Archives

You are currently viewing archive for February 2007
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran menerima kunjungan hormat rombongan Majlis Eksekutif Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Bangunan Innoprise, Jalan Sulaman.

Rombongan lapan orang itu diketuai Yang Dipertua PBTM, Isnain Amat dan disertai Mej. Ismail Ariffin, Ibrah Hamid, Ketua Penerangan PBTM,Adrin Dullah, Lauddin Jafar, Rahim Abdullah, Ahmad Harun dan Jedeh Huson.

Hadir sama sempena majlis itu Setiausaha Rendah 1 JKM Sabah, Datuk Ag Sahrin Alimin dan Setiausaha Sulit MJKM, Yahamad Budin.

Sempena kunjungan itu Datuk Nasir diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti, perkembangan dan kemajuan PBTM sepanjang tahun 2006/2009.



Nasir (tiga kiri) menerima cenderakenangan daripada Isnain Amat (tiga kanan) disaksikan ahli PBTM sempena kunjungan itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Jainab Datuk Ahmad mengarahkan semua Ketua-ketua Penerangan Wanita UMNO bahagian dan cawangan UMNO menggerakkan jentera pilihan raya dengan segera.

Katanya, semua Ketua Penerangan dan ketua cawangan di setiap bahagian akan menggerakkan Kumpulan 10 (K10) bagi menjalankan bancian pengundi di setiap kawasan Parlimen sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.

‘‘Kita juga mengingatkan semua Ketua Penerangan mengenai saranan Perdana Menteri yang mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) meningkatkan kualiti kepemimpinan masing-masing bagi memastikan parti itu kekal memerintah.

“Saranan Perdana Menteri itu juga satu peringatan kepada semua supaya sentiasa bersedia dan mengikut perubahan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Penerangan dan Komunikasi Pergerakan Wanita UMNO Sabah di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini semalam.

Hadir sama Naib Ketua Wanita negeri, Datuk Amisah Yassin (Ranau) dan Setiausaha Wanita UMNO negeri, Datuk Hamisah Samat (Kalabakan).

Mengenai pembangkang, Jainab berkata jentera Wanita Umno bersedia menangkis segala tohmahan pembangkang dalam kempen pilihan raya nanti.

Jainab yang juga Ketua Wanita UMNO Sepanggar berkata, pihaknya merancang pelbagai aktiviti bermula dari awal tahun ini dan akan sampai ke tahap kemuncaknya pada tempoh masa tersebut.



Jainab merakam gambar kenangan selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan dan Komunikasi Pergerakan Wanita UMNO Sabah.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh (RKKBT) menerima sumbangan amal pelbagai pihak sebanyak RM20,000 untuk membiayai keperluan harian dan persekolahan 57 kanak-kanak di pusat jagaan itu.

Ketika menyampaikan sumbangan, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata anak-anak yang terabai itu perlu menikmati kehidupan dan peluang belajar sama seperti anak-anak lain yang bernasib baik.

“Saya gembira mendapati anak-anak di sini ceria dan ramah serta kian menunjukkan kemajuan di dalam pelajaran terutama di dalam pertuturan bahasa Ingeris,” katanya.

Pada masa ini pusat jagaan kanak-kanak itu sedang menerima khidmat tusyen Bahasa Inggeris dari sekumpulan sukarelawan dari Australia dan Amerika.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Penguasa Pusat Jagaan itu Sr Rose Ginibun berkata pihaknya amat berterima kasih kerana pelbagai pihak tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap keperluan kanak-kanak di rumah itu.

“Anak-anak yang dijaga di pusat ini terdiri dari mereka yang berasal dari kampung-kampung terpencil, tidak mempunyai penjaga, baik yang kehilangan orang tua kerana meninggal ataupun menjadi mangsa kepada keretakan rumah tangga,” katanya.

Menurut Rose lagi, pada masa ini dua penghuni rumah itu sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dari keseluruhan sumbangan tersebut, RM5,000 (bahagian akhir dari RM20,000) diterima dari Kejohanan Golf Amal Parti Bersatu Sabah (PBS), RM5,000 dari syarikat Salford Quays dan RM10,000 dari dermawan Amerika David Chernicky.

Sumbangan David Chernicky diserahkan kepada ahli keluarga beliau di Papar Theresa Chong yang disalurkan melalui Yayasan Kadazandusun Kinabalu (Yakin) yang dikendalikan oleh Johnny Mositun.

Turut hadir Timbalan Presiden PBS Datuk AK Aliudin Pg Tahir, Adun Kiulu Datuk Louis Rampas, Penolong Setiausaha Agung PBS Daniel Kinsik, Penolong Bendahari Agung PBS Jake Nointien serta AMT PBS OKK William Majimbun.



PAIRIN menyampaikan mock-cek sumbangan kepada Sr Rose sambil diperhatikan ahli-ahli rombongan

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berlepas ke Kuala Lumpur hari ini dalam perjalanan ke Yemen untuk menyertai rombongan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke negara itu.

Beberapa pemimpin negeri berada di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Ketua Menteri.

Antara mereka ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y. Mustafa dan Setiausaha Persekutuan Sabah.Datuk Ismail Wadin.



Musa (kiri) di lapangan terbang antarabangsa KK sebelum berlepas ke Kuala Lumpur , sambil diiringi Yahya (tengah) dan Hajiji (kanan).

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) menghantar 17 delegasi menghadiri mesyuarat agung ke 45 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara Sabtu lepas.

Usia yang diketuai Yang Dipertuanya, Tun Sakaran Dandai turut diiringi oleh Timbalannya Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Setiausaha Agung, Abdullah Hussin Ketua Belia, Datuk Sairin Karno, Ketua Wanita, Datin Seri Panglima Norsuadah Basah serta barisan ahli jawatankuasa tertinggi Usia.

Mesyuarat dirasmikan bekas Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Perkim Tun Dr Mahathir Mohamed.



Delegasi Sabah yang diketuai Sakaran turut mengabadikan gambar kenangan bersama Tun Mahathir selepas mesyuarat itu.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin meminta warga Papar supaya tidak melupakan jasa dan pengorbanan bekas-bekas polis.

Katanya, ia perlu kerana hasil perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dahulu maka negara kini aman dan tenteram, manakala kestabilan politik dan kemajuan sosioekonomi, budaya dan negara dapat dinikmati hari ini.

“Kerajaan juga dapat mengurus tadbir program pembangunan dengan lebih efisien. Buktinya, lahirlah Wawasan 2020 di mana negara kita akan mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020 mengikut acuan sendiri,” katanya.

Menurutnya, rakyat harus ingat bahawa keamanan dan pembangunan pesat yang dinikmati kini merupakan hasil perjuangan pasukan keselamatan menentang musuh dahulu.

Beliau berkata demikian majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke 21 Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Papar di Dewan Perpustakaan Papar, kelmarin.

Hadir sama Ketua Cawangan PBPM, Mohd Daud Kalakhan, wakil PBPM negeri Sabah, Awang Sabli Awang Jaafar, dan wakil Ketua Polis Daerah Papar, ASP Sivanathan,.

Rosnah yang juga Penaung PBPM Papar berkata pengorbanan dan perjuangan anggota polis tidak pernah dilupakan dan ini terbukti apabila kisah hidup dan perjuangan mereka telah difilemkan dan menjadi tontonan masyarakat seperti Peristiwa Bukit Kepong.

Rosnah juga berharap supaya sejarah perjuangan dan peristiwa yang berlaku di Kalabakan dan Semporna dapat difilemkan suatu hari kelak.



Rosnah bertanya sesuatu bekas polis yang sakit, Mohd Zain Puteh

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Sabah (PBUNS) sentiasa memberi peluang kepada usahawan kecil di negeri ini untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Jurucakap Sedcovest, Jusli Potoh, berkata antara objektif PBUNS adalah untuk membimbing dan memberi pendedahan dalam pelbagai kursus yang ditawarkan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

Ia bertujuan memajukan lagi usahawan wanita dalam perniagaan pemakanan seperti cara-cara membuat kuih kek, bun, roti dan pastri.

"Dengan bantuan dan bimbingan berterusan, penjaja kecil mendapat pengetahuan dalam bidang perniagaan melalui kursus seperti ini. Selain itu, peserta kursus juga dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan peserta lain mengenai perniagaan masing-masing," katanya.

Hadir sama penceramah Nancy Lim dari Nancy Lim & Bakery dan dua pembantunya.

PBUNS juga akan mengadakan Kursus Masakan Berminyak pada 8 hingga 10 Mac di Lahad Datu, Kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) 25-31 Mac (Kota Kinabalu) dan Kursus Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera 26-31 Mac (Sandakan).

Orang ramai berminat boleh menghubungi PBUNS di talian 088-255840, 255841, 255850 pada waktu pejabat.



Nancy Lin sedang merangkan menyediakan adunan membuat bun.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad meluangkan masa hampir dua jam di Kampung Pisukau dan Layun, baru-baru ini bagi beramah mesra dan meninjau permasalahan penduduk kampung terbabit.

Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin seterusnya mengambil kesempatan berkunjung dan melihat sendiri rumah penduduk, Abudin Amary di Kampung Layun yang hampir roboh.

Kunjungan itu turut disertai Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asmie Tengah.

“Kita akan membantu untuk memperbaiki rumah dan kedaifan keluarga itu,” kata Sapawi.

Rumah Abudin yang didiami seramai tiga orang anak serta cucu yang sudah bersekolah akan dibina secara bergotong-royong di mana Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) akan mengetuai pelaksanaan projek tersebut.

Sapawi memberitahu projek secara bergotong-royong itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman sesama penduduk kampung.

“Apa yang jelas di sini, ikatan persefahaman dan kerjasama penduduk kampung amat membanggakan dan kita juga memuji pihak JKKK yang dapat mengemukakan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung mereka,” katanya.



Sapawi ditemani Rahman (kanan) melihat sendiri kerosakan rumah Abudin (tengah) yang hampir roboh.

Category: General
Posted by: keruak
KUNDASANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini menutup Seminar Mentor Mentee Mara-Puteri di Kem BTN Kundasang di sini.

Seminar itu dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Biro Pembangunan Usahawan & Sumber Manusia Puteri UMNO Malaysia serta Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Disertai 250 peserta dari seluruh Sabah , program itu adalah lanjutan dari program Roadshow Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia bersama Puteri yang diadakan tahun lalu.

Program itu merupakan hasil kerjasama Puteri UMNO dan MARA bertujuan memberi penerangan awal kepada Mentor dan Mentee mengenai apa yang bakal mereka lalui dan merupakan platform untuk menanamkan kefahaman dan kesedaran betapa pentingnya keusahawan itu dalam menjana ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

Turut hadir Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masidi Manjun dan Setiausaha Parlimen Kementerian Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi, Datuk Samsu Baharom; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; dan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Ahmad.



Musa menyampaikan sijil kepada Ketua Puteri Umno Penampang, Noraini Idris pada majlis penutupan program itu, sambil diperhatikan Noraini (kiri).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak akan menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Republik Arab, Syria pada 26 dan 27 Februari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu adalah Ahli Parlimen tunggal dari Sabah yang dipilih mengikuti lawatan rasmi berkenaan.

Dari Semenanjung, dua Ahli Parlimen dipilih menyertainya, iaitu Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamallullail (Arau) dan Dr Rozaidah Talib (Ampang).

Lawatan itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan dua hala sedia terjalin antara Malaysia dan Syria .

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Syria bagi membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.



Datuk Seri Salleh Said Keruak

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menjadi tetamu kehormat pada sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Kota Kinabalu Journalists Association (KKJA) di sebuah restoran terkenal di ibu negeri.

Beliau diiringi oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masidi Manjun; Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Melanie Chia dan ADUN Likas, Datuk Liew Teck Chan.



Musa menyampaikan `angpau’ kepada anak seorang ahli KKJA sambil diperhatikan oleh tetamu kehormat yang hadir.
Category: General
Posted by: keruak
KUDAT: Ketelusan dan keikhlasan penting dalam membuat teguran ke arah membina masyarakat cemerlang, kata Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Mohd Arifin Mohd Arif. "Biarlah kita berasaskan kepada akhlak dan adat atau ektika tatasusila budaya dalam membuat sebarang teguran," katanya ditemui selepas menghadiri program taklimat dan dialog adat bagi daerah Matunggong, Kudat, Banggi dan Pitas di sini.

Seramai 400 ketua-ketua adat di daerah berkenaan terbabit.

Menurutnya adat berpesan berasaskan ihsan, adat beramanah berasaskan hikmah, adat berbincang tidak mencari pincang, adat berbicara tidak mencari cela dan adat berdebat tidak mencari hebat.

"Adat berdalil tidak memperkecil, adat berhujah tidak memperendah, adat menegur ikhlas dan jujur," katanya.

Beliau memberitahu jika menegur dengan hati yang ikhlas, teguran itu pasti akan dapat diterima.

"Masyarakat kita terbuka bermakna terbuka memberi wacana bukan mencari cela, terbuka pendapat bukan terbuka mengumpat dan terbuka beri pandangan dan kritikan tetapi bukan terbuka mencari keaiban," katanya.

Menurutnya hakikat hidup mulia ialah manusia mulia menjadi pembela bukan pembala, mulia menjadi pahlawan bukan menjadi pelawan, mulia menjadi penolong bukan pelolong, mulia menjadi pembantu bukan pembatu dan mulia menjadi pengimbang bukan pembimbang.



Mohd Arifin Arif

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Karnival Budaya Sabah yang diadakan di beberapa daerah di negeri ini merupakan wadah terbaik dalam menjana pemikiran baru ke arah melahirkan masyarakat yang kompetitif dan cemerlang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, karnival itu akan menjadi pemangkin kepada perpaduan semua kaum yang ada di seluruh daerah tanpa mengira keturunan, kepercayaan dan fahaman.

"Karnival ini secara langsung mencetus rasa persaudaraan dan keharmonian di kalangan semua kaum di negeri ini," katanya berucap merasmikan Karnival Budaya Sabah Peringkat Daerah Papar di Padang Pekan,Papar di sini.

Daerah Papar merupakan daerah kedua karnival itu dianjurkan pada tahun ini.

Sebanyak 10 daerah di negeri ini telah dikenalpasti sebagai lokasi untuk penganjuran karnival tersebut.

Karnival Budaya Sabah itu adalah anjuran Lembaga Kebudayaan Sabah dengan kerjasama pejabat daerah yang terlibat.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Datuk Wilfred Madius Tangau, Pegawai Daerah, Iman Ali dan ketua-ketua jabatan lain.

Dalam majlis itu, enam tarian dipersembahkan kepada orang ramai antaranya, tarian suku kaum Kadazan, Masyarakat Brunei, Bajau, Ubian, Kedayan dan Cina (okestra Cina). Turut menyerikan majlis ialah pameran rumah-rumah tradisi, barang-barang kraftangan dan makanan tradisi suku-suku kaum di daerah Papar.

Karnival selama dua hari itu adalah bertujuan untuk mempamerkan kehidupan, kebudayaan dan kesenian masyarakat dari pelbagai suku etnik di daerah-daerah yang dianjurkan untuk tatapan masyarakat setempat dan para pelancong yang datang.



Abdul Rahim yang diiringi Wilfred melihat lebih dekat salah satu etnik yang terdapat di Daerah Papar pada Karnival Budaya Sabah di Papar.

Category: General
Posted by: keruak
KUDAT : Ikatan perpaduan di kalangan anggota UMNO yang sedia terjalin perlu dipelihara sebaik mungkin demi untuk kebaikan parti dan anggotanya.

Ahli Umno Cawangan Kampung Rosob Tongkowit , Pitas, Dr Ahkin Ayu, berkata kunci utama kekuatan UMNO selama ini terletak kepada perpaduan yang padu serta mantap dikalangan anggota.

Menurutnya, UMNO akan mudah digugat sekiranya perpaduan yang selama ini menjadi tonggak kepada kekuatan parti musnah.

“Kita harus kembali melihat sejarah terdahulu, hancurnya sesebuah parti ataupun musnahnya sesebuah negara disebabkan kerana perpaduan yang sedia terjalin sejak sekian lama tidak dipelihara yang akhirnya membawa kemusnahan menyebabkan banyak yang menderita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan bersama Ketua-Ketua Cawangan dari beberapa cawangan di daerah Kudat yang diadakan di Kudat Golf And Marina Resort, dekat sini.

Dr Ahkin yang juga Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah berkata apabila perpaduan hancur, secara langsung kuasa yang ada juga akan terlucut dari genggaman dan yang menjadi mangsa bukan hanya generasi masa kini malah di masa hadapan.

“ Justeru itu, saya mengajak semua anggota UMNO agar bersama-sama mengekalkan serta mempertahankan ikatan perpaduan yang sedia terjalin,” katanya.



Dr Ahkin (kanan sekali) disambut mesra beberapa Ketua-Ketua Cawangan Umno dari Kudat ketika menghadiri majlis tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Rakyat di kawasan pilihan raya DUN Sukau diingatkan agar tidak mudah terperangkap dengan janji pembangkang yang cuba mempengaruhi mereka dengan pelbagai isu yang bertujuan memburuk-burukkan kerajaan yang ada sekarang.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Kinabatangan, Datuk Aklee Abbas berkata mereka (pembangkang) sedang bergerak dari satu kampung ke kampung lain berusaha mempengaruhi pengundi dengan pelbagai isu sebagai senjata mereka memancing undi pada pilihan raya akan datang.

Katanya, senjata seperti memburuk-burukkan kerajaan yang diguna pakai parti pembangkang sudah tidak relevan terutamanya di kawasan Sukau kerana kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memungkiri janjinya.

“Di kawasan Sukau sendiri telah banyak projek untuk kemudahan rakyat dilaksanakan seperti yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya lalu,” katanya ketika ditemi selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada empat orang kurang upaya di pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) di Bandar Ramai-Ramai dekat sini.

Bantuan kerusi roda tersebut adalah sumbangan dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan

Menyentuh bantuan kerusi roda untuk empat orang golongan OKU dari kawasan Sukau, Aklee yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur berterima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan yang sentiasa membantu rakyat di kawasan Dun Sukau yang memerlukan pelbagai bantuan.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan jabatan itu yang diketuai oleh Penolong Pengarah, Jais Asri mencerminkan budaya kerja yang telus dan perlu mendapat penghargaan dari semu pihak.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Masyarakat PKR) Sukau, Abdul Agas, Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatangan, Johari Aklee serta kakitangan Unit UPKR Sukau.



Aklee (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kerusi roda sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan sambil diperhatikan Abdul (kiri sekali), Jais (tiga dari kiri) pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk Muzakarah Imam-Imam 2007 Peringkat Kebangsaan kali Ke-2 di Bangunan Perdana Putrajaya semalam.

Mesyuarat dipengerusikan Penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Muzakarah Imam-Imam 2007 Peringkat Kebangsaan,Tan Sri Dato’Dr.Abdul Hamid Othman.

Ia turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan merangkap Timbalan Pengerusi Muzakarah Imam-Imam 2007 Peringkat Kebangsaan, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Parlimen Menteri Kewangan, Dato’Seri Dr.Hilmi Yahya serta EXCO-EXCO Agama negeri-negeri Malaysia.

Muzakarah yang akan berlangsung selama lima hari di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri,Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seramai 4,917 orang imam-imam dari seluruh negara dijangka menyertai muzakarah itu dan enam kertaskerja akan dibentangkan.



Nasir (tengah) berbincang sesuatu dengan Dr.Abd Hamid (kanan) sambil diperhatikan Amri Suratman (kiri) sempena mesyuarat Muzakarah Imam-Imam 2007 Peringkat Kebangsaan Ke-2 di Kuala Lumpur .

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Bekalan air paip graviti, pembaikan balai raya dan jalan kebun merupakan antara masalah penduduk yang dapat diselesaikan serta-merta ketika kaunter Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan dibuka kelmarin (23 Feb, 8am-2pm) sempena “Hari Bertemu Pelanggan”.

Bercakap kepada media selepas menutup kaunter, Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Tambunan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata masalah lain yang turut diterima ialah permohonan tanah, kawasan tadahan air, bantuan kebajikan dan juga bekalan elektrik.

“Mana yang dapat kita selesaikan serta-merta kita luluskan… perkara-perkara lain kita rujuk kepada jabatan atau agensi berkenaan untuk diperhalusi dan seterusnya dipertimbangkan,” katanya.

Menurutnya, arahan kelulusan pembaikan paip graviti, balairaya dan jalan kebun di kampung tertentu telah diserahkan kepada pejabat daerah untuk dilaksanakan secepatnya menggunakan peruntukan Adun.

Sebanyak 15 jabatan dan agensi Kerajaan membuka kaunter sempena Hari Bertemu Pelanggan di Pisompuruan Square itu di mana kaunter Adun menerima kunjungan paling ramai untuk mengadukan masalah mereka.

Turut diadakan pada hari itu ialah kempen derma darah Hospital Tambunan yang mana telah menerima sebahagian besar sumbangan darah dari para anggota Rela yang bertugas.

Rela Daerah Tambunan diketuai Lt. Kol. David Suman Kassim yang terdiri daripada 34 cawangan dengan 1,985 anggota kemudiannya menerima sumbangan pakaian seragam operasi daripada Pairin.

Pairin seterusnya menyampaikan secara rasmi dua penerima Program Bantuan Rumah (PBR) dengan kos RM18,800 setiap satu kepada Rukinah Diting di Kg Moloson dan Marati Yuging di Kg Kiawayan kedua-duanya di dalam Mukim Nambayan.



PAIRIN sedang melayan orang ramai yang datang mengadukan masalah ketika Hari Pelanggan Adun Tambunan

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Hampir 100 pesakit di Hospital Papar di sini menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina yang disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail.

Kesemua pesakit terbabit menerima hamper, angpow dan limau manderin.

Terdahulu, Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis menerima taklimat berhubung perkembangan terkini hospital tersebut daripada Pengarah Hospital Papar, Dr. Musa Ashari.

Hadir sama Pegawai Daerah, Iman Ali, Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Pantai Manis, Amri Abu Bakar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Papar.

Majlis itu merupakan acara tahun Abdul Rahim selaku Pemangku Ketua Umno Bahagian Papar bersama-sama Umno Bahagian Papar.

Majlis itu juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemimpin dengan kakitangan hospital di samping menziarahi para pesakit yang terbabit.



Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit di Hospital Papar, kelmarin

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Ahli persatuan diminta agar tidak membawa arah persatuan bertentangan dengan matlamat dan tujuan penubuhannya.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata sebaiknya persatuan sewajarnya memberi sokongan kepada usaha-usaha yang dirancang dan dilakukan oleh kerajaan.

“Persatuan umpama pendokong kepada usaha kerajaan dalam membangunkan rakyat…ini termasuklah usaha kerajaan untuk memperkukuhkan dan mempermantapkan perpaduan serta persefahaman rakyat.

“Kerajaan mengambil langkah itu kerana mahu keamanan dan keharmonian terus dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum,” katanya ketika merasmikan pejabat baru Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Sipitang di sini.

Hadir sama pada majlis itu Pemangku Presiden PBPM Datuk Yusuf Hamdain Diego, Naib Presiden PBPM Malih Abbas, Setiausaha PBPM Lani Said dan pengerusi PBPM Sipitang Sitin Tating.

Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata kerajaan sendiri amat menghargai jasa dan sumbangan anggota keselamatan.

Katanya penghargaan itu terus diberikan sama ada mereka masih atau telah bersara sebagai anggota keselamatan.

“Kerajaan amat menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan,” katanya lagi.

Beliau berharap PBPM mampu meneruskan peranan mereka dalam membantu usaha kerajaan memperkukuh dan mempermantapkan keharmonian serta keamanan negara.

PBPM Sipitang pada ketika ini mempunyai 314 orang ahli termasuklah ahli bersekutu dan Sapawi melahirkan keyakinan persatuan itu mampu menjadi persatuan yang aktif dan boleh dibanggakan.



Sapawi diperhatikan oleh Yusuf (dua dari kiri) dan Sitin (dua dari kanan) menarik tirai plak pejabat baru Persatuan Bekas Polis Malaysia, cawangan Sipitang di majlis tersebut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kelmarin menghadiri beberapa rumah terbuka Tahun Baru Cina bersama pemimpin masyarakat Cina di daerah Tawau.

Ketika di bandar pantai timur itu, Musa yang diiringi isteri, Datin Seri Faridah Tussin, berkunjung ke rumah terbuka Adun Merotai, Datuk Liew Yun Fah dan Ahli Parlimen Tawau, Shim Paw Fatt.

Turut hadir Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh serta beberapa Adun termasuk Datuk Syed Abas Syed Ali (Balung), Ariffin Ariff (Membakut), Datuk Zakaria Edris (Gum-Gum).

Yang lain termasuk Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Presiden LDP, Datuk V.K. Liew.

Di SIPITANG, Ketua Bahagian Parti Liberal Demokratik (LDP) Sipitang, Lau Kim Ling dan keluarga mengadakan majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediamannya di Kampung Cina, Mesapol, Sipitang.

Antara tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka itu ialah Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Sapawi Ahmad yang juga Wakil Rakyat Sindumin, Timbalan Pengarah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin serta pemimpin UMNO Sipitang dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan tarian singa yang menjadi tradisi masyarakat Cina dalam menyambut Tahun Baru Cina.

Di BEAUFORT, Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menghadiri rumah terbuka Tahun Baru pemimpin masyarakat Cina daerah itu, termasuk AJK Umno Beaufort, Apok Laitui.

Kunjungan Lajim itu turut disertai Timbalannya, Datuk Nurnikman Abdullah dan Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim.

Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias berkata konsep rumah terbuka ini memberi peluang kepada rakyat pelbagai kaum untuk sama-sama berkongsi kemeriahan perayaan.

Di LABUAN, perayaan Tahun Baru Cina di pulau itu disambut sederhana tetapi meriah dengan amalan kunjung-mengunjungi sanak-saudara dan rakan-rakan yang berbangsa Tionghua.

Kediaman ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Wong Chik Lim di Sri Manikar, Batu Manikar, dekat sini, menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong untuk meraikan perayaan itu.

Pelbagai lapisan masyarakat terutama penduduk tempatan dan pelancong mengunjungi rumah terbuka beliau yang diadakan pada setiap tahun sambil menikmati kuih-muih dan menyaksikan persembahan tarian singa.



Musa diberi sambutan ketika tiba di kediaman Adun Merotai, Datuk Liew Yun Fah di Tawau.



Sapawi (kanan) bersama Lau Kim Ling (tengah) dan Bakri Zinin menerima kad ucapan yang diserahkan oleh pasukan tarian singa.



Lajim bersama Nurnikman menyaksikan tarian singa pada rumah terbuka Apok Laitui di kediamannya di Taman Muhibah, Rumah Murah Beaufort



Wong Chik Lim (kanan) bersama tetamu yang mengunjungi rumah terbukanya sempena Tahun Baru Cina di Sri Manikar, Labuan.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Armani Mahiruddin mengarahkan semua bahagian dan cawangan Wanita UMNO menggerakkan jentera pilihan raya dengan segera.

Beliau berkata, ini memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan pada bila-bila masa, Wanita UMNO peringkat bahagian perlu kenal pasti dan turun padang

Beliau berkata, pihaknya merancang pelbagai aktiviti bermula dari awal tahun ini dan akan sampai ke tahap kemuncaknya pada tempoh masa tersebut.

“Saya telah meminta semua bahagian dan cawangan Wanita UMNO di negeri ini memastikan apa jua kegiatan yang kita jalankan akan semakin rancak sehingga awal tahun depan.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan makanan kepada mangsa banjir dan mangsa kebakaran di kawasan Tenom, Pensiangan dan Semporna.

Hadir sama Naib Ketua Wanita negeri, Datuk Amisah Yassin dan ketua-ketua Wanita UMNO bahagian. Armani yang juga Ahli Dewan Negara mahu semua ahli Pergerakan Wanita UMNO bertanggungjawab dan memastikan agar dapat memupuk semula budaya baik dan nilai-nilai murni dalam UMNO.

Justeru itu beliau berharap agar pucuk pimpinan Pergerakan Wanita UMNO peringkat akar umbi supaya dapat membantu usaha parti dalam menyemai nilai-nilai murni yang sedang giat diperjuangkan UMNO dari dahulu hingga sekarang.

Armani juga mengingat ahli-ahli Wanita UMNO berpijak di bumi nyata dengan sentiasa dekat dan mesra bersama rakyat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang termasuk pada peringkat akar umbi bagi memastikan jentera Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia.

Pada majlis itu, Armani turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Tenom dan Pensiangan serta mangsa kebakaran di Semporna.



Armani menyerahkan bantuan makanan kepada Ketua Wanita UMNO bahagian Tenom, Datin Rahmah Jan Sulaiman Khan untuk mangsa banjir di kawasan Tenom.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Biro Pembangunan Usahawan & Sumber Manusia Puteri UMNO Malaysia bersama MARA menganjurkan Seminar Mentor Mentee MARA–Puteri peringkat Negeri pada 24 dan 25 Februari 2007 di Kem BTN Kundasang, Ranau.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Siti Hamni Hashim berkata, seramai 250 orang peserta dari seluruh Sabah menyertai program tersebut yang dijangka dirasmikan penutupannya oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pada 25 Februari.

Katanya, seminar Mentor Mentee merupakan program lanjutan dari program Roadshow Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia bersama Puteri yang diadakan tahun lalu.

Program itu merupakan hasil kerjasama Puteri UMNO dan MARA bertujuan memberi penerangan awal kepada Mentor dan Mentee mengenai apa yang bakal mereka lalui dan merupakan platform untuk kita menanamkan kefahaman dan kesedaran betapa pentingnya keusahawan itu dalam menjana ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

Menerusi program ini, Puteri UMNO dapat membantu ahli-ahlinya sama ada yang masih mencari pekerjaan mahupun yang ingin mengembangkan perniagaan sekaligus menyahut seruan kerajaan melahirkan masyarakat kelas pertama serta membantu mengurangkan masalah pengangguran di kalangan golongan muda pada hari ini.

Menurutnya, seramai 12 buah syarikat Mentor akan menyertai program ini yang mana akan membantu mentee dalam menubuhkan sesebuah perniagaan.

Siti Hamni berharap, ahli-ahli Puteri UMNO mengambil peluang yang telah disediakan oleh MARA dan agensi – agensi kerajaan untuk menceburi bidang keusahawanan dan sumber manusia bagi membantu meningkatkan ekonomi masing-masing.

Penyertaan seminar ini adalah terhad kepada 250 peserta. Sebarang pertanyaan boleh diaju terus kepada Hamidah Mohd Jaffar, Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan & Sumber Manusia, Puteri UMNO Sabah di talian 013-8601804.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman was the guest-of-honour at a lunch reception in appreciation of the Sabah’s athletes and officials who recently competed at the 15th Asian Games in Doha , Qatar .

The appreciation lunch was hosted by Sabah Ministry of Youth and Sports and its was held at Le Meridien hotel on Wednesday.

The Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities, Datuk Anifah Aman, Minister of Youth and Sports, Datuk Masidi Manjun and his Assistant Minister, Jahid Jahim and State Secretary, Datuk K.Y. Mustafa were present.



Musa presenting appreciation award to Anifah (2nd right) who act as a Malaysian team manager of the Malaysian football team in Doha , Qatar . At left is Masidi while Jahid is at right.



Musa (centre) flanked by Masidi (2nd left), Anifah (2nd right) and Jahid presenting a mock cheque of RM40,000 as an incentive award to Rufina Tan (left) who won gold medal for Malaysia in Optimist category at the recent 15th Asian Games in Doha, Qatar.

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Pelajar di luar bandar tidak wajar menunggu sehingga terlaksana sepenuhnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk cemerlang dalam peperiksaan, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.

Katanya, ini kerana walaupun PIPP mengariskan pengurangan jurang perbezaan sekolah luar bandar dan bandar dalam semua sudut, namun ianya mengambil masa 5 tahun lagi untuk direalisasikan.

“Untuk ketika ini, pelajar luar bandar terpaksa akur dengan keadaan yang serba kekurangan dalam merealisasikan impian mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Khemah Projek 5A untuk pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Rendah Zon Pamol di Sekolah Kebangsaan (SK) Nangoh, dekat sini.

Program itu merupakan program kerjasama diantara Pejabat Ahli Parlimen Beluran dengan SK Nangoh bagi membantu pelajar-pelajar luar bandar dalam kawasan Parlimen Beluran mencapai kecermalangan dalam UPSR tahun ini.

Lima buah sekolah terlibat dalam program tersebut iaitu SK Nangoh, SK Perancangan, SK Botition,SK Basai dan SK Pamol.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Beluran, Gabriel Bali, Guru Besar SK Nangoh, Dukani Maraban dan Setiausaha Pemuada UMNO Bahagian Beluran, Samad Jumbri.

Ronald menegaskan “kita tidak boleh tunggu 5 tahun lagi untuk bercakap tentang kecermalangan kerana banyak perkara yang boleh berlaku dalam tempoh berkenaan”.

Dengan mengambil contoh, dalam pertandingan lumba lari untuk mengejar mereka yang berada di hadapan, pelari di belakang haruslah berlari lebih laju daripada mereka yang berada di hadapan.

Menurutnya, inilah yang harus dilakukan oleh pelajar di luar bandar iaitu belajar berlipat ganda lebih gigih daripada mereka yang berada di bandar, sebaliknya bukan berasa putus asa dengan keadaan mereka yang serba kekurangan dan daif.

Katanya, untuk mencapai matlamat itu, tanggungjawab tidak harus diletakkan pada bahu para pendidik semata-mata, kerana ibu bapa juga harus memainkan peranan yang sama.

Seramai 148 pelajar UPSR daripda 5 buah sekolah di Zon Pamol mengambil bahagian dalam khemah 2 hari itu.

Ibu bapa dan murid-murid yang mengikuti khemah ini berkesempatan mendengar ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Ketua Eksekutif Universiti Tun Abdul Razak Wilayah Sabah, Professor Dr Morni Kambrie.



Ronald mendengar masalah seorang pelajar UPSR di SK Nangoh.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pasukan Ragbi Gabungan Kota Kinabalu dipilih mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Sabah ke Kejohanan Ragbi Bawah 12 dan 18 Tahun MSS Malaysia pada bulan Mac 2007. Pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan Gabungan Kota Kinabalu yang menjuarai kejohanan peringkat MSS Sabah yang diadakan di Kudat awal Februari 2007.

Pertandingan peringkat MSS Malaysia akan diadakan di negeri Perlis pada 10 hingga 16 Mac 2007. Daripada 10 pemain rabgi MSS Sabah, 4 daripadanya mewakili Maktab Sabah, mereka ialah Mohd.Adley Junaidi, Fadly Fariz, Alezeander Wang dan Alfian Nizam. Enam pemain lain yang turut tersenarai ialah Munir Aiman dan M.Hamdi M.Yussof daripada Sekolah Menengah Sanzac.

Sementara Calvin Joilin, Leslie Paulus, Mohd.Syafiq Marican dan Mohd.Farizuan dari SM La Salle. Pada kejohanan MSS Sabah, Gabungan Kota Kinabalu muncul juara kategori Bawah 12 Tahun setelah menewaskan Gabungan Beaufort 25-15 di peringkat akhir.

Terdahulu Gabungan Kota Kinabalu menewaskan Sandakan 25-10, Lahad Datu 50-0 dan Gabungan Keningau 40-0 dalam kejohanan yang disertai 6 gabungan.

Bagi kategori bawah 18 tahun, Gabungan Kota Kinabalu turut menjadi juara setelah menewaskan Gabungan Beaufort 15-13 di pertandingan akhir. Terdahulu, Kota Kinabalu menyingkirkan Gabungan Kota Marudu 41-0 di peringkat separuh akhir dan juga Gabungan Lahad Datu (41-0) di peringkat awal kejohanan itu.

Gabungan Beaufort menduduki naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Gabungan Sandakan bagi kedua-dua kategori tersebut..



Pasukan Ragbi Gabungan Kota Kinabalu yang menjadi juara Kejohanan Ragbi bawah 12 dan 18 tahun MSS Sabah.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi konsep Rakan Cop perlu dimanfaatkan oleh orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah, termasuk jika mencurigai kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) atau pemilikan kad pengenalan palsu di kawasan masing-masing.

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak, ketika membuat saranan itu berkata langkah sedemikian penting untuk membolehkan polis mengambil tindakan susulan membanterasnya, sekali gus dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran.

Katanya, dengan menghantar SMS yang kosnya beberapa sen saja mugkin dapat menyelamatkan kampung dan negeri.

“Orang awam yang ada maklumat berkaitan sebarang kes jenayah seperti kad pengenalan palsu dan masalah PTI perlu menyalurkan maklumat itu kepada polis menerusi kaedah Rakan Cop,” ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Rakan COP Peringkat Daerah Kota Belud di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mohd. Noor Masdar dan Ketua Polis Daerah Kota Belud, DSP Abd Halim Haron.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata tugas menjaga keselamatan dan mewujudkan keamanan bukan terletak pada bahu pasukan polis saja, sebaliknya turut menuntut kerjasama daripada orang ramai.

“Anggaplah polis sebagai kawan sesuai dengan konsep Rakan Cop, jadi sebagai rakan, janganlah segan atau takut untuk menyalurkan sebarang maklumat termasuk berkaitan hal-hal yang mencurigakan dan belum berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap setiap agensi berkaitan memastikan pelaksanaan semua projek pembangunan kemudahan pasukan polis dipercepatka.

Menurutnya, banyak projek pembangunan untuk pasukan polis disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pelaksanaannya hendaklah ditentukan mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan.

“Penyediaan kemudahan untuk anggota polis sangat penting untuk membolehkan mereka menjalankan tugas secara lebih berkesan,” katanya.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut berharap agar segala kemudahan untuk anggota pasukan polis terus dipertingkatkan dan dipermoden mengikut keperluan semasa supaya mereka dapat memberi khidmat terbaik.

“Dengan keadaan perumahan yang selesa, tempat kerja yang baik dan kemudahan lojistik yang serba bagus, sudah tentu anggota keselamatan kita dapat menjalankan tugas dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata soal keselamatan dan keamanan menjadi keutamaan kerana ia adalah prasyarat untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

Mengenai program Rakan COP itu, beliau berharap ia menjadi pencetus kesedaran kepada masyarakat umumnya untuk meningkatkan jalinan kerjasama dengan pasukan polis bagi mewujudkan keamanan.

Katanya, Rakan COP akan menjadi medium perantara untuk merapatkan perhubungan polis dan masyarakat selaras slogan ‘Bersama Memerangi Jenayah’ kerana konsepnya yang begitu mudah dan praktikal.

“Bagi saya, dengan gandingan kerjasama polis dan masyarakat di bawah program ini, pastinya usaha mencegah jenayah menjadi lebih mudah,” katanya, sambil menegaskan bahawa tanggungjawab memastikan keamanan dan keselamatan negara bukan terletak di bahu pasukan keselamatan sahaja.



Salleh menyampaikan risalah dan poster Rakan Cop kepada pemimpin masyarakat di Kota Belud, sambil diperhatikan Mohd Noor (kanan).



Salleh (kiri) menerima cenderakenangan daripada Mohd Noor sambil diperhatikan Abdul Halim (kanan) selepas merasmikan Rakan Cop peringkat daerah Kota Belud.



Salleh bersalaman dengan sebahagian pegawai kanan polis yang hadir sempena pelancaran Rakan Cop peringkat daerah Kota Belud.



Demonstrasi anggota polis menewaskan dua `peragut’ sempena dengan pelancaran Rakan Cop peringkat daerah Kota Belud.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu melaksana tanggungjawab lebih serius dalam membentuk belia desa dan luar bandar cemerlang sekali gus bebas gejala sosial.

Adun Balung, Datuk Syed Abbas Syed Ali berkata, mereka seharusnya menjadi pendorong generasi muda dalam merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Sebagai pemimpin akar umbi mereka perlu memainkan peranan serius mengubah hala tuju golongan belia kampung tanpa hanya mementingkan projek pembangunan saja," katanya.

Beliau berkata pada perasmian dan penutupan motivasi kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Sekolah SMK Balung, SMK Kinabutan, SMK Kuhara dan SMK Merotai di SMK Balung Tawau, di sini.

Tambah Abbas yang juga Pengerusi MUIS, pemimpin masyarakat perlu mencari jalan bagaimana dapat membuka peluang pekerjaan atau mengadakan program yang mampu membuka minda anak-anak muda untuk terus berusaha merebut peluang disediakan.

Kerajaan negeri, katanya, tidak mahu pemimpin masyarakat hanya mementingkan diri sendiri, sebaliknya harus mendekatkan diri kepada semua lapisan masyarakat menyampaikan hasrat kerajaan dalam menjayakan RMK-9.



Syed Abbas beramah mesra dengan pelajar sekolah di SMK Balung Tawau.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Penduduk Kampung Beringgis menggesa Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah supaya membina parit utama di kawasan itu bagi mengelakkan banjir.

Ini kerana pada masa ini, kawasan tersebut tidak mempunyai parit utama bagi menyalurkan air hujan ke sungai utama iaitu Sungai Beringgis dan Sungai Kawang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Beringgis, Zainuddin Awang Jalil berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk sering mengalami masalah banjir kilat.

Katanya, kawasan yang sering terlibat dengan masalah itu ialah di sepanjang jalan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Beringgis ke Rumah Kanak-Kanak Beringgis.

``Ketiadaan parit utama untuk aliran air daripada parit-parit menyebabkan rumah selalu di naiki air dan merosakkan tanaman,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan kepada Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang meninjau sistem perparitan dan jalan raya di Kampung Beringgis, di sini, semalam.

Menurut Zainuddin, walaupun sebelum ini terdapat usaha oleh penduduk kampung menggali untuk membuat parit utama bagi menyalurkan air ke sungai tetapi ianya tidak dapat menyelesaikan masalah itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar parit utama tersebut diperbuat dengan menggunakan sistem pembetung oleh pihak-pihak berkenaan yang lebih sempurna.

``Setakat ini, pihak JKKK Kg. Beringgis telah mengajukan permohonan cadangan itu kepada Pejabat Daerah Papar berhubung perkara tersebut.

``Ketiadaan sistem sempurna seperti pembetung menyebabkan air hujan bertakung dan melimpah ke kawasan rendah apabila musim hujan,'' ujar beliau.

Sementara itu, Rosnah turut meminta agar pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi kebaikan dan kesihatan penduduk kampung.

Katanya, beliau tidak mahu, akibat daripada itu, kawasan tersebut menjadi pusat pembiakan penyakit berjangkit seperti demam denggi.



Rosnah meninjau keadaan perparitan yang tersumbat sambil diperhatikan Zainuddin (dua dari kanan) dan pegawai Pejabat

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati di negara ini menjadikan umat Islam lupa bagi mendalami ilmu agama.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata kelekaan itulah yang menjadikan umat Islam dibuai dengan keseronokkan sehingga melakukan tindakan yang dilarang oleh agama.

“Kelekaan dan kelalaian itu juga menyebabkan umat Islam lupa untuk mengembangkan syiar Islam,” katanya ketika berucap pada seminar bina ummah di sini kelmarin.

Menurutnya umat Islam di negara ini seharusnya menggunakan peluang untuk mengembangkan syiar Islam kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

Katanya pengembangan syiar Islam menerusi dakwah haruslah berterusan sebagai usaha untuk menyedarkan umat Islam daripada dibuai keseronokkan sehingga lupa dan leka.

Sapawi yang juga Pengerusi Biro Agama Umno Sabah berkata umat Islam juga perlu mengembangkan ilmu secara berterusan bagi akidah yang cemerlang.

“Kita perlu sedar bahawa umat Islam pada ketika ini berdepan dengan cabaran hebat dan amat getir,” katanya dan menambah cabaran itu menggugat akidah umat Islam.

Menurutnya perkara itu perlu diberikan perhatia seriua dan tidak wajar diketepikan atau dipinggirkan. Hadir sama Pengurusan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Zon Sabah Datu Liman Datu Hussin, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Penolong Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sipitang Hafiz Ahmad dan Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail.



Sapawi menyampaikan cendera kenangan kepada seorang peserta kursus.

Category: General
Posted by: keruak
MENGGATAL: Belia perlu komited membudayakan slogan `sukan untuk semua’ kerana ia berpotensi mewujudkan masyarakat cergas, berintegriti dan berdaya saing menangani cabaran.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad berkata pembabitan semua lapisan masyarakat, agensi kerajaan dan swasta dalam sukan akan dapat menghidupkan budaya bertegur sapa, bersatu padu sambil menegakkan kehebatan secara positif.

Katanya, pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat sebagai teras dan penghubung dalam melaksana program mampu menggerakkan semua agensi kerajaan dan swasta membabitkan diri dalam aktiviti sukan.

"Strategi ini bukan saja dapat mengukuhkan semangat kekitaan, malah dapat mengetengahkan mencungkil bakat-bakat baru di peringkat daerah, negeri seterus mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Kejohanan Sepak Takraw peringkat Kampung Daru Menggatal di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi JKKK Kg. Darau, Jamran Majit, Naib Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Hamzah Janang dan 16 pasukan yang menyertai kejohanan.

Jainab yang juga Adun Karambunai turut menggesa pemimpin masyarakat harus bersiap sedia untuk menghadapi serangan El-Nino jika kemungkinan berlaku pada bulan depan (Mac).

“Saya minta semua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung memainkan peranan mereka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memantau penduduk kampung supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, mengelakkan melakukan penyambungan bekalan elektrik tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Untuk langkah keselamatan ada baiknya setiap rumah membeli alat pemadam api. Jika berlaku kebakaran, kita bergotong royong membantu memadam api sementara menunggu pihak bomba datang,” katanya.



Jainab merakam kenangan bersama-sama 16 pasukan yang bermain pada Kejohanan Sepak Takraw peringkat Kampung Darau Menggatal.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ribuan masyarakat pelbagai kaum menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada hari kedua sambutan itu di Hotel Airportview di sini hari ini.

Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker DUN Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin serta menteri Kabinet negeri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah antara orang kenamaan yang hadir pada rumah terbuka itu.

Hadir sama ialah bekas Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Menyambut ketibaan mereka ialah Presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan serta pemipin-pemimpin tertinggi parti itu.

Tetamu bukan saja dihidangkan pelbagai makanan, tetapi turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa yang merupakan acara tradisi setiap kali sambutan Tahun Baru Cina diadakan.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin lain turut mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina dan yang nyata, ia menjadi jambatan perpaduan apabila masyarakat dari pelbagai kaum sama-sama hadir memeriahkannya.



Salleh (kiri) adalah antara pemimpin BN yang menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PBS semalam.



Musa (dua dari kiri) dan Pairin bersama sebahagian tetamu yang hadir pada rumah terbuka PBS di Hotel Airportview semalam.



Pairin mendapatkan mesej Tahun Baru Cina dari seekor Singa sambil diperhatikan Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah ketika rumah terbuka di Sandakan kelmarin.



Sebahagian tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka Datuk Wong Lien Tatt di Sandakan kelmarin.



Pairin turut menghadiri rumah terbuka MCA Sabah di Sandakan yang dihoskan oleh Datuk Edward Khoo

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai berkata dakwah berterusan merupakan pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang mengancam kehidupan masyarakat Islam hari ini.

Katanya, permasalahan gejala sosial adalah isu sejagat yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman dimana kehidupan masyarakat yang porak poranda berpunca daripada wujudnya golongan rosak akhlak dengan membelakangkan agama dan mengutamakan runtunan hawa nafsu

“Masalah ini disebabkan pelbagai punca yang kait mengait antaranya kurang pengetahuan agama,kurang rasa prihatin segelintir ibubapa,kemunculan pusat hiburan tidak terkawal serta pengaruh persekitaran dan sikap masyarakat yang individualistic,” katanya berucap menutup Program Ikatan Persudaraan dan Kenduri Sekampung anjuran Usia Pusat dan Usia Papar di Masjid Kampung Sungai Padang dekat sini..

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan yang Dipertua Usia Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Ahli Parlimen Papar Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Mohd.Ariffin Arrif, Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjur Datuk Aidi Moktar dan Setiausaha Agung Usia Abdullah Hussin.

Menurut Sakaran banyak cara mengatasi berlakunya gejala sosial seperti mempertingkatkan program penyebaran Islam kepada seluruh lapisan umat Islam di seluruh negara secara terancang, komited dan konsisten

“Usia dalam memikul serta melaksanakan tanggungjawab ini turut memberikan tumpuan melalui gerak kerja yang dilancarkan baru-baru ini dan kerjasama bersepadu di antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu digerakkan untuk melaksanakan program ini,” katanya.



Sakaran yang diiringi Aidi, Penolong Setiausaha Agung Usia Uda Sulai ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar sempena majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort meminta agar sistem cabutan undi dalam agihan pelaksanaan projek kerajaan yang mula diperkenalkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) tahun lepas diberhentikan.

Ketuanya, Isnin Aliasnih, berkata sistem itu tidak relevan dan dan efisian malah mengundang pelbagai masalah antaranya kewibaan pelaksanaan projek dari kontraktor terpilih, menyebabkab sebahagian projek gagal dilaksanakan.

Katanya, yang lebih menyedihkan ada kontraktor terpilih adalah individu yang bersekongkol dan menyokong pembangkang namun turut berpeluang memperolehi kontrak kerajaan melalui melalui sistem ini.

“Kita meminta sistem ini dikaji dan diberhentikan kerana ia tidak relevan, malah turut mengundang masalah lain seperti mengalibabakan projek yang diperolehi dan ada kontraktor yang mendapat undi gagal melaksana projek mengikut jadual dan spesifikasi kerja kerana tidak berkewibaaan dari segi pengalaman dan kewangan,” katanya ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian di bilik mesyuarat Umno Bahagian Beaufort.

Menurut Isnin, melalui sistem ini turut menjejaskan hasrat kerajaan bagi melahirkan golongan kontraktor Bumiputera berwibawa untuk bersaing dan maju dalam bidang perniagaan dan menutup peluang kontraktor bumiputera yang benar benar berwibawa dan komited melaksanakan projek projek kerajaan.



Isnin (tengah) bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort memberikan isyarat bagus bagi menunjukkan jentera Pemuda Umno Beaufort bersedia menghadapi pilihraya umum akan datang

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan sama rata. Katanya, langkah itu dilaksana tanpa menyisihkan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang berasal dari luar bandar, dengan pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada mereka.

Menurutnya, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) merupakan program bantuan Kerajaan yang bertujuan untuk memastikan tidak ada murid yang tercicir dari sekolah.

Sehubungan itu, Rosnah berharap bantuan yang diberi itu memberikan kesedaran kepada murid-murid supaya berusaha lebih gigih dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

“Saya juga berharap agar ibu bapa dan masyarakat menyedari usaha murni kerajaan memastikan kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan ini dapat sama-sama berpeluang mencapai kejayaan,” katanya pada majlis penyampaian KWAPM 2006 di Dewan SK Pekan Kinarut, dekat sini.

Turut hadir Guru Besar SK Pekan Kinarut, Mohd Zajih Haji Edinin, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan 280 murid penerima bantuan KWAPM.

Menurut Rosnah, pelbagai agenda yang telah direncanakan untuk kepentingan semua pihak dan kerajaan sentiasa menekankan aspek pendidikan bagi setiap golongan dalam proses pembangunan negara.

“Usaha membantu pelajar kurang berkemampuan ini menunjukkan sikap serius kita meningkatkan kejayaan akademik golongan kurang berkemampuan.

“Kita berpendapat kemiskinan tidak lagi harus menjadi faktor kenapa anak-anak kita tidak boleh berjaya seperti anak-anak lain,” jelasnya.



Rosnah menyampaikan bantuan KWAPM kepada salah seorang ibu bapa murid dari 280 penerima bantuan KWAPM 2006

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan masih berkesempatan melakukan aktiviti berfaedah kepada mereka walaupun seharian menjalankan tanggungjawab dan amanah mendidik murid-murid.

Penyelaras program, Zunika Amboh Turuh berkata guru-guru sekolah itu telah menghadiri bengkel kecantikan yang diterajui oleh rakan mereka sendiri Hasnan Saad yang berpengalaman sebagai mak andam menyolek pengantin dan pelbagai majlis rasmi yang lain.

Katanya, aktiviti yang diadakan pada Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari itu bertujuan agar guru-guru mengetahui dengan lebih jelas teknik menyolek yang betul dengan menggunakan peralatan kosmetik yang sewajarnya.

Antara guru yang menghadiri bengkel itu ialah Salmah Abd Rahman, Normahayu Mahyuddin, Siti Hawa Nahui, Jurai Tuah dan kakitangan sokongan, Nasibah Damit.



Hasnan Saad (dari kiri), Salmah, Zunika, Nasibah, Normahayu dan Jurai sedang menyolek Siti Hawa pada bengkel kecantikan di SK Pekan Satu, Labuan baru-baru ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno yang sekarang dalam rangka lawatan ke Sabah menemui pemimpin Umno Sabah di sini petang tadi. Pertemuan sempena minum petang itu diadakan di Pacific Sutera Resort di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah mengiringi Muhyiddin dalam pertemuan itu yang turut disertai pemimpin daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah. Dalam pada itu, Muhyiddin telah melawat beberapa projek perikanan dan pertanian yang dijalankan di daerah Tuaran.

Sewaktu ditemui pemberita di sana , beliau antara lain menyatakan hasrat kerajaan agar setiap perkampungan nelayan mempunyai sekurang-kurangnya satu projek industri asas tani berasaskan perikanan mulai tahun ini.

Katanya, ia bagi membantu masyarakat nelayan setempat menambah pendapatan mereka, sekali gus menggerakkan ekonomi keluarga.

Katanya masyarakat nelayan boleh meneroka kegiatan seperti ternakan akuakultur bagi membantu mengatasi masalah kemiskinan dan pendapatan kecil mereka.

Beliau mensasarkan pendapatan sebuah keluarga nelayan dalam negara boleh mencapai tidak kurang daripada RM2,000 sebulan kelak.



Muhiyddin diiringi Musa pada perjumpaan minum petang di Kota Kinabalu semalam.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Umat Islam perlu memberi tumpuan seimbang terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi dan kemantapan akidah bagi menjadikan mereka modal insan yang bukan sahaja cemerlang di dunia namun cemerlang di akhirat.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, cabaran globalisasi menunutut umat Islam menguasai bidang bidang ini jika tidak mereka akan terpinggir dari arus kemajuan perdana.

Katanya, tanpa kekuatan akidah aliran kemajuan dari arus globalisasi akan menghanyutkan pemikiran mereka kepada soal dunia dan kebendaan sahaja.

“Untuk menjadi insan cemerlang dalam persaingan mengajar kemajuan perkara pokok yang perlu dikuasai oleh Umat Islam ialah Ilmu,ekonomi dan yang pentingnya ialah kekuatan akidah untuk mengharungi peredaran zaman yang dibawa oleh arus kemajuan,” katanya berucap di majlis Sambutan Maal Hijrah Zon Klias di Masjid Al Taqwa Kampun Rancangan Klias dekat sini.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua Usia Tun Sakaran Dandai dan turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Usia Datuk Seri Panglima Ampong Puyun, Naib Yang Dipertua Datuk Matussin Awang Damit, Lamsir Hamidsor dan Setiausaha Agung Usia, Abdullah Hussin.

Sehubungan itu Lajim yang juga Wakil Rakyat Klias mengajak umat Islam agar membudayakan konsep hijrah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w sebelum ini sebagai panaduan untuk memperbaiki kehidupan kearah yang lebih baik dan sempurna untuk kepentingan dunia dan di akhirat kelak.



Lajim dan Ampong mengiringi Sakaran menerima cenderakenangan dari Pengerusi Penganjur selepas merasmikan majlis tersebut

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Wakil Rakyat Kawasan Lumadan Datuk Surinam Sadikon mengakui kawasan Lumadan berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancungan berdasarkan kepada keadaan alam sekitar dan geografinya.

Setakat ini, katanya, kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM2.1 juta untuk membangunkan kawasan Taman Burung Kampung Teratak Padas Damit dan kawasan Sungai Garama.

Katanya, kawasan berkenaan terkenal dengan daya tarikan monyet Belanda dan pelbagai spesies burung hijrah.

“Kini kawasan Sungai Weston juga akan dimajukan sebagai produk terbaru pelancongan ke kawasan ini,” katanya selepas melawat dan menyusuri Sungai Weston.

Lawatan itu turut disertai pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.



Surinam bersama pemimpin masyarakat tempatan menyusuri Sungai Weston bagi meninjau potensinya.

Category: General
Posted by: keruak
KINARUT: Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tun Datu Mustapha, Kinarut dijadikan sebagai lokasi Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Negeri pada tahun ini.

Pengetuanya, Haidon Hadi Sapiri berkata, pusat itu antara lain memberi latihan semua pasukan badan beruniform, pasukan pertubuhan bukan kerajaan dan pasukan seperti Bulan Sabit Merah, Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba dan sebagainya.

Katanya, pusat itu akan dilengkapi dengan gelanggang kawad kaki, ‘flying fox’, rentas halangan, berkayak dan ‘jungle tracking.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Sukan tahunan SMK (A) Tun Datu Mustapha 2007 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di perkarangan sekolah tersebut.

Dalam majlis itu, Rosnah menyeru rakyat khususnya generasi muda untuk melibatkan diri dalam sukan yang bukan sahaja boleh meningkatkan produktiviti kegiatan harian tetapi juga menjamin kesihatan mereka pada hari tua.

“Dengan bersukan, rakyat boleh mengamalkan budaya gaya hidup sihat. Bersukan juga boleh memupuk perpaduan dan toleransi antara satu sama lain,” katanya.



Rosnah menyampaikan hadiah kepada pasukan yang memenangi perbarisan rumah pasukan.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Ibu bapa yang layak menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) digesa memanfaatkan bantuan itu untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata tujuan kerajaan memberi bantuan itu adalah untuk meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan.

Katanya, bukan semua pelajar diberikan bantuan itu kerana ia hanya dikhaskan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

"Bantuan ehsan ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan kepada keluarga-keluarga yang dikenalpasti miskin dan tidak berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian KWAPM bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, di sekolah itu di sini. Hadir sama Guru Besar SK Pekan, Tajuddin Haji Hasbollah.

Seramai 178 murid sekolah itu menerima bantuan KWAPM yang diiringi ahli keluarga masing-masing.

Mereka yang layak menerima RM350 seorang bagi pembiayaan yuran dan membeli peralatan persekolahan.

Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis seterusnya berharap agar ibu bapa bijak berbelanja menggunakan bantuan wang tersebut.

Katanya, ibubapa juga seharusnya bersikap amanah ketika berbelanja wang itu kerana ia diperuntukan untuk membeli kemudahan dan keperluan anak-anak mereka untuk ke sekolah.



Abdul Rahim menyampaikan bantuan KWAPM kepada seorang murid SK Pekan, Papar

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad meluangkan masa hampir dua jam di Kampung Pisukau, Sipitang kelmarin bagi beramah mesra dengan penduduk kampung terbabit.

Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin seterusnya mengambil kesempatan untuk berkunjung dan melihat sendiri rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimiliki oleh Asmat Saliman di kampung itu yang hampir roboh.

Kunjungan itu turut disertai oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asmie Tengah di mana Sapawi turut melawat dan melihat kerosakan balai raya kampung tersebut.

“Kita akan membantu untuk memperbaiki rumah dan balai raya itu,” kata Sapawi.

Rumah Asmat yang didiami seamai tujuh orang itu akan dibaiki secara bergotong-royong di mana Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) akan mengetuai pelaksanaan projek tersebut.

Sapawi memberitahu projek secara bergotong-royong itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman sesama penduduk kampung.

“Apa yang jelas di sini, ikatan persefahaman dan kerjasama penduduk kampung amat membanggakan dan kita juga memuji pihak JKKK yang dapat mengemukakan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung mereka,” katanya lagi.

Manakala bagi membaiki balai raya kampung tersebut, Sapawi memberitahu ianya akan disenaraikan dibawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).



Sapawi ditemani Asmat (tiga dari kanan) melihat sendiri kerosakan rumah Asmie yang hampir roboh.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Usahawan Bumiputera disaran meningkatkan ilmu perniagaan diceburi di samping memiliki kebijaksanaan serta bersedia menghadapi pelbagai cabaran pada era globalisasi yang sentiasa berubah.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran,berkata setiap usahawan perlu mempunyai minat mendalam serta menguasai ilmu kemahiran berkaitan perniagaan yang diusahakan.

“ Para usahawan seharusnya berani bersaing dalam dunia globalisasi masa kini yang banyak memerlukan kebijaksanaan serta ilmu di samping mempunyai keberanian menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar,” katanya.

Beliau berucap demikian sempena merasmikan syarikat perniagaan kereta mewah NAJIBJAYA SdN Bhd di sini. Hadir sama sempena majlis itu Adun Merotai, Datuk Liew Yun Fah, Presiden Majlis Perbandaran tawau, Salsidu Ibrahim, Pengarah RASPAND, Abd. Rasad Adam, Pengarah Urusan Najibjaya, Najib Teh dan Pengarah Najibjaya, Saadiah Abd Rasad.

Nasir berkata, dengan perkembangan menarik era RMK-9 yang bakal menjadikan Misi Nasional sebagai landasan menjayakan matlamat menuju negara maju, ia sudah pasti menambahkan persekitaran perniagaan yang lebih baik.

Katanya, misi nasional menekankan aspek pelaksanaan program yang boleh meningkatkan keupayaan negara bersaing di peringkat global.



Nasir (dua kiri) memotong pita kereta mewah sempena merasmikan syarikat itu

Category: General
Posted by: keruak
NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Indusrti Makanan merangkap ADUN kawasan Nabawan, Datuk Bobbey Suan baru-baru ini merasmikan Mini Astaka Padang Kampung Ria Nabawan, di sini.

Mini Astaka tersebut dibina melalui peruntukan khas ADUN beliau bagi kemudahan sukan masyarakat kampung tersebut.

Beliau berkata dengan adanya kemudahan tersebut lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan dan berharap ia akan memangkinkan serta peningkatan sukan di daerah ini secara keseluruhannya.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Nabawan, Mohd Farid Yamin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Awong Lukap, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Jubilin Kilan, mantan wakil rakyat Ulin Datuk Pamiang, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ahuar Rasam, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat akar umbi.



Bobbey ketika merasmikan Mini Astaka Padang Kampung Ria, Nabawan.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan perasmian majlis pecah tanah Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), yang dibangunkan oleh Petronas di Kimanis, dekat sini petang ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengiringi Perdana Menteri pada majlis itu.

Pemimpin lain termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Presiden Petronas merangkap CEO, Tan Sri Hassan Marican serta menteri Kabinet negeri.

Dalam ucapannya, Abdullah mengakui SOGT bakal menjadi nadi kepada pembangunan negeri kerana ia bukan sahaja menggalakkan industri petroleum, tetapi juga menyedia peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain kerja kontrak.

Menurutnya, Petronas juga akan mewujudkan peluang kepada usahawan baru yang ada hubung kait dengan industri gas dan minyak, sekali gus membawa kemajuan kepada negeri Sabah keseluruhannya.

Beliau turut menyambut baik kesediaan Petronas untuk bekerjasama dengan beberapa institusi latihan tempatan termasuk Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan Pusat Giat Mara, bagi melatih anak-anak tempatan dalam bidang yang diperlukan.



Abdullah (tengah) menandatangani plak sebagai tanda perasmian SOGT sambil disaksikan Musa (kanan) dan Hassan Marican (kiri).

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik perlu untuk meningkat penguasaan BI di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kerajaan juga telah mengambil langkah drastik dengan menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran utama Sains dan Matematik yang telah dimulakan dan dilaksanakan pada tahun 2003.

Katanya, ini jelas menunjukkan kerajaan pusat dan negeri sentiasa ingin memastikan semua rakyat mendapat sistem pendidikan yang terbaik. Pada hari ini, dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negara ini mendapat pengiktirafan warga pendidik luar negara yang menyifatkannya sebagai strategi penting untuk meningkatkan penguasaan bahasa global itu di kalangan pelajar.

Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia berkata, pelaksanaan BI dalam Sains dan Matematik tersebut memberi motivasi kepada pelajar untuk memahami dan mendalami bahasa antarabangsa tersebut.

“Pelajar kita sangat bertuah dan beruntung kerana kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap pembangunan sistem pendidikan dengan memperkenalkan dasar yang mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam segenap bidang.

“Dalam era pembangunan yang pesat, persaingan semakin sengit dan penggunaan Bahasa Inggeris amat penting memandangkan ianya merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Program Mesra Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Mandalipau, Papar anjuran UNITAR Sabah.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, Prof Dr. Morni Kambrie, Ketua Pegawai Operasi, Mary Monica Jiony, Guru Besar SK Mandalipau, Bahrun Bin Kasran, Pengerusi JKKK Kg. Mandalipau, Jupius Punau, Pengerusi PIBG, Paulus Masatim, ibu bapa dan 71 orang murid-murid sekolah.

Rosnah juga turut memuji usaha siswa-siswi UNITAR Sabah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Usaha ini juga mampu mencetuskan kesedaran di kalangan penduduk dan pelajar luar bandar di negeri ini terhadap kepentingan pelajaran.

“Saya percaya melalui program yang dibuat oleh UNITAR Sabah sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid ini untuk memperbaiki dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris.

Dalam majlis itu, Rosnah turut meluluskan bantuan RM3,000 untuk Tabung PIBG SK Mandalipau untuk mengadakan program aktiviti dan menambah keperluan sekolah.



Murid-murid berebut-rebut hendak bersalaman dengan Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pegawai Eksekutif

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kemiskinan bukanlah penghalang untuk seorang pelajar maju dan menjadi insan yang cemerlang, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail.

Menurutnya, kemiskinan sepatutnya menjadi pendorong untuk pelajar berusaha lebih gigih untuk mengubah cara hidup.

"Janganlah jadikan kemiskinan sebagai alasan dan penghalang untuk mencapai kejayaan. Ini kerana melalui pendidikan seseorang itu boleh mengubah nasib keluarga mereka," katanya.

Belia berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Kali Ke-43 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di pada sekolah itu di sini.

Hadir sama Pegawai Daerah, Iman Ali dan Pengetua SMK Majakir, Loh Kok Cheang.

Abdul Rahim menjelaskan, kebanyakan mereka yang berjaya hari ini bermula dari bawah, termasuklah faktor kemiskinan.

Katanya, tidak ada yang mustahil bagi seseorang itu untuk mencapai Kejayaan sekiranya mempunyai semangat.



Abdul Rahim menerima cenderakenangan daripada Pengetua SMK Majakir, Loh Kok Cheang sejurus merasmikan Kejohanan Olahraga Kali Ke-43 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir, Papar.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Malam Gema Warisan dianjurkan adalah untuk mewujudkan semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan agama di Universiti Malaysia Sabah , Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).

Menurut Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Mohd Azri Ibrahim, program itu mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan sekaligus memupuk perpaduan kaum pelajar berbilang kaum.

Katanya, melalui penganjuran program seperti itu, pelajar dan kakitangan mampu berinteraksi sesama mereka walaupun terdapat perbezaan agama, bangsa dan fahaman budaya.

“Program Malam Gema Warisan berupaya memupuk perpaduan di kalangan pelajar sekaligus terus mengeratkan hubungan kaum dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Gema Warisan 2007 di Dewan Utama, universiti itu, malam kelmarin.

Pelbagai acara diadakan seperti persembahan multimedia, pancaragam, nyanyian, lakonan, tarian tradisional, ratu kebaya dan cabutan nombor bertuah.

Turut hadir Kaunselor, Nur Iman Reedzal, Penyelaras Program, Roslinahwati Abdul Rajak dan Pengarah Program, Asmawi Azad Hassan Basari.

Mohd Azri berkata program anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Alpha itu bertujuan untuk memupuk semangat juang dan berpasukan serta setiakawan di kalangan pelajar.

Beliau menjelaskan program itu memberi pengalaman kepada pelajar dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum dan agama untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

Katanya, semua pelajar harus memgenali dan mengetahui serta mempertahankan warisan budaya kaum masing-masing agar bangsa lain turut memahami adat budaya tersebut.

“Melalui program itu, pelajar lain dapat mengenali dan mengetahui warisan budaya orang Melayu sekaligus memperkayakan kepelbagaian budaya di negara ini amnya,” katanya.

Sepanjang program itu berlangsung, pelbagai acara diadakan termasuk pertandingan futsal, acara sukaneka, batu seremban, congkak, menganyam ketupat dan carom.



Mohd Azri memukul gong tanda perasmian Malam Gema Warisan diperhatikan Roslinahwati (dua kanan) dan Asmawi Azad (dua kiri) malam kelmarin.

Category: General
Posted by: keruak
KINABATANGAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Aklee Abbas menghadiri mesyuarat kali kedua cadangan pengwujudan Pekan Baru Sukau di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan, baru-baru ini.
Antara perbincangan utama mesyuarat itu ialah mengenal pasti tanah yang dipohon oleh penduduk kampung di atas tapak cadangan Pekan baru tersebut.
Menurut Aklee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, beliau telah difahamkan oleh Jabatan Tanah Dan Ukur Daerah Kinabatangan terdapat permohonan tanah oleh penduduk kampung di atas tapak cadangan pekan baru tersebut.
Jelas beliau, perbincangan lanjut diantara pemohon tanah dengan agensi kerajaan yang terlibat akan dibuat dalam masa yang terdekat ini sebelum pelaksanaan projek tersebut dilaksanakan.
“Projek pekan baru Sukau bukan sahaja penting kepada kerajaan malah ia juga banyak memberi impak positif kepada penduduk di Sukau itu sendiri, oleh itu saya berharap kepada para pemohon tanah yang tanah mereka terlibat dalam cadangan projek itu dapat memberi kerjasama sebaik mungkin bagi manafaat semua pihak demi kemajuan di kawasan tersebut,” katanya.
Cadangan pembinaan pekan baru Sukau di Kampung Sukau di atas tapak tanah seluas 115 hekar (241 ekar ) apabila dilaksana kelak akan menjadi mercu tanda kemajuan di kawasan berkenaaan.
Hadir sama Pegawai Daerah Kinabatangan, Latif Kandok, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau, Abdul Agas serta Ketua-Ketua Jabatan agensi kerajaan yang terlibat dalam perancangan projek berkenaan.

AKLEE (kiri) memberi penjelasan kepada Latif (dua dari kiri), Abdul (tiga dari kanan) serta sebahagian ketua kerajaan yang hadir.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di sini petang ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Sabah .

Sejurus tiba, beliau merasmikan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu iaitu terminal tambang murah yang pembinaannya berharga RM250 juta.

Antara yang hadir pada majlis itu Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy serta menteri Kabinet negeri dan Pusat.

Pada sebelah malamnya, Abdullah yang juga Presiden UMNO menghadiri mesyuarat tertutup serta jamuan malam bersama pemimpin Umno Sabah di Hotel Magellan Sutera.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas perasmian Terminal 2 LTAKK, Abdullah menggesa kerajaan negeri Sabah supaya menyegerakan pelaksanaan koridor pembangunan bagi negeri ini.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah mengenai perkara itu dan ia akan diterajui oleh Yayasan Sabah, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd. Beliau berkata projek itu akan turut membabitkan penyertaan usahawan sektor swasta manakala strukturnya akan diputuskan oleh kerajaan negeri.

Perdana Menteri juga berkata Sabah pastinya mempunyai potensi besar dalam pelancongan, terutamanya dengan pemeteraian perjanjian udara bagi BIMP EAGA (Kawasan Pertumbuhan Timur Asean Brunei , Indonesia , Malaysia , Filipina).

"Ini bermakna penerbangan ke Sabah akan lebih banyak daripada sebelum ini...saya juga gembira kerana AirAsia X (sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah Malaysia ) akan terbang ke destinasi antarabangsa yang lain," katanya.

Abdullah berkata Terminal 2, terminal penerbangan tambang murah bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, bukan sahaja memenuhi keperluan penerbangan domestik tetapi juga penerbangan antarabangsa.



Abdullah diiringi Musa (kiri) dan Chan (kanan) menandatangani plak sebagai tanda perasmian Terminal 2 LTAKK semalam.



Abdullah yang diapit oleh (dari kiri) Datuk Yahya Hussin, Musa, Shafie Apdal and Hajiji pada mesyuarat tertutup Umno Sabah di Kota Kinabalu

Category: General
Posted by: keruak
Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, syarikat swasta tidak melupakan tanggungjawab sosial dengan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pertubuhan sukarela kebajikan.

Kenwood AV Centre dan Soso Electronic Sdn.Bhd yang diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Frankie Liew telah melawat beberapa rumah kebajikan di Kota Kinabalu dan Tuaran untuk menyampaikan sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Frankie Liew dan kakitanganya tidak terkecuali melawat Rumah Kebajikan Suria di sini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai syarikat swasta yang prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria, Datin Seri Raya Erom yang juga isteri bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Menurut Frankie Liew, sumbangan ikhlas syarikat itu yang berupa makanan, barang keperluan harian dan “ang pow” bagi membolehkan golongan yang kurang bernasib baik bersama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita perlu prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik dengan tampil menghulurkan sumbangan pada kadar yang termampu selaras dengan konsep masyarakat penyayang yang digalakkan oleh kerajaan”, katanya. Sementara itu, Raya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Frankie yang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Kebajikan Suria sejak beberapa tahun lalu.

“Saya berharap lebih banyak pertubuhan, syarikat dan individu dari masyarakat Cina yang tampil menyumbang untuk Rumah Kebajikan Suria kerana ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan masyarakat”, katanya.

Menurutnya, menerusi lawatan dan kunjungan itu akan mendedahkan kepada masyarakat terutama generasi muda tentang perlunya mereka memberi perhatian terhadap golongan tidak mampu dan kurang bernasib baik.

Raya berkata Rumah Kebajikan Suria sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang sudi datang melawat dan membantu anak-anak yatim di rumah itu.



Frankie bersalam dengan anak-anak yatim Rumah Kebajikan Suria.



Frankie Liew dan rombongan bergambar bersama Datin Seri Raya Erom dan penghuni Rumah Kebajikan Suria semasa melawat dan menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina.

Category: General
Posted by: keruak
BAUFORT: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia turut terpanggil menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur kepada mangsa bencana banjir di Kampung Lawa Beaufort baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Marzuki Yahya yang juga bapa angkat bagi Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Marzuki berkata sumbangan berkenaan merupakan khidmat sosial Pemuda bagi membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.

Turut mengiringi Marzuki di majlis penyerahan sumbangan itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Isnin Aliasnih, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Othman Ahmed dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Jali Nordin.



Marzuki sambil diperhatikan oleh Isnin, Othman dan Mohd Jali menyampakan sumbangan kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno Sipitang Jamal Musni yang mewakili masyarakat setempat.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Peringkat Negeri Sabah Bil.1/2007 di bilik persidangan Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, di sini.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dan Pengerusi MPWK Negeri Sabah berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan program MPWK peringkat parlimen sepanjang tahun 2006.

Beliau memuji komitmen Pengerusi-Pengerusi MPWK Parlimen yang komited melaksanakan program-program MPWK yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak di peringkat akar umbi.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Pengerusi MPWK peringkat parlimen termasuk Senator Datuk Armani Mahiruddin (Libaran), Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad (Sepanggar), Datuk Amisah Yassin (Ranau), Datuk Amisah Samat (Kalabakan), Datin Aminah Ambrose (Kudat).

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Jornah Mozihim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Janet Chee, Setiausaha Bersama MPWKN, Siti Sapoo Ahok dan Abd.Halil Omar.



Yahya (bersongkok) bergambar kenang-kenangan bersama Pengerusi-Pengerusi MPWK peringkat parlimen.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Zon Pasir Putih muncul sebagai johan keseluruhan Pertandingan Ten Pin Bowling merebut Piala Pusingan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang berlangsung di CPS Bowl, Centre Points, semalam.

Dengan rekod 2904 jatuhan pin, pasukan bowling Pasir Putih selain memengangi Piala Pusingan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, turut memenangi hadiah wang tunai RM400 dan baucer permainan bowling.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Naib johan disandang oleh pasukan Tengah Padang dengan memperolehi 2743 jatuhan pin. Pasukan itu merangkul hadiah wang tunai RM300 dan baucer permainan.

Pasukan Sembulan menduduki tempat ketiga dengan sebanyak 2736 jatuhan pin untuk memenangi hadiah wang tunai RM200.

Setiausaha UMNO Bahagian Putatan, Ishar Ramli memenangi hadiah “high game individu” dengan 801 jatuhan pin dan “high series individu” pula dimenangi oleh Digam Kasam (686).

Mereka masing-masing memenangi wang tuani RM100. Pertandingan itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Komuniti Putatan dan disertai oleh sebanyak 12 pasukan.

Turut hadir di majlis itu ialah isteri Yahya, Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Abd.Kahar Mohd.Zain, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir.Shahelmey Yahya, Ketua Puteri Bahagian Putatan, Hamidah Mohd.Jafar dan Naib Ketua Wanita Bahagian, Julia Palasin.

Yahya menyampaikan hadiah kepada pasukan bowling Pasir Putih.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO bahagian diminta untuk mengaktifkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Ketuanya, Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata, gesaan ini dibuat selepas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang meminta semua bahagian UMNO Sabah termasukkan Pergerakan Wanita UMNO peringkat bahagian mengaktifkan jentera bagi memberi khidmat berterusan kepada rakyat.

“Wanita UMNO merupakan tulang belakang bagi UMNO di negeri dan mereka (ketua wanita) perlu memastikan jentera parti di peringkat bahagian berjalan dengan lancar.

“Saya telah mengarah semua ketua-ketua Wanita UMNO seluruh Sabah untuk turun padang dan mengerakkan jentera parti di setiap bahagian dan cawangan. Saya juga meminta Wanita UMNO bahagian supaya Ketua-Ketua 10 (K10) mereka untuk mengkaji dan memahami gerak kerja parti sebelum menghadapi pilihan raya umum yang diadakan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pergerakan Wanita UMNO Sabah di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah, di sini.

Hadir sama Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Wanita, Datuk Hamisah Samat, Ketua Penerangan, Jainab Datuk Ahmad, Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Azizah Datuk Dun Banir serta ketua-ketua Wanita UMNO seluruh bahagian.

Armani yang juga anggota Dewan Negara berkata, penubuhan jentera parti di peringkat akar umbi itu bertujuan membantu kerajaan mendapatkan maklum balas berhubung program dan projek yang dilaksanakan serta isu-isu semasa.

“Kita tidak mahu timbul perkara tidak diingini berlaku, apabila menjelang pilihan raya, pelbagai tohmahan, aduan dan surat layang akan muncul untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang,” tegas Armani.

Jelas Armani, Ketua-ketua Wanita UMNO bahagian jangan terlalu selesa selepas kemenangan besar pilihan raya umum pada bulan Mac 2004. Jentera parti peringkat bahagian dan akar umbi perlu bergerak dari sekarang.



Armani menerangkan sesuatu kepada Datuk Azizah Datuk Mohd Dun Banir mengenai jentera parti Wanita UMNO bahagian yang perlu digerakkan di peringkat bahagian dan cawangan.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Bertemu peniaga menjelang sambutan Tahun Baru Cina menjadi kesempatan bagi Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan meninjau keadaan kemudahan di kedai-kedai.

Beberapa masalah dapat diselesaikan serta-merta dengan adanya para ketua-ketua jabatan turut mengiringi berjalan bertemu peniaga di Bandar Keningau dan Pekan Tambunan hari ini.

Ketika bertemu peniaga di Pekan Tambunan untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina, Pairin diiringi Pegawai Daerah Thomas Angor, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan Wolfred Gentiu dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Wilfredoline Jakil.

Perjalanan menemui para peniaga itu diketuai oleh Kapitan Masyarakat Cina Tambunan Yong Ngun Thoe. Turut hadir Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai, Ketua Penerangan PBS Johnny Mositun, Penolong Setiausaha Agung PBS Daniel Kinsik dan Ahli Majlis Tertinggi PBS John Chryso Masabal.



Pairin bersama pegawai kanan Kerajaan dan rombongan ketika melakukan perjalanan bertemua peniaga di Pekan Tambunan.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sabah menyambut baik langkah Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10 bilion untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar bagi memastikan semua pelajar mendapat akses dan ekuiti pendidikan sama rata.

Pengerusi Perhubungan GPMS Sabah Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata bagi menjana sektor pendidikan di negeri ini peruntukan tersebut merupakan langkah positif bukan sahaja untuk menjana kemajuan pendidikan, malah untuk mempertingkatkan kualiti insfrastruktur sekolah, rumah guru asrama termasuklah pejabat pejabat pendidikan di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan dari segi penyediaan kemudahan asas yang lebih baik dan sempurna.

“Peruntukan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan menjana kecermalangan mutu pendidikan negara dan ini amat selari dengan misi nasional kita bagi melahirkan modal insan cemerlang dalam mengisi keperluan pembangunan negara pada masa depan,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Kelas Tabika USIA Bahagian Beaufort di Kampung Rancangan Klias, di sini.

Perasmiannya disempurnakan Yang Dipertua USIA Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai

Mengenai sekolah berpusat yang akan diwujudkan Kementerian Pelajaran, Lajim berkata, Sabah adalah antara negeri yang begitu sesuai diwujudkan sekolah berpusat bagi mengatasi beberapa masalah seperti kekurangan murid dan lokasi kediaman pelajar terlalu jauh dengan sekolah.

“Faktor geografi serta lokasi beberapa kampung di negeri ini yang terletak jauh ke pedalaman adalah antara penyumbang masalah kekurangan pelajar di beberapa buah sekolah disamping lokasi sekolah terlalu jauh dengan kediaman pelajar dengan adanya sekolah berpusat ini kita yakin masalah ini akan dapat diatasi,” katanya.



Lajim mengiringi Sakaran beramah mesra dengan pelajar Tabika Usia Kampung Rancangan Klias selepas perasmian bangunan sekolah tersebut

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 15 pelajar akan mengadakan lawatan integrasi dan pertukaran kebudayaan ke Mesir anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) pada 16 hingga 24 Februari ini.

Menurut Pengarah Program, Mohd Izuandi Jaludin, lawatan sembilan hari itu akan diketuai Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL), Abdul Kamal Char.

Katanya, turut menganggotai lawatan sambil belajar itu ialah Penolong Pendaftar (HEP), Masri Judah, Penolong Bendahari, Badrul Hisham Ismail dan Penolong Pengurus Asrama Kolej Kediaman Beta, Saradli Arsat.

Beliau berkata antara tempat yang dikunjungi termasuk Universiti Al-Azhar, Universiti Cairo , Universiti Ain Syam dan Universiti Alexandria serta Institut Perubatan Ibnu Sina.

Selain itu, Izuandi berkata mereka juga akan melawat beberapa tempat bersejarah seperti makam-makam Nabi, Piramid dan makam Imam Shafie.

Katanya, rombongan itu akan turut membuat kunjungan hormat terhadap Duta Malaysia di Mesir dan melawat Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah.

Beliau berkata tujuan lawatan itu ialah untuk mendedahkan pemimpin mahasiswa dengan kehidupan pelajar di luar negara dan insfrastruktur di Mesir, mempromosi kebudayaan masyarakat Malaysia dan mempromosi Universiti Malaysia Sabah dan UMS, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) serta Wilayah Persekutuan Labuan amnya.



Abdul Kamal ( lima kanan), Masri Judah (empat kanan) dan Md Izuandi (empat kiri) bersama pelajar yang akan mengadakan lawatan ke Mesir 16 – 24 Februari ini.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad meluangkan masa untuk menemui mangsa kebakaran Saidi Yusof di Kampung Naluyan Sipitang, kelmarin.

Saidi tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya musnah dalam satu kebakaran akhir bulan lalu.

Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin turut menghulurkan sumbangan pribadi sebagai tanda simpati kepada Saidi.

“Sumbangan itu diharap dapat meringgankan beban beliau (Saidi),” kata Sapawi dan menambah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sindumin akan menghulurkan sumbangan peralatan bagi membina semula rumah Saidi.

Sapawi berkata pembinaan semula rumah itu dilaksanakan secara bergotong-royong.

Hadir sama pada kunjungan itu termasuklah Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kawalan Kampung (JKKK) Naluyan Madun Arif dan Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalaf.



Sapawi meninjau kesan kebakaran rumah Saidi Yusof (dua dari kanan).

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Langkah kerajaan mengwujudkan fail khusus mengenai pelaksanaan projek baik di peringkat negeri dan daerah wajar bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan memenuhi jusfikasi serta mengikut jadual ditetapkan.

Ketua Merinyu Projek Pembangunan Negeri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, makanisme itu tepat dalam menentukan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan khususnya dalam menjayakan misi nasional negara mencapai sasarannya.

“Dengan adanya fail khusus ini semua pihak baik di peringkat jabatan,pegawai kerajaan sebagai pelaksana di peringkat bawahan malah kontraktor yang terbabit dalam pelaksanaan projek pembangunan lebih komited dan bertanggungjawab” katanya ditemui selepas mengagihkan kad ucapan Tahun Baru Cina kepada golongan peniaga Tionghwa di pekan Beaufort di sini.

Mengiringi Lajim di majlis penyerahan kad tahun baru cina dan Ang Pow ini termasuklah Pegawai daerah Beaufort Mohd Sidek Jubar, Ketua Bahagian MAC Beaufort Vincent Yong Ketua Bahagian parti LDP Beaufort Goh Chee Young Naib Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Kimjus Duim serta pemimpin masyarakat tempatan

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berharap sambutan perayaan tahun baru Cina kali ini dijadikan wadah bagi pelbagai lapisan rakyat majmuk di negeri ini memperkukuhkan perpaduan

Katanya, melalui amalan rumah terbuka serta semangat kunjung mengunjungi yang sudah menjadi budaya rakyat di negera ini dalam sesuatu perayaan perlu disemarakkan dimana hubungan harmoni serta semangat setiakawan dapat dipupuk melalui konsep rumah terbuka



.Lajim diiringi Ketua Bahagian parti MAC Beaufort Vincent Yong ketika menyerahkan kad ucapan kepada salah seorang peniaga dari kaum Tiong Hwa di Pekan Beaufort

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail meluangkan masa hampir empat jam mengagih-agihkan kad, angpow dan kalendar kepada masyarakat Tionghua di sekitar Pekan Papar di sini yang akan menyambut Tahun Baru Cina, hujung minggu ini. Lawatan yang bermula seawal 8 pagi itu merupakan acara tahunan Abdul Rahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis beserta Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Dianggarkan 500 masyarakat Tionghua di sini yang majoriti peniaga menerima sumbangan daripada Abdul Rahim dan Rosnah dalam program itu.

Abdul Rahim ketika ditemui berkata, program berkonsepkan turun padang itu adalah acara bersama antara Abdul Rahim dan Rosnah yang kini telah masuk tahun ke tiga.

Katanya, semua pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk kapitan Cina turut serta dalam rombongan itu bagi melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh masyarakat Tionghua di Papar.

"Di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim, program ini secara langsung dapat mendengar segala keluhan dan rintihan yang dihadapi oleh masyarakat Tionghua di sini yang kebanyakannya adalah peniaga. "Dengan adanya penyertaan daripada pemimpin-pemimpin tempatan, mereka secara langsung akan dapat melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi itu," katanya.



Abdul Rahim bersama sebahagian warga Tionghua yang dikunjunginya di Papar

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak gembira kerana Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) banyak membantu kerajaan dalam memberi penjelasan kepada masyarakat di peringkat akar-umbi mengenai konsep Islam Hadhari.

Menurutnya, usaha yang dilaksanakan USIA bukan saja memberi kefahaman sebenar mengenai kebaikan konsep berkenaan, tetapi lebih penting dapat menangkis percubaan pihak tertentu yang berkemungkinan hendak mengelirukan rakyat.

“Kita menghargai inisiatif USIA yang turut memberi penjelasan berhubung konsep Islam Hadhari. Ini satu usaha murni kerana sungguhpun pada umumnya Islam Hadhari sudah ditrima baik di negara ini, namun tidak dinafikan masih ada segelintir pihak yang cuba memutarbelitkan konsep berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada perjumpaan dengan ahli jawatankuasa USIA Bahagian Kota Belud di sini hari inii, Hadir sama Pengerusi Usia Kota Belud, Lamsil Hamidsor.

Selepas pertemuan itu, Sallehyang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut menghadiri sesi konsultansi iaitu perbincangan dua hala dengan pemimpin masyarakat setempat di Kampung Taun Gusi, dekat sini.

Sesi secara informal itu menyaksikan pemimpin masyarakat mengemukakan syor serta maklum balas untuk memajukan kawasan dan penduduk setempat.

Salleh berkata konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sejak lebih dua tahun lalu, kini semakin diterima baik oleh seluruh rakyat berikutan sikap universalnya.

“Ini kerana ia turut memberi penekanan kepada kepentingan semua lapiran masyarakat termasuk kumpulan minoriti dan wanita. Antara ciri penting digariskan dalam Islam Hadhari ialah penguasaan ilmu, pembangunan seimbang, harta kekayaan dan kesihatan,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh berharap USIA terus memainkan peranan proaktif untuk memberi penjelasan mengenai segala kebaikan tersebut bagi membantu usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kita sebagai umat Islam perlu memikul tanggungjawab secara bersama bagi memupuk kefahaman mengenai konsep Islam Hadhari selain menjalankan kegiatan dakwah atau kebajikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat Islam di semua peringkat supaya jangan leka sehingga mengabaikan tugas yang diamanahkan termasuk usaha bagi memartabatkan agama Islam keseluruhannya.

Katanya, setiap organisasi Islam perlu mengembleng usaha secara bersama dan bersepadu demi memastikan penjelasan yang diberi difahami dan seterusnya diterima oleh masyarakat keseluruhannya.

“Penjelasan yang diberi mestilah selari dengan objektif kerajaan supaya sebarang percubaan mana-mana pihak untuk memutarbelitkannya dapat difahami muslihatnya, sekali gus ditolak atas prinsip kebenaran,” katanya. – ENDS





Salleh (tengah) ketika bercakap dengan ahli jawatankuasa USIA Kota Belud semalam.



Salleh (kanan) menerima cenderakenangan daripada Lamsl selepas perjumpaan USIA Kota Belud semalam.

Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) mengambil inisiatif menubuhkan sebuah gabungan dikenali Konfederasi Antarabangsa Komuniti Bajau tidak lama lagi, demikian diumumkan Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini.

Beliau berkata gabungan itu akan melibatkan persatuan-persatuan mewakili komuniti Bajau di rantau nusantara, khususnya Indonesia dan Filipina.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengetuai rombongan untuk melawat ke perkampungan Bajoe, Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia, tidak lama lagi untuk merapatkan kerjasama antara komuniti ini.

“Lawatan itu akan disusuli dengan kunjungan ke Filipina pula,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan ahli jawatankuasa penaja USBO Keningau di kediaman ketua penaja, Sanib Asun, di Kampung Kota Ayangan di sini.

Perjumpaan itu turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat Bajau dari daerah Tenom, Tambunan dan Nabawan.

Terdahulu pada sebelah pagi, Salleh menyampaikan ceramah bertajuk “Political Leadership in Government and at Societal Levels” kepada pegawai kanan kerajaan anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) di sini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata secara prinsipnya, semua pihak terlibat sudah bersetuju dengan cadangan penubuhan konfederasi dan kini sedang merangka butiran lanjut dan formatnya.

“Antara tujuan penubuhan konfederasi ini ialah menjalin hubungan antara komuniti selain kerjasama dalam bidang kebudayaan dan ekonomi,” katanya.

Beliau mengakui masyarakat rumpun Bajau kini ada di mana-mana, misalnya di Indonesia sendiri dianggarkan terdapat kira-kira dua juta komuniti Bajau di negara itu.

Mengenai perjumpaan itu, Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud meminta semua ahli USBO memberi sokongan kepada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing bagi membolehkan pelaksanaan agenda pembangunan kerajaan.

Katanya, pemimpin dan ahli USBO bertanggungjawab memberi penerangan mengenai dasar dan program kerajaan kepada masyarakat akar-umbi. – ENDS



Salleh (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian ahli jawatankuasa penaja USBO Keningau selepas perjumpaan itu.



Salleh (kanan) sedang memberi penjelasan pada perjumpaan dengan jawatankuasa penaja USBO Keningau.

Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Terus berikan sokongan padu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bagi membolehkan kepemimpinan negeri melaksanakan agenda pembangunan yang dirancang untuk rakyat.

Itulah antara intipati ceramah bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada lebih 50 pegawai kanan kerajaan yang mengikuti kursus `Management Development Programme” Kumpulan 3 Modul IV di Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) di sini hari ini.

Ceramah Salleh yang bertajuk “Political Leadership in Government and at Societal Levels” menarik perhatian pegawai-pegawai yang hadir yang merupakan dari kumpulan Gred 41-48 perkhidmatan awam.

Menurut Salleh, sokongan berterusan daripada anggota perkhidmatan awam merupakan prasyarat kejayaan dalam pelaksanaan sebarang program kerajaan.

“Ini kerana penjawat awam bertanggungjawab sepenuhnya dalam sistem penyampaian kerajaan,” katanya, sambil memberikan beberapa `tips’ menarik untuk dipraktikkan.

Kata beliau, setiap pegawai kerajaan mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing

Salleh ketika menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.

Salleh (kiri) bersembang dengan sebahagian pegawai kerajaan selepas menyampaikan ceramahnya.

Category: General
Posted by: keruak
(WATCH-OUT ANTI-KL POLITICAN)

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan ahli Barisan Nasional (BN) di peringkat akar-umbi supaya sentiasa waspada terhadap segelintir kumpulan pemimpin politik yang cuba meniupkan semula sentimen anti-Kuala Lumpur kebelakangan ini.

Tanpa menamakan kumpulan yang dimaksudkannya, beliau berkata kumpulan itu yang turut melibatkan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang sudah kecewa (disgruntle individuals) hanya mementingkan diri sendiri dan perjuangan sempit politik mereka.

Katanya, amalan politik kenegerian yang sempit sedemikian sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan ketidakstabilan yang akhirnya merugikan rakyat.

“Kita sudah menghadapi kumpulan orang politik seperti ii dahulu dan kita perlu waspada agar kita tidak terpedaya dengan taktik mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelaras BN Parlimen Kota Belud di sini Hadir sama wakil-wakil parti komponen BN di kawasan Kota Belud.

Salleh yang juga Pengerusi Penyelaras BN Kota Belud berkata kebelakangan ini sudah ada tanda-tanda kumpulan ahli politik berkenaan cuba meniupkan semula sentimen anti-KL dengan membangkitkan pelbagai isu.

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita perlu hubungan baik dengan Kuala Lumpur yang sudah membawa banyak kemajuan dan kemakmuran untuk negeri ini sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata kumpulan berkenaan sering bertindak agresif dengan meletakkan kesalahan kepada Kuala Lumpur setiap kali ada isu atau masalah berbangkit.

“Mereka melemparkan bermacam-macam tuduhan, sehinggakan ada yang berani mendakwa dan menuduh Umno sebagai parti penjajah,” katanya.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut menegaskan pentingnya setiap ahli BN komited kepada semangat serta konsep perjuangan BN yang sebenar, demi menentukan kekuatan parti dalam jangka panjang.

“Apabila kita berada dalam BN, jangan kita letakkan hanya sebelah kaki di dalamnya dan sebelah kaki lagi di luar. Ini budaya yang tidak sihat dan perlu dikikis,” katanya, sambil menegaskan bahawa BN komited dengan amalan `politik kesaksamaan’.

Beliau berkata tumpuan semua pihak kini harus kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menjayakan Misi Nasional selain memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di peringkat Persekutuan dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri.

Mengenai BN Kota Belud, beliau berpuas hati dengan tahap kerjasama semua parti komponen dan berharap ia diteruskan dalam rangka menghadapi pilihan raya akan datang.

“Yang penting kita tentukan semua kerusi, baik di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh BN supaya kita mampu meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan BN Kota Belud akan menganjurkan dua program dalam tempoh terdekat ini, iaitu kursus kepemimpinan yang melibatkan ahli BN di peringkat akar-umbi serta program pembangunan pendidikan. – ENDS





Salleh (dua dari kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelaras BN Parlimen Kota Belud.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan ibu bapa supaya jangan terlalu berkira dalam soal memajukan pendidikan anak-anak demi menjamin masa depan mereka.

Sehubungan itu, beliau mahu ibu bapa bersedia berkorban dengan mengetepikan perkara-perkara tidak perlu yang melibatkan kewangan.

“Kita kena ingat bahawa proses pembelajaran di sekolah bukan terhad kepada kerja dalam kelas semata-mata, sebaliknya merangkumi apa yang disebut sebagai kurikulum dan kokurikulum yang wajib dilaksanakan di sekolah mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

“Pelaksanaan program ini, terutama kokurikulum membabitkan tambahan sedikit perbelanjaan, bergantung kepada jenis dan bentuk kegiatan disertai,” katanya.

Salleh menegaskan pendidikan adalah prasyarat mencapai kemajuan dan perbelanjaan yang dikeluarkan itu tujuan pendidikan bukanlah satu pembaziran, sebaliknya satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Program Excel Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud 2007 dan Insentif Kepada Pelajar Cemerlang UPSR & PMR di SMK Pekan 2, di sini hari ini.

Kota Belud adalah daerah pertama melancarkan program itu. Menerusi program berkenaan, ia meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 100 murid di daerah ini cemerlang dengan mencatatkan keputusan 5A di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Sabah, Maimunah Suhaibul dan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, Said Andong.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut menasihatkan pelajar agar menguasai dan mendalami pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

“Menerusi penguasaan dalam bidang ICT, ia memudahkan pelajar membuat rujukan dan latihan secara berkesan,” katanya, sambil menegaskan bahawa dalam dunia global sekarang pelajar tidak dapat lari daripada ICT.

Menurutnya, dunia siber dan internet adalah satu kemestian untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun, justeru ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif mendedahkan anak-anak mereka dengan dunia ICT seawal mungkin menerusi penggunaan komputer.



SALLEH menyampaikan sijil kepada seorang pelajar cemerlang di SMK Pekan 2 Kota Belud semalam.



Salleh menerima buku sebagai cenderamata daripada Said Andong selepas merasmikan program di SMK Pekan 2 Kota Belud.



SALLEH diiringi Said Andong disambut sebahagian ibu bapa dan guru yang hadir pada majlis di SMK Pekan 2 Kota Belud semalam.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who performed his Friday prayer at the City mosque in Likas today was presented a mock cheque of RM30,000 means for the State Relief Fund by the mosque’s committee members led by its deputy chairman, Jamal Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran, at a brief presentation ceremony at the City mosque after the Friday prayer.

The donation is donated by a donor who wished not to be named was handed over to the Chief Minister by Haji Jamal.



Jamal (right) presented the mock cheque of RM30,000 for the State Relief Fund witnessed by other City mosque committee members.

Category: General
Posted by: keruak
PITAS: Pergerakan Wanita UMNO Sabah sekali lagi turun padang bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah Kota Marudu dan Pitas kelmarin.

Lawatan itu diketuai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Senator Datuk Armani Mahiruddin dengan diiringi Setiausaha Wanita UMNO negeri, Datuk Hamisah Samat (Kalabakan) dan Adun Lumadan, Datuk Surinam Sadikum (Sipitang).

Dalam siri turun padang itu, Armani memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membantu dan tidak pernah lepas tangan dan memandang ringan masalah yang dihadapi mangsa banjir di beberapa buah daerah di negeri ini.

Katanya, bantuan yang sesuai diberikan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan mangsa banjir tidak terus berdepan sebarang kesulitan secara berterusan.

Menurutnya, ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah diingatkan tidak menjadikan banjir sebagai alasan tidak menyediakan keperluan pembelajaran anak mereka.

Katanya, ibu bapa perlu menyediakan keperluan seperti beg, buku, peralatan menulis, pakaian sekolah termasuk membayar yuran sebagai usaha memastikan tumpuan pelajaran anak mereka tidak terjejas.

Beliau berkata, paling penting ibu bapa perlu memberi sokongan kepada anak mereka belajar bersungguh-sungguh walaupun serba kekurangan.

Bantuan yang disampaikan termasuk beg sekolah, buku-buku latihan dan 300 kampit beras kepada 50 murid SK Kusilad dan 150 keluarga mangsa banjir di Dewan Gerakan Daya Wawasan Kg. Kusilad, Pitas.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Kudat, Datin Aminah Ambrose, Tinah Majawan (Kota Marudu), Hajah Rosimah Zakaria (Kota Kinabalu), Datin Rahmah Jan Sulaiman Khan (Tenom) dan Jamaliah Antalip (Tuaran) serta ahli-ahli Wanita UMNO dari Kota Marudu dan Kudat.



Armani menyampaikan bahan keperluan sekolah kepada kanak-kanak dari Kampung Teritipan dan Kampung Beliajung, Kota Marudu kelmarin.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Masih unggul, setia, bersatupadu dan sedia berjuang. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh para pemimpin, anggota dan penyokong Umno Bahagian Papar padi majlis Hari Keluarga anjuran parti itu di Padang Pekan Papar, baru-baru ini.

Bermula seawal jam 7.00 pagi dengan acara senamrobik, orang ramai mulai berpusu-pusu datang bersama keluarga masing-masing, tanpa mengira usia dengan satu tujuan iaitu membuktikan sokongan kepada Umno.

Hari Keluarga yang bertemakan 'Umno Parti Saya dan Keluarga Saya' itu memperlihatkan kesungguhan Umno Bahagian Papar dalam memperkasakan peranan, komitmen dan perjuangan mereka dalam parti Umno khususnya di Sabah.

Semua pemimpin Umno Bahagian Papar hadir dalam Hari Keluarga Umno itu yang diketuai oleh Pemangku Ketua Umno Bahagian Papar merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail bersama keluarga, Naib Ketua Umno Bahagian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kawang, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Datin Hajah Dayangku Ainun Haji Pengiran Bagul, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Jamal Nerubi dan Naib Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Dayang Shuraini Ampuan Binting.

Hadir sama semua Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian dan pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan. Hari Keluarga Umno itu secara langsung menguji komitmen ahli-ahli Umno Bahagian Papar untuk menghapuskan sebarang keraguan terhadap kekuatan parti itu.



Abdul Rahim sedang mengadili pertandingan tarik tali yang menjadi tumpuan umum.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN:Yang Dipertua Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Labuan (PSTWPL) Suhili Razali terus mendapat mandat dan kepercayaan untuk menerajui persatuan itu bagi sesi 2007-2009.

Beliau yang mendapat sokongan padu daripada semua Ahli Jawatankuasa PSTWPL pada mesyuarat agung ke-3 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Labuan baru-baru ini akan terus berganding bahu bersama Timbalan Yang Dipertua yang baru Matdaud Mohamad bagi memastikan PSTWPL terus maju dan dapat melahirkan pemain-pemain sepak takraw yang berkaliber khususnya di pulau ini.

Jawatan Setiausaha Kehormat disandang Sharif Ahmad Sh.Mundui manakala Timbalan Setiausaha, Sarawalih Asrin dan Bendahari, Norlilie Padil.

Enam Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih ialah Abidin Ahmad, Omar Mia, Ungsu Saidin,Termizi Isa, Handry Ugis dan Sulai Daud.

Lima AJK dilantik iaitu Abdullah Amir Abd.Rahman, Roslan Selamat, Matasan, Amir Mohamad dan Saidin Ibrahim.

Sementara itu, Suhili berkata persatuan itu merancang tiga aktiviti utama sepanjang tahun ini iaitu kursus pengadil, kejohanan sepak takraw terbuka Labuan dan kejohanan sepak takraw Piala Remaja 2007 serta program pembangunan sukan.

Katanya, persatuan bersama Jabatan Pelajaran Labuan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Labuan akan mengadakan klinik asas latihan dan pertandingan sepak takraw dua pemain untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah di Dewan Serbaguna Labuan pada 9 dan 10 Februari ini.

Beliau yang juga Ketua Kampung Gersik/Saguking berkata program itu merupakan lanjutan program Cari Juara yang akan dilaksanakan setiap bulan bagi menarik minat dan mencungkil bakat-bakat baru di kalangan kanak-kanak dalam sukan tersebut

Kursus pengadil dijangka diadakan pada Julai yang terbuka kepada individu yang berminat termasuk bekas pemain di Labuan dan Sabah manakala kejohanan sepak takraw terbuka Labuan pada Jun depan bakal menemukan pasukan dari Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam serta Labuan .



Suhili Razali (duduk keempat dari kanan) bersama Matdaud Mohamad (duduk ketiga dari kanan) serta Ahli Jawatankuasa PSTWPL sesi 2007-2009

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Pasukan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) tewas 2-6 kepada Universiti Brunei Darussalam dalam satu perlawanan futsal persahabatan di Brunei baru-baru ini.

Perlawanan itu diadakan sempena lawatan kerja UMS-KAL ke Brunei termasuk ke UBD, Jabatan Mufti dan beberapa tempat menarik di negara minyak itu.

Menurut Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) UMS-KAL, Mohd Azri Ibrahim perlawanan sukan itu diadakan untuk mengeratkan hubungan erat antara kedua-dua universiti.

Selain Mohd Azri, pasukan UMS-KAL dibarisi Mohd Faisol Ibrahim, Suffian Osman, Masri Judah, Abd Rahman Ibrahim, Mohd Zulkeflee Abd Razak, Mazlan Jumat dan Muhd Tahir Juan.

Pasukan wanita UMS-KAL turut mengadakan perlawanan badminton dengan UBD yang dibarisi Yanti Ahmad Shafee, Nur Iman Reedzal dan Roslinawati Abd Rajak.



Pasukan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) (baju merah) mengadakan perlawanan futsal dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) di Brunei, baru-baru ini.