VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
KISAH SEPASANG KASUT
Written by Administrator
Wednesday, 13 October 2010 12:45
PDF Print E-mail

Oleh :  Harun Tafsir.

Seorang warga emas suatu hari menumpang bas untuk pergi ke bandar. Kerana kalang kabut ketika menginjakkan kakinya ke tangga bas, sebelah kasutnya terlepas  dan jatuh di jalan.
Pintu cepat tertutup dan bas segera bergerak  tidak mahu berhenti. Bas ini hanya akan berhenti di tempat pemberhentian yang telah disediakan, yang jaraknya  cukup jauh, sehingga penumpang warga emas tadi tidak  dapat memungut kasut yang terlepas.  Mengalami keadaan seperti itu warga emas tadi tidak menggelabah, bahkan dengan selamba  melepas  kasutnya yang tinggal sebelah, kemudian menghumbankannya ke luar tingkap bas.

Seorang pemuda yang duduk di sebelah warga emas tadi menjadi heran dan bertanya :  ''Mengapa membuang kasut yang sebelah  juga?''  Warga emas itu menjawab dengan tenang :  ''Saya buang kasut yang tinggal sebelah agar supaya siapa pun yang  menemukan kasut yang terjatuh tadi dapat  memanfaatkannya.''

*********
Warga emas dalam cerita di atas, adalah sebuah tauladan tentang ”orang yang bebas dan merdeka”. Dia telah berjaya melepaskan diri dari keterikatannya pada sesuatu. Berbeza dengan sebahagian orang yang mempertahankan sesuatu, semata- mata kerana ”ingin memilikinya”, atau mempertahankan sesuatu kerana ”tidak ingin orang lain memilikinya”.

Sikap mempertahankan sesuatu -- termasuk mempertahankan apa yang  sudah tidak bermanfaat lagi bagi dirinya -- adalah akar dari ”tamak atau serakah”. Punca  tamak atau serakah adalah kecintaan yang berlebihan pada sesuatu. Kecintaan  ini melahirkan keterikatan. Kalau diri sudah terikat dengan sesuatu,  maka diri akan menjadi terkongkong dengan sesuatu itu. Adakalanya juga seseorang menyamakan kebahagiaan itu dengan memiliki atau menguasai sesuatu, termasuk harta benda. Kalau sudah terjadi sedemikian, maka manusia akan susah untuk ”memberikan apapun yang dimiliki”,  kerana menurut pemikirannya, bahawa memberikan sesuatu yang dimiliki akan menyebabkan kehilangan sebahagian dari kebahagiaan.  Maka yang wujud kemudian adalah ” kedekut bin kikir”.

Kalau dipikirkan lebih mendalam, tamak atau serakah sebenarnya berpunca  dari pikiran dan paradigma  yang salah terhadap harta benda. Sebahagian orang menganggap harta benda yang ada adalah mutlak ”milik” mereka. Pikiran dan paradigma ini salah.  Harta benda bukanlah mutlak milik manusia. Harta benda hanyalah ”titipan dan amanah” dari Tuhan,  yang  suatu ketika nanti akan diminta tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang dituntut adalah :  - Darimana didapatkan harta benda itu ? Bagaimana cara mendapatkannya  ?  Sejauh mana kemampuan untuk menjaga dan memanfaatkannya ?.

Hubungan manusia dengan harta benda hanyalah sekedar sebagai media dan perantara.  Semuanya  milik Tuhan dan suatu ketika akan kembali kepada-Nya.  Tuhan telah mengamanahkan banyak hal kepada manusia, baik berupa harta benda atau kekayaan,  pasangan hidup, zuriat dan sebagainya. Hak manusia  adalah menjaga amanah itu dengan baik, termasuk ”meneruskan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya”.                                                                                     

Paradigma ”meneruskan harta benda kepada sesiapa sahaja yang memerlukan ”, boleh menimbulkan sikap yang berbeza dari sebahagian besar manusia. Selalunya orang akan  merasa terganggu, jika ada yang datang untuk meminta ”bantuan atau derma”. Perasaan terganggu ini mesti dibuang jauh. Justru sebenarnya wajib merasa bersyukur.  Mengapa ? Kerana kehadiran orang yang meminta bantuan atau derma itu memberi peluang kepada pemilik harta benda  untuk  menjadi ''perpanjangan tangan'' Tuhan. Tidak semestinya  merasa terganggu, kerana harta benda yang Tuhan anugerahkan , ada sebahagian ''titipan''  untuk membantu sesama yang memerlukan.

Cara berpikir seperti ini akan melahirkan hidup yang  berlimpahruah dan penuh anugerah bagi diri pemilik harta ataupun masyarakat di sekelilingnya. Hidup seperti ini adalah hidup yang sentiasa bertambah dan
tidak pernah berkurang. Semua orang akan merasa sejahtera, tak ada yang dukacita dan sengsara. Alam semesta sebenarnya bekerja dengan konsep ini, semua  unsur-unsurnya bersinergi, menghasilkan kesejahteraan bagi semua mahluk. Itulah sebahagian tarbiyah ibadah Ramadhan yang baru berlalu dan lepas  dari genggaman waktu


Sebagai penutup marilah bersama kita renungkan untaian kalimat berikut :  

Engkau tidak pernah memiliki sesuatu ... 
Engkau hanya memegangnya sebentar... 
Kalau engkau tak dapat melepaskan...
Engkau akan terkongkong olehnya...

Begitu nyawa lepas dari badan...
Segera hartamu berpindah tangan.....

Harta benda yang engkau berikan...
Itulah milikmu yang hakiki...
Kerana itulah yang engkau bawa mati...

Menggenggam harta - seperti menggenggam air...
Makin kuat engkau genggam...
Makin banyak yang terlepas...

Lepaskan...
Jadilkanlah milikmu berkekalan...


*********

Kampung Likas, akhir Syawal 1431 H. – awal Oktober 2010 M