keyakinan kita akan menjadi  lebih kuat....”

Jika anda ingin berbahagia hari ini jangan menangguhkanya sehingga ke hari esok kerana Allah telah membukakan pintu harapan kepada anda maka perhatikanlah apa yang telah diberikan olehnya kepada anda yang berupa nikmat dan rahmat  dan jika anda ingin dibukakan pintu kekuatiran maka tunjukanlah amal perbuatan anda  kepadanya.

Tiada pengharapan dalam hidup ini tanpa usaha,jika tidak ia dinamakan angan-anagan. Lakukan sesuatu jangan mengalah kepada keadaan, jangan keras hati!...jangan pernah merasa takut kerana orang-orang yang takut tidak boleh melaksanakan kewajipan-kewajipan terhadap Allah, mereka merasa gentar untuk dipertanggungjawabkan nanti di akhirat terhadap Allah.

Wanita yang berbahagia selalunya mengutamakan keterampilan diri kerana dunia sekarang selalu mengutamakan kepandaian, keterampilan dan pengalaman. Ijazah memang penting tetapi itu hanyalah syarat sebagai pelengkap sahaja.

Beranilah mencari anugerah ilahi, sesungguhnya hanya dia yang benar-benar berkuasa sepenuhnya atas segala sesuatu. Dia maha adil, jadi apa pun yang ditimpakan kepada kita pastinya sempurna dan kita tidak patut kecewa. Yakinlah perhitungan Allah tidak pernah salah!... kerana perhitunganya tidak hanya semata-mata di dunia tetapi ia adalah persiapan untuk kita menuju akhirat, Insya Allah.

Percutian kami kali ini memang pendik, maklumlah cuti anak-anak tidak sama, masing-masing mempunyai tanggungjawap sendiri.  Abang yang sulung baru saja memulakan tugas sebagai Peguam di sebuah Syarikat, jadi cutinya pun terhad tapi yang penting kami dapat bersama walaupun seketika.

Keadaan hidup di barat ini mencerminkan kehidupan yang ‘simple’ jauh dari gangguan orang ramai tapi saya tidak selesa kerana selalu rimas dengan pakaian tebal, sarung tangan dan sarung kaki sehinggakan terpaksa memakainya siang dan malam...

Masa tidur juga berubah dan terpaksa membiasakan mata, yang lucunya pada malam pertama bila saya terbangun, saya terus mengambil air sembayang untuk tahajud tetapi rupa-rupanya waktu Isyak pun belum masuk lagi....

Sesungghnya hidup ini tidak selalu indah tetapi yang indah itu selalu berada dalam kenangan..dan kata Allah: “Dan carilah kebahagiaan di akhirat serta jangan lupakan nikmat dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan ...” Surah Al-Qashash:77. Sekian dulu, salam dari kami di Kota London.

 

DRErom,

The Leonard Hotel & Apppaprtments

LONDON.