VERTEX

  • Ilustrasi
  • Selayang Pandang
  • Penulis Jemputan

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU

News image

BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah...

Ilustrasi | Administrator | Friday, 7 December 2012

READMORE

MENCARI DISTINASI KEHIDUPAN...............

ALHAMDULILLAH!...dengan izinya kita diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini. Sebagai manusia kita harus bersyukur kerana diberikan jasad dan nyawa untuk hidup dengan percuma, saya percaya ramai yang tidak sedar...

Selayang Pandang | Administrator | Monday, 29 April 2013

READMORE

TERLAMBAT ……..!

News image

Diadaptasi oleh : Harun Tafsir.    Membahas masalah pembagian tugas suami-isteri dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang menarik dan tidak pernah kehabisan bahan. Sepanjang perbahasan berbagai argumen dikemukan, pandangan dari...

Catatan Pengarang | Administrator | Sunday, 3 February 2013

READMORE
KURSUS BUDAYA KORPORAT KAKITANGAN KKM
Written by Administrator
Thursday, 26 November 2009 23:30
PDF Print E-mail

 

Para doktor dan kakitangan Kementerian Kesihatan,  Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah yang menyertai Kursus Budaya Korporat di Tanjung Lipat, Likas baru-baru lalu.

KOTA KINABALU: Sebagai salah satu usaha untuk memastikan bahawa semua warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menjalankan tugas dengan cekap, pantas, selamat dan berkesan, beberapa strategi telah diatur.
  Salah satu langkah ialah mengadakan kursus pembelajaran berterusan seperti kursus Budaya Korporat.
  Didalam kursus tersebut semua anggota Kementeiran Kesihatan Malaysia telah diberikan pendedahan dan pengetahuan tentang 3 unsur utama – iaitu Budaya Kerja Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisme. Penerapan ketiga-tiga nilai utama ini sangatlah dititikberatkan, dan bersamanya juga akan diberikan 10 Prinsip Penjenamaan Kementerian Kesihatan.

  Seperti semua PTJ dalam Kementerian Kesihatan,  Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah tidak terkecuali dan pada 18-20 November, baru-baru lalu telah berlangsung Kursus Budaya Korporat.
  Penyelaras Kursus tersebut, Dr.Vasanthi Selvaraju telah mengadakan kursus dengan bantuan para ahli komiti Budaya Korporat HWKKS. Selain daripada 3 nilai utama tersebut dalam Budaya Korporat, telah juga dimasukkan unsur-unsur/Nilai-nilai Murni ‘Soft Skills’ serta program ‘PERASA” – Bimbingan Rakan Sekerja.
  Kursus telah diadakan di PGMC Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah dan pada hari ketiga, di mana semua peserta yang terdiri daripada para doktor, jururawat, juru x-ray, pembantu pegawai perubatan, pembantu pegawai kesihatan, telah melaksanakan aktiviti diluar hospital bertempat di Tanjung Lipat, Jalan Likas.
  Disana beberapa aktiviti penerapan ‘Soft skills’ telah diadakan. Ini termasuk  acara sukan serta yang paling utama seperti memungut/mengutip sampah dipantai Tanjung Lipat. Para peserta serta semua komuniti dan pemudahcara berasa sangat seronok dan berpuas hati dengan aktiviti kemasyarakatan tersebut.
  Diakhir sesi Pengarah Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah,Dr.Haji Razak Tambi telah bermurah hati menyampaikan hadiah dan suntikan motivasi kepada semua peserta yang terlibat dalam program tersebut.

 

Last Updated on Thursday, 26 November 2009 23:32