KURANG BERSEMANGAT DALAM ZAMAN GLOBALISASI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 31 January 2010 11:16

Ramai wanita kurang bersemangat dalam zaman globalisasi masa ini, mereka sentiasa murung, menunggu dan mengharap sesuatu yang datang bergolek tanpa sebarang usaha yang berterusan.

Untuk mendapatkan sesuatu kita harus berusaha dan bersaing dengan orang lain. Ada yang berkebolehan tetapi tidak mahu mencuba untuk melipat gandakan usaha mereka, keterbatasan usaha seperti inilah yang menjadikan mereka lumpuh dan malas bangkit untuk mencapai kejayaan.

Wanita memang terkenal dalam kerja berpasukan, apatah lagi dalam bidang sukan. Mereka memang hebat, contohnya pasukan BAKISA yang pernah menyandang Juara (JOHAN) piala perdana – Malaysia sebanyak enam tahun berturut-turut.

Tahun lalu pasukan ini gagal mempertahankan kejuaraan mereka di Seremban. Ujian ini memang pahit,  kekurangan semangat adalah penyebab utama mereka menyerah dan jatuh ke Naib Johan. Memang ukuran untuk berjaya ialah kepada persiapan mental dan jasmani tetapi yang lebih penting adalah jiwa dan semangat.

Kemungkinan ada hikmah disebalik semua ini, semoga menjadi satu iktibar yang boleh membakar semangat mereka untuk menang tahun ini. Kebetulan juga saya tidak turut membantu mereka pada waktu itu kerana saya berada  di luar negeri - mengikuti rombongan Tuan Yang Terutama - mengerjakan ibadah haji.

Ya bagi wanita yang terlibat bangkitlah, gemburkan semangat yang membara untuk bertarung di tempat sendiri..(Sabah- sebagai tuan rumah) Insyallah!..nasib akan menyebelahi kita ....Ikhlaskanlah perjuangan semoga kita tidak akan kecundang lagi.

Seorang hamba dilarang menghulkur-hulur waktu untuk melakukan kebaikan.
Allah menyebutkan larangan ini melalui wahyunya: ....Apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kalian “Berangkatlah ke  jalan Allah (untuk berperang), kalian akan merasa berat dan ingin tetap tinggal di tempat kalian”...( At-Taubah:38)

Allah juga sangat mencintai orang-orang yang kuat semangat dengan kesabaran, penuh keberanian, dan pantang menyerah. Inilah keimanan yang sebenar. Wujudkan keinginan untuk berjuang demi masa depan kita.

Sepatutnya kita tidak boleh meneka kemampuan kita sendiri, apa lagi umat yang baik dan sempurna kerana seorang bijak pandai pernah berkata “akibat sesuatu itu masih di awang-awangan...boleh saja sesuatu yang kita cintai itu ternyata ada di dalamnya dan hal yang tidak disukai ternyata ada di dalamnya.

Orang yang bergelumang dengan kenikmatan ternyata banyak termakan oleh segala kenikmatan itu sendiri dan yang menderita dalam hidupnya kerana penyakit yang dideritanya ternyata boleh sembuh oleh penyakit itu sendiri.

Manusia tidak pernah merasa cukup dengan mendapatkan apa yang mereka inginkan, ia hanya akan merasa cukup setelah mendapatkan apa yang di kehendaki oleh Allah.

Orang yang bijak pandai adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan berbuat baik untuk kehidupan setelah mati, sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan banyak berangan-angan dengan perkara yang bukan bukan-bukan kepada Allah.

Baru-baru ini saya sempat menyaksikan perayaan ‘Australian Day’ di West Perth. Yang menjadi persoalannya ialah semangat mereka yang tak nampak. Bangunan dan rumah-rumah kedai tidak banyak yang mengibarkan bendera Negara itu. Bagi mereka tidak ada sesuatu yang istimewa cuma satu iaitu cuti ‘Free’ (percuma) yang diberikan.

Semangat mereka berkurangan untuk menghormati tarikh ‘keramat’ itu. Perbarisan memang tidak ada seperti di negara kita (Malaysia).Yang ada cuma ‘pesta’ besar-besaran menyambut persembahan bunga api pada waktu malam.  Anak-anak muda bebas berpeleseran dengan kegiatan lain.

Semangat kekeluargaan yang diamalkan adalah baik, mereka membawa keluarga dan anak-anak untuk berkelah di padang khas, berhadapan dengan tasik ‘Swan River’. Masing-masing membawa makanan sendiri  ‘BBQ’. Mereka berkemah sejak awal pagi. Ada yang membawa segala macam barangan untuk dijual.
Kepentingan kelompok tetap dihormati dan dihargai tetapi apabila meyangkut soal kepentingan bangsa kelompok mereka harus ditinggalkan. Secara umum budaya yang didifinasikan sebagai hasil karya manusia juga di sesuaikan dengan sang penciptanya untuk mempertahankan kehidupan manusia.
Sesungguhnya kehidupan terasa tawar tanpa ujian kerana ujian akan memberikan kita semangat untuk berjuang. Jika awan tidak menyebar ke segenap penjuru, hujan tidak akan turun di semua tempat. Jadilah insan yang bersemangat.

 

Weather

Sabah Travel Map Guide

Hotel Booking & Reservations