31/10: MINI AUSTIN TERBAKAR
KOTA KINABALU: Sebuah kereta Mini Austin berwarna kuning (gambar atas) musnah terbakar ketika diletakkan di tepi jalan raya di Taman Foh Sang, di sini, kira-kira jam 4.40 petang ini.
Api dipercayai bermula dari bahagian belakang kereta berkenaan dan merebak cepat berikutan tiupan angina walaupun hujan renyai-renyai ketika kejadian.
Sekurang-kurangnya dua letupan kuat berlaku ketika kebakaran. Kereta berkenaan musnah sama-sekali dalam masa kurang 15 minit. Gambar rakaman lensa www.Keruak.Com.
31/10: LALUAN BAHAYA
TUARAN: Kenderaan yang menggunakan laluan berselekoh tajam berhampiran Kampung Batangan, Tuaran (gambar atas) menghadapi risiko terjunam ke dalam Sungai Tuaran, kerana tebing itu tidak mempunyai penghadang keselamatan dan tanda amaran bahaya.
Tinjauan mendapati kawasan itu baru dibaiki beberapa hari lalu, terlalu hampir pada tebing sungai boleh mengundang bahaya kepada kenderaan yang hilang kawalan sewaktu melalu selekoh itu.
Berikutan itu, pengguna kemudahan itu berharap pihak berkuasa dapat memasang penghadang di tebing sungai itu, sebagai langkah mengelakkan kenderaan terjunam dalam sungai jika berlaku kemalangan.
Armani sedang menerangkan Gerak Kerja K10 kepada ketua-ketua Wanita UMNO Sabah semasa mempengerusikan Mesyuarat Bulanan pergerakan tersebut di Bangunan Umno, Karamunsing.
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah sebulat suara menyokong tidak berbelah bahagi terhadap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz dan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di kekalkan sebagai ketua dan naib pergerakan dalam pemilihan parti akan datang.
Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin berkata Wanita UMNO Sabah sebulat suara bersetuju dengan keputusan yang diputuskan.
"Kami (Wanita UMNO Sabah) masih mahu kepimpinan kedua-dua pemimpin ini dikekalkan pada pemilihan akan datang.
"Kami ingin menegaskan, bahawa Wanita UMNO Sabah tidak pernah berubah dengan pendirian politiknya iaitu menyokong Rafidah sebagai ketua sayap UMNO itu. Prinsip Wanita UMNO Sabah dalam perjuangan politik ialah mengekalkan dan menyokong Rafidah sebagai Ketua Wanita UMNO dan Shahrizat sebagai Naib Ketua Wanita," tegas Armani.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan dan sambutan Hari Raya di Bangunan UMNO Baru, Karamunsing, di sini.
Pada 7 Okt lalu, UMNO Bahagian Cheras telah menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Azalina, 44, ialah calon yang layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada sayap UMNO itu.
Hadir sama Penolong Setiausaha, Datuk Hamisa Samat, Ketua Penerangan, Hajah Jainab Datuk Ahmad, Bendahari, Hajah Normah Mohd Sari dan barisan jawatankuasa pergerakan tersebut.
Armani yang juga Pengerusi Wanita Barisan Nasional berkata, Pergerakan Wanita UMNO Sabah akan berkerjasama dengan Wanita BN Sabah lebih proaktif untuk 'turun padang' serta mengenal pasti permasalahan yang timbul diperingkat akar umbi dan menjadi agen penerangan kepada masyarakat setempat di 25 bahagian seluruh Sabah.
"Saya telah mengarah semua Ketua 10 (K10) bersama Ketua-ketua Penerangan serta jawatankuasanya untuk turun padang dengan berkempen dari rumah ke rumah, untuk memberi penekanan mengajar pengundi berdaftar di kawasan 60 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Parlimen cara-cara mengundi yang betul bagi mengatasi masalah undi rosak atau tidak dikembalikan.
"Langkah itu diambil memandangkan masih ramai pengundi terutama di kalangan wanita di kawasan kampung tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan pada hari mengundi dan cara yang betul untuk memangkah dalam kertas undi serta memasukkannya ke dalam peti undi.
"Ada yang pangkah salah tempat, tidak pangkah dalam kotak yang sepatutnya...bukan sahaja masalah undi rosak tetapi ada juga yang tidak kembalikan kertas undi...mereka bawa balik terus," tegas Armani.
Armani menambah pada perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Wanita UMNO Sabah menghnatar 102 perwakilan Wanita UMNO dari 25 bahagian dan terkini jumlah keahlian Wanita UMNO Sabah setakat Jun 2007 174,473 ahli.
Yahya menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sambil diperhatikan oleh Haji Abd.Kahar Mohd.Zain (dua dari kanan) dan Haji Maddilli Haji Yusuf (dua dari kiri).
PUTATAN: Seramai 63 warga tua dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Mengundi Tengah Padang yang diadakan di Kampung Baru Petagas, semalam.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan telah menyerahkan sumbangan tersebut.
Majlis itu yang diadakan perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru, Haji Maidin Jambul.
Daerah Mengundi Tengah Padang yang diketuai oleh Haji Maddilli Haji Yusuf mempunyai lebih 3000 orang pengundi berdaftar.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Haji Abd.Kahar Mohd.Zain, Setiausaha UMNO Bahagian, Encik Ishar Ramli dan pemimpin UMNO cawangan-cawangan.
Dalam ucapannya, Yahya mahu cawangan-cawangan UMNO di daerah mengundi itu memperkukuhkan lagi jentera masing-masing bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Cawangan-cawangan UMNO perlu menggiatkan aktiviti dan mengenalpasti pengundi di kawasan masing-masing supaya apabila diadakan pilihanraya kita sudah berada dalam keadaan yang siap sedia,” tegasnya.
Beliau mahu semua jentera pilihan raya UMNO teratur dan kuat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said (gambar atas) berkata pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) semalam adalah bukti komitmen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengotakan janji untuk membawa pembangunan untuk semua dan menentukan ia dirasai oleh semua rakyat.
Beliau berkata pelaksanaan koridor pembangunan di semua wilayah dengan peruntukan serta pelaburan berbilion ringgit, sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua pihak bersama-sama menjayakan agenda pembangunan itu selaras matlamat membawa pembangunan secara menyeluruh.
“Pelancaran ECER sebagai koridor pembangunan menunjukkan Perdana Menteri kita bukan saja menumpukan pembangunan di ibu kota, tetapi juga ke kawasan lain dengan matlamat supaya kemajuan itu turut dirasai oleh rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam segmen Bersama Ahli Parlimen menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM1 pagi ini dengan pengacara, Norazli Noh. Turut sama dalam rancangan itu Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Mojimbun.
Ketika melancarkan ECER semalam, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 bilion untuk disalurkan kepada projek-projek fasa permulaan berimpak tinggi yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di situ.
ECER dengan pelaburan berjumlah RM112 bilion merupakan wilayah pembangunan ketiga dilancarkan oleh Perdana Menteri tahun ini, selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Petronas merupakan perancang utama pelan ECER yang meliputi Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor, yang melibatkan keluasan 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata dengan pelaburan sebanyak RM112 bilion untuk ECER itu, ia sudah tentu dapat membawa banyak perubahan dengan syarat pelaksanaannya ditentukan menepati sasaran.
Sehubungan itu, beliau mengulangi saranan supaya sistem penyampaian kerajaan diperkukuh demi menentukan pelaksanaan menerusi koridor pembangunan itu dapat dijalankan dengan licin dan teratur.
“Inilah yang saya sebut dalam perbahasan Bajet 2008 semalam (Isnin) pentingnya penurunan kuasa dan pengagihan tugas supaya apa jua perancangan dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.
“Ini perlu dilakukan di peringkat setempat, misalnya di kawasan koridor pembangunan sesebuah negeri. Sesuatu keputusan boleh dibuat dengan cepat tanpa perlu merujuk kepada pihak yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau turut menyarankan supaya penyelarasan dilakukan antara Kerajaan Pusat dan negeri dalam beberapa aspek berkaitan dasar dan sistem untuk memastikan tiada gangguan atau halangan dalam pelaksanaan koridor itu.
“Pelaksanaan mesti dilakukan secara cepat di peringkat setempat. Penurunan kuasa bermakna banyak perkara boleh diselesai tanpa dirujuk kepada pihak atasan, begitu juga penurunan tugas membolehkan sesuatu keputusan dibuat tanpa perlu dirujuk kepada pihak yang lebih tinggi,” katanya.
Dalam konteks negeri Sabah, Salleh berkata koridor pembangunan negeri itu juga akan dilaksanakan sebagaimana kawasan lain dan sudah tentu ia bakal memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.
Justeru, katanya, dalam pelaksanaan koridor pembangunan itu, dua aspek seharusnya menjadi pertimbangan utama iaitu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dan menyediakan peluang rakyat meningkatkan ekonomi mereka.
“Inilah yang menjadi matlamat kerajaan…bukan saja memastikan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan, tetapi lebih penting menentukan ekonomi rakyat terus tumbuh,” katanya.
Mengenai pelaksanaan projek pembangunan di peringkat daerah, Salleh mencadangkan supaya diwujudkan Jawatankuasa Pemantau di bawah Jawatankuasa Pembangunan Daerah bagi memastikan semua projek pembangunan diselia dan diawasi pelaksanaannya.
Katanya, Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah mungkin boleh melantik wakil rakyat parti pemerintah (seperti Ahli Parlimen atau ADUN) menjadi Timbalan Pengerusinya dan atas kapasiti Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, wakil rakyat terbabit dilantik pula menjadi pengerusi Jawatankuasa Pemantau.
Ini, katanya, perlu difikirkan kerana wakil rakyat parti pemerintah merupakan pemimpin yang mengetahui keperluan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan di kawasan diwakili.
“Amat penting bagi wakil rakyat parti pemerintah memantau pelaksanaannya. Kita bukan bermaksud menidakkan kuasa Pegawai Daerah, tetapi beliau (Pegawai Daerah) juga mempunyai tugas serta tanggungjawab lain yang sama penting.
“Wakil rakyat mesti berada dalam sistem pentadbiran kerajaan, kita tidak boleh meletakkan mereka di luar sistem pentadbiran apatah lagi Perdana Menteri sendiri mahukan wakil rakyat bersikap `hands on’ dalam membawa pembangunan untuk rakyat,” katanya.
Salleh menegaskan bahawa Ahli Parlimen perlu terlibat dalam membuat keputusan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan di kawasan diwakili.
Mengenai isu rakyat asing, beliau berkata ada dua aspek berbeza dalam hal berkenaan iaitu pendatang tanpa izin (yang bermakna mereka harus pulang) dan pekerja asing yang mempunyai permit dan dibenarkan masuk mengikut sektor.
“Dalam kes pendatang tanpa izin, kita setuju supaya mereka ini dikenakan tindakan termasuk dihantar pulang, manakala bagi pekerja asing pula, kita mahu supaya kemasukan dan bilangan mereka ini dikawal,” katanya.
Beliau berkata isu pendatang dan pekerja asing di Sabah perlu diberi perhatian serius untuk memastikan ia tidak menafikan hak rakyat tempatan mendapat peluang kerja.
Untuk itu, beliau menyarankan supaya sebuah Jawatankuasa Khas dibentuk dengan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah sendiri dengan diberi kuasa-kuasa tertentu supaya isu berkenaan dapat ditangani hingga ke peringkat akar-umbi.
Ketika ini, katanya, isu berkaitan pendatang dan pekerja asing ini diletakkan dalam kuasa beberapa jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan, misalnya Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen.
“Dengan adanya Jawatankuasa Khas di peringkat negeri yang diberi kuasa-kuasa khas, sudah pasti soal mengenai `passing the buck’ kepada Kuala Lumpur tidak berbangkit lagi kerana jika sudah ada jawatankuasa seumpamanya di peringkat negeri, maka Kerajaan Pusat tidak harus dipersalahkan terhadap sebarang kegagalan,” katanya.
Ditanya mengenai tuduhan `YB ponteng’ menghadiri persidangan Parlimen, Salleh berkata istilah berkenaan tidak tepat kerana ia mengambarkan wakil rakyat seperti budak kecil yang nakal dan malas, yang perlu `dirotan’.
Katanya, semua pihak harus memahami bahawa Ahli Parlimen mempunyai tugas dan komitmen cukup besar untuk rakyat, terutama di kawasan yang diwakilinya, manakala persidangan Dewan pula bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang.
Beliau berkata ada waktunya Ahli Parlimen perlu menghadiri perjumpaan atau mesyuarat sama ada di kawasan atau di mana-mana jabatan kerajaan.
Beliau mengambil contoh Ahli Parlimen Sungai Petani yang merupakan seorang yang aktif dalam perbahasan sepanjang persidangan, tetapi apabila tidak hadir mengemukakan soalan kelmarin (Isnin) beliau tidak boleh dianggap sebagai ponteng.
“Kita harus bersikap adil kepada Ahli Parlimen, jangan melemparkan tuduhan nakal seperti itu. Istilah ponteng ini tidak betul…macam juga jika kita berjalan-jalan di pusat beli-belah, ia bukannya `lepak’ tetapi ada yang menganggapnya sebagai `lepak’ dan istilah sedemikian adalah tidak tepat,” katanya.
Tun Ahmadshah menekan butang plak perasmian sebagai tanda merasmikan Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Datuk Yahya, Datuk Sukarti dan Datuk Ahmad Alawi (dua dari kanan).
PUTATAN: Pembinaan Balai Cerap Al-Biruni di Tanjung Dumpil merupakan satu lagi mercu tanda penting dalam perkembangan ketamadunan Islam di negeri Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Katanya, kerajaan sebelum ini telah bangunkan beberapa mercu tanda penting seperti Masjid Negeri dan Masjid Bandaraya, Wisma MUIS dan Muzium Tamadun Islam.
“Namun pembinaan Balai Cerap Al-Biruni ini telah menjadi pelengkap kepada kewujudan perkembangan tamadun Islam di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah di Tanjung Dumpil, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah telah merasmikan balai cerap itu.
Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nasrun Mansur, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Sukarti Wakiman dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan.
Musa berkata, Balai Cerap Al-Biruni juga menjadi bukti kesungguhan dan keseriusan Kerajaan Negeri dalam mengembangkan lagi unsur-unsur tamadun Islam melalui pembinaan bangunan-bangunan yang akan diingati oleh masyarakat umum.
Menurutnya, pembinaan balai cerap itu juga menjadi petunjuk jelas bahawa Kerajaan Negeri benar-benar telah mempraktikkan pelaksanaan konsep Islam Hadhari, seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.
Katanya, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM1.5 juta untuk membina balai cerap itu, sebagai bukti kerajan amat menitikberatkan pelaksanaan hal-hal berkaitan dengan urusan keagamaan khususnya urusan Falak Syarie.
“Keprihatinan Kerajaan Negeri ini bersandarkan kepada kesedaran tentang betapa pentingnya negeri Sabah memiliki sebuah balai cerap yang khusus agar urusan-urusan keagamaan bagi kepentingan umat Islam di Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya,
Musa berkata, dengan terbinanya Balai Cerap Al-Biruni itu, umat Islam di negeri ini akan dapat menentukan dengan mudah dan tepat kedatangan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah bagi menentukan tarikh dua hari raya besar umat Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Menurutnya, perkara yang lebih penting daripada pewujudan balai cerap itu ialah keupayaan melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembuatan takwim hijrah, penentuan waktu-waktu solat dan jadual berbuka puasa serta imsak bagi kemudahan seluruh umat Islam di negeri ini.
Katanya, kesemua kerja-kerja itu memerlukan penentuan secara tepat dan betul supaya umat Islam dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.
Musa berharap balai cerap itu juga dijadikan pusat kecemerlangan ilmu dan meminta Pejabat Mufti Negeri yang dipertanggungjawabkan ke atas balai itu membuka balai cerap itu kepada orang ramai terutama mereka yang mempelajari kaedah-kaedah yang digunakan oleh Islam dalam menerokai ilmu-ilmu berkaitan astronomi.
29/10: LAWATAN INTEGRASI
Abdul Rahim bermesra dengan peserta Program lawatan integrasi dari Semenanjung, Labuan dan Sarawak ke Kampung Benoni, Papar.
PAPAR: Lawatan Integrasi Nasional mampu merapatkan jurang perbezaaan pendapat antara rakyat di tiga wilayah di Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak .
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, Malaysia terdari daripada tiga wilayah yang terbesar dengan jumlah penduduk yang terdiri daripada 216 kumpulan etnik kecil dan suku kaum.
Katanya, pada masa yang sama kumpulan-kumpulan etnik berkenaan mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi agama, bahasa dan budaya.
Disamping itu, tambahnya yang lebih mencabar ialah jarak fizikal di antara ketiga-tiga wilayah terbabit membataskan interaksi di antara rakyat.
“Meskipun terdapat alat pengangkutan dan perhubungan moden yang memudahkan komunikasi rakyat di antara wilayah terbabit, tetapi ia terbatas kepada golongan yeng berpendapatan tinggi dan sederhana sahaja.
“Sehubungan itu, program berbentuk lawatan yang dilaksanakan ini dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan peluang berinteraksi serta mengenal adat resam dan budaya kaum dan etnik lain ke arah integrasi rakyat di antara tiga wilayah di Malaysia ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penyerahan Keluarga Angkat sempena Lawatan Integrasi dari Semenanjung, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak ke Kampung Benoni, di sini.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri itu adalah sempena Hari Malaysia dan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara peserta program dengan masyarakat setempat.
Seramai 77 orang menyertai program tersebut yang diketuai oleh Penghulu Anak Angkat, Datuk Wira Muhamad Yusof Haji Jaafar dan kemudiannya diagih-agihkan kepada sejumlah 35 keluarga angkat di sekitar Kampung Benoni.
Abdul Rahim menjelaskan, integrasi wilayah perlu dipermantapkan bagi merapatkan perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia secara amnya.
Pada masa yang sama katanya, kerajaan berusaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi, keselamatan, perhubungan, politik budaya, kesihatan dan sebagainya agar rakyat dapat menikmati secara saksama.
“Integrasi antara kaum di Malaysia perlu dijalin dan dipertingkatkan. Proses integrasi ini boleh dilakukan melalui ciri-ciri sosio-budaya yang sama dan setiap kaum menunjukkan sifat-sifat identiti nasional yang sama.
“Rakyat harus sedar bahawa agenda bersifat perkauman hanya akan menambahkan benih perbalahan yang haya akan memudaratkan perpaduan dan keharmonian yang wujud.
“Rakyat seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara. Kita juga perlu lebih berusaha dengan gigih untik membina negara Malaysia yang bersatupadu dan harmoni,” katanya.
Ronald disambut oleh penduduk kampung setibanya di majlis itu.
BELURAN: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee menyeru agar kerajaan mengkaji peruntukan Ordinan Tanah yang memberi kuasa kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) melakukan tukar hak milik tanah.
Katanya, kajian itu perlu bagi menentukan tidak berlaku tukar milik tanah yang diluar pengetahuan pemilik asal.
“Peruntukan Ordinan Tanah yang memberi kuasa kepada hanya seorang individu (PPHT) melakukan tanggungjawab itu, melahirkan pandangan negatif oleh masyarakat.
“Kini telah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji kuasa PPHT ini. Sekiranya kerajaan berhasrat mengekalkan kuasa menukar milik di peringkat daerah, ianya hendaklah dilakukan oleh satu jawatankuasa dan bukan oleh Pegawai PPHT seorang,” katanya.
Ronald Kiandee berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Dividen kepada peserta pekebun kecil Felcra Kampung Kiabau, dekat sini.
Menurutnya, PPHT Beluran telah di “highligat” di akhbar baru-baru ini tentang tukar milik tanah melalui “Power of Attorney” (PA) di Kampung Lingkabau, Sugut yang didakwa dilakukan tanpa pengetahuan pemilik asal.
Mengulas perkara itu, Ronald Kiandee berkata banyak perkara serupa itu telah dimaklumkan kepadanya oleh penduduk di Beluran.
Katanya, salah satu kes yang dibawa kepada pengetahuannya ialah melibatkan usaha sama Felcra dengan penduduk Kampung Kimansi di Beluran, juga mengalami masalah yang sama.
Menurutnya, para peserta telah dihasut untuk keluar daripada usahasama dengan Felcra sehingga menyebabkan satu PA ditandatangan untuk melantik seseorang untuk tujuan berkenaan.
“Setelah pihak Felcra melepas tangan, ketua peserta tersebut telah menggunakan PA sama untuk melakukan tukar milik semua tanah berkenaan seluas lebih 2,000 acre kepada anaknya”,jelasnya.
Ronald Kiandee berkata, proses tukar milik ini telah direstui oleh PPHT Beluran berpandukan kepada PA berkenaan.
Sehubungan itu, beliau kesal kerana tukar milik ini diizinkan oleh PPHT, walaupun mengetahui masalah sebenar.
Menurutnya, jika kuasa tukar milik ini diletakkan kepada satu jawatankuasa sudah tentu PPHT akan mendapat teguran dan pendapat kedua dan tidaklah berupaya melakukan pertukaran secara senyap-senyap.
“Ini juga boleh mengelak tanggapan negatif diantara PPHT dengan ketua peserta tersebut. Selain itu, PPHT juga tidak ada mekanisma untuk menentukan kesahihan tandatangan atau cap jari yang diturunkan oleh pemilik tanah dalam sesuatu PA,”tambahnya.
Ronald Kiandee berkata, tindakan untuk mengkaji Ordinan Tanah terhadap isu ini perlu untuk mengelak perkara sedemikan daripada terus berlaku.
Katanya, beliau sedih dan berkongsi perasaan dengan mereka yang terlibat dalam kemelut tersebut dan berharap kerajaan akan mengkaji perkara ini dengan segera.
29/10: DAFTAR HAJI AWAL
Datuk Nasir (tengah) diringi Abu Bakar (tiga kanan) beramah mesra dan bersalaman dengan sebahagian peserta Kursus Haji Perdana di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Umat Islam yang ingin menunaikan fardhu haji disaran mendaftar lebih awal hanya dengan simpanan asas RM1,300 bagi mendapat keutamaan kuota haji.
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan Tabung Haji telah memperkenal sistem pendaftaran haji terbuka yang memberi peluang kepada mereka yang mendaftar untuk diberi keutamaan.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua Jawatankuasa Masjid dan Kariah di Sabah serta Jabatan Agama peringkat negeri dan Persekutuan melalui kerjasama pihak Tabung Haji memainkan peranan masing-masing.
Ia bagi menerangkan aspek pendidikan dan pembelajaran mengenai ibadat haji kepada umat Islam bermula dari peringkat awal, khususnya di kalangan generasi muda Islam mengenai penghayatan ibadat haji.
Katanya, jika dihayati dengan lebih terperinci hikmah haji itu merangkumi aspek ekonomi,kemasyarakatan,kesihatan dan agama.
Beliau berkata demikian sempena merasmikan Kursus Perdana Haji bagi musim 1428H/2007M di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Kursus Perdana Haji selama dua hari bermula 26 Oktober itu disertai lebih 500 bakal haji bagi kawasan Pantai Barat.
Hadir sama Pengarah Tabung Haji Sabah,Haji Abu Bakar Yusoff, Timbalan Pengarah Tabung Haji, Haji Rasali Ghani, Imam Besar Masjid Bandaraya, Haji Asli Abdul Karim, Setiausaha Perhubungan MJKM, Sham Solo Baharry Kairin dan Setiausaha Sulit MJKM, Haji Yahamad Budin.
Antara lain kursus Perdana Haji itu bertujuan mendedahkan semua bakal haji negeri ini dengan suasana yang bakal dihadapi sepanjang berada dan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah Al-Mukaramah.
Sebelum itu bakal-bakal haji itu telah mengikuti Kursus Haji Bersiri selama 16 siri dan juga Kursus Intensif selama dua hari.
\KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said (gambar atas) menyarankan agar sistem penyampaian kerajaan terus diperkukuhkan menerusi penurunan kuasa (delegation of power) dan pengagihan kuasa (decentralization) supaya semua urusan pentadbiran lebih lancar, cepat dan berkesan.
Berucap membahas Bajet 2008 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata langkah itu selari dengan sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan misi kerajaan menyedia perkhdmatan terbaik kepada rakyat.
Sehubungan itu, beliau berharap agar mekanisme pentadbiran Kerrajaan Pusat dan negeri doperkukuh supaya semua urusan melibatkan dasar atau prosedur dapat diselaras, sekali gus mengelak sebarang masalah atau kelewatan.
Katanya, sistem penyampaian kerajaan seharusnya diperkukuhkan bagi memastikan agenda pembangunan sebagaimana digariskan dalam Misi Nasional dapat dicapai.
Beliau berkata menerusi penurunan kuasa kepada pegawai bawahan misalnya akan membolehkan sesuatu tindakan atau keputusan dapat dibuat dengan segera.
Demikian juga dengan pengagihan kuasa, ia diyakini mampu mempercepatkan pemprosesan sesuatu urusan kerana tidak perlu dirujuk kepada pihak di atas lagi.
“Sistem penyampaian kerajaan seharusnya diperkukuhkan memandangkan jangkaan rakyat sekarang jauh lebih tinggi berbanding dahulu,” katanya.
Salleh berkata jika tidak dilakukan penurunan kuasa dan pengagihan tugas, ia bukan saja menjadikan tugas seseorang penjawat awam lebih berat, tetapi juga boleh menjejas dan melambatkan proses sesuatu urusan.
Yahya memalu gong merasmikan Tamu Besar Kota Belud sambil diperhatikan oleh Datuk Japlin Akim (dua dari kiri), Herbert Timbun Lagadan (kiri), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (dua dari kanan) dan Mohd.Najib Muntok.
Yahya (bersongkok, tengah) bergambar bersama Datuk Japlin Akim, Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia,.Herbert Timbun Lagadan dan pemimpin masyarakat daerah Kota Belud.
KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merasmikan Tamu Besar Kota Belud di Pentas Budaya, Tamu Mingguan Kota Belud, hari ini.
Tamu Besar Kota Kinabalu merupakan acara tahunan dalam kalender mempromosikan pelancongan negeri Sabah khususnya di peringkat antarabangsa.
Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Japlin Akim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, ADUN Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, ADUN Kadamaian, Encik Herbert Timbun Lagadan dan Pegawai Daerah Kota Belud, Encik Mohd.Najib Muntok.
Musa dalam ucapannya yang dibacakan oleh Yahya berkata, Pesta Tamu Besar telah mengetengahkan keunikan dan keistimewaan pelbagai kesenian, tradisi dan warisan budaya masyarakat setempat.
“Acara ini juga merupakan wadah perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama”, tegasnya.
Katanya, masyarakat Kota Belud wajar berbangga kerana Tamu Besar Kota Belud telah menjadi acara tahunan dalam kalender mempromosi pelancongan di negeri Sabah khasnya, dan telah dikenali di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, keunikan pelbagai budaya dan adat tradisi tersendiri yang dimiliki oleh masyarakat Kota Belud merupakan produk pelancongan yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negeri.
Datuk Salleh (kanan) bersama ahli keluarga beliau bergambar kenangan dengan pasangan Mohamed Nazim dan Baizura. Turut kelihatan ibu Datuk Salleh, Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah (duruk kiri).
Mohamed Nazim menyuapkan kek kepada Baizura selepas memotong kek perkahwinan mereka.
Mohamed Nazim di atas usungan diarak menuju ke rumah pengantin perempuan.
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said menghadiri majlis persandingan anak buahnya, seorang peguam dengan pasangannya, juga seorang peguam, di Putatan, dekat sini hari ini.
Anak buah beliau itu ialah Mohamed Nazim Datuk Haji Maduarin, iaitu anak lelaki kakak beliau, Datin Sandralilah Mohd Said, yang berkahwin dengan Baizura Datuk Haji Dahli.
Baizura ialah anak pasangan Datuk Haji Dahli Mohd Elias dengan Datin Hajah Dayang Khamsiah Pengiran Ahmad Bi.
Mohamed Nazim mengendalikan firma guaman sendiri, manakala Baizura bertugas di Pejabat Peguam Negeri Sabah.
Sebelum bersanding, Mohamed Nazim yang menaiki sebuah usungan khas bercirikan budaya tradisi masyarakat Bajau, diarak dari sebuah masjid berhampiran rumah pengantin perempuan, dengan didahului pemukul muzik tradisi (gong), penunggang kuda lengkap berpakaian tradisi dan pembawa bungga manggar.
Dalam pada itu, majlis bertandang iaitu persandingan di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Likas pada 2 November, manakala majlis jamuan akan diadakan di sebuah hotel pada keesokan harinya (3 November).
Mohamed Nazim bersalaman dengan Toh Puan Hajah Bandong pada majlis persandingan itu
Mohamed Nazim di atas usungan di hadapan rumah pengantin perempuan
Datuk Salleh (kanan) bersama rombongan pengantin lelaki berarak menuju rumah pengantin perempuan
Dua penunggang kuda mendahului upacara mengarak pengantin lelaki
Datuk Salleh menyambut tetamu yang hadir di rumah pengantin lelaki
Penyanyi Raja Azura menghiburkan orang ramai yang berkumpul di rumah pengantin lelaki sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan
Pasangan Mohamed Nazim dan Baizura memotong kek perkahwinan mereka.
Tun Ahmadshah memeriksa kontinjen perbarisan.
Persembahan tarian tradisi turut menyerikan istiadat perbarisan sempena perayaan Hari Jadi Rasmi TYT.
KOTA KINABALU: Sebanyak 60 kontinjen perbarisan telah mengambil bahagian pada Istiadat Perbarisan sempena Hari Jadi Rasmi ke-61, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang akan diadakan di Padang Merdeka, hari ini.
Kontinjen-kontinjen perbarisan itu mewakili jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pasukan keselamatan, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan serta pertubuhan, syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dan lain-lain.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah Awang Jaafar telah berangkat menghadiri istiadat tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan serta ahli jemaah kabinet negeri turut hadir.
Tun Ahmadshah turut menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat utama dari Batalion ke-3 Regimen Askar Melayu Di-Raja yang berpangkalan di Lok Kawi.
Persembahan khas oleh Koir Negeri turut menyerikan majlis itu selain persembahan seni mempertahankan diri dan juga tarian tradisi.
28/10: GIMNASIUM RAKYAT
Lajim menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang dalam pertandingan yang diadakan sempena kejohanan tersebut
BEAUFORT: Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berharap kewujudan Pusat Rekreasi Rakyat di daerah ini memberi peluang kepada masyarakat menjalankan aktiviti riadah.
Katanya gymnasium rakyat yang diwujudkan sejak lima bulan lalu dengan peruntukan hampir RM100,000 dari Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan (JBS) diharap dapat digunakan sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini.
Gimnasium itu terletak di satu blok rumah kedai di Taman Kinamas, dekat sini dan dilengkapi pelbagai kemudahan mesin riadah.
“Kita berharap ia dapat digunakan sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai melakukan aktiviti riadah,” katanya ketika ditemui selepas menutup dan menyampaikan hadiah Liga Sukan Komuniti kali ke-2 bagi DUN Klias serentak dengan sambutan Aidilfitri di Rumah Rehat dekat sini.
Hadir sama Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim, Pengerusi Penganjur, Abdullah Haji Ukin dan Pengerusi Biro Belia dan Sukan Umno Bahagian Beaufort, Jaludin Haji Kadir.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Klias berkata pelbagai program disediakan kerajaan dalam usahanya melibatkan penyertaan rakyat dalam aktiviti riadah bagi mengwujudkan masyarakat cergas dan sihat.
28/10: MASALAH DI TAMPARULI
Jahid melancarkan gotong royong tahunan membersihkan kawasan pekan Tamparuli dan melawat persekitaran pekan itu.
TUARAN: Majlis Daerah Tuaran (MDT) diminta menangani segera beberapa masalah membelenggu peniaga kecil terutama di pasar pekan Tamparuli supaya apa yang berlaku itu tidak berlanjutan terlalu lama.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Jahid Jahim, berkata antara masalah itu ialah bumbung bangunan pasar Tamparuli bocor dan longkang tersumbat oleh sampah yang banyak.
"Selain itu, masalah parit runtuh dan tiada penutup banyak berlaku di sekitar pekan Tamparuli juga tersenarai antara kerosakan perlu dibaiki segara oleh MDT.
"Saya dan beberapa pegawai dari Pejabat Daerah Tamparuli dan MDT sudah meninjau dan melihat sendiri masalah dihadapi peniaga kecil di pasar Tamparuli, mendapati apa yang menjadi rungutan mereka adalah benar.
"Antara masalah dikemukakan peniaga kecil di situ bumbung pada pasar itu bocor menyebabkan barangan mereka jual dibasahi dan rosak apabila berlaku hujan lebat," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas melancarkan gotong royong tahunan membersihkan kawasan pekan Tamparuli dan melawat persekitaran pekan itu, semalam.
Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Edip Abun; Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Tamparuli, Yabin Sinduman; dan Pegawai MDT, Abdul Kahim Sanip.
Gotong royong sehari itu disertai kira-kira 200 orang kakitangan kerajaan, askar wataniah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Rukun Tetangga (RT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan murid dari beberapa sekolah rendah di sekitar Tamparuli.
Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli berkata, masalah lain longkang di sekitar pekan Tamparuli tersumbat sampah, menyebabkan air tidak dapat mengalir lancar.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kejadian banjir kilat mudah berlaku di beberapa kawasan dalam pekan itu setiap kali hujan lebat berlanjutan.
Sehubungan itu, beliau berharap masalah yang berlaku di pekan Tamparuli itu dapat ditangani segera MDT untuk keselesaan orang ramai dan peniaga.
Salleh menyampaikan bantuan kepada seorang guru sekolah pada majlis itu.
Salleh ketika berucap pada majlis berkenaan.
KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said menyampaikan bantuan Kementerian Pelajaran kepada 57 sekolah-sekolah kebangsaan dalam daerah Kota Belud, dalam satu majlis di sini hari ini.
Bantuan kewangan tersebut adalah sumbangan daripada Kementerian Pelajaran yang disalurkan melalui Ahli Parlimen, dengan jumlah keseluruhan bantuan diagihkan secara sama rata untuk semua sekolah.
Majlis penyerahan tersebut diadakan sempena dengan sambutan Aidilfitri anjuran Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud. Hadir sama Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, Said Andong, dan kira-kira 100 guru besar, guru-guru dan kakitangan pelajaran.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Salleh berkata bantuan berkenaan diagihkan untuk digunakan oleh sekolah menganjur program atau acara yang boleh memanfaatkan golongan pelajar.
Justeru, beliau berharap golongan pendidik terutama Guru Besar memainkan peranan dalam membantu memberi pendidikan kepada anak-anak kerana harapan kerajaan dan ibu bapa terhadap mereka sangat tinggi.
“Kita perlu melahirkan generasi yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Masa depan negara dan murid itu sendiri ditentukan oleh tahap pendidikan mereka. Tanpa ilmu, maka sukar bagi kita untuk bersaing,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya mengutamakan soal pendidikan anak-anak mereka kerana ia adalah aset masa depan.
Pada masa sama, katanya, generasi muda perlu diberi bimbingan untuk menjadikan mereka bersedia berdikari kerana peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta adalah terhad.
“Dalam hal ini, ada dua perkara berbeza yang perlu kita ingat, iaitu peluang pekerjaan dan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan,” katanya.
Salleh turut berharap agar golongan pendidik terus memperkukuhkan komitmen mereka dalam memberi pendidikan kerana cabaran masa kini dalam tugas keguruan sememangnya cukup mencabar.
Salleh disambut Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, Said Andong (kiri)
Sebahagian guru yang hadir bersalaman dengan Salleh pada majlis itu
Salleh menyampaikan bantuan kepada seorang guru.
Mohamed Nazim menyarungkan cincin pada jari Baizura pada majlis akad nikah itu
Mohamed Nazim bersalaman dengan Datuk Salleh setelah selesai akad nikah
Tun Sakaran Dandai antara yang hadir pada majlis akad nikah itu
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said menghadiri majlis akad nikah anak buahnya di Putatan, dekat sini petang ini.
Anak buah beliau itu ialah Mohamed Nazim Datuk Haji Maduarin, iaitu anak lelaki kakak beliau, Datin Sandralilah Mohd Said.
Mohamed Nazim berkahwin dengan Baizura Datuk Haji Dahli, iaitu anak pasangan Datuk Haji Dahli Mohd Elias dengan Datin Hajah Dayang Khamsiah Pengiran Ahmad Bi.
Majlis akad nikah diadakan di sebuah masjid berhampiran rumah pengantin perempuan di Jalan Pedada, Putatan, yang kemudian disusuli dengan jamuan makan di rumah,
Majlis perkahwinan akan diadakan Ahad ini.
Hadir sama pada majlis akad nikah itu termasuk bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai; ibu Datuk Salleh, Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah, semua adik-beradik Datuk Salleh serta keluarga terdekat.
Sebahagian suasana ceria pada majlis akad nikah itu
Datuk Salleh (kanan) bersama Datuk Dahli
Mohamed Nazim
Baizura
25/10: KPDNHEP PERKENAL E-ADUAN
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memperkenalkan e-aduan, e-tribunal, e-tulen, e-lesenniaga bagi memudahkan urusan pengguna, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.
Katanya, pengguna akan mendapat faedah yang maksima daripada produk yang diperkenalkan selaras dengan perkembangan dan kemajuan informasi, komunikasi dan teknologi (ICT).
Beliau mengambil contoh, melalui e-aduan yang diperkenalkan sejak awal tahun 2006, sebanyak 261 aduan pelbagai masalah telah dikemukakan kepada KPDNHEP di negeri Sabah .
“Setiap aduan yang berkaitan dengan bidang tugas KPDNHEP akan disiasat, dan yang berkaitan jabatan-jabatan lain akan disalurkan ke jabatan berkaitan untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah (MHEPNS) bil.1, tahun 2007 (gambar atas) di The Pacific Sutera Harbour, hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Puan Jornah Mozihim, Setiausaha Tetap Kementerian, Michael Emban dan Setiausaha MHEPNS, Jaafar Walad yang juga Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.
Yahya berkata, pengguna perlu mengetahui dan mempraktikkan hak sebagai pengguna bagi melindungi diri mereka.
“Walaupun terdapat 9 akta yang telah digubal dan dikuatkuasakan oleh KPDNHEP, bagaimanapun pihak penguatkuasa tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik sekiranya pengguna tidak memperdulikan hak-hak mereka,” tegasnya.
Katanya, adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ahli MHEPNS untuk memberi kefahaman kepada ahli-ahlinya atau kakitangan jabatan yang dipimpin serta orang ramai mengenai hak-hak pengguna.
Menurutnya, 8 hak pengguna yang menjadi fokus sehingga tertubuhkan MHEPNS ialah; hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapatkan keselamatan, hak untuk mendapatkan maklumat,hak untuk membuat pilihan, hak untuk bersuara, hak untuk mendapatkan ganti rugi,hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna dan hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
Sementara itu, dalam mesyuarat MHEPNS, Jaafar turut memberi taklimat mengenai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh majlis tersebut sepanjang tahun 2007.
Antara program yang telah dilaksanakan termasuklah program kedai pilihan pengguna, panduan senarai harga mingguan, program pendidikan dan kesedaran pengguna, program pembangunan gerakan kepenggunaan, perlindungan pengguna, sambutan Hari Pengguna, Tribunal Tuntutan Pengguna, Rakan pengguna dan Program Kedai Harga Patut.
KOTA KINABALU: Yang Diertua Negeri,Tun Ahmadshah Abdullah dan Toh Puan Datin Seri Panglima Dayang Masuyah Awang Japar berkenan menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa yang diadakan di Pacific Sutera Hotel, kelmarin.
Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2007.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Haji Noor, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr.Yee Moh Chai.
Ahmadshah turut menyampaikan hadiah kepada 25 institusi kebajikan dan kanak-kanak.
Upacara memotong kek Hari Jadi turut diadakan (gambar atas) di samping pembahagian kek kepada kanak-kanak istimewa yang diketuai oleh Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah dengan dibantu oleh ahli-ahli BAKISA.
25/10: PUNCA RAKYAT RASA TERSISIH
KOTA KINABALU: Perbezaan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dengan luar bandar serta peluang ekonomi antara kaum telah menyebabkan sesetengah kaum di negara ini merasa tersisih.
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee (gambar atas) berkata jurang perbezaan yang ketara ini menyebabkan mereka merasa bahawa ada pihak yang telah didahulukan oleh kerajaan.
Beliau berkata, kepincangan ini bukanlah atas niat kerajaan kerana tidak ada dasar kerajaan seumpama itu.
“Tetapi dalam melaksanakan dasar pembangunan dan ekonomi kerajaan, mungkin terdapat dikalangan kakitangan kerajaan yang melaksanakannya mengikut kaca mata suku, agama dan wilayah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas Bajet 2008 di persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.
Ronald berkata, inilah kelemahan yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan untuk menentukan tiada kaum di negara ini berasa tersisih daripada arus pembangunan negara.
Menurutnya, rancangan kerajaan yang diolah begitu baik tidak akan bermakna jika pelaksanaannya tidak dilakukan dengan sempurna.
“Perasaan tersisih yang mungkin dirasai oleh sesetengah kaum, boleh menggugat semangat perpaduan yang sedia wujud di negara ini,” tegasnya.
Sementara itu beliau menegaskan, kerajaan harus mempunyai kehendak politik (political will) untuk melaksanakan konsep Sekolah Wawasan, kerana perpaduan dikalangan rakyat di negara ini harus diterap dan dilakukan sejak dari awal dan di bangku sekolah lagi.
Ronald juga menegaskan bahawa Jabatan Perpaduan Negara perlu mengolah dan melaksanakan program perpaduan yang lebih berkesan.
Menurutnya, cawangan Rukun Tetangga yang diperuntukkan RM4,000 setahun dan program lawatan ke Putrajaya yang dilaksanakan sekarang, tidak lagi sesuai dengan keadaan masa kini.
“Sebaliknya rakyat di Semenanjung Malaysia harus didedahkan dengan lebih banyak elemen perpaduan yang sedia wujud di negeri Sabah dan Sarawak,” tegasnya.
25/10: PERHATIN
SIPITANG: Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad yang juga wakil rakyat Sindumin> (gambar atas) meluangkan masa mendengar masalah seorang penduduk Kampung Pelakat Pasir Sipitang ketika mengadakan kunjungan ke kampung tersebut baru-baru ini.
Penduduk kampung berkenaan Jikar Dakung, 70, mengadu mengenai kerosakan rumah yang dibina di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Kita akan membantu keluarga itu dengan memperbaiki rumah itu kerana mereka tinggal dengan keadaan yang tidak begitu selesa,” kata Sapawi. Hadir sama Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap.
KOTA KINABALU: Pelaksanaan Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah dibahagikan kepada dua pakej dengan Pakej 1 sudah mencapai 42.34 peratus.
Pakej 1 itu meliputi pembinaan bangunan terminal dan kemudahan infrastruktur landside. Status pelaksanaan iaitu 42.34% itu agak lewat 2.43% atau 23 hari.
Manakala Pakej 2 yang melibatkan infrastruktur airside, Menara Kawalan Trafik Udara dan Terminal Penerbangan Tambang Murah pula, sudah mencapai 59.62% dan kemajuan itu mendahului jadual
Hal ini dijelaskan oleh Menteri Pengangkutan dalam jawapan kepada soalan Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Said (BN-Kota Belud) (gambar atas) di Dewan Rakyat semalam.
Salleh turut bertanya mengenai masalah setinggan yang sebelum ini melambatkan pelaksanaan projek berkenaan.
Mengenai masalah setinggan itu, menteri berkenan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah membina satu kawasan penempatan semula setinggan di Kinarut yang melibatkan perpindahan sebanyak 657 buah keluarga.
Menurutnya, penempatan baru ini dilengkapi dengan sokongan asas perumahan dan proses penyusunan serta penempatan semula setinggan dijangka akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada bulan Oktober 2007.
25/10: RAPTAI ISTIADAT PERBARISAN
Yahya menyaksi raptai istiadat perbarisan sempena perayaan Hari Jadi Rasmi TYT di Padang Merdeka.
KOTA KINABALU: Lebih 100 kontinjen perbarisan akan mengambil bahagian pada Istiadat Perbarisan sempena Hari Jadi Rasmi ke-61, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang akan diadakan di Padang Merdeka pada Sabtu ini (27 Oktober).
Kontinjen-kontinjen perbarisan itu mewakili jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pasukan keselamatan, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan serta pertubuhan, syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dan lain-lain.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah Awang Jaafar akan berangkat menghadiri istiadat tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin dan ahli jemaah kabinet negeri serta kenamaan lain akan turut hadir.
Selain menerima tabik hormat dari pasukan kawalan kehormat utama, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah juga akan memeriksa kawalan kehormat utama serta menerima tabik hormat Di-Raja.
Persembahan khas oleh Koir Negeri juga akan turut menyerikan majlis itu selain persembahan seni mempertahankan diri dan juga tarian tradisi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyaksi raptai istiadat perbarisan di Padang Merdeka, pagi tadi.
Yahya juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi ke-61 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, 2007 diiringi oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Michael Emban.
Beliau menyeru orang ramai agar datang beramai-ramai menyaksikan istiadat perbarisan bagi memeriahkan lagi sambutan itu.
Timbalan Presiden Unitar, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan menyampaikan sijil kecemerlangan kepada salah seorang pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2007 sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Dinamik Sabah, Prof Dr. Morni Haji Kambrie
KOTA KINABALU: Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dijangka memperkenalkan kursus baru dalam pengajiannya mengenai angkasa 'aerospace' sebagai program sokongan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Dinamik Sabah, Prof Dr. Morni Haji Kambrie berkata, program sokongan untuk industri angkasa (support programme aero space) itu merupakan program sokongan memandangkan Unitar mengendalikan pengajian tentang komputer dan teknologi maklumat (IT) di universiti tersebut.
Beliau berkata Unitar akan memperkenalkan program tersebut sebagai program sokongan yang meliputi sains tulen, roket teknologi dan IT, bagaimanapun, program tersebut akan dicadangkan kepada pihak atasan Unitar dalam masa terdekat.
"Pada masa ini, Unitar Sabah banyak memperkenalkan pelbagai program di peringkat diploma dan ijazah kepada pelajar-pelajar dari Sabah.
“Usaha ini perlu ditingkatkan memandangkan negara Malaysia semakin maju dan pembabitan negara kita dalam industri angkasa lepas merupakan antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar Pelajar Unitar Sabah di Dewan SESB, Karamunsing, di sini. Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Presiden Unitar, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan.
Sehubungan itu, Dr. Morni turut memberitahu pada tahun depan Unitar Sabah akan berpindah ke lokasi baru pada tahun depan bulan April yang belum ditentukan lokasi sebenar ke satu kawasan yang lebih besar.
"Unitar memerlukan tempat baru untuk menempatkan sebilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Terkini pelajar Unitar lebih kurang 507 pelajar dan 1,450 pelajar yang berdaftar seluruh negara, yang aktif 1,267 pelajar", katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Unitar, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan turut mengulas mengenai cadangan Unitar untuk memperkenalkan program terbaru tersebut dan sambil berkata, program sokongan yang berkaitan tentang teknologi pemakanan sebagai contoh penyediaan makanan di angkasa.
Katanya, pada masa ini Unitar telah menyediakan program di peringkat diploma dan ijazah iiatu program diploma 'hospitality' merangkumi penyediaan pemakanan.
"Pada masa ini, Unitar ada menyediakan program hospitalit di peringkat pengajian tetapi belum menceburi dalam penyelidikan. Unitar juga sudah ada pengkhususan penyediaan makanan, mungkin dikaitkan dengan kajian dan penyelidikan yang boleh disesuaikan makanan ini di bawah ke angkasa," katanya.
Beliau berkata dalam usaha mencapai kemajuan, Unitar perlu memperkenalkan pelbagai program baru bagi mencapai Wawasan 2020 dan salah satu daripadanya ialah penyelidikan tentang makanan untuk ke angkasa lepas.
Seramai 372 pelajar pengambilan bulan Julai dan August 2007 mengadakan ikrar pelajar kelmarin, manakala, 12 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2007.
Turut hadir sama Ketua Pegawai Operasi Unitar, Pusat Wilayah Sabah, Mary Monica Jiony, kakitangan Unitar Sabah dan para pelajar.
Siti Maznah (berdiri kanan) melayan tetamu pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MTPL, kelmarin.
LABUAN: Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL) menyediakan pelbagai program di sepanjang tahun bagi menarik lebih ramai peserta dan pelancong berkunjung ke pulau bebas cukai itu.
Pengurus Besar MTPL, Puan Siti Maznah Hj Awang Damit berkata dua program utama setiap tahun iaitu Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) dan Cabaran Perahu Layar Borneo (BYC) dikenalpasti mampu menarik peserta antarabangsa di samping peserta tempatan.
Katanya, melalui penganjuran kedua-dua acara itu, ia turut merancakkan ekonomi dan industri pelancongan termasuk pengangkutan, perhotelan, restoran, telekomunikasi dan kraftangan.
“Apabila banyak acara diadakan, maka ia turut membantu menjana ekonomi dan industri pelancongan tempatan sekaligus menambah pendapatan penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Pejabat MTPL, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Tanjung Purun kelmarin.
Antara yang hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Basiran Saban, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Hj Yunus Kurus, ketua jabatan, ketua kampung dan pemimpin masyarakat.
Hadir sama Pengarah Bahagian Perbandaran dan Kerajaan Tempatan, Rithuan Ismail, Pengarah Bahagian Pelancongan, Fadilah Hj Mahmud dan Ketua Wanita Umno, Hjh Aini Sapar.
Siti Maznah berkata penganjuran acara itu juga mampu menarik kehadiran ramai pelancong tempatan dan antarabangsa yang berminat menyaksikan acara memancing laut dalam, tarik tali, lumba sampan Nusantara, berkayak mengelilingi pulau dan berenang merentas pulau.
“Saya lihat ramai penduduk dari Sabah, Sarawak dan Brunei mengunjungi Labuan ketika acara LISC diadakan sambil membeli-belah dan bercuti bersama keluarga,” katanya.
KOTA KINABALU: Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) kini mengorak langkah untuk menyumbang tenaga dan pemikiran dalam menangani isu bersifat global selain meneruskan peranan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi memajukan masyarakat rumpun Bajau.
Terbaru, USBO yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar atas) dijemput menghadiri Dialog Perhutanan Malaysia Kedua di Kuala Lumpur yang antara lain membincang beberapa isu global.
Dialog dianjurkan oleh Hong Kong and Shanghai Bank dan bertemakan “Cabaran Dalam Pelaksanaan dan Pembiayaan Pengurusan Hutan Mapan”. Dialog dua hari itu berakhir hari ini, dengan 16 kertas kerja dibentangkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pandikar Amin berkata penyertaan USBO dalam dialog tersebut cukup bermakna dan tidak sia-sia kerana membolehkannya sama-sama menyumbang idea dan pemikiran.
“Walaupun identiti USBO adalah sebagai sebuah persatuan suku, namun penyertaan dalam dialog ini membawa signifikan cukup besar. Ini kerana isu-isu yang dibincang sepanjang dialog adalah isu-isu yang ada kaitan dengan dasar perhutanan,” katanya.
Pandikar Amin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk berkata, isu tersebut juga tidak asing bagi beliau sendiri kerana sebelum ini telah terlibat untuk menggubal dasar perhutanan Negeri Sabah kira-kira 10 tahun lalu.
"Saya berterima kasih kepada Presiden USBO, Datuk Salleh Said yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili USBO pada dialog ini,” katanya.
Antara topic dibincangkan dalam dialog tersebut termasuk Hak Istiadat Anak Negeri Mengenai Tanah; Asas Perundangan Mengenai Hak Istiadat Anak Negeri Terhadap Hutan Simpan;dan Cabaran Perubahan Dunia dan Peluang Berkaitan Perhutanan.
Awal tahun ini, Pandikar Amin juga mewakili USBO ke mesyuarat Persatuan Equsterian Malaysia di Kuala Lumpur, dan antara isu dibincang dalam mesyuarat itu ialah menangani masalah berkaitan cara atau kaedah memartabatkan sukan equsterian di negara ini.
Pada 29 Oktober hingga 12 November lalu, empat pemimpin kanan USBO menyertai lawatan ke Auckland, New Zealand, menerusi satu program penyelidikan mengenai tatacara kaum Maori New Zealand memulihara bahasa ibunda mereka dalam melalui arus pemodenan.
Dalam pada itu, Pandikar Amin berkata selain program bersifat global, USBO tetap dengan objektifnya sebagai sebuah NGO untuk mempromosi, memelihara dan memulihara kebudayan masyarakat rumpun Bajau.
23/10: KUNJUNG HORMAT KE ATAS TYT
Yahya menyampaikan cenderamata kepada Tun Ahmadshah semasa kunjungan itu.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah di Istana Negeri, hari ini.
Kunjungan itu yang disertai oleh pegawai kanan kementerian dan ketua jabatan serta agensi dibawahnya bertujuan menjemput Yang di-Pertua Negeri mengadakan lawatan rasmi ke kementerian pada 15 November depan.
Turut hadir semasa kunjungan itu ialah Setiausaha Politik Kementerian, Tan Kim Beng, Setiausaha Tetap Kementerian, Michael Emban dan timbalannya, Janet Chee, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri,Datuk Haji Mastor Samin, Pengarah Perpustakaan Negeri, Wong Yui Yin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri, Siti Sapoo Haji Ahok, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Jaffar Walad, Pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri, Abd.Halil Omar dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Dirwana Azool.
Yahya menyaksikan penyerahan kerusi roda oleh Dr.Mingu Jumaan (kiri) kepada Datuk Haji Mastor Samin.
Sementara itu, Yahya telah merasmikan Majlis Makan Malam Amal Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer (KESITER) Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri di Magellan Sutera Harbour Resort, semalam.
Majlis yang bertemakan “Secebis Bakti Segenggam Budi” itu bertujuan menaja kerusi roda untuk golongan kurang upaya (OKU) disamping mengumpul derma untuk tabung KESITER.
Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dalam ucapannya memuji usaha murni KESITER menganjurkan makan malam amal itu untuk membantu OKU di negeri ini agar mereka dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
“Kegiatan yang murni ini harus menjadi contoh kepada kelab-kelab sukan dan rekreasi yang lain, memandangkan usaha murni itu akan mempromosikan budaya masyarakat penyayang dan prihatin di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
KESITER menyumbang sebanyak 20 kerusi roda menerusi Makan Malam Amal itu dan penyerahan simbolik daripada Dr.Mingu kepada Datuk Mastor telah disaksikan oleh Yahya.
Sakaran sambil diperhatikan Ampong dan Abdullah menyampaikan sumbangan naskhah al-Quran kepada pengerusi masjid sempena majlis itu.
SANDAKAN: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Sakaran Dandai berkata fungsi masjid perlu dipelbagai sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) dengan mempelbagaikan program, antaranya sebagai pusat ilmu, kemasyarakatan, kebudayaan dan ekonomi.
Katanya, aktiviti sedemikian tidak menyimpang daripada nilai dan syariat Islamiah yang tulin, malah ia adalah pemangkin kepada pembinaan ummah sebagai model insan berkualiti dan cemerlang dari segi minda serta rohaninya.
“Keghairahan mendirikan masjid dan surau perlu seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya, maka adalah sewajarnya bagi umat Islam mengusahakan seoptimum mungkin agar kewujudan masjid tidak sekadar sebagai tempat mendirikan solat,” katanya ketika berucap merasmikan masjid baru Al Falah di Kampung Karamunting di sini.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Seri Panglima Ampong Puyun, Setiausaha Agung USIA, Haji Abdullah Hussin. Pegawai Takbir JHEAINS Sandakan Adam Abdul Hai dan Pengerusi Majid Al Falah Haji Abd.Rashid Piut.
Masjid baru tersebut yang berharga RM303,010 adalah hasil sumbangan individu dan orang ramai dan USIA sendiri menyumbang RM100,000.
Menurut Sakaran masjid sebagai “Rumah Allah” merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamadun, justeru umat Islam perlu menjadikan institusi masjid sebagai pemangkin kepada semangat perpaduan tulin.
Suhaili (tengah) menerima cenderamata daripada Rahimah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Yusuf (dua dari kanan) dan kakitangan JASA Labuan
LABUAN: Kerajaan memerlukan kerjasama dan komitmen yang padu daripada jabatan dan agensi kerajaan untuk membangun dan memajukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Hj Suhaili Abdul Rahman berkata kerjasama itu penting kerana ketua jabatan, pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi kerajaan merupakan pelaksana kepada projek yang disalurkan kerajaan pusat kepada pulau bebas cukai ini.
Bagaimanapun, beliau meminta ketua jabatan mengadakan perbincangan dengan ketua kampung, pemimpin masyarakat atau beliau sendiri sebelum melaksanakan projek pembangunan di 27 kampung.
Ini kerana, katanya, projek pembangunan fizikal tersebut seharusnya memberi manfaat kepada penduduk kampung dan bukan sekadar menyediakan projek kepada rakyat di peringkat akar umbi.
“Semua projek pembangunan wajar mendatangkan manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi bukannya sekadar bina dan akhirnya menjadi gajah putih sehingga merugikan kerajaan,” katanya berucap meraikan 40 veteran Umno anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di kediamannya di Sri Fatimah, Jalan Tanjung Purun.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Hj Yusuf Mahal dan Pengarah JASA, Rahimah Hj Lamat.
Suhaili yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan juga menghargai komitmen dan kesungguhan kakitangan kerajaan, swasta dan ketua kampung membantunya membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada penduduk setempat.
Oleh itu, beliau berharap sokongan padu seperti itu diteruskan untuk kepentingan generasi sekarang dan akan datang serta pembangunan Labuan keseluruhannya.
22/10: JANGAN PILIH KERJA
Lajim ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta bengkel tersebut
BEAUFORT: Golongan belia diingatkan agar tidak terlalu memilih pekerjaan, sebaliknya mereka boleh meneroka bidang lain yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi kerjaya yang memberi pendapatan.
Wakil Rakyat Kawasan Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata oleh kerana timbulnya sikap memilih pekerjaan dengan terlalu mengharapkan pekerjaan dalam sektor awam, maka kadar pengganguran di negeri ini semakin bertambah.
“Budaya memilih pekerjaan dan terlalu amat bergantung kepada peluang pekerjaan di sektor awam perlu dikikis, sebaliknya penerokaan kepada pelbagai bidang pekerjaan lain perlu dirintis.
“Ini termasuk dalam bidang pertanian, perusahaan, pembuatan dan pelancongan kerana semua bidang ini mempunyai prospek jangka panjang untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Seminar dan Pameran Bimbingan Kerjaya anjuran Kelab Rotary Likas Bay di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini.
Hampir 100 orang terdiri dari golongan belia dari daerah Beaufort dan sekitarnya menyertai seminar dan pemeran bimbingan kerjaya sehari itu.
Menurut Lajim yang juga Ketua Merinyu Projek Pembangunan Negeri golongan belia terutamanya lepasan siswazah perlu memanafaatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang mereka perolehi semasa di universiti untuk dikembangkan dengan meneroka bidang bidang lain terutamanya bidang bioteknologi pertanian.
“Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) Kerajaan mensasarkan sektor pertanian sebagai salah satu sumber untuk menjana ekonomi negara dimana peluang untuk mengembangkan sektor ini agar berdaya maju terus diberikan penekanan dengan menyediakan pelbagai program termasuklah pinjaman,” katanya.
Rosnah menyerahkan bantuan geran kepada Pengetua SMK St Mary Limbahau, Papar, Tiong Ai Ping sambil diperhatikan Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Salleh Hj. Iddris
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin mahu generasi muda menjadikan program penghantaran angkasawan ke angkasa lepas sebagai inspirasi untuk memajukan lagi bidang sains dan teknologi dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Beliau berkata Angkasawan Negara Pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor seharusnya dijadikan sebagai idola atau role model dan suntikan semangat generasi muda di negara ini untuk mencintai dan memajukan ilmu sains.
"Kita mahu menarik minat generasi muda (pelajar) menanamkan minat mendalam kepada sains dan teknologi bagi meningkatkan imej negara di mata dunia dan dengan pelancaran projek angkasawan sebagai inspirasi untuk berjaya lebih jauh ke hadapan.
“Kita juga berharap ia akan memberi kesedaran dan melonjak minat para pelajar meminati bidang sains dan teknologi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan geran yang disalurkan dari Kementerian Pelajaran kepada Parlimen Papar untuk sekolah tersebut di sini.
Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Salleh Hj. Iddris dan Pengetua SMK St Mary Limbahau, Papar, Tiong Ai Ping
Geran tersebut digunakan dan disalurkan kepada pihak sekolah bertujuan mengadakan program seperti melakukan penyelenggaraan kecil serta membeli peralatan sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Limbahau Papar tidak ketinggalan menikmati peruntukan khas yang diserahkan berbentuk geran kepada sekolah-sekolah yang memerlukan di negara ini termasuklah beberapa buah sekolah di daerah Papar.
Rosnah berkata kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman sentiasa prihatin dan amat menitik beratkan agenda pendidikan dalam melahirkan generasi muda minda kelas pertama.
"Pada masa kini, agenda utama negara di bawah kerajaan BN adalah untuk membangunkan modal insan bertaraf dunia atau modal insan kelas pertama dan untuk menjamin kelangsungan daya saingnya pada masa hadapan.
22/10: RUMAH TERBUKA PENGERUSI PPK
KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Penyu Zahari Mohd Zinin mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Likas Jaya, di sini.
Antara kenamaan yang hadir ialah Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajm Haji Ukin, saudara marah, sahabat handai dan juga ahli PPK dari Kawasan Kuala Penyu.
Kelihatan Zahari (berdiri) sedang melayani Lajim, Datuk Bakri Zinin serta tetamu lain yang menikmati jamuan di majlis tersebut
Datuk Salleh bersalaman dengan Datuk Musa di majlis persandingan Lenny-Ariffin di Sri Libaran, Sandakan.
Pasangan pengantin Ariffin-Lenny Natasha di Sri Libaran, Sandakan.
SANDAKAN: Lebih 10,000 orang menghadiri majlis persandingan antara Lenny Natasha, anak perempuan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Faridah Tussin, dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Mohd Ariffin Arif, di sini malam tadi.
Majlis diadakan di kediaman Musa, Sri Libaran, di sini.
Tetamu yang hadir termasuk dari Australia, New Zealand, Dubai, India, Hong Kong dan Singapura.
Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Hajah Dayang Masuyah Awang Japar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam;Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin.
Tetamu lain termasuk bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said.
Datuk Salleh bersama sebahagian tetamu di majlis itu
Sebahagian tetamu yang hadir di majlis itu.
Musa di rumah terbuka Bung Moktar
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin menghadiri rumah terbuka Aidilfitri oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin di Taman Rimba, di sini.
Mereka juga kemudian menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, di Kelab Rekreasi Bandar Indah, Batu 4 Sandakan.
Di TUARAN: Lebih 5,000 penduduk setempat serta sekitar, mengunjungi rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Datuk Hajiji Noor, di Dewan Bersatu, yang diadakan sedarhana, tetapi meriah.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Liew Yun Fah; Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran; Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Jahid Jahim; dan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Jainab Ahmad.
Tetamu lain Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau; Adun Kiulu, Datuk Louis Rampas; Pegawai Daerah Tuaran, Awang Shamsi Jamih; dan Ketua Polis Daerah Tuaran, Dupeti Superintendan Suhaimi Wiro.
Di TUARAN: Ketua Pemuda Umno Tuaran, Dato’ Abdul Rahman Datuk Dahlan juga mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di rumah kediaman keluarganya di Kampung Penampang Baru, dekat sini.
Majlis itu dihadiri pemimpin setempat serta masyarakat sekitar daerah Tuaran.
Abdul Rahman yang juga Setiausaha Pemuda Umno berkata umat Islam di negara ini seharusnya merasa bersyukur kerana dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana aman dan harmoni tanpa rasa takut.
21/10: SABAH KURANG BENIH IKAN
Abdul Rahim memberi makan kepada anak-anak ikan yang dipelihara di Borneo Aqua Hatchery Harvest Bhd sambil disaksikan oleh Rayner dan Lo.
SANDAKAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata Sabah masih mengalami kekurangan 30 juta benih ikan setiap tahun bagi menampung permintaan semasa dan keperluan ikan sebagai sumber makanan utama di negeri ini.
Beliau berkata, pada masa ini bekalan benih ikan yang mampu dikeluarkan adalah pada kadar 10 juta setahun, sedangkan permintaan adalah sebanyak 40 juta benih ikan setahun.
'Ini menyebabkan kita terpaksa mendapatkan benih ikan dari tempat-tempat lain untuk menampung permintaan,' katanya selepas melawat Pusat Benih Ikan di Pulau Palak kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot dari sini.
Pusat itu yang dimiliki Borneo Aqua Hatchery Harvest Bhd yang baru beroperasi sejak tiga tahun lepas merupakan pusat benih ikan terbesar di Sabah.
Pusat ini mampu mengeluarkan lima juta benih ikan setahun dan selebihnya dari lima lagi pusat benih ikan kecil-kecilan di negeri ini.
Abdul Rahim berkata pada masa ini hanya terdapat enam syarikat yang beroperasi menjalankan aktiviti pembenihan ikan di negeri ini dan jumlah ini bagaimanapun tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan pihak swasta untuk berkecimpung dalam bidang itu dengan memberikan mereka bantuan dan khidmat nasihat melalui Jabatan Perikanan Sabah.
Menurutnya, Sabah mempunyai potensi besar dalam bidang pembenihan ikan kerana mempunyai beberapa kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat pembenihan ikan terutama di kawasan pantai timur Sabah.
Hadir sama Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Rayner Stuel Galid dan Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Aqua Hatchery Harvest Bhd, Datuk Lo Fui Ming.
21/10: JANGAN BANGKIT ISU LAPOK
Suhaili (tengah) bersama AJK JKKK Layang-Layangan, malam kelmarin.
LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Hj Suhaili Abdul Rahman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) bebas bertanding di mana-mana kawasan termasuk Labuan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bagimanapun, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata parti pembangkang itu seharusnya tidak membangkitkan isu yang sudah lapok seperti mengambil balik Wilayah Persekutuan Labuan ke Sabah jika parti itu memenangi PRU ke-12.
Katanya, selepas Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1984 dan menikmati pembangunan pesat di bawah pentadbiran kerajaan Pusat, tidak mungkin penduduk di pulau bebas cukai berminat untuk kembali sebagai sebuah daerah di Sabah.
Suhaili yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata kerajaan pusat melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan telah banyak menyalurkan peruntukan pembangunan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan asal-usul.
“Penduduk Labuan telah menikmati pembangunan pesat sejak Labuan menjadi Wilayah Persekutuan dan tidak mungkin mereka mahu pulau ini balik semula ke Sabah, “ katanya mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Datuk Jeffrey Kitingan yang mahu Labuan diambil semula ke Sabah jika parti itu memenangi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan balai raya Kampung Layang-Layangan.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Hj Yunus Kurus, Ketua Kampung Layang-Layangan, Hj Majid Magal, Pengarah Pelaburan dan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Madun Wahab, Pengarah Jabatan Penerangan, Saleki Amat Januri dan Ketua Pemuda Umno, Hj Bashir Alias.
Suhaili yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan berkata PKR terutama Jeffrey boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi janganlah menjadikan sesuatu isu itu untuk memancing undi menjelang PRU kali ini.
Oleh itu, beliau mengingatkan pengundi supaya lebih berhati-hati dengan dakyah pembangkang yang hanya mahu memancing undi tetapi gagal berbuat apa-apa berbanding BN yang terus melaksanakan pembangunan kepada rakyat.
“Rakyat boleh melihat sendiri di depan mata pembangunan di bawah pentadbiran BN dan semua itu bukan inisiatif pembangkang,” katanya.
18/10: ADUN MEMBAKUT KAHWIN ANAK KM
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Mohd. Ariffin Arif, 44, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak Ketua Menteri, Lenny Natasha Musa Aman, 26, di sini pada Sabtu ini
Majlis akan berlangsung di kediaman Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di Sri Libaran, Jalan Airport, di sini.
Satu majlis ringkas akad nikah diadakan hari ini dengan disempurnakan oleh Iam Sandakan, Ustaz Haji Azizul Ramli Saparuddin.
Majlis turut dihadiri Musa dan isteri, Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin serta anggota keluarga terdekat.
Kelihatan dalam gambar di atas Ariffin sedang menyarungkan cincin ke jari Lenny Natasha, sambil diperhatikan oleh Musa (separuh terlindung) dan Fridah (dua dari kanan).
KOTA KINABALU: Menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri para pemimpin telah menjadi satu kemistian bagi kebanyakan rakyat Malaysia di Sabah.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Puan Melanie Chia juga tidak ketinggalan mengunjungi rumah terbuka sama ada yang diadakan di kawasannya atau para pemimpin negeri yang lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Luyang itu bersama bersama pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) telah menghadiri majlis rumah terbuka Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abd.Rahim Ismail di Papar, semalam.
Turut serta dalam rombongan Melanie ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Jimmy Wong dann Kapitan Syau Choon Yin.
Di PAPAR: Lebih 300 penduduk Kampung Laut, Papar menghadiri Malam Riang Ria Aidilfitri 2007 anjuran Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO cawangan Tambing Kampung Laut Papar.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Hadir sama Ketua Puteri UMNO Tambing, Pesliah Sohani, Ketua Wanita Inon Durahman, Ketua Pemuda, Tarif Bakir dan pemimpin masyarakat.
Pada majlis itu Rosnah menyeru masyarakat setempat supaya berusaha lebih gigih dalam memastikan negara terus maju dan makmur serta mampu bersaing di tengah arus perdana dalam kemajuan dunia.
Majlis itu turut mengadakan pertandingan karaoke terbuka, pertandingan pakaian beragam, pertandingan membaca berita dan cabutan tiket bertuah serta persembahan Kumpulan Gambus Tunas Harapan Kampung Laut.
Di SIPITANG: Keluarga Mustapha Kassim menerima kejutan apabila rumah terbuka aidilfitrinya telah dikunjungi oleh Pembantu Menteri Kewangan merangkap wakil rakyat Sindumin Datuk Sapawi Ahmad bersama artis kelahiran Akedemi Fantasia Ebi di kediamannya Kampung Lumut, Sipitang.
Kunjungan pemimpin dan artis tersebut nyata memberi kegembiraan dan keceriaan kepada keluarga Mustapha dalam menyambut kemeriahan hari lebaran.
Sebelum itu, Ebi turut meraikan tetamu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Di TAMPARULI: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jahid Jahim, menyambut tetamu yang mengunjungi rumah terbukanya sempena Aidilfitri, di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.
Turut hadir bersama-sama lebih 1,000 pengunjung ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor; Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai.
Tetamu lain Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Edward Yong Oui Fah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Johnny Goh; dan Pegawai Daerah Tuaran, Awang Shamsi Jamih.
Di KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah,Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) menghadiri majlis rumah terbuka Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Seruji Nawawi di Likas, dekat sini.
Selain Yong, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Melanie Chia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Datuk Liew Teck Chan dan pemimpin SAPP serta LDP turut hadir memeriahkan majlis itu.
Tetamu lain yang turut menghadiri rumah terbuka Seruji ialah Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Haji Faisyal H.Diego, Nain Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Fatimah Shara Ahmad Noor, Ketua Puteri Bahagian, Musliati Muslimin dan pemimpin UMNO bahagian tersebut.
Di SIPITANG: Lebih 5,000 hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Sipitang di Dewan Serbaguna Sipitang pada hari raya kedua, sekali gus memperlihatkan keutuhan dan kemantapan persefahaman serta perpaduan yang sedia ada.
Hakikat itu turut diakui oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang.
“Majlis seumpama ini membuka ruang kepada pemimpin untuk mendekati rakyat dan rakyat untuk mendampingi pemimpin,” kata Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin.
Majlis rumah terbuka yang menjadi salah satu acara tahunan kepada penganjur Umno Bahagian Sipitang itu turut diserikan dengan persembahan artis yang lahir dari bintang realiti TV Akademi Fantasia Ebi AF5 dan juga persembahan artis tempatan.
PUTATAN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah dan Toh Puan Hajah Dayang Masuyah Ag.Japar menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin di Kampung Kuala Putatan 2, di sini.
Tetamu lain yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Haji Juhar Mahiruddin dan isteri masing-masing.
Selain ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakyat berbilang kaum juga tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka Yahya dan isteri, Datin Siti Jouyah Md.Yunin.
Di PAPAR: Seramai 80 orang kurang upaya dan anak-anak yatim telah diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Haji Ghulamhaidar Khanbahadar sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau yang diadakan di kediamannya di Kampung Pengalat, di sini.
Mereka terdiri daripada 30 orang penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Beringgis, Papar.
Selain berpeluang menikmati pelbagai juada dan makanan yang enak serta dihiburkan dengan persembahan penghibur terkenal, Abu Bakar Ela, OKU dan anak-anak yatim itu turut berpeluang beramah mesra dengan Ghulam dan keluarga.
Insan kurang bernasib baik itu turut menerima duit raya dari Ghulam yang turut disampaikan oleh tetamu istimewa iaitu Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
Selain rakyat berbilang kaum dan juga pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), tetamu lain yang turut mengunjungi rumah terbuka Ghulam ialah Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr.Yee Moh Chai, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Encik Edward Yong.
Wakil-wakil media terdiri daripada wartawan dan jurugambar media cetak dan media elektronik turut meluangkan masa menghadiri rumah terbuka Ghulam.
Di LIKAS: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Hajah Jainab Datuk Haji Ahmad menghadiri majlis Rumah Terbuka Menteri-Menteri Kabinet Sabah di Kompleks Sukan Likas pada Hari Raya Pertama.
Rumah terbuka itu dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama anggota Kabinet negeri.
Jainab berkata rumah terbuka membantu merapatkan jurang hubungan kaum di dalam negara dan pada masa yang sama kedudukan ini menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara bersatu walaupun terdapat pelbagai kaum yang menetap di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai menghadiri Rumah Terbuka UMNO Sepanggar di Rumah UMNO Sepanggar, Jalan Likas pada 20 Oktober bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.
Di PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, turut mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya di sini.
Antara tetamu yang hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan serta pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti komponen lain.
Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah istimewa selain dihiburkan oleh nyanyian oleh artis-artis tempatan.
Di MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut. Ariffin Arif juga mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pimping di sini.
Majlis yang bermula jam 11 pagi itu dihadiri masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di sekitar daerah kecil Membakut, yang disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan buku kecil tulisannya berjudul `Muhasabah’ yang merupakan kompilasi petikan-petikan menarik untuk diedarkan kepada penduduk setempat, khususnya generasi muda dan kalangan pelajar.
14/10: MENGKABONG TERBAKAR
TUARAN: Lebih 30 penghuni enam rumah papan hilang tempat tinggal, apabila kediaman mereka musnah terbakar di perkampungan nelayan atas air, di Kampung Pensurun, Mengkabong, di sini (gambar atas) pada pagi Aidilfitri, kelmarin.
Sewaktu kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, sebahagian besar penghuni rumah terbabit tiada di rumah, kerana pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.
Api dipercayai bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak dengan pantas pada lima rumah lain yang dibina terlalu rapat di antara satu dengan lain, di situ.
Kebakaran itu menyebabkan pemilik rumah terbabit gagal untuk menyelamatkan harta benda, termasuk dokumen penting mereka dari rumah yang musnah dalam tempoh 20 minit itu.
Seorang mangsa, Laiman Siso, mendakwa bukan saja kehilangan rumah didiami 12 anggota keluarganya, malah tidak sempat menyelamatkan harta benda ada di dalam rumah itu.
"Semua persiapan Aidilfitri turut musnah sekelip mata. Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana pulang menyambut Aidilfitri di rumah mertua di Sembulan, Kota Kinabalu,” katanya.
Sebanyak lima jentera bomba dengan 20 anggota, dua dari Balai Bomba Tuaran, Balai Bomba Kota Kinabalu (2) dan Balai Bomba Lintas (1) bergegas ke tempat tragedi untuk memadamkan kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.18 pagi.
Pemangku Pegawai Penjaga Balai Bomba Tuaran, Lanjuran Bilang, berkata sewaktu tiba di tempat kejadian, sebahagian besar rumah papan itu sudah musnah.
"Kami berjaya mengawal kebakaran itu jam 8.29 pagi, walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana tidak ada pili bomba di kawasan terbabit, yang terletak di atas air.
"Namun, usaha memadam kebakaran berjaya dilaku menggunakan pam mudah alih, dengan menyedut air laut," katanya.
Bilang berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Datuk Seri Salleh berbual dengan sebahagian tetamu yang hadir pada majlis jamuan Aidilfitri yang diadakannya
Datin Seri Panglima Hajah Raya Erom bergambar dengan sebahagian kenalan yang menghadiri majlis jamuan Aidilfitri itu
Datuk Salleh bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said dan Datin Seri Panglima Hajah Raya Erom mengadakan majlis jamuan Aidilfitri secara sederhana di kediamannya di Desa Ria, Likas, malam ini.
Jamuan berkenaan yang bermula kira-kira jam 7 malam dihadiri anggota keluarga terdekat, staf, jiran dan kawan-kawan saja.
Majlis secara sederhana itu bagaimanapun tetap meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai kaum, yang mengunjungi beliau dan keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Majlis yang bersifat santai itu menjadi lebih bermakna kerana mereka yang hadir dapat berinteraksi serta berbual-bual dalam suasana mesra dan muhibah.
Dalam pada itu, sambutan Aidilfitri pada tahun ini diraikan dengan penuh gembira kerana negara dalam keadaan aman.
Sambutan dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri di masjid-masjid sebelum pulang untuk menyambut rakan-rakan, jiran dan sanak saudara di majlis rumah-rumah terbuka yang unik di negara ini.
Para pembesar, pemimpin dan orang kenamaan di seluruh negara juga mengadakan majlis-majlis rumah terbuka di kawasan masyarakat masing-masing.
Gambar-gambar ini adalah sebahagian rakaman lensa www.keruak.com.
Datuk Salleh bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir
Ini adalah antara staf dan kawan-kawan yang hadir
Datuk Salleh berbual dengan sahabat handai dan kenalan yang hadir
Antara sahabat yang hadir untuk mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada Datuk Salleh dan keluarga
12/10: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
PIHAK pengurusan www.Keruak.Com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada seluruh umat Islam, terutama kepada mereka yang menjadi pelayar tetap laman web ini.
Sesungguhnya, kedatangan 1 Syawal kali ini sangat bermakna kerana kita semua dapat merayakannya dalam keadaan serta suasana negara kita yang aman damai.
Berikut sebahagian perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan melalui saluran perdana TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saudara saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan berkat limpah kurnia dan izinnya kita telah dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa bagi tahun ini.
Sepanjang sebulan ini kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menghadapi segala cabaran dan merebut segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan di bulan Ramadan.
Esok kita akan bersama menyambut ketibaan Syawal Aidilfitri yang indah dan penuh bermakna. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana tempoh setahun yang lalu ini secara keseluruhannya adalah satu tempoh yang mengembira dan menyenangkan.
Negara kekal aman dan stabil, ekonomi negara juga dalam keadaan baik. Kita semua sebagai rakyat Malaysia sememangnya amat bertuah, kita telah dikurniakan dengan pelbagai rahmat bukan sahaja dalam tempoh setahun yang terakhir ini tetapi juga semenjak kita merdeka 50 tahun yang lalu.
Tiada siapa yang menduga sebuah negara yang dahulunya mundur dan lemah setelah sekian lama dijajah akan mampu berdiri megah sebagai antara negara membangun yang termaju hanya dalam tempoh 50 tahun.Ini semua berkat hemah dan kebijaksanaan kepimpinan yang dikurniakan kepada negara kita selama ini serta rakyat Malaysia yang bersatu padu dalam menunjangi arus kemajuan yang dibawa.
Saudara-saudari sekalian tidak lama selepas Aidilfitri yang lalu negara kita digemparkan dengan kejadian banjir yang melanda selatan tanah air terutamanya. Ramai yang hilang tempat tinggal, harta benda dan ada juga yang kehilangan ahli keluarga. Masih jelas terbayang di mata akan keperitan yang dihadapi oleh mereka.
Namun, Alhamdulillah berkat keazaman mereka yang terlibat dan kerjasama dari semua pihak, mangsa banjir dapat segera bangkit dari bencana yang melanda dan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Insya-Allah saya percaya mereka akan dapat menyambut Aildilfitri pada tahun ini dalam suasana yang riang dan gembira seperti orang lain.
Walaupun keadaan negara kita ini aman dan selamat dan kita dapat berpuasa tanpa ada apa-apa ganguan daripada segi kedudukan negara tetapi kita juga memahami dan kita tahu bahawasanya di beberapa negara Islam ada masalah-masalah dihadapi yang telah sedikit sebanyak membebankan dan menyusahkan rakyat di negara-negara itu.
Gempa berlaku di Indonesia, pertempuran, peperangan, pergaduhan berlaku di negara-negara di Timur Tengah dan juga di Afghanistan semua ini menyebabkan kesusahan bagi rakyat yang ada di negara itu terutama sekali orang-orang Islam yang mesti berpuasa dalam bulan Ramadan dan mereka berpuasa dalam bulan Ramadan dalam keadaan mereka yang begitu menyusahkan.
Tetapi di negara kita ini lain keadaannya kerana negara kita ini aman dan kita berpuasa dalam keadaan yang senang dan cukup rezeki dan bagi yang kurang rezeki, yang kurang mampu ada bantuan-bantuan yang sentiasa diberikan kepada mereka.
Jadi atas sebab-sebab inilah kita sewajarnya benar-benar bersyukur kepada Allah s.w.t dan bersempena dengan hari baik bulan baik Aidilfitri ini marilah kita sama-sama menzahirkan rasa syukur dengan sama-sama menghulurkan tangan dan memberikan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, mereka yang mungkin tidak mampu untuk menghadapi untuk mengecapi kenikmatan di Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang kita rasakan baik sesama kita di Malaysia mahu pun mereka yang berada di negara lain.
Marilah kita bersama bersatu dan berganding bahu melakukan apa yang termampu untuk memberikan kesenangan sinar kepada kehidupan mereka yang kurang bernasib baik berikanlah mereka cahaya dan harapan agar mereka juga akan mampu tersenyum dan gembira di Aildilfitri pada tahun ini.
Sesungguhnya kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang sama ibarat kata pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Justeru apa juga yang dialami dan dirasai oleh sebahagian daripada masyarakat tersebut turut dirasai oleh sekumpulan masyarakat yang lain.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan penyayang laksanakanlah tangungjawab kita. Bantuan kita mungkin tidaklah sebesar mana tetapi saya yakin amat besar ertinya kepada mereka yang menerima dan juga saya ingin menjelaskan dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat di negara kita ini yang atas nama syarikat mengeluarkan pelbagai bantuan di merata tempat di negara kita ini.
Inilah suatu perkara yang mengembirakan saya dan membuatkan saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana orang-orang ahli-ahli perniagaan kita yang telah mendapat keuntungan hasil daripada kerja mereka usaha mereka tidak lupa untuk menderma tidak lupa untuk membantu golongan-golongan yang miskin dengan pelbagai cara.
Saudara saudari sekalian di Aidilfitri gunakanlah kesempatan yang ada sebaik-baiknya untuk kita mengukuhkan tali silaturahim sesama ahli keluarga. Aidilfitri ini merupakan masa yang terbaik untuk kita sama-sama dengan mereka yang tercinta sesunguhnya keluarga ini amat besar nilai dan ertinya mungkin mereka yang telah kehilangan ahli keluarga yang tercinta seperti saya akan lebih memahami nilai kepada keluarga ini.
Untuk itu kepada anak-anak semua hargailah kedua ibu bapa anda dan balaslah jasa mereka sesunguhnya mereka telah banyak berkorban untuk kita maka curahkanlah kasih sayang dan berikanlah kebahagian sementara kesempatan masih ada. Jika ada pergeseran yang berlaku yang merenggangkan hubungan kerana ibu bapa yang marahkan anaknya, anak yang tersingung dengan ibu bapanya, adik beradik yang terguris perasaan inilah masanya untuk kita pohonkan keampunan, kita hulurkan kemaafan kita bahagiakan, kita kukuhkan kasih sayang keluarga kita.
Aidilfitri adalah masanya untuk kita mengubat segala kelukaan yang ada itu. Sesunguhnya keluargalah tempat kita bersandar, berkongsi suka dan duka, tatkala senang dan susah.
Sebagaimana lazimnya juga hari raya Aidilfitri ini akan turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama teruskanlah amalan kunjung mengunjung dan gunakanlah kesempatan ini untuk saling memahami mewujudkan ikatan perhubungan yang lebih akrab dan mesra semoga kemeriahan Aidilfitri ini adalah akan dapat kita kecapi bersama kerana inilah istimewanya masyarakat kita dan inilah uniknya Malaysia.
Kepada mereka yang akan melakukan perjalanan di Aidilfitri pesan saya berhati-hatilah di jalan raya pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan baik dan anda sebagai pemandu mendapat rehat yang cukup dan jangan bawa kereta apabila mengantuk.
Ini penting sebelum memulakan perjalanan pastikan anda sendiri berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengantuk. Pandulah dengan cermat sabar dan ikutlah peraturan biarlah lambat asalkan anda sampai selamat di kampung masing-masing untuk bersama dengan yang tercinta. Tidak ada yang lebih pahit dan perit di Aidilfitri ini selain dari kehilangan mereka yang tersayang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saudara saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan berkat limpah kurnia dan izinnya kita telah dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa bagi tahun ini.
Sepanjang sebulan ini kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menghadapi segala cabaran dan merebut segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan di bulan Ramadan.
Esok kita akan bersama menyambut ketibaan Syawal Aidilfitri yang indah dan penuh bermakna. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana tempoh setahun yang lalu ini secara keseluruhannya adalah satu tempoh yang mengembira dan menyenangkan.
Negara kekal aman dan stabil, ekonomi negara juga dalam keadaan baik. Kita semua sebagai rakyat Malaysia sememangnya amat bertuah, kita telah dikurniakan dengan pelbagai rahmat bukan sahaja dalam tempoh setahun yang terakhir ini tetapi juga semenjak kita merdeka 50 tahun yang lalu.
Tiada siapa yang menduga sebuah negara yang dahulunya mundur dan lemah setelah sekian lama dijajah akan mampu berdiri megah sebagai antara negara membangun yang termaju hanya dalam tempoh 50 tahun.Ini semua berkat hemah dan kebijaksanaan kepimpinan yang dikurniakan kepada negara kita selama ini serta rakyat Malaysia yang bersatu padu dalam menunjangi arus kemajuan yang dibawa.
Saudara-saudari sekalian tidak lama selepas Aidilfitri yang lalu negara kita digemparkan dengan kejadian banjir yang melanda selatan tanah air terutamanya. Ramai yang hilang tempat tinggal, harta benda dan ada juga yang kehilangan ahli keluarga. Masih jelas terbayang di mata akan keperitan yang dihadapi oleh mereka.
Namun, Alhamdulillah berkat keazaman mereka yang terlibat dan kerjasama dari semua pihak, mangsa banjir dapat segera bangkit dari bencana yang melanda dan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Insya-Allah saya percaya mereka akan dapat menyambut Aildilfitri pada tahun ini dalam suasana yang riang dan gembira seperti orang lain.
Walaupun keadaan negara kita ini aman dan selamat dan kita dapat berpuasa tanpa ada apa-apa ganguan daripada segi kedudukan negara tetapi kita juga memahami dan kita tahu bahawasanya di beberapa negara Islam ada masalah-masalah dihadapi yang telah sedikit sebanyak membebankan dan menyusahkan rakyat di negara-negara itu.
Gempa berlaku di Indonesia, pertempuran, peperangan, pergaduhan berlaku di negara-negara di Timur Tengah dan juga di Afghanistan semua ini menyebabkan kesusahan bagi rakyat yang ada di negara itu terutama sekali orang-orang Islam yang mesti berpuasa dalam bulan Ramadan dan mereka berpuasa dalam bulan Ramadan dalam keadaan mereka yang begitu menyusahkan.
Tetapi di negara kita ini lain keadaannya kerana negara kita ini aman dan kita berpuasa dalam keadaan yang senang dan cukup rezeki dan bagi yang kurang rezeki, yang kurang mampu ada bantuan-bantuan yang sentiasa diberikan kepada mereka.
Jadi atas sebab-sebab inilah kita sewajarnya benar-benar bersyukur kepada Allah s.w.t dan bersempena dengan hari baik bulan baik Aidilfitri ini marilah kita sama-sama menzahirkan rasa syukur dengan sama-sama menghulurkan tangan dan memberikan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, mereka yang mungkin tidak mampu untuk menghadapi untuk mengecapi kenikmatan di Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang kita rasakan baik sesama kita di Malaysia mahu pun mereka yang berada di negara lain.
Marilah kita bersama bersatu dan berganding bahu melakukan apa yang termampu untuk memberikan kesenangan sinar kepada kehidupan mereka yang kurang bernasib baik berikanlah mereka cahaya dan harapan agar mereka juga akan mampu tersenyum dan gembira di Aildilfitri pada tahun ini.
Sesungguhnya kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang sama ibarat kata pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Justeru apa juga yang dialami dan dirasai oleh sebahagian daripada masyarakat tersebut turut dirasai oleh sekumpulan masyarakat yang lain.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan penyayang laksanakanlah tangungjawab kita. Bantuan kita mungkin tidaklah sebesar mana tetapi saya yakin amat besar ertinya kepada mereka yang menerima dan juga saya ingin menjelaskan dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat di negara kita ini yang atas nama syarikat mengeluarkan pelbagai bantuan di merata tempat di negara kita ini.
Inilah suatu perkara yang mengembirakan saya dan membuatkan saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana orang-orang ahli-ahli perniagaan kita yang telah mendapat keuntungan hasil daripada kerja mereka usaha mereka tidak lupa untuk menderma tidak lupa untuk membantu golongan-golongan yang miskin dengan pelbagai cara.
Saudara saudari sekalian di Aidilfitri gunakanlah kesempatan yang ada sebaik-baiknya untuk kita mengukuhkan tali silaturahim sesama ahli keluarga. Aidilfitri ini merupakan masa yang terbaik untuk kita sama-sama dengan mereka yang tercinta sesunguhnya keluarga ini amat besar nilai dan ertinya mungkin mereka yang telah kehilangan ahli keluarga yang tercinta seperti saya akan lebih memahami nilai kepada keluarga ini.
Untuk itu kepada anak-anak semua hargailah kedua ibu bapa anda dan balaslah jasa mereka sesunguhnya mereka telah banyak berkorban untuk kita maka curahkanlah kasih sayang dan berikanlah kebahagian sementara kesempatan masih ada. Jika ada pergeseran yang berlaku yang merenggangkan hubungan kerana ibu bapa yang marahkan anaknya, anak yang tersingung dengan ibu bapanya, adik beradik yang terguris perasaan inilah masanya untuk kita pohonkan keampunan, kita hulurkan kemaafan kita bahagiakan, kita kukuhkan kasih sayang keluarga kita.
Aidilfitri adalah masanya untuk kita mengubat segala kelukaan yang ada itu. Sesunguhnya keluargalah tempat kita bersandar, berkongsi suka dan duka, tatkala senang dan susah.
Sebagaimana lazimnya juga hari raya Aidilfitri ini akan turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama teruskanlah amalan kunjung mengunjung dan gunakanlah kesempatan ini untuk saling memahami mewujudkan ikatan perhubungan yang lebih akrab dan mesra semoga kemeriahan Aidilfitri ini adalah akan dapat kita kecapi bersama kerana inilah istimewanya masyarakat kita dan inilah uniknya Malaysia.
Kepada mereka yang akan melakukan perjalanan di Aidilfitri pesan saya berhati-hatilah di jalan raya pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan baik dan anda sebagai pemandu mendapat rehat yang cukup dan jangan bawa kereta apabila mengantuk.
Ini penting sebelum memulakan perjalanan pastikan anda sendiri berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengantuk. Pandulah dengan cermat sabar dan ikutlah peraturan biarlah lambat asalkan anda sampai selamat di kampung masing-masing untuk bersama dengan yang tercinta. Tidak ada yang lebih pahit dan perit di Aidilfitri ini selain dari kehilangan mereka yang tersayang.
11/10: FENOMENA LUAR BIASA MATAHARI
KOTA KINABALU: Selama kira-kira dua jam, penduduk kawasan pantai barat Sabah terutama di sekitar bandar raya Kota Kinabalu menyaksikan fenomena luar biasa pada matahari, yang berlaku tengah hari Khamis.
Fenomena itu mula dikesan kira-kira jam 12 tengah hari dengan matahari seperti dikelilingi pelangi berbentuk bulat.
Semakin lama, saiz pelangi yang mengelilingi matahari semakin membesar sehinggalah pancaran matahari kembali seperti biasa selepas jam 2.30 petang.
Beberapa warga bandar raya Kota Kinabalu yang turut merakamkan fenomena luar biasa itu mengedarkannya menerusi emel dengan tajuk `matahari pakai cincin’.
Fenomena tersebut juga berjaya dirakam jurukamera TV3 dan laporan mengenainya disiarkan menerusi Buletin Utama malam ini.
Tiga gambar di atas adalah sebahagian rakaman lensa keruak.com.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menghadiri majlis berbuka puasa yang dihoskan oleh pengurusan Le-Meridien hotel di sini malam ini (Rabu).
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan; Menteri Pembangunan Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun; Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran; Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai.
Yang lain termasuk Mayor Bandaraya, Datuk Iliyas Ibrahim; Pengerusi Le Meridien, Tan Sri Suffian Koroh; Pengurus Besar, Mr Urs Weisskopf; dan Pengerusi UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh.
Di PAPAR: Seramai 50 warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang upaya (OKU) sekitar Kampung Laut, Papar di sini menerima sumbangan ikhlas daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail sempena bulan Ramadan di Balairaya Kampung Laut, Papar di sini.
Penyerahan itu dilakukan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Abdul Rahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah dan jawatankuasa surau Kampung Laut.
Hadir sama Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pegawai Daerah, Iman Ali dan wakil Jasa, Ustaz Manaf Lakariba.
Dalam majlis itu, Abdul Rahim dan Rosnah turut menyampaikan bantuan kepada 40 penerima hak, fakir miskin dan mualaf dari Pusat Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).
Di LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) terus membantu meringankan beban anak-anak yatim untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini.
Yang DiPertua USIA, Tun Hj Sakaran Dandai telah menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim anak-anak ahli USIA Bahagian Labuan di Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun, Labuan, kelmarin
Seramai 112 anak-anak yatim dari 8 Cawangan di Bahagian Labuan iaitu Rancha-Rancha, Bebuloh, Lubok Temiang, Lajau, Gersik / Batu Arang, Patau-Patau 1, Patau-Patau 2 dan Sungai Bedaun telah menerima sumbangan itu.
Sumbangan derma itu diberikan USIA Pusat, USIA Bahagian Labuan, Rintis Malay Motors, Keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Omar Bledram dan HMD Automobiles Sdn Bhd.
Turut hadir Timbalan Yang DiPertua USIA Pusat, Datuk Hj Lajim Ukin, Ketua USIA Labuan, Ali Omar Bledram dan Ketua Kampung Sungai Bedaun, Sahari Amdan.
Di SIPITANG: Seramai 50 orang menerima sumbangan berupa barangan makanan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sipitang di sini.
Sumbangan itu diserahkan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad yang juga wakil rakyat Sindumin sempena program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) dan Nuzul Al-Quran.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pegawai Kemas Sipitang Maimunah Latip, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Dzulkefli Ahmad dan Setiausaha Umno Sipitang Awang Rakawi Awang Said.
Di KOTA KINABALU: Ketua Penerangan dan Komunikasi Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Hajah Jainab Datuk Ahmad menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sini.
Hadir sama Pegawai Kemas Daerah Kota Kinbalu, Arshad Asli, Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Karambunai, Manja Awang Bahar dan pegawai Pusat Zakat Sabah serta kaki tangan Unit PKR Karambunai.
Jainab yang juga Adun Karambunai berkata Pergerakan Wanita UMNO sebagai tulang belakang Umno akan sentiasa berkhidmat membantu masyarakat bagi mengelakkan lambakan masalah semasa pilihan raya.
Jelasnya, program turun padang juga berkesan dalam menyampaikan dasar-dasar dan penerangan berkaitan bantuan-bantuan daripada kerajaan bagi mengelakkan sebarang salah faham rakyat terhadap kerajaan.
Di PAPAR: Naib Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada 154 golongan kurang bernasib baik terdiri fakir miskin, mualaf, warga tua, balu dan anak yatim di perkarangan Masjid Kampung Kuala, Papar di sini.
Setiap mereka menerima bantuan zakat RM200 setiap seorang yang disumbang oleh Pusat Zakat Sabah, manakala 35 anak-anak yatim menerima duit raya daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan 57 warga tua dan balu sumbangan daripada Ahli Parlimen Papar berupa barangan makanan harian.
Hadir sama Iman Daerah Papar, Iman Jaafar Abdullah, Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Zulkhairi Haji Ismail, Penolong Pengarah Jasa Parlimen Papar, Dayang Suhana Pg. Kahar.
Program majlis berbuka puasa anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah dan Jasa Sabah.
Di LABUAN: Menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu, Labuan turut tidak ketinggalan meringankan beban terhadap anak yatim di sekolah itu.
Seramai 15 anak yatim menerima sumbangan berupa wang tunai, baju raya, beg sekolah, telekong dan kasut di Dewan CUN sekolah itu.
Pengerusi PIBG, Abdul Halim Saimin dan Pemangku Guru Besar, Yunus Hj Yusuf menyampaikan sumbangan itu sempena majlis berbuka puasa. Turut diadakan majlis khatam Al-Quran yang disertai 60 murid sekolah itu.
Yunus bagi pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru yang menghulurkan sumbangan wang tunai untuk diberikan kepada anak-anak yatim itu.
Di TUARAN: Isteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datin Hajah Juliah Salag menyampaikan Sumbang Hari Raya kepada Pusat Perlindungan Wallace di sini.
Program amal tersebut merupakan anjuran Wanita UMNO Tuaran bersama isteri Adun Sulaman.
Dalam majlis berasingan, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 25 anak-anak yatim di SK Pekan Laya Laya Tuaran.
Hadir sama Ketua Wanita UMNO Tuaran, Jamaliah Antalip, Presiden Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah, Wong On Fook dan ahli jawatankuasanya. Dalam majlis itu 26 orang penghuni rumah menerima sumbangan duit raya dan bungkusan makanan harian sumbangan daripada isteri Adun Sulaman bersama Wanita UMNO Tuaran.
Di PUTATAN: Pegawai Pendidikan Gabungan Kota Kinabalu Dr Kassim Ibrahim menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan baju raya kepada pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau di sini.
Sumbangan itu turut melibatkan pelajar yang hendak menyambut perayaan Hari Krismas.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pengetua SMK Tansau Datin Patimah Ali dan pengerusi PIBG SMK Tansau Faizal Baniamin serta seramai 135 0rang pelajar menerima sumbangan tersebut
Dr Kassim berkata sumbangan seumpama itu bukan sahaja membantu pelajar dari golongan kurang berkemampuan tetapi dapat membina semangat mereka untuk turut berjaya dalam pelajaran.
“Kita berharap dengan sumbangan itu golongan pelajar yang terbabit memiliki keazaman dan semangat tinggi untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Di LIKAS: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai menghadiri majlis berbuka puasa di masjid Bandar Kota Kinabalu.
Menyambut kedatangan beliau Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin; Setiausaha Agung USIA, Haji Abdullah Hussin; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Datuk Mastor Haji Samin serta barisan ahli majlis tertinggi USIA.
Selain berbuka puasa, Sakaran juga turut bersembahyang jemaah maghrib, isya dan sunat tarawaih di samping menyampaikan wang zakat kepada 40 orang anak-anak yatim dari sekitar Sembulan, Inanam dan Tebobon
Datuk Ronald Kiandee menyampaikan bantuan kepada warga tua di Kampung Simpangan.
BELURAN: Pelaksanaan sesuatu projek pembangunan oleh kerajaan adalah untuk faedah rakyat dan bukan bertujuan untuk membantu kontraktor, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.
Katanya, projek kemudahan asas yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan terutama di kawasan luar bandar.
“Sebaliknya pelaksanaan projek kemudahan asas oleh kerajaan bukan untuk membantu kontraktor. Jika ini berlaku, ia telah menyimpang daripada matlamat asal sesuatu projek itu dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Simpangan, dekat sini. Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beluran, Encik Samad Jumbri.
Serentak itu, Ronald Kiandee mencadangkan kepada pihak yang berwajib agar melaksanakan pengawasan, supaya scenario itu tidak berlaku.
Beliau berkata, projek kemudahan asas kerajaan adalah untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan dan ini adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan tersebut.
Menurutnya, rakyat akan merasa kecewa dengan kerajaan, jika projek yang dilaksanakan di kawasan mereka tidak dilaksanakan dengan baik.
Katanya, semua pihak terutama pegawai-pegawai kerajaan di peringkat daerah harus menentukan projek kerajaan dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi faedah rakyat.
Jahid menyampaikan makanan dalam tin kepada penduduk Tamparuli.
TUARAN: Keputusan kerajaan memansuhkan semua yuran persekolahan di negara ini, wajar dimanfaatkan penduduk di negeri ini menghantar anak menimba ilmu di sekolah secara percuma.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Jahid Jahim, berkata langkah itu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan penduduk, sehingga sanggup menghapuskan semua yuran persekolahan.
"Dengan pemansuhan yuran persekolahan, peluang untuk memperoleh pelajaran terbuka luas. Justeru, penduduk tiada alasan lagi tidak mampu menghantar anak mereka belajar di sekolah, kerana semuanya diberikan secara percuma.
"Ini menunjukkan kerajaan sayang terhadap penduduknya, sehingga sanggup menghapuskan semua bayaran termasuk yuran persekolahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kedua Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sabah, daerah Tuaran, di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.
Turut hadir Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Louis Rampas; Pegawai Daerah Tuaran, Awang Shamsi Jamih; dan Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Edip Abun.
Program bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepentingan hidangan makanan seimbang kepada keluarga itu membabitkan 120 penerima dari kawasan Sulaman, Kiulu (80) dan Tamparuli (80).
Jahid yang juga Adun Tamparuli berkata, keputusan kerajaan menghapuskan yuran persekolahan itu, adalah tindakan kerajaan memberi hak kepada penduduk.
Katanya, penduduk perlu menerima pembelaan sewajarnya oleh kerajaan, bukan saja untuk mendapat pelajaran cukup, malah penyediaan tempat mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik.
Oleh Newmond Tibin
Pintu masuk ke daerah Kota Belud mempunyai replika kuda yang sememangnya sudah sinonim dengan daerah Kota Belud.
Pemandangan sebahagian kawasan pekan Kota Belud yang kini pesat membangun.
KOTA BELUD, 8 Okt (Bernama) -- Dari sebuah pekan kecil, Kota Belud kini membangun dengan pesat dan terus maju setanding dengan daerah luar bandar lain di negara ini.
Sepanjang 10 tahun yang lepas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di daerah yang terkenal dengan gelaran pekan "cowboy" ini.
Kota Belud yang kaya dengan tarikan pelancong termasuk budaya kuda Bajau turut menikmati limpahan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Antaranya projek menaik taraf jalan yang menghubungkan Kota Belud-Langkon dalam daerah Kota Marudu yang pasti akan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan selain menjana ekonomi masyarakat setempat.
Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Salleh Said berkata jalan raya itu memberi kemudahan kepada pelancong selain memudahkan penduduk memasarkan hasil tanaman dan penternakan, sekali gus mengubah taraf hidup mereka.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut menyambut baik projek jalan raya Kota Belud-Kudat By-Pass berharga RM39.18 juta sejauh lapan kilometer yang siap awal tahun ini, sebagai membawa banyak manfaat kepada penduduk setempat.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, selain mengatasi masalah kesesakan di kawasan pekan Kota Belud sejak sekian lama, projek itu turut membawa limpahan pembangunan di kawasan berhampiran.
Menerusi jalan pintas baru itu, pengguna dari ibu negeri menuju ke bahagian utara Sabah dan sebaliknya tidak lagi perlu memasuki kawasan pekan.
Projek ini ternyata membantu pembangunan industri pelancongan.
Salleh berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembangunan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Kota Belud.
Kawasan Parlimen Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Tempasuk (diwakili Tan Sri Pandikar Amin Mulia), Kadamaian (Herbert Timbun Lagadan) dan Usukan (Datuk Japlin Akim).
Terdapat 20 Mukim dan 183 kampung di daerah Kota Belud.
Daerah Kota Belud yang meliputi keluasan 1,385.6km persegi dengan penduduk kira-kira 72,335 orang terdiri daripada Bajau, Irranun, Dusun dan Cina.
Pemandangan sebahagian sawah padi di Kampung Taun Gusi yang merupakan antara kawasan yang luas diusahakan penanaman padi.
Pemandangan kawasan pekan Kota Belud yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduk setempat.
Menurut Salleh, semua kemudahan asas ada disediakan di Kota Belud, termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik selain kemudahan kesihatan dan pendidikan.
Katanya, kira-kira 200km jalan raya di Kota Belud sudah berturap tar dan lebih 400km jalan batu kerikil; sementara bagi bekalan elektrik, 182 kampung sudah diliputi menerusi projek Grid Penghantaran Kawasan Utara selain daripada janakuasa menggunakan diesel dan lima mini hidro.
Bagi bekalan air pula, di kawasan bandar atau pekan sudah 100 peratus bekalan air disediakan, manakala kawasan luar bandar sudah 50 peratus bekalan disedia.
Manakala bagi kemudahan telefon, lebih 20 kampung sudah diliputi oleh talian telefon biasa, dan di banyak kawasan telefon bimbit boleh digunakan, katanya.
Menurutnya, kemudahan kesihatan juga antara yang terbaik di Kota Belud yang dilengkapi Hospital Kota Belud (180 katil) selain dua pusat kesihatan dan 13 Klinik Desa. Salleh berkata bidang pendidikan memang menjadi fokus dan keutamaan di kawasan Parlimen Kota Belud.
Pendidikan prasekolah diberi perhatian menerusi pengwujudan kelas-kelas Tabika oleh Kemas, Jabatan Perpaduan dan Jabatan Pelajaran. Begitu juga sekolah agama Islam dan rakyat, katanya.
Menurutnya, daerah ini mempunyai 57 sekolah rendah dan lapan sekolah menengah, manakala cadangan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula termasuk tiga sekolah menengah, iaitu SMK Taun Gusi III, SMK Narinang II dan SMK Arshad II.
Salleh berkata bidang pertanian dan perikanan merupakan antara kegiatan ekonomi penduduk Kota Belud.
Dalam bidang pertanian, katanya, tanaman diusahakan termasuk padi, getah, koko, kelapa, kelapa sawit, kopi, buah-buahan, pisang dan halia. Sejumlah 12,115 hektar tanah diusahakan dengan semua jenis tanaman tersebut membabitkan lebih 1,400 petani.
Malah Kota Belud dianggap sebagai kawasan Jelapang Padi dengan sawah-sawah terletak di Kampung Taun Gusi, Tempasuk, Tambulion, Piasau dan Marabau.
Untuk tujuan itu juga, beberapa projek dilaksanakan termasuk Projek Perintis PPK Kota Belud yang membabitkan 1,700 ekar meliputi tujuh kampung, katanya.
Mengenai Perancangan Jangka Panjang tanaman padi, katanya, usaha sedang diperhebatkan untuk mendapatkan hasil 10 metrik tan sehektar dengan matlamat akhir menjadikan Kota Belud sebagai kawasan pengeluar padi terbesar di Sabah.
Dalam bidang perikanan, hasil tangkapan laut meningkat setiap tahun. Pada 2004, hasil tangkapan berjumlah 3,350.11 metrik tan bernilai RM7.37 juta berbanding tahun sebelumnya hanya 1,791.9 metrik tan bernilai RM3.94 juta.
Tiga bidang lain yang juga berpotensi diusahakan di Kota Belud ialah ternakan ikan air payau, tanaman rumpai laut dan pemeliharaan kupang atau tiram.
Daerah Kota Belud juga memiliki banyak haiwan ternakan termasuk kerbau, lembu pedaging, kambing, kuda, rusa, ayam kampung dan itik.
Ternakan lembu berpotensi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat, sama ada lembu pedaging mahupun lembu tenusu.
Justeru, ia akan terus diberi perhatian dan keutamaan, kata Salleh.-- BERNAMA
Projek jalan pintas iaitu Kota Belud-Kudat By-pass yang bukan saja memendekkan masa dan jarak perjalanan, tetapi turut menjana pertumbuhan ekonomi kawasan sekitarnya.
Pemandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dari Sungai Tempasuk ini melatari keindahan daerah Kota Belud yang kini berkembang pesat industri pelancongan sebagai penjaga ekonomi setempat.
Pusat Pengeluaran Benih Padi di Kota Belud yang menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi bagi negeri Sabah.
Bangunan baru SMK Pekan II Kota Belud yang merupakan antara projek yang menjurus ke arah membangunkan bidang pendidikan di daerah Kota Belud.
Pintu masuk ke daerah Kota Belud mempunyai replika kuda yang sememangnya sudah sinonim dengan daerah Kota Belud.
Pemandangan sebahagian kawasan pekan Kota Belud yang kini pesat membangun.
KOTA BELUD, 8 Okt (Bernama) -- Dari sebuah pekan kecil, Kota Belud kini membangun dengan pesat dan terus maju setanding dengan daerah luar bandar lain di negara ini.
Sepanjang 10 tahun yang lepas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di daerah yang terkenal dengan gelaran pekan "cowboy" ini.
Kota Belud yang kaya dengan tarikan pelancong termasuk budaya kuda Bajau turut menikmati limpahan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Antaranya projek menaik taraf jalan yang menghubungkan Kota Belud-Langkon dalam daerah Kota Marudu yang pasti akan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan selain menjana ekonomi masyarakat setempat.
Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Salleh Said berkata jalan raya itu memberi kemudahan kepada pelancong selain memudahkan penduduk memasarkan hasil tanaman dan penternakan, sekali gus mengubah taraf hidup mereka.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut menyambut baik projek jalan raya Kota Belud-Kudat By-Pass berharga RM39.18 juta sejauh lapan kilometer yang siap awal tahun ini, sebagai membawa banyak manfaat kepada penduduk setempat.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, selain mengatasi masalah kesesakan di kawasan pekan Kota Belud sejak sekian lama, projek itu turut membawa limpahan pembangunan di kawasan berhampiran.
Menerusi jalan pintas baru itu, pengguna dari ibu negeri menuju ke bahagian utara Sabah dan sebaliknya tidak lagi perlu memasuki kawasan pekan.
Projek ini ternyata membantu pembangunan industri pelancongan.
Salleh berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembangunan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Kota Belud.
Kawasan Parlimen Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Tempasuk (diwakili Tan Sri Pandikar Amin Mulia), Kadamaian (Herbert Timbun Lagadan) dan Usukan (Datuk Japlin Akim).
Terdapat 20 Mukim dan 183 kampung di daerah Kota Belud.
Daerah Kota Belud yang meliputi keluasan 1,385.6km persegi dengan penduduk kira-kira 72,335 orang terdiri daripada Bajau, Irranun, Dusun dan Cina.
Pemandangan sebahagian sawah padi di Kampung Taun Gusi yang merupakan antara kawasan yang luas diusahakan penanaman padi.
Pemandangan kawasan pekan Kota Belud yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduk setempat.
Menurut Salleh, semua kemudahan asas ada disediakan di Kota Belud, termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik selain kemudahan kesihatan dan pendidikan.
Katanya, kira-kira 200km jalan raya di Kota Belud sudah berturap tar dan lebih 400km jalan batu kerikil; sementara bagi bekalan elektrik, 182 kampung sudah diliputi menerusi projek Grid Penghantaran Kawasan Utara selain daripada janakuasa menggunakan diesel dan lima mini hidro.
Bagi bekalan air pula, di kawasan bandar atau pekan sudah 100 peratus bekalan air disediakan, manakala kawasan luar bandar sudah 50 peratus bekalan disedia.
Manakala bagi kemudahan telefon, lebih 20 kampung sudah diliputi oleh talian telefon biasa, dan di banyak kawasan telefon bimbit boleh digunakan, katanya.
Menurutnya, kemudahan kesihatan juga antara yang terbaik di Kota Belud yang dilengkapi Hospital Kota Belud (180 katil) selain dua pusat kesihatan dan 13 Klinik Desa. Salleh berkata bidang pendidikan memang menjadi fokus dan keutamaan di kawasan Parlimen Kota Belud.
Pendidikan prasekolah diberi perhatian menerusi pengwujudan kelas-kelas Tabika oleh Kemas, Jabatan Perpaduan dan Jabatan Pelajaran. Begitu juga sekolah agama Islam dan rakyat, katanya.
Menurutnya, daerah ini mempunyai 57 sekolah rendah dan lapan sekolah menengah, manakala cadangan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula termasuk tiga sekolah menengah, iaitu SMK Taun Gusi III, SMK Narinang II dan SMK Arshad II.
Salleh berkata bidang pertanian dan perikanan merupakan antara kegiatan ekonomi penduduk Kota Belud.
Dalam bidang pertanian, katanya, tanaman diusahakan termasuk padi, getah, koko, kelapa, kelapa sawit, kopi, buah-buahan, pisang dan halia. Sejumlah 12,115 hektar tanah diusahakan dengan semua jenis tanaman tersebut membabitkan lebih 1,400 petani.
Malah Kota Belud dianggap sebagai kawasan Jelapang Padi dengan sawah-sawah terletak di Kampung Taun Gusi, Tempasuk, Tambulion, Piasau dan Marabau.
Untuk tujuan itu juga, beberapa projek dilaksanakan termasuk Projek Perintis PPK Kota Belud yang membabitkan 1,700 ekar meliputi tujuh kampung, katanya.
Mengenai Perancangan Jangka Panjang tanaman padi, katanya, usaha sedang diperhebatkan untuk mendapatkan hasil 10 metrik tan sehektar dengan matlamat akhir menjadikan Kota Belud sebagai kawasan pengeluar padi terbesar di Sabah.
Dalam bidang perikanan, hasil tangkapan laut meningkat setiap tahun. Pada 2004, hasil tangkapan berjumlah 3,350.11 metrik tan bernilai RM7.37 juta berbanding tahun sebelumnya hanya 1,791.9 metrik tan bernilai RM3.94 juta.
Tiga bidang lain yang juga berpotensi diusahakan di Kota Belud ialah ternakan ikan air payau, tanaman rumpai laut dan pemeliharaan kupang atau tiram.
Daerah Kota Belud juga memiliki banyak haiwan ternakan termasuk kerbau, lembu pedaging, kambing, kuda, rusa, ayam kampung dan itik.
Ternakan lembu berpotensi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat, sama ada lembu pedaging mahupun lembu tenusu.
Justeru, ia akan terus diberi perhatian dan keutamaan, kata Salleh.-- BERNAMA
Projek jalan pintas iaitu Kota Belud-Kudat By-pass yang bukan saja memendekkan masa dan jarak perjalanan, tetapi turut menjana pertumbuhan ekonomi kawasan sekitarnya.
Pemandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dari Sungai Tempasuk ini melatari keindahan daerah Kota Belud yang kini berkembang pesat industri pelancongan sebagai penjaga ekonomi setempat.
Pusat Pengeluaran Benih Padi di Kota Belud yang menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi bagi negeri Sabah.
Bangunan baru SMK Pekan II Kota Belud yang merupakan antara projek yang menjurus ke arah membangunkan bidang pendidikan di daerah Kota Belud.
Datuk Shafie bersama Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin pada majlis berbuka puasa di Kampung Rampayan.
Datuk Shafie sedang menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan sempena majlis berbuka puasa itu
Datuk Shafie berbual dengan Datuk Salleh (kiri), Tan Sri Pandikar Amin (dua dari kanan) dan PKR Tempasuk, Barul Sawi (kanan) sejurus sebelum majlis bermula.
Datuk Salleh bersama Datuk Shafie dan Tan Sri Pandikar menyertai umat Islam dalam solat maghrib dan isya yang kemudian disusuli sembahyang terawih di Kampung Rampayan
KOTA BELUD: Sesuai dengan suasana kemuliaan Ramadan, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said mengajak semua pihak supaya terus mengukuhkan perpaduan tanpa mengira latar belakang budaya dan fahaman, demi kemajuan bersama.
Beliau berkata soal perpaduan yang berlandaskan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan semua bangsa merupakan kunci kejayaan di masa hadapan.
“Dalam apapun yang kita lakukan, kita perlu mengutamakan kepentingan umum, justeru kita harus arus bersikap adil dan ikhlas kepada semua kerana kedua-dua teras ini (iaitu adil dan ikhlas) adalah prasyarat untuk kita menghormati dan dihormati,” katanya berucap pada majlis berbuka puasa di Kampung Rampayan, di sini malam tadi.
Tetamu kehormat majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal. Hadir sama ADUN Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; dan Pegawai Daerah Kota Belud, Mohd Najib Muntok.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri turut mengajak masyarakat Islam supaya menghayati makna Ramadhan yang sebenarnya membawa banyak mesej berguna.
“Pengajaran Ramadhan bukan setakat mengawal hawa nafsu, tetapi juga mendidik kita supaya tidak bersikap egoistic, bongkak atau meninggi diri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak penduduk setempat supaya merebut segala peluang ekonomi yang ada, termasuk menerusi Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek.
Katanya, pelaksana koridor pembangunan itu merupakan satu lagi bentuk peluang yang perlu dimanfaatkan oleh setiap rakyat negeri ini.
“Pelan pembangunan ini pastinya membawa sinar baru buat kita semua. Kita tidak boleh sekadar menjadi penonton, sebaliknya kita perlu menjadi sebahagian daripada peserta pembangunan ekonomi tersebut.
“Kita perlu berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri, supaya menjadi bangsa merdeka yang maju dan tekun bekerja mencari rezeki secara halal,” katanya.
Datuk Salleh ketika berucap mengalu-alukan kedatangan Datuk Shafie pada majlis berbuka puasa itu
Datuk Shafie dengan diapit oleh Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Salleh ditemuramah wartawan selepas majlis berbuka puasa
Pemimpin MCA Kota Belud mengambil kesempatan bergambar dengan Datuk Shafie, Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar pada majlis itu
Datuk Salleh bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada majlis itu
Lagi penyampian bantuan yang disempurnakan oleh Datuk Shafie bersama dengan Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin
Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa itu.
Ini juga sebahagian daripada tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa itu.
08/10: KEM KESIHATAN DI GAYARATAU
TAMPARULI: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jahid Jahim (gambar) memberi ubat cacing kepada kanak-kanak sempena program kem kesihatan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, di Balai Muhibah Kampung Gayaratau, Tamparuli.
Program kedua anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli itu, diadakan untuk mengajar penduduk setempat menjaga kesihatan diri dengan baik.
Lebih 200 penduduk dari Kampung Gayaratau, Bundu Gulu, Bundu Tohuri, Ratau Baru, Koliposuan, Bundu Rikos dan Puhus, memanfaatkan peluang mendapat rawatan kesihatan percuma pada program itu.
Pemeriksaan kesihatan itu dikendalikan beberapa doktor dan jururawat dari Pejabat Kesihatan Tuaran, dibantu ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tuaran dan Persatuan Barah Sabah.
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah (gambar atas), menghadiri majlis berbuka puasa yang dihoskan kerajaan negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini malam tadi (Sabtu).
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Pusat.
Abdullah dan Jeanne turut menyampaikan sumbangan kepada 60 anak yatim dari rumah kebajikan Al-Aman, Beaufort, dan rumah Yayasan Kebajikan Suria (YKS) Tuaran dan rumah anak yatim Tambunan.
Abdullah dan Musa turut menunakan solat maghrib, isyak dan sembahyang terawih bersama tetamu yang lain.
05/10: SEMARAK RAMADAN AL-MUBARAK
TENOM: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan ahli Umno Zon 4 meliputi Umno Bahagian Ranau, Pensiangan, Keningau dan Tenom di sini pada Jumaat.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 91 penerima terdiri anak yatim dan golongan kurang bernasib baik sumbangan Pusat Zakat Sabah, Baitulmal dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Ketua Menteri turut mendermakan sebuah jam dinding kepada Masjid Ar-Rahman, Tenom.
Turut hadir pemimpin Umno Sabah - Datuk Yahya Hussin (setiausaha), Datuk Hajiji Mohd. Noor (bendahari) dan Datuk Sapawi Haji Ahmad (ketua penerangan) serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Ismail Wadin dan Pengarah JPPS, Datuk Salleh Yaakub.
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman melawat dan menghadiri majlis berbuka di beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga yang diwakilinya di sini.
Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran melawat ke kampung-kampung diwakilinya bagi menyampaikan bantuan serta sumbangan kepada golongan memerlukan.
Seramai 357 orang dari Kg. Luboh, Padas, Sungai Manila, Bahagia, Sibait dan Sungai Daling menerima sumbangan masing-masing.
Turut mengiringi Ketua Menteriialah Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; ADUN Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS), Datuk Salleh Yaakub; dan Pengarah JASA, Datuk Yassin Amit.
Di TUARAN: Seramai 56 penghuni anak dari Yayasan Kebajikan Suria menerima sumbangan Aidilfitri pada majlis berbuka puasa, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disampaikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Noor Rashid Ibrahim, sekali gus membolehkan anak yatim terbabit merayakan Aidilfitri penuh kegembiraan.
Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor; Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jahid Jahim; serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Tetamu lain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Louis Rampas; Pegawai Daerah Tuaran, Awang Shamsi Jamih; Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro; dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Tuaran, Asisten Superintendan Mohd Taufik Maidin
Di BEAUFORT: Seramai 60 penghuni Rumah Anak Yatim Al-Aman dirayakan dalam majlis Sejambak Kasih di Aidilfitri anjuran bersama Sabah FM Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Umno Beaufort di bangunan yayasan tersebut baru-baru ini.
Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim menjadi tetamu kehomat dan merasmikan majlis tersebut, serta menyampaikan sumbangan peribadinya berupa wang tunai.
“Program ini merupakan jambatan kasih antara RTM dengan masyarakat luar khususnya penghuni di rumah ini dan melalui program ini, mereka dapat dihiburkan dan ini sekali gus dapat meringankan kesedihan mereka menyambut kedatangan Syawal yang akan menjelang tiba,” katanya.
Hadir sama Pengawal Sabah FM Jaafar Jaidin mewakili pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah, Penolong Pengawal Sabah FM Jali Jambolit dan wakil pengetua Rumah Anak Yatim Al-Aman Abd.Razak Osman.
Di PUTATAN: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah menyumbang 250 bakul makanan untuk diagih-agihkan kepada gologan yang memerlukan di kawasan Petagas.
Penerima sumbangan bakul makanan sempena bulan Ramadan itu terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan mereka yang tidak mendapat sebarang bantuan sama ada daripada Pusat Zakat Sabah atau pihak-pihak lain.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas telah menyerahkan sumbangan tersebut di Masjid Al-Jannah Kampung Petagas.
Penyerahan sumbangan itu diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa bersama Yahya anjuran JASA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) Putatan, Jabayan Belia dan Sukan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Jannah.
Di TUARAN: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah (JASA), di Surau Kampung Bombong, dekat sini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran, Awang Shamsi Jamih; Timbalan Ketua Umno Tuaran, Ali Asgar Basri; Setiausaha Politik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Omarkhan Amirussin; Pemimpin Kemajuan Rakyat Sulaman, Ali Akbar Kawi; dan Penolong Pengarah JASA, Ramlah Tahir.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman mengingatkan rakyat jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang memburuk-burukkan kerajaan,
“Penduduk di negeri ini tidak perlu melayan usaha pembangkang itu, sebaliknya memperkukuhkan sokongan terhadap kerajaan BN yang mampu membawa perubahan untuk mereka,” katanya.
Di SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran merasmikan Program Ihya Rahmadhan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Adun Kawasan Senallang di perkarangan masjid Inabah Kamal Semporna.
Hadir sama Pegawai daerah Semporna, A.M.Ibnu Abd Kadir Baba,Pengarah JAKIM,Haji Paimuzi Yahya, Ketua daerah,OKK Haji Musa Sabani,PKR Kawasan Senallang,Tahir Haji Amir, PKR Bugaya, Abdul Rasoul serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Sempena majlis itu, Datuk Nasir diringi isteri, Datin Rukiah Badar menyampaikan sumbangan dan bantuan peribadi kepada lebih 400 pemimpin masyarakat termasuk Imam-Imam masjid & Surau,Ketua-Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung,Pengerusi JKKK,Ketua-Ketua Cawangan UMNO,Puteri UMNO,fakir miskin dan anak-anak yatim kawasan Dun Senallang.
Di LABUAN: Labuan Liberty Port Management (LPPM) Sdn Bhd memperuntukkan RM15,600 untuk membantu 156 anak-anak yatim di Hotel Waterfront, kelmarin.
Setiap seorang anak yatim itu yang mewakili 17 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah menerima wang tunai RM100 hasil keuntungan LPPM Labuan.
Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengerusi Eksekutif LPPM, Haji Yussof Mohammad dan Pengarah Urusannya, Mohd Alias Abd Rahman.
Turut hadir Pengarah Urusan HMD Automobile Sdn Bhd, Hjh Fauziah Datuk Hj Mohd Din, pengurusan kanan LPPM termasuk Bongsu Mohammad dan Azhar Othman serta ketua jabatan dan ketua kampung.
Hj Yussof berkata sumbangan kepada anak yatim itu merupakan program tahunan LPPM untuk membantu meringankan beban kewangan anak-anak yatim untuk meraikan Aidilfitri tahun ini.
Di BEAUFORT: Bagi Haji Amir Umar, 62, di Kampung Limbawang yang lumpuh sejak tiga tahun lepas, kedatangan lebaran tahun ini amat bermakna buat dirinya.
Kalau sebelum ini beliau agak sukar melakukan pergerakan di dalam rumah, namun kini ia boleh dilakukan dengan mudah berikutan sumbangan kerusi roda daripada Wakil rakyat Kawasan Klias Datuk Lajim Ukin, yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Limbawang, dekat sini.
Lajim yang diiringi beberapa ahli jawatankuasa Umno bahagian juga menghulurkan sumbangan peribadi berupa duit raya kepada Haji Amir dan keluarga untuk meringankan bebannya.
Haji Amir yang ditemui selepas majlis penyerahan ini merakamkan penghargaan atas jasa serta sumbangan diberikan Lajim itu.
05/10: JAGA KESIHATAN
TAMPARULI: Lebih 300 penduduk dari 11 kampung di Tamparuli, memanfaatkan peluang mendapat rawatan kesihatan percuma pada program kem kesihatan (gambar atas) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, di Balai Raya Kampung Monggis, Tenghilan.
Program julung kali anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli itu, penting dalam usaha mengajar penduduk setempat menjaga kesihatan diri dengan baik.
Kampung terbabit ialah Monggis, Rani, Suromboton, Napitas, Tomboilik, Tiong Monggis, Puhus, Kayangat, Linungkuan, Gumoron dan Koburan.
Program sehari itu menyediakan pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, pemeriksaan mata, gigi, rawatan biasa, ceramah kesihatan, pameran kesihatan dan derma darah.
Pemeriksaan kesihatan itu dikendalikan beberapa doktor dan jururawat terlatih dari Pejabat Kesihatan Tuaran, dibantu ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tuaran dan Persatuan Barah Sabah.
Merasmikan program itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Jahid Jahim, menyifatkan kegiatan itu penting kepada penduduk kawasan DUN Tamparuli, yang sukar keluar ke pekan mendapatkan rawatan kesihatan lebih kerap.
Dalam satu majlis lain, Jahid menyampaikan sumbangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada 81 murid dari dua sekolah rendah dan menengah, di Tamparuli (gambar atas).
Mereka ialah 67 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Damit dan 14 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Guakon.
Pelajar SMK Sungai Damit itu menerima RM600 KWAPM seorang, manakala murid SK Guakon pula menerima RM450 seorang.
Penunggang Kuda Bajau lengkap dengan perhiasan indah, mengarak seorang pemimpin dalam satu majlis di Kampung Rampayan, Kota Belud.
Pemandangan Pulau Mantanani yang merupakan syurga bagi penyelam, pastinya mengamit kedatangan pelancong ke daerah Kota Belud.
KOTA BELUD, 3 Okt (Bernama) -- Satu pameran pelbagai hasil kraftangan dan pertunjukan kebudayaan termasuk perarakan Kuda Bajau akan diadakan sempena sambutan Tamu Besar di sini pada 27 dan 28 Okt ini.
Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tamu Besar itu menawarkan peluang terbaik buat orang ramai menyaksikan kepelbagaian kesenian kraftangan dan keunikan budaya masyarakat berbilang di Kota Belud.
Beliau berkata Kota Belud sememangnya merupakan sebuah daerah yang kaya dengan khazanah budaya bersilang bangsa di negeri Sabah selain memiliki panorama alam yang cukup indah.
"Dengan cantuman budaya dan warisan masyarakat Bajau, Irranun dan Dusun, daerah Kota Belud tidak syak lagi merupakan sebuah hub budaya yang cukup unik di bahagian utara Sabah ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya Tamu Besar merupakan acara kemuncak `tamu', atau pasar awam terbuka, di mana para petani dan nelayan memasarkan produk dagangan mereka secara terus di sini setiap hari Ahad dan Rabu, dan ia cukup berpotensi menjadi tarikan utama pelancong ke sini.
Salleh berkata antara tarikan lain di sini termasuk Kampung Siasai yang terkenal dengan industri pembuatan parang tradisi, perkampungan tradisional Kampung Tambutuon yang turut menjadi tarikan buat kaki pancing, serta Kampung Kuala Abai, yang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang menghadap Laut China Selatan.-- BERNAMA
KOTA KINABALU:Pengerusi Rakan Pengguna negeri Sabah, Datuk Amisah Yassin dan Timbalanya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar atas) memantau harga di Pasar Besar Kota Kinabalu.
Dalam tinjauan itu, mereka turut mengedarkan Senarai Harga Barang-barang Kawalan Musim Perayaan 2007/2008 kepada perniaga di situ.
Hadir sama dalam lawatan itu Penolong Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah, Murtazza Hj. Manaf dan pegawai penguat kuasa pejabat tersebut.
Ketika ditemui pemberita, Amisah menasihatkan pengguna bersikap tegas memboikot jika terdapat kenaikan harga sesuatu barangan melampau.
Katanya, pengguna secara umumnya dan ahli-ahli Rakan Pengguna harus memainkan peranan memperkasa hak sebagai pengguna.
“Sudah tiba masanya pengguna memberi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang degil dan ingin mengautkan keuntungan setiap kali musim perayaan,” katanya.
Datuk Ghulam sedang melakukan pemeriksaan tekanan darah sambil diperhatikan Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Melawat pameran dan aktiviti belia Gereja SDA Papar.
PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata kebanyakan program kempen derma darah kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.
Beliau berkata walaupun ramai yang sedar bahawa darah amat penting dalam kehidupan setiap orang,tetapi apabila pusat-pusat perubatan dan doktor berkempen memerlukan darah,sambutannya kadang kala mengecewakan.
Jelas Ghulam lagi, setiap hari pihak hospital memerlukan darah untuk kes-kes kecemasan seperti menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan, ibu bersalin, pesakit talasemia, anemia, leukimia, haemofilia dan mangsa kebakaran serta bayi.
Tegasnya, masih ada orang ramai tidak mempedulikan perkara tersebut dan ada yang memberi pelbagai alasan ketika diminta menderma darah.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Derma Darah Gereja SDA (Seventh-Daya Adventist) Papar di perkarangan Gereja SDA Kampung Limputong, Papar di sini.
Turut hadir Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, PKR kawasan Kawang, Juil Nuatain, Pengerusi Penganjur Justina Salunda, dan Ketua Unit Patologi Hospital Daerah Papar, Augustine Chiew.
Beliau seterusnya berkata, usaha untuk mengadakan kempen derma darah menjadi masyarakat yang penyayang.
"Peranan anggota masyarakat dalam memastikan setiap insan menjadi lebih bermakna dapat diwujudkan. Sesiapa sahaja antara kita pasti akan mengalami masalah kekurangan darah dan akan menunjukkan pelbagai reaksi," jelasnya.
"Perasaan marah, geram, dan sedih saling berkecamuk kerana mereka hilang punca dan tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut hanya kerana bekalan darah yang diperlukan tidak mencukupi," katanya.
Menurut Ghulam, kempen derma memberi banyak makna dan faedah kepada penderma dan penerima darah.
"Merderma darah adalah seperti kita memberi satu nyawa baru kepada orang lain yang amat memerlukan darah tanpa mengira situasi dan keturunan," katanya.
03/10: SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA
PAPAR: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri majlis berbuka puasa Umno Zon 3 yang meliputi empat bahagian – Sipitang, Beaufort, Kimanis dan Papar.
Kira-kira 500 orang menghadiri majlis itu. Turut hadir Setiausaha Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin; Bendahari, Datuk Hajiji Mohd. Noor; Ketua Penerangan, Datuk Sapawi Haji Ahmad; dan Speaker DUN Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin.
Hadir sama pemimpin Umno dari semua bahagian dalam Zon 3 iaitu Datuk Anifah Aman (Kimanis), Datuk Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Rahim Ismail (Papar).
Di KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menyerahkan sumbangan kuih-muih Hari Raya kepada anggota polis Putatan dan Penampang di Balai Polis Putatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas itu menyerahkan sumbangan itu kepada Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Madang A.K Usat.
Berucap di majlis itu, Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang banyak menyumbang bakti kepada negara dan rakyat.
Turut hadir Ketua Balai Putatan, Ag.Kachee Ag.Gemok, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Abd.Kahar Mohd.Zain, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas,Datuk Haji Mohd.Din Sulai dan pegawai-pegawai kanan polis.
Di PUTATAN: seramai 200 anak yatim dan mualaf dari kawasan Petagas telah diraikan pada majlis berbuka puasa oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan isterinya Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin.
Majlis itu telah diadakan di kediaman mereka di Kampung Kuala Putatan 2, dekat sini. Selain berpeluang berbuka puasa bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, anak-anak yatim dan mualaf itu turut menerima sumbangan berupa duit raya, kain dan hamper.
Majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan mualaf merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Yahya dan isteri sempena bulan Ramadan.
Majlis itu turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan tazkirah Ramadan. Berucap di majlis itu,
Di LOK KAWI: Penaung Pendokong Askar Wataniah Sabah (Kol) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menyerahkan sumbangan kuih-muih hari raya kepada anggota tentera dalam satu majlis di Kem Lok Kawi di sini.
Sumbangan bagi anggota tentera itu diserahkan kepada Panglima 5 Briged, Brig-Jeneral Baharom Hamzah.
Lajim berharap melalui sumbangan ini anggota tentera dapat menikmati suasana hariraya walaupun terpaksa berhadapan tugas ketika perayaan itu nanti.
Di KUALA PENYU: Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Umno Bahagian Beaufort dan Biro Tatangera cawangan Sabah di masjid Pekan Kuala Penyu dekat sini.
Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani, Pegawai Daerah Kuala Penyu Hasbi Abdul Ghafar, Pengarah BTN Sabah, Ibrahim Saad dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kuala Penyu, Zahari Mohd.Zinin .
Di majlis tersebut, Lajim turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang tunai untuk tabung masjid dan surau di kawasan terlibat di samping sumbangan untuk golongan kurang upaya, fakir miskin dan juga anak-anak yatim.
Di MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Membakut, Ariffin Mohd Ariff, menghadiri Majlis Iftar anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Masjid Kampung Brunei Membakut.
Di majlis tersebut Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah, Zulkhairi Haji Ismail turut menyampaikan sumbangan berupa peralatan masjid dan alat siaraya kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Membakut Encik Latif Ahmad, Pemimpin Kemajuan Rakyat Membakut, Haji Aminuddin Yaakub, Ustaz Awaluddin Nasution dari JHEAINS dan pegawai-pegawai Yayasan Sabah.
Di TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali, turut membantu 340 fakir miskin dan mualaf dalam DUN Balung sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Beliau menyampaikan bantuan Pusat Zakat Sabah (PZS) kepada penerima terbabit dalam satu majlis di sini.
Dalam ucapannya, Syed Abas berkata bantuan itu bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan bantuan malahan memupuk serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Di KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Umno mengadakan lawatan amal dan penyerahan sumbangan ke Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya di Sembulan sempena bulan Ramadan.
Lawatan diketuai Senator Datuk Armani Haji Mahiruddin. Sempena lawatan itu, Pergerakan Wanita UMNO Sabah turut menyumbang barangan keperluan harian untuk 24 kanak-kanak OKU dan bungkusan barangan makanan kepada kakitangannya.
Hadir sama Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Amisah Yassin (Ranau), Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Hamisah Samat (Kalabakan), Ketua Penerangan Wanita, Jainab Datuk Ahmad (Sepanggar), Adun Lumadan, Datuk Surinam Sadikun (Sipitang) dan ketua-ketua Wanita UMNO bahagian.
Armani berkata sejajar hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi untuk membangunkan modal insan, OKU adalah golongan yang mampu menyumbang kepada negara sekiranya mereka diberi perhatian dan kemahiran mencukupi.
Prof Dr Syed Azizi Wafa (empat dari kanan) bersama calon yang memenangi pilihan raya MPP, UMS-KAL
LABUAN: Pelajar Tahun Dua program Pemasaran Antarabangsa, Mohd Nashad Mainor memperolehi undi tertinggi untuk memenangi satu daripada dua kerusi umum yang dipertandingkan pada pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sesi 2007/2008.
Mohd Nashad mendapat 671 undi bersama seorang lagi calon, Mohamed Inmran Sahulham, pelajar program Kewangan Antarabangsa mendapat 644 undi untuk menewaskan tiga lagi calon iaitu Normaziah Khori (641 undi), Norlaini Mohamad (525) dan Yusdi Jainab (525).
Bagi kerusi Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL), jumlah undi terbanyak dimenangi pelajar program Kewangan Islam, Shahirla Azmin Kadir (814 undi), Huzailah Abdul Lasani, pelajar program Kewangan Antarabangsa (766) dan pelajar Pemasaran Antarabangsa, Alex Lau Lih Ping (741).
Dua lagi calon yang bertanding bagi kerusi SPKAL ialah Sattiyaseelan A/L Suparamaniam (671) dan Mohd Firdaus Muhammad Nor (650).
Pelajar program Teknologi Maklumat, Goh Wei Li mendapat 178 undi untuk memenangi kerusi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) menewaskan pelajar program E-Dagang, Khairunnizam Othman (111).
Seramai 1503 pelajar atau 74.58 peratus keluar mengundi yang dijalankan secara e-undi di Bilik Sri Menanti dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kerusi umum Majlis Perwakilan Pelajar mempertandingkan dua daripada lima calon, kerusi SPKAL tiga daripada lima calon dan kerusi SSIL satu daripada dua calon.
Pengumuman keputusan pilihan raya itu diumumkan Pengurus Pilihanraya, Mohd Faisol Ibrahim yang juga Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), kira-kira pukul 5.30 petang.
Turut hadir Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa, Dekan SSIL, Dr Rozaini Roslan dan Penolong Kanan Pendaftar (HEPA), Zamri Mohamad Tuah.
Datuk Yahya menyerahkan sumbangan kuih-muih Hari Raya kepada Brig.Jen. Baharom Hamzah.
LOK KAWI: Dalam bulan Ramadan yang mubarak ini, sumbangan dan jasa warga tentera tetap dikenang.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga 5 Briged di Kem Lok Kawi, semalam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas turut menyerahkan sumbangan berupa seekor lembu dan 500 bungkusan kuih-muih raya untuk pasukan keselamatan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu turut menyampaikan sumbangan RM2,000 untuk pengurusan Masjid As Salam, Kem Lok Kawi. Sumbangan itu telah diserahkan oleh Yahya kepada Panglim 5 Briged, Brig.Jen. Baharom Hamzah.
Turut hadir ialah timbalannya, Kolonel Mohd.Ezam Wan Chik, isteri Yahya, Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin, Timbalan Ketua UMNO bahagian Putatan, Haji Abd.Kahar Mohd.Zain, Naib Ketua Bahagian, Encik Assan Nasib, Ketua Puteri UMNO bahagian Putatan, Cik Hamidah Mohd.Jaffar, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Haji Mohd.Din Sulai dan pemimpin UMNO bahagian Putatan.
Berucap di majlis itu, Yahya bagi pihak rakyat Putatan amnya dan Sabah khasnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan keatas jasa dan sumbangan warga tentera yang menjaga keamanan dan ketenteraman negara dan negeri.
“Warga tentera ditugaskan di perbatasan dan pulau-pulau bagi memastikan negara tidak diancam oleh warga asing. Sumbang bakti mereka kepada negara amat kita hargai dan sanjungi”, tegasnya.
Menurutnya, ramai warga tentera yang tidak berpeluang pulang ke kampung untuk meraikan sambutan Hari Raya disebabkan tugas dan tanggungjawab mereka menjaga kedaulatan dan ketenteraman negara.
Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak menyerahkan bayaran zakat Kumpulan Felda kepada Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang mewakili Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memperoleh lebih RM1.5 juta zakat perniagaan yang dibayar oleh Kumpulan Felda bagi urusniaga tahun 2006.
Sejumlah RM1,472,620 dibayar oleh Felda Holdings Berhad manakala RM80,000 dibayar oleh Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).
Bayaran zakat oleh Felda (Federal Land Development Authority) yang diterima oleh Sabah kali ini meningkat berbanding urus niaga tahun 2005 iaitu RM1.2 juta.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak telah menyerahkan zakat tersebut pada Majlis Berbuka Puasa yang dihoskan oleh beliau di kediaman rasminya di Sri Satria,Putrajaya, semalam.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menerima zakat perniagaan tersebut.
Sabah merupakan negeri yang ketiga ketinggi menerima bayaran zakat perniagaan daripada Felda. Penerima tertinggi ialah negeri Pahang iaitu RM4.06 juta diikuti oleh negeri Johor sebanyak RM3.19 juta.
Ini merupakan kali ketiga Kumpulan Felda membayar zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Negeri (PZN) melalui Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Zakat perniagaan tersebut dibayar kepada negeri di mana Felda menjalankan operasi perniagaan. Felda menjalankan beberapa urusniaga perniagaan meliputi pengilangan, pengangkutan, perkhidmatan, pembinaan, penyimpanan dan lain-lain.
Urusniaga perniagaan ini dijalankan oleh anak syarikat Felda tabf diletakkan di bawah pengendalian Felda Holding Berhad (FHB). Kegiatan Koperasi Permodalan Felda pula berbentuk pelaburan yang mana ahlinya terdiri daripada peneroka dan kakitangan Felda seluruh negara.
Turut hadir di majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat itu ialah isteri Yahya, Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman melancarkan perkhidmatan MASwings di Sabah dengan merasmikan penerbangan pertama MASwings dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu.
Majlis pelancaran diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Turut hadir Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun dan pembantu menterinya, Datuk Karim Bujang.
Hadir sama Pengerusi MAS, Datuk Dr. Munir Majid; Pengarah Eksekutif MAS, Tengku Azmil Zahruddin dan Pengurus Besar Kanan MAS, Datuk Azmi Murad.
01/10: PEMIMPIN TINJAU MANGSA RIBUT
Rosnah dan Ghulam meninjau keadaan rumah di Pengalat Sekayan, Papar kelmarin
Rosnah meninjau keadaan bumbung rumah yang atapnya telah diterbangkan angin kencang bersama penghuni rumah. (dua gambar atas)
PAPAR: Wakil rakyat di sini turun padang meninjau beberapa rumah yang mengalami keroskan akibat dilanda angin kencang malam Sabtu lepas, termasuk ada yang diterbangkan bumbung.
Lawatan diketuai oleh Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shilrin bersama Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan serta Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawang (PKR), Juil Nuatain kelmarin.
Hasil lawatan tersebut didapati kebanyakan bumbung beberapa rumah telah diterbangkan oleh angin kencang. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku.
Dalam lawatan itu, Rosnah dan Ghulam menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan untuk membaiki bumbung rumah Jijah Diman, 60 tahun yang mempunyai empat anak.
Sementara itu Rosnah turut melawat di Kampung Sungai Padang dalam DUN Pantai Manis di mana dua bumbung rumah mengalami kejadian yang sama iaitu mangsa angin kencang Dayang Aisyah Awang Nasir dan Ali Hassan.
Musliati sibuk memilih baju raya salah seorang dari 15 anak yatim di pusat membeli belah Wawasan Plaza bersama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmiah Sarino dan Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Pusat Zakat Sabah, Awang Juri Awang Tahir.
KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Kota Kinabalu membawa anak-anak yatim untuk membeli-belah keperluan hari raya di pusat membeli belah Wawasan Plaza.
Seramai 15 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu terdiri daripada anak ahli-ahli UMNO Kota Kinabalu.
Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin berkata kanak-kanak itu dibawa ke bandar raya Kota Kinabalu dengan ditemani kakak angkat yang terdiri daripada ahli Puteri Umno bahagian berkenaan.
"Kita telah membawa kanak-kanak ini untuk membeli-belah keperluan hari raya seperti baju Melayu dan baju kurung dan kasut.
Puteri UMNO Kota Kinabalu berharap sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka dan seterusnya memberi keceriaan kepada kanak-kanak ini untuk menyambut Aidilfitri," katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua Puteri UMNO negeri Sabah berkata, penganjuran itu bertujuan memberi kesempatan kepada kanak-kanak terbabit merasai suasana sebenar dan kemeriahan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Turut hadir sama jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu. Sumbangan RM2,250 adalah daripada Pusat Zakat Sabah yang membantu anak-anak itu untuk membeli baju dan kasut raya kepada 15 orang kanak-kanan.
01/10: CERITA MANGSA RIBUT
Abdul Rahim menghulurkan bantuan ikhlas kepada Alihassa. Turut kelihatan kakak mangsa, Dayang Aishah.
PAPAR: Seorang peniaga yang baru selesai menunaikan sembahyang sunat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Sungai Padang dekat sini terkejut apabila atap rumahnya diterbangi angin kencang di sini, malam kelmarin.
Alihassan Awang Nasar, 50, berkata, beliau terkejut apabila melihat rumahnya tidak mempunyai atap sejurus tiba daripada mengerjakan solat sempena bulan Ramadan.
“Saya bersyukur kerana semasa kejadian itu saya masih berada di masjid untuk menunaikan solat. Sekiranya tidak, sayang sendiri pun tidak tahu apa yang akan terjadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, di sini.
Alihassan adalah antara mangsa angin kencang yang mendapat perhatian Abdul Rahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis.
Alihassan mendakwa kejadian angin kencang itu berlaku sekitar jam 9.30 hingga 10.00 malam.
Separuh daripada atap rumah beliau telah diterbangi oleh angin kencang itu.
Sementara itu, turut menerima nasib yang sama ialah kakak Alihassan yang tinggal bersebelahan.
Dayang Aishah, 51, berkata semasa kejadian beliau sedang berehat di rumah apabila hujan renyai-renyai.
“Saya terkejut kerana angin kencang itu tiba-tiba datang dan menerbangkan separuh atap rumah saya.
“Saya seterusnya dibantu oleh jiran-jiran untuk memindahkan barang-barang yang ada dalamnya,” katanya.
Dayang Aishah tinggal bersendiri kerana dua orang anak berkerja di Kuala Lumpur dan seorang lagi sedang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah. Beliau juga bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Kedua-dua mangsa angin kencang itu telah mendapat perhatian Abdul Rahim yang datang seawal 8.00 pagi bagi melihat keadaan.
Beliau berkata, bantuan segera akan disalurkan bagi membaikpulih semula atap rumah kedua-dua mangsa terbabit.
“Saya bersyukur kerana tidak akan kejadian yang tidak diingini berlaku semasa kejadian tersebut. Saya berjanji bantuan segera akan diberikan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Abdul Rahim turut menghulurkan sumbangan ikhlas kepada kedua-dua mangsa tersebut dan berharap mereka bersabar menghadapi dugaan Allah, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.