VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

PERKENALKAN SEMULA SISTEM KUOTA PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO: SALLEH

News image

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, yang pernah...

Ilustrasi | Administrator | Saturday, 8 June 2013

READMORE

KENAPA KITA HARUS BAHAGIA?

News image

BAHAGIA itu bukan milik bagi mereka yang tidak tahu bersyukur. Tuhan selalu memberikan kita rezeki, nyawa, mata, telinga dan banyak lagi untuk membolehkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.Kenapa kita harus...

Selayang Pandang | Administrator | Wednesday, 5 June 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
SEIRINGKAN KERJAYA DAN RUMAHTANGGA
Written by Administrator
Tuesday, 19 October 2010 03:36
PDF Print E-mail


SENYUM sendiri. Saya baru saja habis membaca buku yang bertajuk Let’s be brave – Berani,  yang dibeli oleh suami saya kelmarin. Saya dapat satu daya inspirasi untuk bercakap pasal keseimbangan Wanita  dalam rumahtangga dan kerjaya dalam ceramah saya minggu depan.

Ya, sebagai wanita kita harus membina kerjaya sendiri, belajar berdikari dan bukan hanya menumpang  tuah kepada suami dan keluarga. Kita mesti ada identiti sendiri dan pandai menggunakan kebolehan yang ada untuk  menjadi ‘role model’ yang baik kepada orang lain.

Kita tidak boleh mengamalkan gaya hidup menunggu untuk disuap kerana sikap ini amat memalukan dan juga merugikan diri sendiri. Sebaiknya gunakanlah kudrat  yang ada dan berusahalah mengunakan ilmu yang dipelajari agar dapat memperkembangkan bakat kita. Yakinlah pada kebolehan diri sendiri agar dapat membina nama untuk masa depan....Insya Allah.

“So, apa tajuk atikel minggu ni?.....”  tiba-tiba suami saya bertanya, mengejutkan saya dari lamunan. Nampaknya dia pula lebih sibuk dari Ketua Pengarang untuk mempastikan tajuk tulisan saya minggu ini.

“Hey!...Tak tau lah....tapi yang pasti saya akan tulis pasal wanita. Saya kena tulis serious lebih sekarang ni, kalau tidak pembaca akan tanya macam-macam soalan... susah!....saya mau jawap”
“Kenapa tak tulis tentang tentang cinta dan  kasih sayang?.... macam dalam ucapan YB Herbat Timbun semalam...”
"He...he..." Geli hati saya mendengar ucapanya, kebetulan kami menyaksikan peerkahwinan anak sulung mereka Grace & Riccky.

“Kisah cinta kami tidak romantik tapi sampai juga 32 tahun kami kahwin..... Dulu tidak ada ‘Face Book’,  tidak ada telefon, tidak ada internet macam sekarang. Yang ada hanya surat... itu pun tapuk-tapuk, tapuk di bawa bantal takut-kedapatan. ” Semua orang ketawa.....Lucu.

Alhamdulillah!...sebagai wanita kita beruntung kini dengan pelbagai kemudahan yang boleh menyenangkan kita untuk melakukan tugas pelbagai tugas. Kata orang sambil menyelam minum air, banyak tugas kita boleh lakukan dalam satu masa. Boleh masak sambil telipon, SMS - 'internet' berubung dengan orang luar untuk urusniaga.

Sebagai wanita jangan sia-siakan peluang yang ada, kita boleh mengambil iktibar untuk mencuba dan mengubah nasib..Tapi harus dapat mengimbangi karier dan keluarga,yang penting kita jangan lalai dengan tanggungjawab kita di rumah...

Sebagai wanita harus belajar berdikari untuk mencari wang  dan jangan terlalu bergantung kepada suami sekaligus dapat membantu proses peningkatan ekonomi menyara perbelanjaan kehidupan harian. Kita harus ada keperkasaan supaya lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran hidup.

Ini wajar supaya kita tidak lagi didominasi dan terlalu bergantung kepada suami terutama sekali dari segi hal-hal kewangan. Pertingkatkan ilmu pengetahuan yang ada agar minda kita senantiasa terbuka dan tidak mudah ditipu oleh orang lain. Sekurang-kurangnya kita boleh mengatur keutamaan jadual hidup harian kita.

Persefahaman dan sikap saling percaya dan mempercayai adalah sikap yang amat penting dalam mengekalkan keutuhan sesebuah keluarga. Sekiranya kita berjaya dalam kedua-dua.. ianya suatu kepuasan dan itulah kejayaan dalam erti kata yang sebenar.

Lelaki dan wanita seharusnya tolong menolong di antara satu dengan yang lain agar jangan hanya memikirkan sebelah pihak sahaja. Didiklah anak-anak remaja yang sedang meningkat remaja agar mereka menjadi anak yang berguna. Jangan meletakan segala tugas dan tanggugngjawab kepada pembantu rumah sahaja.

Saya percaya dengan kesepakatan yang ada di antara kedua-dua belah pihak kita boleh mengagih-agihkan tugas. Yang penting ada perancangan dalam semua urusan yang berkaitan. Tidak ada yang mudah tetapi tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.

Jangan ada jurang permisah di antara kita dan anak-anak. Walaubagaimana sibuk sekali pun tidak ada orang lain yang boleh mengambil alih tugas kita di sisi mereka.Perhatian dan motivasi daripada ibu-bapa amatlah penting. Kualiti masa itu juga terlalu penting -  luangkanlah masa pada sebelah malam atau pun hujung minggu untuk bersama-sama mereka.

Kita jangan terlalu mengejar sesuatu yanag belum pasti untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan keutamaan yang  sepatutnya diutamakan. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Apa yang kita miliki hari ini belum tentu akan menjadi milik kita untuk selamanya oleh itu jangan terlalu 'gelojoh' mengejar sesuatu yang belum pasti.

"sesungguhnya Allah senantiasa memberikan hikmah yang terbaik di setiap apa ketentuan yang diberikan kepada kita - Jauhilah sifat keterlaluan untuk membina harapan yang terlalu tinggi kerana sesungguhnya Tuhan telah menetapkan rezeki seseorang "

Hindarilah diri dari kebiasaan untuk mengejar cita-cita yang sia-sia... jangan biarkan kebiasaan membandingkan pencapaian kita dengan orang lain. Masing-masing mempunyai kelebihan dan ketentuan Allah yang menjadikan semuanya jadi kenyataan. Tanamkan semangat untuk terus berusaha dan berusaha...untuk meningkatkan pencapaian diri.

Wanita di Negara kita lebih bertuah walaupun hidup dalam kesusahan namun mereka tidaklah sampai ke tahap untuk menjerumuskan diri ke lembah pelacuran untuk menyara kehidupan berbanding dengan wanita-wanita di negara jiran.
Sebagai insan biasa kita mempunyai hati yang bersih sebagai asset utama untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Sesunggunya wanita merupakan lambang kebanggaan setiap kaum lelaki. Buktikanlah  kemampuan kita untuk menyeimbangkan di antara kerjaya dan rumah tangga. Lakukan setiap kerjaya dengan mengharap akan keredhaan dari Allah. Semoga setiap langkah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal darinya. Apa pun ucaplah terima kasih pada diri kita kerana masih sanggup untuk berusaha untuk hari esok.

Sekian dulu kali ini dengan ingatan setiap kata yang keluar dari mulut kita adalah doa - maka jaga setiap kata-kata yang dialunkan oleh lidah.

DRErom.