VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
CUBALAH UNTUK BERUBAH...
Written by Administrator
Tuesday, 30 November 2010 00:42
PDF Print E-mail


Hidup adalah perubahan!...Perubahan adalah hukum yang pasti dalam kehidupan. Pendik kata tidak ada yang berubah jika kita sendiri tidak mahu berubah, kenapa kita  tidak mahu berubah? Pasti!!!. kerana kita tidak ada kerberanian untuk memulakanya.

“Cubalah untuk berubah! ” Itu saranan saya kepada anak sulung saya Nizam pagi ini masa kami bersarapan. Selalunya kami makan bersama sebelum dia berangkat pergi ke tempat kerja. Hari ini genap dua bulan dia bertugas di Alex & Co - Syarikat Guaman di Kota Kinabalu.

Biarlah dia mempraktikan keupayaanya sebagai peguam sebelum dia mendapat peluang yang lebih baik di tempat lain. Saya tidak suka dia telalu bergantung dengan orang lain, sebagai insan biasa kita harus berusaha mencari keredahan dari Allah.

Sesungguhnya Allah berterima kasih kepada mereka yang redha kepadanya dengan menurunkan pertolongan di setiap kesulitan yang kita hadapi  tetapi bagi mereka yang engkar dan menentangnya, dia akan mengabaikan dan membiarkanya sendiri.

Saya hanya menyediakan nasi goreng dan roti ‘sandwich’ tuna -  Seperti biasa sambil makan kami bercerita tentang kerja-kerja di pejabat. “Hari ini saya ke makamah ada kes yang perlu kami dengar, saya kana bantu, banyak kerja..”

“Jadi makan tengah hari, sembahyang? ha!...itu jangan lupa” seperti biasa saya selalu mengingatkanya. Saya takut dengan alasan sibuk, dia lupa dengan tugas penting – tanggungjawab terhadap Allah. Saya tahu dia banyak mengorbankan masa untuk membaca buku rujukan dan kadang-kadang tak sempat makan.

 “Eyalah...Mak!...jangan risau” dia menyakinkan saya. Sebelum beredar dan meminta izin pergi, sekali lagi saya berpesan agar berhati-hati bawa kereta dan jangan terlalu fikirkan kepentingan diri sendiri....Mudah-mudahan dia akan menjadi manusia dewasa yang berfikiran cemerlang....

“Hadapi hidup dengan tenang, terokai ilmu sebanyak mungkin untuk menyuluh masa depan, jangan sekali-kali lalai dan lupa diri dan yang penting jangan menyusahkan Mak Bapa” dia angguk dan menjadi kebiasaanya mencium tangan saya sebelum berangkat.

Kadang-kadang kita tidak sedar kita boleh berada di dalam sesat dan benar, bah kan dalam masa satu jam pun kita boleh berada dalam kedua-dua keadaan tersebut. Hidup ini harus bersedarhana, berhati-hati dan bersyukur dengan nikmat Allah.

Jangan biarkan orang lain menentukan arah kehidupan kita kerana orang ini tidak sama. Ada juga yang suka  memperlakukan orang lain menjadi hambanya, ada pula yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan kita dan apa-apa lagi...  So!..Jadilah diri anda sendiri.
Untuk berubah senang...tapi kenalah berusaha bersungguh-sungguh..Di sini saya titipkan sedikit panduan untuk berubah...Jangan suka berbohong, jauhi tebiat unbtuk mencari alasan kerana alasan  akan mencampur adukan dosa untuk berbohong. Ada orang suka menjadikan alasan kerana kebiasaanya....Ya!...biasalah untuk menang. Tapi yang tertipu adalah diri sendiri. Bangkitlah dari membohongi diri sendiri. Binalah keyakinan diri kerana dengan adanya keyakinan kita boleh merealisasikan impian untuk berjaya

Bagi mereka yang ingin berjaya, keyakinan mereka akan tercerlah dengan suluhan iman dan necaya kita tidak akan dibiarkan sendirian oleh Allah. Percayalah, jika kita benar-benar jujur - perubahan itu tidak akan sia-sia, bukan suatu hayalan kerana kita akan merasa ada bimbingan darinya..Insya Allah!..

Seseorang yang ada di dalam hatinya terdapat cahaya keyakinan akan melihat seakan-akan akhirat sudah berada di hadapanya dengan membawa bekal yang diperlukan.

Mereka yang gagal merasakan hidupnya tidak bererti dan tidak akan  berkeinginan untuk menemukan siapa dirinya yang sebenar  sehinggakan sikap percaya kepada diri sendiri pun tidak ada.

Apa lagi jika iman kita teranggu dan ketenangan jiwa kita tergugat. Semua ini kerana mereka merasakan bangga diri, bercita-cita ingin dikenali dan mendapat limpahan simpati dari orang lain.  Beberapa perkara boleh membantu kita untuk berubah iaitu melapangkan dada dengan membersihkan hati agar merasa lapang mendepani dunia dan isinya.

“Barang siapa yang Allah kehendaki untuk diberi petunjuk, necaya Allah akan melapangkan dadanya sehingga ia berada di atas petunjuk Tuhan...”
Perkara lain ialah - Ilmu yang bermanfaat kerana orang-orang berilmu adalah orang yang paling bahagia kerana boleh menentukan jalan hidup sendiri. Ada pula dengan beramal, ianya juga boleh merubah kehidupan kita. Dengan beramal kita dapat memberikan cahaya pada hati untuk menyuluh kehidupan orang lain. Pada sinar wajah terpancar kegembiraan pantulan dari mereka di sekeliling kita.

Keberanian untuk berubah adalah dari jiwa yang kuat dan  unggul kerana hanya mereka yang memiliki tekad yang bulat, teguh pendirian dan sehat dapat melakukan perubahan yang berterusan. Mereka benar-benar melihat arah tuju masa depan tanpa teroncang dengan cubaan dan tidak pernah gentar dengan segala yang menakutkan.

Mereka yang ingin berubah juga harus menjauhkan maksiat kerana penyebab utama kekeruhan jiwa, kegelisahan dan kegelapan hati adalah maksiat. Ingat dosa boleh mematikan hati dengan adanya dosa membuat orang menjadi hina. Akhir sekali jika kita ingin berubah jauhkan dari tindakan yang berlebihan iaitu kurang kan bercakap, kurangkan makan & minum, kurangkan tidur dan kurangkan bergaul dengan mereka yang tidak berilmu.

"Jika kamu menderita kesakitan maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan sebagaimana kamu menderitanya sedangkan kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan..(An-Nisa:104)
Sekian dulu untuk renungan kali ini -
 
Wassalam.
 
DRErom.