|
Kanada Harap Pikat Pelajar Dari Sabah |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 26 January 2010 23:30 |
|
KOTA KINABALU Pameran Pendidikan Kanada telah kembali semula ke negeri Sabah selepas 20 tahun bagi memikat pelajar tempatan melanjutkan pengajian mereka di negara itu. Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, David Collins, berkata, ramai pelajar dari Sabah memilih negara itu untuk melanjutkan pengajian tinggi masing-masing pada tahun 1960an dan 1970an. Bagaimanapun, sejak itu, katanya, bilangan pelajar dari Sabah dan Sarawak merosot. "Setiap tahun, kami mendaftar kira-kira 1,000 pelajar dari Malaysia dan kurang daripada 20 peratus daripada jumlah itu adalah dari Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pameran itu di sini. Collins berkata mereka dimaklumkan bahawa wakil universiti dari negara itu tidak lagi berkunjung ke sini dan oleh itu mereka menganjurkan pameran ini untuk mendekati diri dengan rakyat Sabah. Pameran itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun, yang juga exco pendidikan negeri. Sementara itu, Masidi berharap lebih banyak negara akan menganjurkan pameran pendidikan di negeri itu bagi membolehkan beliau menjalinkan hubungan dengan pihak universiti dan institut pendidikan dari luar negara. Pameran sehari itu disertai oleh 16 universiti. Pameran itu juga akan diadakan di Kuching, Sarawak, Khamis ini.
|
|
Last Updated on Tuesday, 26 January 2010 23:31 |