| SUAMI DAN ISTERI MENGANDUNG EMPAT BULAN ANTARA DITAHAN POLIS KERANA DADAH |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 05 February 2010 22:48 |
|
Zahari (duduk) sedang membacakan fakta kes dadah kepada pemberita. Turut kelihatan Yassin (dua kanan) dan pegawai dan kakitangan Bahagian KENINGAU: Polis Bahagian Jenayah Narkotik menangkap tiga orang termasuk sepasang suami isteri yang disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bariawa Ulu di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohammed, berkata pada 3 Februari jam lebih kurang 4.40 petang, melalui risikan anggotanya, sepasukan polis diketuai Ketua Bahagian Narkotik Jenayah, ASP Mohd Yassin Haji Sagap telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bariawa Ulu di sini. Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan polis di rumah itu telah menemui satu bag ccklat berisi satu peket plastic lut sinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di atas meja dalam bilik kedua-dua suspek seberat 0.30 grams.
"Kedua-dua suspek yang berusia 29 tahun dan isterinya 20 tahun ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. Zahari memberitahu, suspek lelaki berbangsa Bajau Filipina, seorang pekerja buruh binaan dan memiliki dokumen passport sementara isterinya, seorang rakyat tempatan yang mengandung empat bulan. Beliau memberitahu, seorang lagi suspek lelaki berbangsa Visaya Filipina berusia dalam lingkungan 30 tahun ditahan polis semasa dalam perjalanan ke rumah saspek suami isteri itu untuk menjual dadah. "Siasatan awal menunjukkan suspek suami isteri mengaku ada menghisap dadah jenis syabu dan dadah yang ditemui itu adalah milik mereka yang dibeli daripada saspek yang turut ditahan ketika dalam perjalanan ke rumah saspek," katanya. |
| Last Updated on Friday, 05 February 2010 22:55 |









