HUMOR PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 15 January 2010 16:03


Dikompilasi, adaptasi dan disajikan kembali oleh Harun Tafsir.
Banyak di antara kita berpacu dengan aktiviti yang membuat penat tidak sahaja secara fisikal tetapi juga secara mental, sehingga secara langsung ataupun tidak langsung mengakibatkan tekanan. Dengan harapan untuk mengurangkan tekanan tersebut maka saya sajikan "humor"  ini. sekedar untuk penglipurlara, ubat stress dan penghibur hati.
Kabar dari …..


Azlan dan Ismah adalah sepasang suami isteri yang merancang bercuti sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke-25.
Mereka memutuskan untuk pergi ke Langkawi dan akan tinggal di resort  yang sama seperti ketika mereka  ber-honeymoon  25 tahun yang lalu.
Kerana kesibukan di tempat kerja, sang suami  terbang lebih dahulu dan isterinya baru menyusul esok hari.
Setelah check in  sang suami sambil rehat membuka laptop dan segera mengirim e-mail kepada isterinya di Kota Kinabalu.
Entah kerana terlalu gembira atau sangat penat  ketika menulis alamat e-mail isterinya,  yang sepatutnya ismah@yahoo,com.  tersalah mentaip This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . dan tanpa menyadari kesalahannya ia tetap mengirimkan e-mail tersebut.


Di lain tempat yaitu daerah Papar, seorang wanita yang bernama Asmah baru kembali dari pemakaman Azlan suaminya yang meninggal hari itu. Setibanya di rumah, ia langsung memeriksa e-mail untuk membaca ucapan-ucapan dukacita dari kawan dan saudara mara.
Baru sahaja selesai membaca e-mail yang masuk, ia langsung jatuh pingsan tak sadarkan diri. Anak sulungnya terkejut kemudian ikut membaca e-mail tersebut . Tak lama kemudian iapun  jatuh pingsan juga. Ternyata bunyi e-mailnya adalah :


To: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
Subject: Saya sudah sampai !!!
Isteriku tercinta
Saya yakin kamu akan terkejut tetapi gembira membaca kabar dariku.  
Ternyata di sini ada juga kemudahan internet, sehingga mudah berkirim kabar buat orang-orang tercinta di rumah. Saya baru sampai dan sudah mempersiapkan segalanya untuk kedatanganmu ke sini. Tidak sabar rasanya menunggu kehadiran kamu. Semoga secepatnya kamu segera menyusul kesini dan semoga perjalanan kamu lancar seperti perjalananku hari ini.
Di sini panas sekali. Bagus kamu bawa anak-anak juga.
Love you
Dari suamimu Azlan.


--------------------------------------------------------------------------------------
More Please !!!!


Izwan mendapat keuntungan yang cukup besar dari usahanya sebagai broker tanah. Kerana ingin bergaya, ia makan di restoran Hotel berbintang di bandarnya yang penuh dengan pelancong-pelancong dari Eropa.
Pelayan: “Please” (sambil menyodorkan senarai menu).
Izwan : “Alamak!  Menunya semua bahasa Perancis. Tak apalah biar saya pilih nama makanan yang paling panjang, tentu sedap rasanya.”Izwan bercakap sendiri sambil menunjuk salah satu menu kepada pelayan.
Pelayan: “OK!”
Tak lama kemudian pelayan datang sambil membawa satu piring besar acar.
Izwan : “Oh ternyata acar sahaja.” (bisiknya dalam hati).
Dalam keadaan bingung Izwan ternampak di sebelah tempat duduknya orang putih yang sedang syok makan bistik.
Izwan : “Nah itu baru sedap. Tapi apa nama menunya? Mahu bertanya malu rasanya.
Tidak lama kemudian orang putih tadi berteriak ke arah pelayan: “More Please!”.
Pelayan pun datang membawa sepiring bistik lagi.
Izwan : “Oh sekarang saya tahu namanya …”
Dengan penuh bergaya Izwan panggil pelayan sambil berkata  : More Please…!!!”
Tidak lama kemudian datang pelayan sambil membawa satu piring acar lagi.
Sambil membayar Izwan marah kepada pelayan : : “Apa macam kamu ini. Orang putih cakap ..more please keluar daging, saya cakap juga more please yang kamu bawa acar.
Pelayan : …..?????


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelancong Amerika ke Kota Kinabalu.


Seorang Pelancong dari Amerika datang ke Kota Kinabalu untuk  bercuti. Dari KKIA dia diantar teksi ke Karambunai Resort.
Ketika melintasi Wisma Perindustrian di Likas, sang pelancong bertanya kepada pemandu teksi : “Berapa lama bangunan ini di bina? Kerana tidak tahu, pemandu teksi menjawab dengan penuh kesangsian  : “Mungkin 2 tahun,  sir.” Tiba-tiba sang pelancong berkata : “Kalau di Amerika bangunan macam itu hanya perlu 6 bulan untuk di bina,”
Ketika teksi lalu di depan Masjid Bandaraya sang pelancong kembali bertanya kepada pemandu : “Masjid ini, berapa lama dibina?”.
“Satu tahun” jawab pemandu.
“Membina masjid macam ini perlu masa satu tahun? Kalau di Amerika dalam masa 3 bulan siap sudah’ ” Komen sang pelancong.
Ketika sampai di Menara Tun Mustafa, kembali sang pelancong bertanya dengan soalan yang sama : “Nah Menara ini berapa lama di bina?
Pemandu taksi ini panas hatinya terhadap pelancong yang temberang, dia menjawab dengan selamba : “TIDAK TAHU, SIR !!!! TADI PAGI SAYA LALU DISINI TOWER INI BELUM ADA !!!!!!!
Pelancong : “ ……….???????? (terus diam tak lagi bertanya sampai turun di Karambunai Resort).
Sang Pemandu senyum ….puas hati.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Handphone Siapa

Sekumpulan pria berada di ruang ganti di salah satu tempat gym terkemuka dan eksklusif di pusat bandar. Tiba-tiba terdengar deringan handphone di penjuru ruangan itu. Salah satu dari pria itu mengambil handphone yang berbunyi tadi dan menjawab panggilan tersebut sehingga terjadilah dialog berikut:

"Hallo?"

"Halo, ini saya Ester ..isteri abang."

"Eemmmmm...."

"Abang masih di tempat gym ya?"

"iya..."

"Saya sekarang sedang berada di shopping complex dekat tempat gym abang. Saya tampak Louis Vuitton punya koleksi bag baru. Harganya murah hanya RM.4,750 sahaja... Boleh beli kah, Bang?"

"O.K, belilah kalau kamu sudah sangat menyukainya."

"Ahhhhh....thanks abang. Oh ya sebelum telepon saya singgah ke showroom  dan ada kereta Mercedes terbaru.

Saya sangat suka dengan modelnya. Saya  juga sudah bincang dengan juru jualnya dan dia setuju mau bagi 'good price'. Lagipun bagus juga kan bang kalau kereta yang kita beli tahun lalu itu ditukar dengan yang baru.

"Berapa harga yang ditawarkan?"

"Sedang promotion, hanya RM.870,000 sahaja, bang..."

"O.K pastikan harga itu sudah 'on the road'."

"Great !!! Ada satu perkara lagi, bang."

"Apa?"

"Tadi pagi saya jalan-jalan  ke agent perantara penjualan rumah dan rumah yang kita minat tempo hari ternyata jadi  dijual..!!! Abang ingat kan ?? Itu Rumah bungalow yang ada swimmingpool berbentuk love, dan ada taman orchid dibelakang rumah yang berhadapan  tennis court itu, dan yang garajnya muat 4 kereta ....Cantik kan bang?"

"Berapa harga yang mereka minta?"

"Hanya RM.6,500,000 sahaja. Ok kan bang harganya,  saya tengok simpanan abang cukup buat beli rumah itu."

"Baguslah kalau begitu. Cuba minta dikurangkan harganya menjadi RM.6,000,000. Sayang boleh urus?"
 
"OK abang sayang, terima kasih. Kita jumpa nanti malam ya?? I love you..."

"Bye...I love you too."

Pria itu berhenti bercakap dan menutup flip, kemudian mengangkat tangan sambil memegang handphone itu dan terus bertanya kepada semua orang yang berada di ruangan tersebut dengan suara keras  :

" HAI ADA YANG TAHU, INI HANDPHONE PUNYA SIAPA ?????....!!!!!"

--------------------------------------------------------------------------


Kampung Likas, Januari 2010.-

 

Weather

Sabah Travel Map Guide

Hotel Booking & Reservations