VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
HARGAI DIRI MU SEBAGAI WANITA
Written by Administrator
Friday, 10 December 2010 02:24
PDF Print E-mail

Biasanya kita hanya bersedia menghadapi apa yang kita inginkan, mudah berdepan dengan perisitiwa jika ia sesuai dengan citarasa dan keinginan kita. Tapi bagaimana jika perkara itu berbeza, unik dan tidak sesuai dengan kehendak hati?

Justeru kita harus mempersiapkan diri supaya potensi konflik akibat perbezaan itu tidak akan merosakkan diri sendiri dan akhirnya akan merugikan masa depan kita.

Saya sibuk mengajar Hafeez  memasak nasi lemak pagi ini, dia sedang bercuti dari  luar negeri namun saya tetap mahu mengajar dia supaya pandai mencuci beras, menanak dan membungkus nasi. Jarak jauh bukan penghalang untuk dia melupakan jenis makanan tradisi kita di Malaysia.

“Apa ini Mak?....” dia bertanya sambil mencium kepingan belacan yang baru dibakar oleh pembantu saya Noor...Dia cepat-cepat meletakanya kembali.

“ Itu Belacan....” saya terpaksa menerangkannya sebelum menyuruh dia menumbuknya dengan bawang ke dalam lesung. Dia menumbuknya sambil tertawa.

“Oh!..i  thought it’s Chese....” dia terus ketawa sambil mencium tangannya yang berbau busuk itu tadi...

“Ya!..it’s Malaysian Chese...” saya turut ketawa...lucu.  Geli pula hati saya dengan tingkahnya yang tidak mengenal apa itu belacan - sejenis makanan kesukaan saya. Namun saya tetap bersabar dengan tingkahnya. Dia keanak-anaknya meskipun usianya sudah mencecah empat belas tahun.

Dalam kesibukan mengikat daun pandan, saya teringat SMS pesanan ringkas dari seorang wanita semalam, menuduh saya menyibuk tentang kehidupannya....Huu! siapa wanita ini? Tak kuasa saya mahu melayanya....

Dia Wanita biasa katakan, mungkin juga dia bercita-cita tinggi untuk menjadi orang terkenal pada suatu waktu dulu....Tapi malangnya dunia ini bulat, impian hanya tinggal impian. Dia gagal mencapai apa yang dia inginkan. Hampa!

Tuhan pasti mempunyai perancangan lain untuk hidupnya. Yalah kita yang merancang Tuhan yang menentukan, segala ketentuan di luar garis kuasa kita. Dia menetapkan apa yang patut kita terima.

“Kenapa Tuhan mempertemukan saya dengan wanita ini? Mesti ada sebab kenapa persoalan ini berlaku, pasti ada hikmah...” fikiran saya tersekat sebentar memikirkan wanita ini. Ya!...saya percaya bila  Allah menurunkan sesuatu ujian kepada kita, dia (Tuhan)  pasti tahu kita masih mampu menanganinya....Insya Allah!...

Pada mulanya saya merasa kesihan mendengar kisah  penderitaan hidup wanita ini tetapi sebagai insan biasa, ruang untuk kita berbakti terbatas, saya hanya mampu berkata-kata menasihati namun  pilihan terletak pada dirinya. Yang menentukan jalan hidupnya  adalah dia sendiri.

Dia yang harus bertanggungjawab atas pilihan yang dia ambil sendiri sekaligus menerima segala akibat hasil dari perbuatanya. Inilah cabaran dan ujian dari Allah.

Tuhan menurunkan keadilan terhadap kehidupan kita kerana orang yang terlalu gairah mengejar kemewahan dunia tanpa memikirkan ada kuasa lain yang berhak menentukanya. Akhirnya kita akan menerima jawapan yang kita inginkan di luar jangkaan. Percayalah.

Sebagai wanita saya hanya mampu berpesan kepadanya “Hargailah dirimu sebagai wanita... jangan biarkan dirimu diselimuti penyesalan tanpa memikirkan masa depan dan anak-anaknya.”

Biasalah kehidupan ini pasti ada pahit maungnya, kalau tidak kehidupan ini tidak menyeronokan.. Yang penting kita harus tabah menerima segala ujian dengan iman yang kuat.. Mudah-mudahan saja pengajaran dari kegagalan masa lalu akan memandunya  ke jalan yang benar.

Lihatlah di sekeliling kita masih ramai lagi orang lain menderita, tak cukup makan tapi mereka masih  mampu tersenyum kerana mereka yakin segala ujian ini hanya sementara, esok masih ada cahaya menerangi kehidupan mereka.

Ingatlah sebagai wanita kita adalah aset negara. Jangan sia-siakan nilai hidup kita, bangunkanlah diri, tunjulkan kebolehan yang ada. Pertingkatkan keimanan kerana keimanan itu adalah peribadi sejati kita sebagai manusia. Ianya tidak dapat ditukar ganti dengan emas atau pun harta kekayaan.

Hargai  diri kita selagi kita dihargai. Hiasi diri selagi kita mampu, pelihara kesopanan agar kita dihormati. Persiapkan mental dengan semangat agar kita senantiasa menerima segala cabaran dengan tabah.

Bertaubatlah jika itu jalan yang terbaik harus kita lakukan. Tuhan suka pada mereka yang menginsafi  segala dosa-dosanya : “Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan...” As-Syuraa:25.

Warnai kehidupan dengan kegembiraan...Pandang hidup dengan mata harapan, anggap segala permasalahan adalah mainan kehidupan. Berlaku baiklah kepada semua orang agar mereka boleh membantu kita menceriakan kehidupan.

Kehidupan ini ialah sebuah rantai yang tersusun rapi oleh banyak-banyak rantai yang berlainan. Suka duka merupakan salah satu rantai emas antara penyerahan masa kini dan harapan masa depan.

Sekian dulu buat renungan kali ini semoga kita sama-sama menghargai diri – Hidup tanpa kebebasan seperti tubuh tanpa jiwa dan kebebasan tanpa akal seperti roh yang kebingungan.....Jangan binggung!

DRErom.