| KONSEP BAZAR DIPERLUAS SELURUH MASJID |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 01 February 2010 23:39 |
|
KOTA KINABALU: Dalam usaha kerajaan negeri untuk menjadikan masjid sebagai satu pusat komuniti dan aktiviti masyarakat, konsep bazar akan diperkenal dan diperluaskan ke institusi-institusi masjid di seluruh Sabah. Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Bazaar Al-Mubarak di kawasan masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini, berkata dua lagi kawasan telah dikenalpasti iaitu di Bukit Padang (Kota Kinabalu) dan di daerah Ranau untuk diwujudkan bazar seperti ini. Projek Bazaar Al-Mubarak itu yang merupakan usahasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) juga bertujuan mewujudkan ciri-ciri tambah nilai masjid bagi memajukan ummah serta menambah dana kewangan masjid bagi menjalankan aktivitinya. Beliau berkata projek perintis itu berharga RM1 juta yang mengandungi tujuh premis (enam gerai dan satu restoran), akan dimulakan pembinaannya secepat mungkin. Dalam pada itu, masjid-masjid lain diminta mencontohi cara pengurusan cekap masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang sentiasa mempunyai banyak aktiviti yang berunsur membantu masyarakat Islam dan bukan setakat tempat beribadah. |
| Last Updated on Monday, 01 February 2010 23:41 |










