VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
WANITA BERPERANAN JAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA
Written by Administrator
Monday, 13 December 2010 14:49
PDF Print E-mail

Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi Negara iaitu mencapai status Negara maju menjelang 2020, seperti kata Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Najib Tun Haj Abd Razak dalam ucapanya:

 “1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju Negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Ia berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru  kerajaan, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada.

Dalam erti kata lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi Negara tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan di amalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Ianya bertujuan menyemarakan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenal sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan senantiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Dewi fazilawatie sepupu saya telah menyahut cabaran ini sejak dia bertemu jodoh dengan abang Dollah, seorang anggota polis berasal dari Kedah Darul Aman. Saya tabik semangat perpaduan yang ada dalam jiwanya. Dia menyatukan dua jiwa dalam dua benua Sabah dan Semenanjung

“Tidak!...saya sanggup mati” Kata Ayung (panggilan timangan)... saya teringat kata-kata itu, waktu dia berkeras untuk menerima lamaran abang Dollah. Dia menanggis dan mendiang bapa saya menerima keputusanya untuk berkahwin. Bapa akur dan merestui pernikahanya.

Bapa menjemput orang-orang kampung untuk menyaksi kan perkahwinanya. Ada juga orang tertanya-tanya kenapa dia sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan memilih jejaka dari bangsa yang berlainan.

“Ini perpaduan bangsa....” katanya. Dia sanggup berkorban meninggalkan agama serta mengenepikan kebiasaan dan amalan adat resam suku kaum  orang-orang Dusun..

Dia bangkit dari seorang gadis pingitan dengan merubah cara penampilanya kepada wanita yang berani dengan cara berpakaian yang baru. Dia juga mengubah namanya setelah memeluk agama Islam. Masya Allah!...saya benar-benar teruja dengan keberanianya waktu itu.

Ya, percutian kami ke Pulau Mutiara kali ini seronok walaupun singkat dapat mengimbau kembali zaman persekolahan semasa menjadi mahasiswi di kampus Universiti Sains, Prof. Saya  Dato’ Dr. Ghouse & isteri telah menelipon awal-awal untuk menjemput kami makan Nasi Kandar di bandar George Town.

Hidup ini memang penuh resiko dan tidak ada alasan untuk berdiam diri untuk menghindari apa yang bakal belaku seterusnya. Terlanjur berada di sini saya menemui anak-anak aruah dari Kedah.

Abang Dollah terpaksa membawa mereka menyeberangi jambatan Pulau Pinang untuk menemui kami di hotel Golden Sand, batu Feringgi. Mereka sudah meningkat dewasa, Nini 23, baru sahaja menamatkan zaman persekolahanya dari Universiti, Fariz 20, tahun dan Pija di Universiti Islam Antarabangsa dan Jijan 13, masih meneruskan persekolahan dalam tingkatan satu.

Saya bangga dengan kekuatan Ayung, dia mempunyai semangat yang luar biasa. Dia seorang wanita yang cekal, di dalam hatinya ada cahaya keyakinan, dia seakan-akan dapat melihat akhirat sudah berada di hadapanya.

Dia berjaya menyatupadukan dua bangsa dalam satu jiwa. Inilah dikatakan jodoh. Tapi yang pasti perananya sebagai wanita menjayakan gagasan Malaysia menyatupadukan wasasan kita semangat Malaysia.

Tuhan menempatkan seseorang dalam kehidupanya kerana sebuah alasan dan menghapus kanya untuk sebuah alasan yang lebih baik. Ayung tidak kekok mengunakan bahasa ibunda pihak suaminya di negeri Kedah. Mereka anak beranak mahir bercakap dalam pelat itu.

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memiliki intergriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan Negara. Kita harus senantiasa untuk mengubah penampilan agar disegani dan dihormati oleh semua pihak.

Semasa hayat Ayung menyediakan persiapan mental yang kuat terhadap anak-anaknya. Dia meninggal selepas beberapa bulan menderita penyakit kanser rahim. walau pun saya sempat memandikan mayatnya tapi saya sungguh terkilan kerana tidak sempat menjaganya saat itu.

Apa lagi yang ada dalam hidup ini selain dari mengharapkan keredhaan darinya. Semoga segala Pengorbanan nya mengharungi kehidupan demi untuk perpaduan kaum akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.Sekian dulu untuk kali ini dengan ingatan “Barang siapa yang Allah kehendaki untuk diberi petunjuk, necaya Allah akan melapangkan dadanya sehingga ia berada di atas petunjuk Tuhan...” Mudah2 peranan kita sebagai wanita untuk menjayakan  gagasan 1 Malaysia akan berjaya...Insya Allah. 

DRErom.