Archives

You are currently viewing archive for January 2007
Category: General
Posted by: keruak
PUTRAJAYA: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman attended the 5th Mineral National Conference chaired by the Deputy Prime Minister Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak at Putrajaya on Tuesday.

The Chief Minister was accompanied by the State Natural Resources secretary, Haji Nordin Siman.



Pix shows Musa (right), Najib (centre) and Federal Minister of Natural Resources and Mineral, Datuk Seri Azmi Khalid (left) at the resfresment after the conference.

Category: General
Posted by: keruak
MANILA (Filipina): Syarikat Mabey and Johnson, pelaksana konsesi British untuk membangun jambatan luar bandar di pelbagai negara berharap dapat melaksana pembinaan pelbagai jenis jambatan pasang siap cepat dan berkualiti di kawasan-kawasan kampung di Sabah.

Untuk mencapai hasrat tersebut, syarikat berkenaan yang sedang melaksanakan projek di Filipina menjemput Kerajaan Sabah meninjau model-model jambatan yang sesuai dilaksanakan di Sabah di bawah program Perkongsian Malaysia-United Kingdom .

Kerajaan Negeri yang diwakili Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mengadakan tinjauan dan perbincangan di sini, diiringi pegawai kanan pelbagai kementerian dan jabatan seperti Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Unit Perancangan Ekonomi.

Syarikat berkenaan yang berpengalaman lebih 150 tahun dalam pembinaan jambatan di pelbagai negara, khusus membina pelbagai model jambatan seperti model Delta, Compact 200 (C200/ Jambatan Padat 200) dan flyover (jejambat).

Lawatan empat hari rombongan dari Sabah diberikan taklimat oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Mabey and Johnson, Miles Potter.

Kelmarin (28Jan) rombongan berkenaan dibawa meninjau beberapa jambatan seperti model Delta di San Bartolome, Quezon City, Model C200 di San Simon, Jambatan Anunas Angeles City, Cangatba Porac, Panganan Quickbridge Sta Rita dan Anun Florida Blanca yang kesemuanya berada di dalam Propinsi Pampanga.

Menurut profail Mabey and Johnson, syarikat berkenaan melaksanakan pembinaan jambatan pasang siap dengan keupayaan menyiapkan tiga jambatan setiap hari.

Rekod pelaksanaan pembinaan jambatan di Filipina sepanjang 2005-2006 menunjukkan keupayaan menyiapkan antara 9-47 jambatan setiap bulan.

Sebenarnya model-model jambatan tersebut bukan baru di Malaysia kerana sejak 1980 sebanyak 297 jambatan seumpama itu telah dibina di Malaysia yang meliputi 75 di Semenanjung, Sarawak (121) dan Sabah (101).

Di bawah program Perkongsian Malaysia-UK yang dicadangkan, Kerajaan British menawarkan modal pembinaan dengan pembayaran ansuran untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah bawah 2.5 peratus setahun melalui satu perjanjian.



Manila1 – Miles Potter sedang memberikan penerangan kepada Pairin ketika meninjau jambatan model Delta yang baru disiapkan di San Bartolome, Quezon City sambil diperhatikan Edward Yong

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Sharir Samad, telah mengadakan mesyuarat dan lawatan kerja ke Sabah baru-baru ini.

Ketibaan anggota PAC ke bangunan Dewan Undangan Negeri Teluk Likas kemarin disembut oleh Speker Dewan Undangan Negeri Datuk Juhar Mahiruddin,Pengerusi (PAC) Sabah Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Setiausaha Dewan Bernard J. Dalintang serta anggota PAC Sabah.

Sebelum mengadakan mesyuarat, rombongan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Speker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Juhar Mahiruddin di pejabatnya.

Mesyuarat kali ini turut melibatkan PAC Sabah untuk menyaskikan perjalanan mesyuarat yang di adakan di Bilik Mesyuarat Rafflesia Aras 3 Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.



Lajim bersalaman dengan anggota PAC sebaik tiba di majlis tersebut sambil diperhatikan oleh Sharir (tengah).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey Suan baru-baru ini membuat lawatan ke ladang tanaman buah naga (dragon fruit) di Bukit Tinggi, Pahang.

Ladang seluas lapan ekar itu dimiliki seorang konsultant, Victor Ong.

Pada masa yang sama, Bobbey turut melawat kilang ladang tersebut yang memproses buah naga untuk dijadikan minuman jus buah yang mana semakin mendapat pasaran dalam dan luar negeri.

Bobbey berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan rakyatnya mempelbagaikan penanaman dalam bidang pertanian.

Sebagai contoh katanya, buah naga adalah merupakan salah satu kegiatan pertanian yang boleh membawa hasil pulangan yang lumayan kerana mempunyai khasiat yang pelbagai. Kelihatan Bobbey menunjukkan buah naga yang mempunyai khasiat yang tinggi yang diusahakan oleh Victor.



Bobbey ketika melawat ladang buah naga di Bukit Tinggi baru-baru ini.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas merasmikan Kempen Keselamatan Jalanraya dan Derma Darah 2007 di Padang Merdeka, Bandaraya Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Kempen keselamatan yang disertai 75 kenderaan pelbagai jenis itu adalah anjuran bersama Majlis Keselamatan Jalanraya Sabah (MKJR), Kurnia Insuran, Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizebeth, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Hospital Likas, Perkas, Aragaya Automobile, Nestle dan Cash Negeri Sabah.

Pada majlis tersebut penganjur turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Chiang Kok Li penderma terbanyak 115 kali sepanjang tahun lalu.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri Sabah (MKJR), Minduru Mohd Noor; Pengurus Besar Kurnia Malaysia Timur, Kamal Ariffin Datuk Zakaria; dan Pengerusi Lembaga Pelawat QE Hospital, Kong Tsen Pean.



Aklee sedang melepaskan peserta kempen sambil diperhatikan Minduru (kiri sekali) dan Kamal Ariffin (empat dari kiri) pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 12 Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hikmah, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengadakan lawatan kerja sambil belajar ke Brunei Darussalam pada 26 hingga 28 Januari lalu.

Menurut penyelaras lawatan, Muhd Tahir Juan rombongan yang diketuai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Mohd Azri Ibrahim selaku Pengerusi Masjid Al-Hikmah itu telah melawat beberapa tempat menarik termasuk masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), Jabatan Mufti, Masjid Omar Ali Saifuddin Ali dan Kompleks Yayasan Hassanal Bolkiah.

Turut menyertai lawatan itu ialah Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Mohd Faisol Ibrahim dan Penolong Pendaftar HEP, Masri Judah .

AJK yang lain termasuk Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Sekolah Perniagaan dam Kewangan (SPKAL), Yanti Ahmad Shafee, Kaunselor, Nur Iman Reedzal, Pensyarah SPKAL, Mohd Zulkeflee Abd Razak, Penolong Pengurus Asrama, Roslinahwati Abd Rajak, Penyelia Asrama, Mazlan Jumat, Pembantu Tadbir HEP, Suffian Osman dan Pembantu Am Rendah SPKAL, Abd Rahman Ibrahim.

Katanya, sepanjang berada di sana, mereka turut mengadakan muzakarah dengan Penolong Naib Canselor Am, Universiti Brunei Darussalam, Dr Haji Serbini Haji Metahir dan perlawanan futsal serta badminton dengan pelajar universiti itu.

Muhd Tahir berkata lawatan dua hari itu bertujuan untuk membolehkan AJK Masjid bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan kepakaran mengenai fungsi, pentadbiran dan pengurusan masjid di kedua-dua wilayah berjiran itu.

Sementara itu, Mohd Azri berkata lawatan itu untuk meningkatkan kerjasama serantau selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak.

Beliau berharap kunjungan muhibah itu mampu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kepada pengurusan masjid untuk manfaat pelajar dan kakitangan UMS-KAL dalam usaha mereka mengimarahkan masjid dan syiar Islam di universiti itu.



Penolong Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Serbini Metahir (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada ketua rombongan Masjid Al-Hikmah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), Mohd Azri Ibrahim (tiga kiri).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri Malam Penghargaan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di Shangri-La Tanjung Aru Resort, semalam.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut melancarkan buku terbitan MPWS di majlis itu.

Buku tersebut ialah “Panduan Soal Jawab Undang-Undang Keluarga Islam” dan “Kesihatan Jilid I” dan “Jilid II”.

Beliau turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada beberapa orang individu, Pengerusi serta Ahli-Ahli MPWS serta Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil majlis tersebut.

Turut hadir isteri beliau, Datin Siti Jouyah Mohd.Yunin, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr.Yee Moh Chai, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd.Dun, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Ismail Wadin, Pengerusi MPWS, Datin Asnimah Sukardi dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Siti Sapoo Ahok.



Wartawan akhbar tempatan Daily Express, Mary Chin menerima sijil penghargaan daripada Yahya sambil diperhatikan oleh Hajah Siti Sapoo (tengah).

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee meminta Kerajaan Persekutuan agar memberi keutamaan mengwujudkan Kompleks Sukan Komuniti di luar bandar Sabah.

Katanya, ini memandangkan kawasan luar bandar negeri ini masih menghadapi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur sukan.

“Dengan wujudnya Kompleks Sukan Komuniti, bukan sahaja akan menjadi perangsang kepada belia dan juga atlit sukan peringkat daerah malah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sesebuah daerah.

“Ramai bakat yang berpotensi boleh dicungkil di peringkat daerah, sekiranya kemudahan sukan dapat diwujudkan oleh kerajaan untuk keperluan generasi belia”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sukan Futsal Pekan Beluran anjuran Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Beluran, dekat sini.

Turut hadir di majlis itu ialah ADUN Labuk, Datuk Michael Asang, Pegawai Daerah Beluran, Rajibi Haji Aman dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran, Saudi Samy.

Ronald berkata daerah Beluran amat memerlukan infrastruktur sukan yang baik bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Menurutnya, pengumuman Menteri Belia dan Sukan tentang hasrat kementeriannya untuk mewujudkan sebuah kompleks sukan komuniti bagi setiap parlimen telah memberi harapan yang tinggi kepada para belia dan ahli sukan di daerah itu.

Bagaimanapun katanya, setelah 3 tahun berlalu, kewujudan Kompleks Sukan Komuniti masih dinanti-nanti oleh rakyat luar bandar negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mencadangkan sebidang tanah yang tersedia untuk tujuan tersebut sejak 3 tahun lalu, namun belum mendapat sebarang jawapan yang konkrit daripada Kementerian Belia dan Sukan.



Ronald menyampaikan hadiah kepada pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan menyatakan beliau tidak pernah merestui adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyertai pembangkang untuk menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kalaulah saya memberi restu, lebih baik saya tidak berada dalam BN. Saya tidak boleh buat begitu dan saya tidak akan buat begitu sebab ketika menyertai semula BN kita sudah mengambil kira banyak perkara tentang perlunya berada di dalam BN”.

“Saya juga tidak pernah memberikan apa yang disebut sebagai nasihat yang menyesatkan atau mengelirukan kepada Dr Jeffrey dalam perjuangan politik seperti dakwaannya yang pernah dipetik dalam siaran akhbar,” kata Pairin.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian tangki kepada penduduk Kg. Nuntunan Apin-Apin di sini.

Katanya, beliau pernah memberikan nasihat kepada Dr Jeffrey tapi tidak pernah diikuti.

Menurut Pairin, ketika Dr Jeffrey dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Persekutuan, beliau pernah menasihatkan adiknya agar tidak bertanding pada pilihanraya Parlimen 1994.

“Saya ada beritahu dia (Dr Jeffrey) bahawa dia sudah dilantik Senator dan Timbalan Menteri, bagus sudah dia di sana itu dalam Kerajaan, tidak perlulah bertanding pilihanraya lagi, tapi dia bertanding di Parlimen Bandau (Kota Marudu) menentang Dr Max (Datuk Dr Maximus Ongkili-PBS) … saya kena berkempen untuk Dr Max lah,” kata Pairin.

Seterusnya Pairin mempersoalkan bagaimana mungkin ia dikatakan oleh Dr Jeffrey sebagai memberikan nasihat yang mengelirukan.

“Dia itu berpelajaran, orang pandai dan pandai menilai dan pandai bertindak … bagaimana pula dia mengatakan sayalah konon yang mengelirukannya?,” ujar Pairin.

Menurut Pairin lagi, “Ketika peralihan kuasa dari PBS kepada BN pada 1994, Dr Jeffrey pernah dipetik akhbar mengatakan saya tidak tahu apa-apa, saya tidak pandai, saya tidak pandai mentadbir, dia saja yang pandai, saya tidak pandai”.

Sehubungan itu, Pairin mengingatkan penduduk agar tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut yang sering menjadi bahan kempen pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) di Kawasan Keningau akhir-akhir ini.

Pairin menegaskan bahawa Kerajaan BN mempunyai komitmen dan kemampuan meningkatkan taraf hidup rakyat serta membawa pembangunan, berbeza dengan pembangkang, mereka tidak dapat menjadi Kerajaan dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Pada majlis itu Pairin menyerahkan 72 tangki kepada penduduk dan meluluskan 22 tangki lagi sebagai tambahan kepada keluarga-keluarga yang baru mendaftar.

Pairin juga meluluskan peruntukan membaiki dapur balairaya dan kelengkapan, pendawaian elektrik balairaya serta 100 buah kerusi plastik untuk kemudahan balairaya Kg Nuntunan.

Turut hadir pada majlis itu Adun Bingkor Justin Guka, Ketua Bahagian PBS Bingkor Majabin Dalinus, Ketua Bahagian PBS Liawan Robert Ungkau dan Ketua Cawangan PBS Kg Nuntunan Francis Dipal.



PAIRIN disambut penduduk ketika sampai di Kg Nuntunan Apin-Apin

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Syed Abbas Ayed Ali meminta meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya membaiki segera sebuah jambatan besi yang runtuh akibat banjir besar pada 4 Jan lalu.

Katanya, kebanyakan penduduk di situ adalah peneroka kelapa sawit dari Kampung Andrassy, Balung, kini terjejas teruk apabila jembatan Sg. Andrasssy terputus dalam kejadian banjir berkenaan.

Beliau menganggarkan kos pembaikan untuk memulih jambatan tersebut kira-kira RM1.8 juta.

“Jambatan yang terputus itu menyebabkan punca pendapatan peneroka juga terputus. Semasa banjir itu melanda, tujuh rumah tenggelam dan tiga dihanyut oleh arus deras sungai,” katanya selepas mengadakan tinjauan jambatan Sg. Andrassy, Balung.

Abbas berkata jalan alternatif yang digunakan peneroka agak jauh dan ia mengambil masa lama tiba ke kilang kelapa sawit di Apas, Balung.

“Di kawasan Andrassy sahaja kita mempunyai lebih kurang 3,000 pengundi dan 8,000 orang penduduk. Saya menyeru Jabatan Kerja Raya mempercepatkan pembaikan jambatan ini,” katanya.



Syed Abbas meninjua keadaan jambatan Sg. Andrassy yang terputus teruk akibat banjir yang melanda kampung tersebut baru-baru ini

Category: General
Posted by: keruak
KUALA PENYU: Agensi pelancongan di negeri ini diminta mengambil inisiatif memperkenalkan destinasi pelancongan baru secara berterusan.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin berkata ini boleh dilakukan dengan menghebahkan kepada pelancong yang datang ke negeri ini untuk melawat tempat baru yang sudah dikenali pasti mempunyai daya tarikan serta keindahannya .

“Dengan cara ini ia dapat membantu industri pelancongan berkembang maju, sekali gus memanfaatkan semua pihak,” katanya selepas merasmikan Program Anugerah Sahabat Cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia di Dewan Janang Gayuh Kampung Kilugus, Kuala Penyu, baru baru ini.

Beliau berkata pelancong yang datang dari luar negara kebanyakannya hanya melawat tempat tempat yang sudah popular dan dikenali kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai kawasan pelancongan baru.

“Sebagai contoh kita di kawasan Beaufort dan Kuala Penyu sendiri ada tempat menarik untuk dilawati seperti taman burung di Kampung Teratak Padas Damit, Pulau Tiga di Kuala Penyu, aktiviti berkayak di Sungai Padas,menyusuri Sungai Klias untuk melihat spesies monyet belanda atau kelip kelip,” katanya.

Menurutnya, beberapa produk lain seperti buah-buahan, makanan kraftangan di samping penyediaaan tempat tempat tinggal (homestay) yang selesa yang mula berkembang di luar bandar juga merupakan antara yang boleh diketengahkan kepada pelancong.



Lajim turut menyampaikan bantuan berupa mesin rumput kepada seorang pengerusi JKKK di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga penaung Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia cawangan Papar telah menyampai cek sumbangan untuk bantuan pendidikan daripada Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia di Pejabat Perhubungan Parlimen Papar kepada Ruslan Majanggal dari Kampung Lakut, Papar bekas pesara polis.

Hadir sama Ketua Cawangan Bekas Polis Malaysia cawangan Papar, Daud Kala Khan dan Ketua Penerangan Bekas Polis cawangan Kota Kinabalu, Rahman Parhang.

Dalam majlis itu, Rosnah menyeru Persatuan Bekas-Bekas Polis cawangan Papar supaya membantu kerajaan dalam menangani gejala negatif di daerah tersebut.

“Walaupun mereka (bekas Polis) telah bersara tetapi sumbangan mereka dengan memberi maklum balas dapat membantu mengurangi gejala sosial di kalangan generasi muda. Saban hari kita disajikan dengan perlakuan jenayah serta pelanggaran undang-undang melalui media-media massa,” katanya.

Beliau berkata pengorbanan mereka ketika berkhidmat sebagai polis dalam menjaga ketenteraman awam amat dihargai.



Rosnah ketika menyampaikan bantuan pendidikan itu sambil diperhatikan ahli jawatankuasa Persatuan Bekas Polis Malaysia cawangan Papar.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah melancarkan Program Pembangunan Usahawan “Perintis AJV” di Dewan Multivision Menara Tun Datu Mustafa, Likas, kelmarin.

AJV Holdings Sdn.Bhd (AJV) merupakan syarikat milik penuh Bumiputera yang berpangkalan di Cyberjaya yang telah dilantik sebagai Mentor dalam bidang ICT oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dalam ucapannya berkata, AJV dengan kerjasama MARA telah menggubal satu program khusus bertujuan untuk membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya maju dalam bidang ICT iaitu Program Pembangunan Usahawan “Perintis AJV”.

Hadir sama di majlis itu ialah isteri Yahya, Datin Siti Jouyah Md.Yunin, Pengarah Urusan Kumpulan AJV Holdings Sdn.Bhd, Amran Ahmad dan pengedar utama produk AJV, Arsit Sedi.



Yahya menyampaikan sijil kepada Arsit sambil diperhatikan oleh Amran Ahmad (tengah).

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kecil Putatan di Dewan Serbaguna Putatan, di sini.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Petagas dalam ucapannya mengingatkan umat Islam agar mengamalkan tiga nilai asas iaitu menghargai ilmu, mengutamakan kebersihan dan memanfaatkan masa.

“Nilai-nilai ini perlu dilaksanakan melalui revolusi diri tanpa kompromi demi mencapai kejayaan,” katanya.

Menurutnya, umat Islam perlu menjadikan tahun baru Hijrah untuk mengubah sikap dan minda bagi menjadi umat yang rajin mencari ilmu, pandai menjaga kebersiha dan bijak menjaga masa.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu berharap, sambutan Maal Hijrah akan menyemarakkan semangat dan iltizam masyarakat Islam untuk meningkatkan lagi kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam.

Yahya turut menyampaikan Anugerah Maal Hijrah Peringkat daerah Kecil Putatan kepada Pengerusi Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih, Haji Matin Datuk Haji Pandin.

Hadir sama di majlis itu ialah isteri Yahya, Datin Siti Jouyah Md.Yunin, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Abd.Kahar Mohd.Zain, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Haji Mohd.Din Sulai, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Azhar Mohd.Hamin, Penolong Pegawai Daerah Penampang, Hanan Ismail dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Putatan, Awang Abd.Ghani Pg.Yusof.



Yahya menyampaikan Anugerah Maal Hijrah kepada Haji Matin Datuk Haji Pandin di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
RAUB: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan pembangkang khususnya Pas sebagai `tiada prinsip dan sudah hilang arah’ kerana turut campur dalam kempen pilihan raya kecil DUN Batu Talam walaupun sudah mengumumkan secara rasmi memboikotnya.

“Jelas sekali pihak pembangkang Pas semakin terdesak dan terperangkap dengan sikap angkuh mereka sendiri,” katanya selepas berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Felda Tersang 2, di sini pagi ini.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata sepatutnya pembangkang tidak lagi masuk campur dalam kempen pilihan raya kecil ini, tetapi nampaknya mereka tidak mengotakan kata-kata mereka.

“Ini menunjukkan pembangkang tiada prinsip perjuangan dan sudah hilang arah. Mereka sendiri keliru dan kebingungan, terperangkap dalam taktik dan muslihat sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pengundi DUN Batu Talam jangan mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah dan hasutan yang dilemparkan pembangkang, sebaliknya komited memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, hanya BN dan Umno yang berkemampuan membela masa depan rakyat dan negara.

Dalam pilihan raya kecil ini, calon BN Abdul Aziz Mat Kiram, 47, ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang, 22. Pengundian ditetapkan Ahad ini.

Salleh optimis pengundi Batu Talam bijak dan matang untuk membuat pilihan kali ini kerana mereka sependapat bahawa calon Bebas tidak mampu membawa sebarang perubahan untuk mereka.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima dari peringkat akar-umbi, didapati sentimen pengundi Batu Talam begitu kuat terhadap BN,” katanya.



Salleh bersama beberapa pemimpin Wanita Umno ketika menemui pengundi di kawasan Felda Tersang 2 semalam menjelang pengundian DUN Batu Talam, Ahad ini.



Salleh (kiri) ketika menemui sebahagian jentera pilihan raya Umno dalam kempen di kawasan Felda Tersang 2 semalam.

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran memberi harapan kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.

Katanya, pelan itu yang menggariskan hasrat untuk merapatkan jurang pendidikan yang meliputi perbezaan dari segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian serta keciciran pelajar amat dialu-alukan oleh rakyat negeri ini.

Beliau optimis PIPP 2006-2010 itu akan dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar luar bandar jika semua strategi PIPP tersebut sempurna dilaksanakan. “Hasrat ini harus terus diterjemahkan oleh pihak pentadbir. Dalam konteks ini usaha berlipat-ganda harus ditumpuhkan kepada sekolah-sekolah di luar bandar”, katanya.

Ronald berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM28 ribu kepada seramai 175 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Nangoh dekat sini.

Turut hadir Guru Besar sekolah, Dukani Maraban dan Penyelia Sekolah, Gibrael Bali.

Beliau berkata, yang ketara ketika ini ialah sekolah-sekolah di bandar jauh lebih maju dan lengkap dari segi infrastruktur, prestasi dan pencapaian pelajarnya.

Kerana itu katanya, usaha untuk merapatkan jurang perlu ditumpuhkan kepada usaha meningkatkan kemudahan dan prestasi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.

Ronald yakin, strategi yang digariskan dalam PIPP ini akan dapat melonjakkan Sistem Pendidikan Negara ke tahap yang lebih tinggi disamping mampu melahirkan modal insan kelas pertama tanpa mengira lokasi dan kedudukan sosio-ekonomi.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu-bapa agar terus memberi kerjasama yang erat dengan pihak sekolah dan memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak bagi meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak.

“Peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti yang disediakankan oleh kerajaan harus direbut oleh setiap lapisan masyarakat demi masa depan generasi akan datang,” katanya.



Ronald menyampaikan bantuan KWAPM kepada seorang ibu di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan menggesa agar lebih banyak usaha ditumpukan untuk meningkatkan kemudahan dan promosi eko-pelancongan, Laluan Garam (Salt Trail) Tikolod–Inobong kerana Kini semakin ramai pelancong melakukan pengembaraan di perjalanan sejauh 34km itu.

“Saya juga berharap lebih banyak program peningkatan kemahiran sebagai juru pandu, pengangkat barang (porter), bantuan kecemasan dan kraftangan dapat diberikan kepada penduduk setempat agar mereka dapat menikmati pendapatan serta peluang perniagaan di sepanjang perjalanan Laluan Garam,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika melepaskan rombongan 40 sukarelawan MERCY Malaysia cawangan Sabah di Kg. Tikolod kira-kira 10km dari sini.

Menurut Pairin, perjalanan 5 hari 5 malam rombongan yang terdiri daripada doktor perubatan, doktor gigi dan jururawat itu merupakan satu lipatan sejarah yang berkaitan dengan kesinambungan sejarah zaman silam penduduk dua daerah berjiran, iaitu Tambunan dan Penampang.

“Di dalam lipatan sejarah itu, kita mengingati bagaimana penduduk Daerah Tambunan pada zaman dahulu berhubungan dengan dunia luar daerah mereka,” katanya.

Perjalanan mempromosi eko-pelancongan dan merawat penduduk setempat itu dianjurkan bersama oleh MERCY Malaysia Cawangan Sabah, Taman-Taman Sabah, Pacos Trust dan Pejabat Daerah.

Turut hadir Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr. Jamili Nais, Pengerusi MERCY Malaysia Cawangan Sabah Dr. Helen Benedict Lasimbang, Kordinator Pacos Trust Philip Chin dan Pegawai Daerah Thomas Angor.

Sepanjang perjalanan, rombongan tersebut memberikan pemeriksaan dan rawatan percuma kepada penduduk kampung-kampung yang dilalui seperti Tikolod, Molungung, Kionop, Buayan dan Terian sebelum sampai ke Sub-Stesen Inobong, Penampang pada Sabtu.



PAIRIN ketika melepaskan rombongan ekspedisi kembara dan rawatan MERCY Malaysia di Kg Tikolod, Tambunan yang diketuai Dr Helen

Category: General
Posted by: keruak
RANAU: Kerajaan amat mengalu-alukan golongan belia untuk bergiat dalam bidang bidang penerbitan filem, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masidi Manjun. Katanya, bidang penerbitan filem seperti drama, telemovie mahupun dokumentari antara industri yang masih baru di negeri ini dan boleh diceburi.

“Meskipun bidang ini masih dianggap muda di negeri ini, namun ia satu industri yang boleh diterokai,” katanya ketika merasmikan bengkel pengarahan filem dan seni lakonan anjuran Karyawan Waris Sabah (WS) di Kampung Lohan Ulu, Ranau, baru-baru ini.

Bengkel siri tiga selama tiga hari itu dikendalikan Persatuan Karyawan Waris Sabah. Ia disertai 19 penggiat seni dari seluruh pelusuk negeri.

Masidi berkata selain terkenal dengan pelbagai hidupan liar dan alam semulajadinya, negeri ini juga amat unik dari segi komposisi kaum yang pelbagai hidup dalam keadaan aman dan harmoni dalam satu bumbung.

Jelasnya, kepelbagaian dan keunikan yang ada di negeri ini boleh menjadi aset penting dalam pengisian slot penggambaran.

Dalam kerancakkan penerbitan filem tempatan, Masidi menegaskan kepada penggiat seni agar perlu ada identiti yang tersendiri dalam menghasilkan karya.



Masidi menerima cenderakenangan daripada penganjur pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
SEMPORNA: Kecekapan serta komitmen jitu Jabatan Bomba & Penyelamat di setiap daerah amat diperlukan bagi membantu rakyat menangani masalah bencana kebakaran.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran,berkata tanpa keprihatinan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah tentu lebih banyak mangsa kebakaran akan terlibat serta mengalami kerugian harta benda.

“Kita berterima kasih dan menyanjung tinggi komitmen semua ahli-ahli Bomba dan Penyelamat di negeri ini dan setiap daerah membantu rakyat yang terlibat kebakaran serta berharap mereka terus berusaha membantu kerajaan dan rakyat menangani bencana kebakaran yang tidak dijangka berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lawat kawasan kebakaran di kampung Ayer Semporna yang terbakar pada Selasa lepas.

Turut serta dalam lawatan itu Pegawai Daerah Semporna, Jaafar Ismail,Ketua Polis Daerah Semporna,DSP Abdul Latif Ibrahim, Ketua Daerah,OKK Musa Sabani, Pegawai Kemajuan Rakyat Senallang, Tahir Amir,Ketua Masyarakat Cina,Datuk Chao Yan San, Pegawai Kemajuan Masyarakatm Lasin Gerawan,Timbalan Ketua Bahagian SAPP, Mohd Fadzil Lee Sui Ming dan kakitangan UPKR dan DUN Senallang.

Kebakaran yang bermula dari sebuah rumah penduduk kira-kira jam 1.30 petang itu melibatkan 24 rumah dan 230 orang mangsa berjaya dipadamkan oleh anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Daerah Semporna dengan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Daerah Kunak,orang ramai dan anggota-anggota polis diketuai DSP Abd Latif Ibrahim.

Kesemua mangsa yang terdiri dari rakyat tempatan kini ditempatkan di rumah rehat Semporna dan sebahagiannya menumpang di rumah saudara mara mereka. Sehubungan itu Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berterima kasih kepada orang ramai dan pasukan polis yang turut membantu mangsa kebakaran.

Katanya,semangat setiakawan dan perpaduan kaum amatlah diperlukan dalam setiap keadaan bagi menangani apapun masalah yang berlaku. Kebakaran itu merupakan kebakaran kedua di Semporna selepas kebakaran kampung Bangau-Bangau pada tahun 2003.



Nasir (tiga kanan) diringi Jaafar (dua kanan) Latif Ibrahim (kiri),Chao (tengah) dan Tahir Amir (kanan) diberikan penjelasan oleh Muhammad Anjoatal (tiga kiri) mengenai bilangan rumah terlibat kebakaran itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Projek pembinaan Wisma Wanita yang bernilai RM14.0 juta dijangka siap sepenuhnya akhir bulan Mac 2008.

Projek itu yang dibina di tanah seluas 4.74 ekar di Kilometer 3.4, Jalan Tuaran itu dimulakan sejak 27 September 2006.

Wisma Wanita akan menampung pejabat Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWNS), pusat peniagaan, rekreasi dan kesihatan, pejabat-pejabat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Persatuan Wanita , Dewan Serbaguna, pusat kraftangan dan hasil produk negeri Sabah yang sesuai untuk pasaran dan kegunaan pelancong.

Perkara ini telah dimaklumkan juruperunding projek itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin semasa beliau melawat dan meninjau projek pembinaan wisma itu, petang tadi.

Menurut Yahya, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman telah meluluskan pembinaan bangunan Wisma Wanita dengan konsep rekabentuknya mencerminkan kemajuan wanita dalam pelbagai bidang.

“Perancangan bangunan itu mengambil kira fungsinya sebagai pusat pembangunan dan kemajuan wanita di negeri Sabah”, katanya.

Turut hadir meninjau projek pembinaan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Michael Emban, Pengarah JHEWNS, Siti Sapoo Ahok, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pegawai dari kementerian berkaitan.



Yahya diberi taklimat oleh Shahriman sambil diperhatikan oleh Michael dan Siti Sapoo semasa melawat tapak projek Wisma Wanita.

Category: General
Posted by: keruak
TAMBUNAN: Projek Jalan Kampung yang dilaksanakan di kawasan-kawasan terpencil memberikan manfaat kepada pemilik tanah di sepanjang jalan terlibat untuk meningkatkan hasil pertanian.

Pada Khamis lalu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan meninjau jalan kampung Silad – Kiawayan sejauh 1.5 kilometer.

Projek yang mendapat peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu menghubungkan beberapa kebun ke jalan besar untuk memudahkan penduduk mengeluarkan hasil tanaman mereka.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Setiausaha Politik Daniel Kinsik dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tambunan Wilfredoline Jakil.



Pairin yang diiringi Pegawai Daerah Thomas Angor sedang melalui sebuah kebun menuju ke jalan Silad-Kiawayan yang sudah disiapkan sepenuhnya.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan merasmikan majlis penutupan Indian Cultural Nite 2007 di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL)di sini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (HEP dan Alumni), Mohd Faisol Ibrahim yang mewakili Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa; Penyelaras Program, Zulkifli Abd Razak dan Pengarah ICN 2007, Devaprakash a/l Velayutham.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk tarian pelita, persembahan multimedia, bharathan, tarian ala kampung India, tarian moden, joget dan cabutan tiket bertuah yang menawarkan penerbangan dari Labuan ke Langkawi.

Program Indian Cultural Nite (ICN) itu dianjurkan Bahagian Hal Ehwal pelajar (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Persatuan Hindu Labuan.

Sothinathan dalam ucapannya berharap majlis itu memupuk dan meningkatkan semangat kepimpinan di kalangan pelajar selepas memperolehi pelbagai pengalaman dan pengetahuan untuk menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Katanya, sebagai pewaris kepimpinan negara, pelajar harus memiliki pelbagai ilmu pengetahuan termasuk mengetahui adapt budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini supaya mereka mampu memimpin diri sendiri, masyarakat dan negara.

Beliau berkata program itu juga mampu memperkenalkan dan mempamerkan kebudayaan masyarakat India kepada pelajar dan masyarakat setempat yang bukan India.

“Indian Cultural Nite mampu mengekalkan kebudayaan masyarakat India supaya identiti dan tradisi bangsa dihargai dan diwarisi generasi muda,” katanya.



Sothinathan menerima cenderamata daripada Mohd Faisol (kanan) diperhatikan Zulkifli Abd Razak dan Devaprakash (kiri sekali) di Dewan Utama UMS-KAL.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM) mengalu-alukan penglibatan Persekutuan Pekilang-Pekilang Sabah (FSM) dalam usaha menarik pelaburan dalam bidang pertanian di negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, ini adalah kerana kehadiran FSM bersama-sama sektor swasta lain akan menyemarakkan lagi sektor pertanian menjadi sektor yang komersial dan berdaya saing seperti sektor-sektor lain.

Katanya, pintu untuk FSM dan sektor swasta adalah sentiasa terbuka kerana mereka mempunyai kepakaran dan sumber kewangan.

"Sekiranya kita mahu mengkomersialkan sektor pertanian di negeri ini, ia mestilah melibatkan penyertaan daripada sektor swasta khususnya para pelabur-pelabur luar dan tempatan.

"Pihak kementerian bersedia untuk mendengar sebarang taklimat atau cadangan daripada sektor swasta yang berminat melabur dalam sektor pertanian.

"Ini juga adalah sebahagian daripada usaha KPIM untuk merealisasikan halatuju dan dasar pembangunan Kerajaan Negeri dalam menjadikan sektor swasta sebagai penjana ekonomi negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada FSM yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Wong Khen Thau.

Abdul Rahim menjelaskan, bagi merealisasikan hasrat Ketua Menteri itu KPIM telah mengubal strategi-strategi tertentu bagi mentranfomasikan sektor pertanian negeri yang secara amnya bersifat tradisional kepada satu sektor yang moden, progesif dan berdaya saing.



Abdul Rahim menerima cenderakenangan daripada Wong semasa kunjungan hormat itu.

Category: General
Posted by: keruak
TENOM: Gerakan bersepadu Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap membabitkan Pergerakan Pemuda dan Wanita akan menumpukan usaha dan tindakan mengatasi masalah rakyat di peringkat akar umbi serta mengeratkan lagi tindakan bersama dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata usaha mendekati penduduk akar umbi seperti yang dilakukan selama ini perlu dipertingkatkan lagi demi memastikan program pembangunan Kerajaan sampai kepada sasaran.

“Pada waktu sama kita juga memberi ruangan kepada semua pihak untuk berjumpa dengan kita pada bila-bila masa, baik di pejabat atau di rumah untuk mendengar pelbagai perkara dan reaksi terhadap pelaksanaan pembangunan.

“Kita juga bersedia menerima sebarang cadangan mengenai bentuk pembangunan yang perlu dilaksanakan di kawasan ini (Melalap) agar kita dapat mengemukakannya kepada Ketua Menteri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata demikian ketika berucap sempena perhimpunan khas ahli-ahli jawatankuasa Bahagian PBS Melalap bersama pergerakan pemuda dan wanita di sini.

Menurut Radin gerakan tersebut turut melibatkan Pejabat Daerah, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk memastikan masalah dapat dikenalpasti dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan dapat diambil perhatian serta-merta.

Sementara itu Radin mengajak pegawai-pegawai kerajaan untuk bekerja bersama-sama melaksanakan gerakan ke peringkat akar umbi di samping meningkatkan kecekapan sistem penyampaian selaku pelaksana dasar-dasar pembangunan Kerajaan.

Radin turut meminta agar pegawai kerajaan sentiasa berpandukan kepada Perintah Am Negeri Sabah serta surat pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 13 Ogos 2004 rujukan JKM(S):500-0/12(106) yang menyatakan larangan berpolitik bagi pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Selaku pelaksana dasar (pegawai kerajaan) jangan salahkan kedudukan (dengan melibatkan diri dalam politik) … kalau ada cadangan tentang projek pembangunan, kita bersedia menerima supaya boleh diajukan ke pihak atasan untuk dipertimbangkan,” kata Radin.



RADIN menyampaikan amanat kepada AJK Pemuda, Wanita dan Bahagian PBS Melalap sempena mesyuarat khas itu.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR Golongan nelayan perlu meningkatkan kemahiran dan penguasaan teknologi dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, kata Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau yang juga Naib Ketua Puteri UMNO berkata, melalui penggunaan teknologi baru, mereka boleh menambah hasil pendapatan berbanding penggunaan cara lama.

Menurutnya, penggunaan cara lama untuk menangkap ikan seperti bubu dan jala secara kecil-kecilan perlu diubah kerana zaman tersebut dianggap sudah berlalu.

``Mereka perlu mengubah segera dan merebut peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan bantuan seperti pukat, enjin sangkut dan bot-bot,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan enjin sangkut kepada para nelayan kecil persisiran pantai di Pejabat Perhubungan Parlimen Papar, di sini pagi tadi. Turut hadir sama pegawai dari Pejabat Perhubungan Parlimen Papar dan para penerima.

Menurut Rosnah, bagi pihak kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa komited membantu golongan nelayan untuk memperbaiki hidup mereka dari semasa ke semasa.

Namun, katanya, apa yang lebih penting ialah golongan nelayan sendiri perlu mengubah persepsi terhadap teknologi itu dan bersedia untuk menggunakannya.

``Ini seperti menggunakan kaedah moden dalam aktiviti seharian, peralatan canggih yang boleh digunakan di pesisiran pantai dan laut dalam. Saya ingin menasihati para nelayan bahawa bekerja kuat sahaja tidak memadai jika tidak memanfaat teknologi moden ini,'' katanya.



Rosnah menyampai enjin sangkut kepada seorang nelayan pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dengan kerjasama Umno Bahagian Beaufort mengagihkan bantuan berupa keperluan dapur kepada 987 mangsa bencana banjir di daerah Beaufort yang menjejaskan 12 kampung.

Sumbangan disampaikan Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran Dandai yang diiringi oleh Timbalannya yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dalam satu majlis penyerahan di Kampung Kubu Pintas.

Di majlis sama, Usia turut menyumbangkan wang tunai RM5,000 kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort yang diterima Setiausaha Bencana Alam Daerah Mohd. Said Othman.

Sakaran semasa ditemui di majlis tersebut berkata sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial Usia bagi membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah bencana banjir baru baru ini.

Hadir sama Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Kimjus Duim, Naib yang Dipertua Usia Datuk Matussin Awang Damit, Pengerusi Penganjur Abdullah Ukin, Setaiuasaha Agung Usia Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan Usia Pusat Datin Seri Panglima Normila Siong.



Sakaran yang diiringi Lajim, Matussin dan Abdullah ketika menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada salah seorang penerima di majlis itu

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman launched the Sabah College’s 50th anniversary at the school’s Dewan Perdana near Sembulan on Tuesday.

Among those present were State Assembly Speaker, Datuk Juhar Mahiruddin, Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin, Minister of Agriculture and Food Industries, Datuk Rahim Ismail, Minister of Youth and Sports, Datuk Masidi Manjun, Minister of Industrial Development, Datuk Ewon Ebin, Assistant Minister of Tourism and Environmental Development, Datuk Karim Bujang, Sabah Education department director, Normah Gagoh and Sabah College’s principal, Nuinda Alias and Old Sabah Collegean Association (OSCA) president, Brig.General Datuk Abdul Ghani Rashid.



Musa (centre) cutting the cake of 50th anniversary of Sabah College.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan pentingnya masyarakat Bumiputera keseluruhannya bersatu di bawah satu payung perjuangan dan Umno adalah wadah terbaik.

“Pembubaran Usno dahulu bagi memberi laluan kepada Umno adalah peralihan daripada sebuah perahu kecil kepada sebuah kapal besar seperti yang disebutkan oleh pengasas Usno, allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bahawa Umno kini berupaya meneruskan perjuangan Usno, beliau percaya Musa sebagai seorang bekas pemimpin Usno memahami isihati dan aspirasi bekas ahli Usno dahulu.

Katanya, apa yang perlu diberi keutamaan sekarang ialah mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat terutama masyarakat Bumiputera bagi mengekalkan penguasaan dalam tampuk pemerintahan.

“Harapan yang disandarkan oleh rakyat terhadap Umno adalah tinggi dan kita berkeyakinan sungguh hakikat ini difahami oleh Datuk Musa,” katanya, sambil berharap semua pihak harus mengelak sebarang perpecahan.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berpendapat Umno adalah platform perjuangan terbaik untuk memajukan masyarakat dan negeri ini keseluruhannya dalam semua aspek, termasuk ekonomi.

Katanya, kemasukan Umno ke Sabah pada 1991 setelah diberi laluan oleh Usno, adalah atas kesedaran rakyat yang menuntut pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

“Ia juga atas tujuan membawa kestabilan politik yang berkekalan untuk rakyat dan negeri ini,” katanya.



DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan (JBS) Negeri Sabah, Mohd.Dahali Matsin di pejabatnya di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, hari ini.

Dahali yang berasal dari Putatan telah berkhidmat selama 11 tahun sebagai pengarah akan bertukar ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson juga sebagai pengarah, berkuatkuasa 1 Februari 2007.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dahali yang banyak menyumbang dalam pembangunan belia dan sukan di negeri Sabah.



Yahya menyampaikan cenderamata kepada Mohd.Dahali semasa kunjungan itu.

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Pemimpin di peringkat kampung diingatkan agar memberi maklumat dan laporan yang tepat mengenai apa juga insiden yang berlaku di kampung mereka, termasuk bencana banjir.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee berkata, terdapat beberapa pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di parlimennya yang cenderung untuk menokok tambah laporan banjir di kawasan mereka.

“Laporan yang mereka membayangkan seolah-olah keadaan banjir yang berlaku begitu kritikal dan tidak terkawal,” katanya pada Majlis Bersama rakyat sempena penyerahan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Sulit, Sugut, dekat sini.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, En Maidin Masandoh dan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Beluran, Encik Samad Jumbri.

Ronald berkata sikap seperti itu adalah tidak baik dan menyulitkan banyak pihak yang terlibat dalam usaha menyelamat dan membantu mangsa banjir di peringkat daerah.

Katanya, walaupun banyak kampung di kawasannya dan di Sugut dilempahi air baru-baru ini, namun keadaannya adalah terkawal dan usaha memberi dan menyalurkan bantuan makanan telah dilakukan oleh kerajaan.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 533 bungkusan makanan telah diagihkan kepada mangsa banjir, sementara sebanyak 681 lagi bungkusan akan diagihkan oleh pihak Jabatan Kebajikan dalam masa yang terdekat ini.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap nasib dan masa depan masyarakat di kawasan luar bandar, bukan sahaja semasa menghadapi bencana banjir..



Ronald dibawa meninjau kerosakan jeti akibat banjir di Kampung Sulit.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Pemimpin tempatan di negeri ini khususnya di daerah ini diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail menegaskan pemimpin-pemimpin tempatan merupakan mata dan telinga kerajaan untuk mengenal pasti masalah yang wujud di kawasan mereka.

"Ini termasuklah memantau sebarang aktiviti-aktiviti negatif yang boleh mengundang masalah kepada kerajaan mahupun rakyat.

"Sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat sesungguhnya boleh diatasi kerana kita mengamalkan sikap bermusyawarah. Jangan sekali-kali bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan perkara yang melanggar undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Polis Daerah Papar yang baru, DSP Charles Labung Lawai di sini. Hadir sama Ketua Cawangan Khas Daerah yang juga baru, ASP Saravanan A/L Subramaniam.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin tempatan memainkan peranan yang aktif dalam menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pantai Manis berkata, sebagai pemimpin akar umbi, mereka haruslah bertindak sebagai benteng dalam memastikan kewibawaan dan integriti Kerajaan Barisan Nasional sentiasa pro-aktif terutama dalam melaksanakan pelbagai pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

Pada masa yang sama beliau turut mengajak kepada pemimpin masyarakat setempat supaya turun padang bagi mendekati rakyat disamping mengetahui masalah-masalah yang mereka hadapi.

Katanya, pemimpin yang berkualiti perlu menjadikan tugas dan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh amanah dan ikhlas agar hasrat untuk memajukan rakyat dapat direalisasikan.



Abdul Rahim mengucapkan selamat datang ke Daerah Papar kepada DSP Charles Labung Lawai.

Category: General
Posted by: keruak
PETAGAS: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bersama jemaah menteri telah menghadiri Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang di Tugu Peringatan Petagas, hari ini. Upacara itu diadakan pada 21 Januari setiap tahun dengan melibatkan kontinjen perbarisan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan serta murid-murid sekolah.

Selain menerima tabik hormat, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri turut meletakkan karangan bunga di Tugu Peringatan Petagas.

Tiupan “last post”, bertafakur selama 20 saat untuk mengenang mereka yang terkorban dan tiupan “Rouse” turut diadakan di upacara itu.

Antara menteri kabinet yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Tan Sri Chong Kah Kiat, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Juhar Mahidiruddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y.Mustafa.

Musa dalam perutusannya berkata, “kita memerlukan setiap rakyat khususnya generasi muda untuk sama-sama menghayati jasa dan pengorbanan para pejuang kita yang terdahulu, ketika mempertahankan tanah air yang tercinta”.

Beliau berharap, generasi muda sentiasa menyemai semangat keperwiraan yang jitu dengan meneladani para pejuang yang terdahulu untuk terus menjaga maruah bangsa dan kedaulatan negara.

Katanya, Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas sebagai lambang penghargaan dan terima kasih kepada para wira anak watan negeri ini yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan tanah air dan maruah bangsa suatu ketika dahulu.

Musa berkata, kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hari ini berkat perjuangan dan pengorbanan mereka.



Musa bersama jemputan lain menghadiri Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang di Petagas.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Salleh Said Keruak mengadakan Majlis Doa Akhir Tahun 1427H dan Awal Tahun 1428H di kediamannya di Desa Ria, Likas di sini malam tadi.

Selain kenalan dan saudara mara, majlis itu turut dihadiri oleh anak-anak dari Yayasan Kebajikan Suria (YKS) Tuaran.

Hadir sama Pengerusi YKS Datin Seri Raya Erom dan Timbalan Pengerusi, Awang Rablah Salil.

Majlis doa itu disusuli solat maghrib dan isya sebelum semua tetamu diraikan dengan jamuan makan malam.



Salleh (kiri) bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis doa berkenaan.



Ustaz Harun yang memimpin majlis doa akhir dan awal tahun malam tadi.



Sebahagian penghuni YKS yang turut hadir pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, optimis Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan Selasa lepas, mampu menseimbangkan kemajuan pendidikan antara bandar dan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata ini kerana satu daripada enam teras yang digariskan dalam pelan tindakan itu memberi fokus terhadap usaha merapatkan jurang pendidikan antara luar bandar dan bandar dengan menyediakan kemudahan dan peluang secara saksama.

“Mengambil kira prestasi pendidikan luar bandar di Sabah dan Sarawak yang begitu mendukacitakan selama ini berbanding pencapaian di kawasan bandar, maka pelan tindakan yang diumumkan itu memberi harapan baru kepada seluruh rakyat.

“Kita percaya pelan tindakan ini bakal membawa perubahan positif dan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan negara secara keseluruhannya,” katanya berucap pada majlis penyampaian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di SK Taun Gusi, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Guru Besar SK Taun Gusi, Saibeh Mansor dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taun Gusi, Johari Hajat Seramai 171 murid menerima bantuan pada majlis berkenaan.

Tabung KWAPM ditubuhkan pada 10 April 2003 untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Objektifnya adalah untuk memastikan tiada murid tercicir daripada persekolahan selaras dengan penguatkuasaan Dasar Pendidikan Wajib 2003.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan PIPP dengan tujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

Ia itu menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membantu Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata PIPP merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada beberapa rancangan pendidikan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini.

“Intipati, fokus dan pendekatan dalam PIPP ini bagaimanapun lebih terperinci dan merangkumi semua aspek pembangunan pendidikan, dengan tujuan utama mengangkat martabat hingga ke peringkat global,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan mengenai pentingnya komitmen dan kesungguhan di peringkat pelaksanaan dalam jentera kerajaan yang mesti sentiasa bersikap proaktif.

“Kata kunci kejayaan PIPP ialah komitmen dan kesungguhan, termasuk tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan ibu bapa sendiri. Inilah cabaran yang menanti di hadapan kita sekarang.

“Tanpa pengemblengan usaha semua pihak, apapun yang dirancangkan oleh kerajaan tidak akan membawa sebarang perubahan,” katanya, sambil menyatakan bahawa PIPP adalah pemangkin kejayaan Wawasan 2020.



Salleh disambut sejurus tiba di perkarangan SK Taun Gusi.



Salleh menyampaikan bantuan KWAPM kepada seorang ibu murid di SK Taun Gusi Kota Belud.



Salleh menerima cenderamata daripada Guru Besar SK Taun Gusi, Saibeh Mansor.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak menyambut baik keputusan Ketua Polis Negara menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat apa yang didakwa sebagai ‘Projek IC’ di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk yang mendakwa mempunyai bukti mengenai perkara itu supaya tampil bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja sememangnya tidak perlu memandangkan kerajaan mempunyai mekanisme khusus dan polis mempunyai kemampuan untuk menyiasat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di SK Taun Gusi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di Kota Marudu semalam yang menolak cadangan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung apa yang didakwa sebagai `Projek IC’ di Sabah.

Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata penolakan Ketua Polis Negara terhadap cadangan penubuhan suruhanjaya itu, adalah selaras dengan pendirian kerajaan negeri sendiri selama ini yang berusaha menyelesaikan isu berkenaan dengan serius.

Katanya, kerajaan di peringkat negeri dan Pusat sememangnya tidak pernah berdiam diri dalm menangani isu membabitkan soal keselamatan seperti kad pengenalan dan pendatang tanpa izin (PTI).

“Sebab itu, kita sering meminta mana-mana pihak yang ada bukti supaya tampil bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya polis supaya isu berkenaan dapat diselesaikan hingga ke peringkat akar-umbi,” katanya.

Beliau juga mahu parti-parti pembangkang dan mana-mana individu tertentu supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan hanya untuk mengejar populariti.

DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Category: General
Posted by: keruak
KOTA MARUDU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman melawat dan meninjau keadaan banjir di daerah Kota Marudu dan Pitas, hari ini.

Mereka diberi taklimat bencana banjir yang melanda Kota Marudu, Pitas dan Beluran oleh Bahagian Keselamatan Negeri (BKN) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Raymond Tan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y.Mustapa, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Masrani Parman dan ADUN Sugut, Datuk Surady Kayong.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan bantuan makanan dan pakaian sekolah kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Stor KPD Kg.Timbang Batu, Kota Marudu, selain meninjau keadaan jalan raya yang runtuh.



Musa (kanan) berbincang dengan Yahya dan Datuk K.Y.Mustafa semasa meninjau jalan raya yang runtuh di Kota Marudu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembayar zakat khususnya syarikat perniagaan dan orang awam kini lebih mudah menunaikan tanggungjawab membayar zakat berikutan penubuhan Pusat Zakat Sabah (PZS) yang mula beroperasi awal Januari tahun ini.

PZS itu ditubuhkan kerajaan negeri selepas kajian terperinci dilakukan dan telah dibincangkan dengan mendalam melalui satu jawatankuasa zakat di peringkat negeri awal tahun lalu.

Ia bertujuan memudahkan kerajaan menerima bayaran zakat terutama zakat perniagaan dan zakat pendapatan seperti dilaksanakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sebelum ini urusan pungutan zakat di Sabah dilakukan oleh Bahagian Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran berkata PZS diletakkan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan berperanan sebagai pengutip dan mengagihkan zakat kepada asnaf-asnaf yang layak menerima zakat.

“Alhamdulillah,dengan penubuhan PZS ini kita berharap akan memperolehi peningkatan pungutan zakat yang lebih cemerlang,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Pusat Zakat Sabah, Ismail Saad.

Hadir sama dalam majlis itu Ketua Penolong Setiausaha PZS, ZaratKhan Abdul Rahman dan Setiusaha Perhubungan MJKM,Sham Solo Baharry Kairin.

Antara lain perbincangan itu termasuk persiapan pelancaran PZS yang akan dilakukan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman serta pelbagai program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.

Sehubungan itu Datuk Nasir berharap semua kakitangan dan pihak pentadbiran PZS akan melaksanakankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih efesyen bagi mencapai matlamat yang diharapkan kerajaan.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah menjelaskan berdasarkan laporan kutipan zakat MUIS tahun 2006 memperolehi RM16.6 juta, meningkat RM5.3 juta iaitu 47.19 peratus berbanding 2005 hanya RM11.3 juta.



Nasir (kanan) mendengar taklimat ringkas Ismail Saad (tengah) sambil diperhatikan Zaratkhan (kiri) di Wisma Innoprise.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri,Datuk Nasir Sakaran yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Islam Hadhari Negeri Sabah mempengerusikan mesyuarat Program & Bajet Program Hadhari 2007 di Bangunan Innoprise, Jalan Sulaman, di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Amri Suratman, Ketua Urusetia Jawatankuasa Islam Hadhari Negeri, Sakaria Samela dan Setiausaha Rendah 1 JKM Sabah, Datuk Awang Sahrin Alimin.

Mesyuarat itu membincangkan pelbagai program yang akan dirangka dan bajet program yang bakal dilaksana sepanjang tahun 2007.



Nasir (kiri) berbincang sesuatu dengan Amri (kanan) sambil diperhatikan Awang Sahrin (dua kiri) dan Abidin (tiga kanan) sempena mesyuarat Bajet Program Hadhari 2007 di Innoprise.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Ketidakseimbangan pencapaian pelajar perempuan dengan lelaki merupakan satu cabaran baru dalam bidang pendidikan, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Haji Sapawi Ahmad.

Justeru, katanya, ketidakseimbangan itu perlu diberikan perhatian khususnya daripada ibu bapa sebelum keadaan terlambat.

“Perkara itu wajar diberi perhatian…meskipun kita harus melihat ketidakseimbangan itu dari sudut positif tetapi perlu ada usaha melakukan keseimbangan,” katanya.

Berucap pada majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan dua set penghawa dingin kepada Sekolah Kebangsaan Sindumin dekat sini, beliau memberitahu perlu difikirkan apa halangan yang menyebabkan pelajar lelaki tidak mampu untuk seiring dengan pencapaian pelajar perempuan.

Seramai 72 pelajar menerima RM150 manakala 13 pelajar dari Tahun Dua menerima RM350. Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata ibu bapa perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak memiliki semangat tinggi untuk mencapai pendidikan tertinggi.

Katanya sikap suka menyerahkan tugas mendidik kepada pihak guru tidak harus diamalkan. “Ibu bapalah yang memainkan peranan penting…pencapaian pendidikan anak-anak tidak akan mampu mencapai tahap tertinggi jika ibu bapa masih bersikap sambil lewa,” katanya lagi.

Beliau berkata ibu bapa perlu sedar betapa pentingnya pendidikan yang merupakan kunci kejayaan dan kecemerlangan.

Menurutnya nasib sesebuah keluarga tidak akan berubah jika pendidikan diabaikan. “Hanya pendidikan akan mengubah nasib seseorang dan pada masa yang sama mengelak daripada ditindas dan juga ketinggalan,” katanya.

Hadir sama Penyelia Pelajaran Sipitang Halim Edinin, Guru Besar SK Sindumin Nauyah Abdullah, Ketua Dearah Sipitang Arif Ismail dan Pengerusi PIBG SK Sindumin Jeferidin Ajak



Sapawi menyerahkan sumbangan dua set penghawa dingin kepada Nauyah

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail baru-baru ini menziarahi dan menyampaikan cek bernilai RM960 kepada seorang warga emas kurang upaya, Pudin Bagol, di Kampung Sungai Padang, di sini.

Sumbangan itu adalah bantuan bulanan daripada Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pudin kudung sebelah kaki akibat penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu. Kelihatan Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada Pudin Bagol.



Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah menyarankan kepada kerajaan supaya mengadakan Kursus Pengurusan Bencana Alam untuk membantu dan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai persedian menghadapi bencana alam.

Ketuanya, Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata kursus tersebut antara lain memberi pendedahan bencana alam berkaitan aspek kesihatan, persekitaran, sistem perparitan, banjir, kebakaran, tanah runtuh serta pengurusan di pusat perlindungan atau pusat pemindahan mangsa bencana alam.

“Pengurusan Bencana Alam seperti ini merupakan satu bidang yang perlu diberi perhatian serius. Banyak faedah diperolehi apabila rakyat bersiap sedia dengan kemahiran, pengalaman dan latihan amali menghadapi bencana alam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan mangsa kebakaran kepada enam keluarga di Kampung Muhibah Petagas semalam.

Turut hadir Setiausaha Wanita negeri, Datuk Hamisah Samat, Ketua Penerangan Wanita UMNO negeri, Jainab Datuk Ahmad, Bendahari Wanita negeri, Normah Mohd Sari, Penolong Setiausaha Wanita UMNO Putatan, Salimah Said dan ketua-ketua Wanita UMNO bahagian Tenom, Tuaran dan Kimanis.

Kejadian berlaku pada 7 Januari lalu menyebabkan lima rumah terbakar yang membabit enam keluarga kehilangan tempat tinggal.

Menurut Armani, adalah menjadi sifat semulajadi bagi setiap individu untuk berbuat sesuatu hanya apabila sesuatu kemalangan atau malapetaka berlaku, dan selalunya didapati mereka kurang bersedia menangani sesuatu situasi atau kecemasan tersebut.

“Sebagai contoh negeri Sabah telah berhadapan bencana alam antarananya Ribut Greg, fenomena La Nina, Tsunami, tanah runtuh dan terkini banjir teruk yang melanda di enam buah daerah.

“Apa yang kita harus buat sekarang ialah belajar daripada apa yang berlaku dan mengadakan persiapan awal bukan sahaja dari segi kelengkapan dan bantuan tetapi apa yang paling penting ialah menimba ilmu hasil daripada kajian pakar-pakar dalam berbagai bidang berkaitan,” katanya.

Beliau percaya dengan adanya persiapan seperti ini, sudah tentu rakyat atau mangsa dapat menangani dan mengendalikan operasi bencana alam dengan lebih berkesan.



Armani (empat dari kiri) menyampaikan bantuan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Muhibah, Petagas sambil diperhati ketua-ketua Wanita UMNO bahagian semalam.

Category: General
Posted by: keruak
SUKAU (Kinabatangan) : Cadangan pembinaan pekan baru Sukau di Kampung Sukau di atas tapak tanah seluas 115 hekar bakal menjadi mercu tanda kemajuan di kawasan berkenaaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas, berkata selain menjadi mercu tanda dan kebanggaan bagi masyarakat di kawasan itu, pembangunan berkenaan juga diyakini mampu menjana ekonomi penduduk Sukau.

Katanya, sudah sampai masanya Sukau memiliki sebuah pekan baru yang dilengkapi pelbagai kemudahan tempat perniagaan sesuai dengan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja terkenal di negeri ini malah di seluruh dunia.

Beliau berkata sememangnya pembinaan pembangunan seumpamanya di Sukau amat dinantikan oleh segenap lapisan penduduk di kawasan ini, “Saya yakin pembinaan pekan baru Sukau ini mampu memberi impak positif terutamanya dalam meningkatkan ekonomi penduduk setempat, apatah lagi dengan siapnya penurapan jalan raya sejauh 42 kilometer yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pekan baru Sukau di Kampung Sukau dekat sini.

Aklee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau berharap dengan wujudnya pekan tersebut penduduk kawasan berkenaan akan menggunakan kesempatan disediakan dengan sebaik mungkin untuk menceburi pelbagai perniagaan bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Hadir sama pada lawatan itu Pegawai Daerah Kinabatangan Latif Kandok, Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan, Latif Amat, Juru Ukur Daerah Sandakan, Dzulkarnian S. Abdullah, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau, Abdul Agas, dan Pengerusi JKKK Kampung Sukau, Pastor Mansor.



Aklee (empat dari kiri) mendengar penjelasan Latif (dua dari kiri) bersama kakitangan kerajaan dalam lawatan ke tapak cadangan pekan baru Sukau di Kampung Sukau, Kinabatangan.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Potensi generasi muda dalam pendidikan tidak harus dihalang oleh faktor kemiskinan, sebaliknya ia perlu digilap menerusi bimbingan dan tunjuk ajar guru, kata Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Sapawi Ahmad.

“Bagaimanapun, bimbingan dan tunjuk ajar itu masih memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak termasuk kalangan ibu bapa sendiri,” katanya pada majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Marintaman, dekat sini kelmarin.

Hadir sama Penyelia Pelajaran Sipitang Halim Edinin, Guru Besak SK Marintaman Raimah Abdullah dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Marintaman Nasrip.

Seramai 117 pelajar menerima RM150 manakala 26 pelajar dari Tahun Dua menerima RM350. Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata pencapaian generasi muda dalam bidang pendidikan tidak akan mampu mencapai tahap tertinggi jika tiada sokongan dan dorongan daripada pihak ibu bapa.

“Kita tidak boleh mengharapkan hanya kepada guru semata-mata sebaliknya kita sebagai ibu bapa perlu sedar bahawa kitalah yang memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan,” katanya lagi.

Beliau memberitahu ibu bapa adalah motivasi kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pendidikan.

Dalam pada itu Sapawi turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah tersebut.

SK Marintaman mencatatkan pencapaian kelulusan 62.5 peratus tahun lalu berbanding 52.3 peratus sebelumnya.

“Pencapaian ini diharap dapat dipertingkatkan dan pastinya kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa diteruskan dari masa ke semasa,” katanya.



Sapawi menyerahkan bantuan KWAPM kepada pelajar yang layak menerimanya sambil ditemani oleh ibu nya di majlis tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri,Datuk Nasir Tun Sakaran pagi ini menyambut ketibaan rombongan jemaah haji pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini.

Antara jemaah haji yang turut pulang dari Mekah itu Pengerusi Sedcovest,Datuk Awang Sham Amit, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Petagas merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, Abd Kahar Mohd Zain dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjung Aru, Rasimah Zakaria.

Hadir sama dalam majlis sambutan itu Pengarah Lembaga Tabung Haji Sabah, Abu Bakar Yusoff, Setiausaha Rendah 1 Jabatan Ketua Menteri,Datuk Awang Sahrin Alimin serta kaum keluarga jemaah haji.

Jemaah hari rombongan pertama seramai 384 orang termasuk petugas itu tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.35 pagi sementara rombongan haji penerbangan kedua dijangka tiba pada 27 Januari 2007 jam 1.30 petang.



Nasir (kiri) bersalaman dengan Abd Kahar Mohd Zain (kanan) dan sebahagian 384 jemaah haji pertama di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pagi tadi.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Nelayan tradisional persisiran pantai di negeri ini diminta berwaspada ketika keluar mencari rezeki berikutan cuaca yang tidak menentu masa kini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, mereka harus mengutamakan faktor keselamatan semasa turun ke laut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Adalah tidak wajar bagi mereka untuk keluar menangkap ikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan. "Bagaimanapun, masa terluang itu khususnya musim tengkujuh ini boleh dimanfaatkan dengan kerja-kerja seperti memperbaiki peralatan menangkap ikan mereka masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di surau Kampung Kuala, di sini.

Majlis anjuran penduduk kampung itu adalah sebagai tanda kesyukuran apabila lima nelayan dari kampung tersebut terdampar di laut semasa keluar menangkap ikan dan ditemui selamat di perairan Labuan .

Nelayan terbabit terdiri daripada pasangan adik beradik Aliusin dan Fauzi Aliuddin, Mohd Nor Abdullah, Dasid Mujamun dan Darmin Tinin. Nelayan terbabit telah dihanyutkan ombak selama empat hari dan diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, nelayan serta penduduk Labuan , minggu lalu.

Terdahulu itu, Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pantai Manis telah menghulurkan bantuan kepada keluarga nelayan terbabit dan memaklumkan ahli keluarga mereka berada dalam keadaan selamat sementara masih menerima rawatan di Hospital Labuan.

Sabah dianggarkan mempunyai 20,000 nelayan tradisional. Disamping itu, Menteri itu turut menjelaskan kementeriannya akan memutuskan bentuk bantuan yang bakal disalurkan kepada golongan petani, penternak dan nelayan di Sabah yang terjejas teruk akibat banjir.

Katanya, bentuk bantuan itu akan diputuskan selepas perbincangan diadakan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi dibawah kementeriannya.

Pada masa yang sama, Abdul Rahim telah mengarahkan jabatan dan agensi yang terbabit agar menyediakan laporan mengenai kerosakan yang dihadapi oleh penduduk yang terbabit.

"Saya telah mengarahkan semua ketua jabatan dan agensi yang terbabit agar mengenalpasti kerosakan yang dialami oleh para petani, penternak dan nelayan dengan segera agar bantuan segera juga dapat disalurkan kepada mereka yang terlibat," jelasnya.



Abdul Rahim bertanya sesuatu dengan nelayan dari Kampung Kuala, Papar yang terdampar di laut selama empat hari.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Maktab Sabah yang genap usia 50 tahun hari ini telah mengadakan sambutan perayaan Jubli Emasnya di dewan perdana sekolah itu, hari ini.

Presiden OSCA, Brig.Jeneral Datuk Abd.Ghani Haji Abd.Rashid menyempurnakan majlis sambutan itu dengan disaksikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), Fatimah Shara Ahmad Noor, Pengetua, Nuina dan penolong-penolong kanan serta kakitangan pengerusi dan pelajar sekolah.

Maktab Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1957, banyak mencatat sejarah kecemerlangan pendidikan selama lima dekad yang lalu.

Fatimah dalam ucapannya di majlis itu berkata, dalam tempoh 50 tahun, Maktab Sabah telah banyak melahirkan tokoh-tokoh ulung yang dihormati sama ada di sektor kerajaan atau swasta.

“Lepasan Maktab Sabah ada yang menceburi bidang politik sehingga bergelar Menteri atau Yang Berhormat dan ramai lagi yang menjadi profesional dalam pelbagai bidang. Ini harus menjadi tauladan kepada para pelajar masa kini”, katanya.

Katanya, PIBG akan terus memberikan kerjasama kepada pengurusan sekolah agar Maktab Sabah terus unggul dalam bidang akademik, kurikulum dan ko-kurikulum.

“Kebajikan dan kepentingan pelajar akan sentiasa menjadi keutamaan PIBG agar mereka dapat menuntut ilmu dalam suasana yang ceria”, tegasnya.

Majlis sambutan itu turut diserikan dengan upacara memotong kek dan pulut kuning Ulang Tahun ke-50 disamping pelancaran belon ulang tahun.



Datuk Abd.Ghani bersama Fatimah Shara (dua dari kanan) dan Nuinda memotong kek sambutan Jubli Emas Maktab Sabah.

Category: General
Posted by: keruak
SEMPORNA: Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, daerah Semporna dijangka menerima ramai pelancong asing terutama yang ingin menikmati syurga dasar laut pulau Sipadan, Mabul Mataking serta beberapa pulau di sini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran menjelaskan kebanyakan pelancong asing yang berkunjung ke daerah ini ingin menikmati keindahan pulau-pulau dan syurga dasar laut yang terkenal di pulau Sipadan.

Katanya, berdasarkan laporan pengendali pusat-pusat peranginan di beberapa pulau terutamanya di Mabul,Sipadan dan Mataking kini sibuk mengurus dan menerima tempahan pelancong asing menjelang tibanya Tahun Melawat Malaysia 2007.

“Kita berharap semua pengusaha pusat peranginan di sini mematuhi semua peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan serta mengutamakan keselamatan para pelancong semasa menjalankan aktiviti mereka ,” katanya.

Katanya, pihak kerajaan amat mengalu-alukan usaha gigih semua pengusaha pusat pelancongan menarik seberapa ramai pelancong asing namun mereka (pengusaha) hendaklah sentiasa mematuhi arahan keselamatan dari masa ke masa serta berhati-hati bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.

“ Pengusaha pusat pelancongan perlu sentiasa mengutamakan keselamatan para pelancong serta sentiasa patuh kepada arahaan-arahan keselamatan demi menjaga nama baik negara,” kata Nasir.

Nasir yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena melakukan lawatan kerja bersama Pegawai Daerah Semporna,Jaafar Ismail, Ketua Polis Daerah,DSP Abd Latif Ibrahim dan rombongan meninjau kawasan pembinaan pusat pelancongan di pulau Pompong, pulau Timba-Timba dan kawasan sekitar pulau Kulapuan.

Turut serta dalam rombongan itu Pegawai Kemajuan Rakyat Senallang, Tahir Amir, Pegawai Jabatan Pelabuhan & Darmaga Daerah Semporna, Saifulnizam dan Tinbalan Ketua Bahagian SAPP, Mohd Fadzil Lee Sui Ming.

Sehubungan itu Pegawai Daerah Semporna, Jaafar Ismail menjelaskan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa mengalalu-alukan dan menggalakkan para pelabur membuat pelaburan dalam pelbagai sektor samada sektor pelancongan mahupun sektor perikanan.

“ Kerajaan sentiasa mengalu-alukan para pelabur melabur di daerah ini dan kita akan memberikan kerjasama berdasarkan pandangan jabatan-jabatan berkaitan demi pembangunan sosio ekonomi negeri dan negara,” kata Jaafar.

Tambahnya,kerjasama itu termasuklah pengeluaran lesen dan kawasan-kawasan yang selamat dan sesuai berdasarkan perundangan negara.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Haji Abd Latif Ibrahim,menasihati kaum nelayan pesisir pantai sentiasa mematuhi arahan pihak keselamtan serta memantau laporan kaji cuaca dari masa kemasa sebelum turun ke laut menangkap ikan.

“ Meskipun kawasan perairan daerah ini selamat namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga semasa turun ke laut menangkap ikan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini,” kata Abd Latif.

Katanya, kaum nelayan yang ingin turun ke laut hendaklah sentiasa berhati-hati dan tidak pergi terlalu jauh ke tengah lautan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



Nasir (tengah) bersama Jaafar (dua kiri),Saifulnizam(dua kanan) dan Mohd Fadzil Lee (kiri) mendengar taklimat disampaikan DSP Hj Abd. Latif Ibrahim (kanan) sempena lawatan itu di Pulau Kulapuan Semporna.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Wakil Rakyat Lumadan Datuk Surinam Sadikon berkata kerosakan kawasan pertanian di beberapa kampung akibat bencana banjir di sini merupakan antara masalah utama dihadapi penduduk yang turut menjejaskan sosioekonomi mereka.

Katanya ekoran dari gelombong bencana banjir yang melanda daerah ini dua kali, ia memusnahkan segala tanaman penduduk terbabit yang bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian untuk menyara kehidupan mereka seharian.

“Kita faham dan bersimpati dengan masalah ini, usaha mengenal pasti mereka terjejas tanaman mereka dari bencana ini akan kita lakukan dan berharap usaha mendapatkan bantuan dari kerajaan khususnya kementerian terbabit akan kita usahakan,” katanya ditemui semasa membuat pemantuan banjir di kampong Suasa dekat sini.

Surinam yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan yang berkampung di kawasan yang beliau wakili semasa bencana banjir ini berlaku bukan sahaja memantau keadaan dari masa ke semasa malah turut mengerakkan jentera, termasuk Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sipitang yang beliau ketuai turut membantu mengagih-agihkan keperluan harian kepada mangsa yang terlibat di beberapa buah kampong di kawasan ini.



Surinam bersama jawatankuasa bencana Alam daerah ketika memantau keadaan banjir bagi kampung di pesisiran Sungai Padas.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Abdullah Hussin kemarin menerima kunjungan hormat wakil Syarikat Takaful Malaysia Berhad diketuai Pengurus Besarnya Ahmad Shah Budin Abu Bakar bersama Pengurus Syarikat Takaul Malaysia Berhad Cawangan Sabah Lani Lait di ibu pejabat Usia Jalan Sembulan Kota Kinabalu.

Dalam perjumpaan itu pelbagai isu dibincangkan termasuk rangkaian kerjasama yang diperlukan oleh Syarikat Takaful Malaysia dari Usia dalam menyebarkan maklumat berhubung dengan produk insurans yang diperkenalkan Takaful Malaysia yang berlandasakan syariat Islam.

Abdullah semasa perjumpaan tersebut berkata, Usia akan memberikan kerjasama serta sokongan sepenuhnya terhadap peranan Syarikat Takaful Malaysia dengan memberikan ruang bagi syarikat berkenaan memberikan ceramah serta penerangan dalam beberapa program yang akan dilaksanakan oleh Usia sepanjang tahun ini.

Ia bertujuan agar maklumat serta produk insurans Takaful Malaysia bukan sahaja diketahui ahli-ahli Usia namun masyarakat Islam keseluruhannya.



Abdullah (tengah) bersama Ahmad Shahbudin dan Lani berbincang semasa perjumpaan tersebut

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said all developers must ensure that there was strict supervision during the construction of drainage systems of all development throughout the State.

This was especially crucial especially in light of the numerous floods, landslides and landslips that has occurred lately due to the heavy downpour throughout Sabah .

“I want all developers to ensure that their drainage and those that manage any property developments, must ensure that their drainage system are maintained.”

The Chief Minister said this to reporters after being briefed by Sandakan Municipal Council’s president, Yeo Boon Hai on the landslide situation in Sandakan on Monday.

Earlier, the Chief Minister visited several of the roads, slopes and property as well as a Muslims cemetery in Buli Sim-Sim damaged by landslides.

“The situation is very serious. There have been extensive damaged to many roads and slopes.” Musa said.

He said, the State government would extend every possible assistance to repair the damages to roads, slopes and pipes.

“I also urge developers of properties that have been damaged by landslides to do their part in contributing to repair the damage.” added Musa.

The Chief Minister also said that he will also make a visit to other areas throughout Sabah that had been affected by floods, landslides and landslips as soon as he return from the nomination day of Batu Talam by-election scheduled tomorrow (January 16, 2007).

Among those accompanied the Chief Minister at the visit in Sandakan were Minister of Infrastructure Development, Datuk Raymond Tan who is Tanjung Papat state assemblyman, Elopura state assemblyman, Au Kam Wah, Gum-Gum state Assemblyman, Datuk Zakaria Edris, Karamunting state assemblyman, Datuk Wong Lein Tat, Libaran MP, Datuk Juslie Ajirol and Sandakan Municipal Council’s president, Yeo Boon Hai.



Musa (2nd left) together with Au and Raymond at one of the roads at Trig Hill in Sandakan that damaged by a landslide. At left is Yeo.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas mengunjungi mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 9 Jan lalu yang membabitkan pelajar dari Sekolah Ching Ming, Sandakan, di Hospital Duchess Of Kent Sandakan, baru-baru ini.

Dalam kejadian tanah runtuh itu, seorang pelajar dikenali Norafidah Jamludin, 13, yang menuntut di tingkatan 1 St. Micheal maut setelah terkena hempapan kayu ketika keluar dari kenderaan disewa bersama adiknya, Anwar.

Seorang lagi rakan mereka, pelajar tahun 1, Norfarah Hanim Sahap, juga bersekolah di SK Ching Ming, Sandakan, cedera parah di kepala dan masih tidak sedarkan diri.



Kelihatan Aklee (empat dari kiri) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau bertanyakan sesuatu kepada ayah mangsa, Sahap Latif (kanan sekali) sementara Norfarah masih terbaring tidak sedarkan diri.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA MARUDU: Kesedaran ibubapa memajukan pelajaran anak-anak untuk menebus masalah kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup telah mendorong kepada kelahiran lebih ramai golongan terpelajar dari kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata sebelum adanya kemudahan pendidikan yang terbuka luas sekarang terdapat ibubapa yang sanggup menjual tanah mereka untuk membiayai perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran.

“Sekarang Kerajaan memiliki dasar melahirkan sekurang-kurang seorang graduan setiap keluarga … maka kemudahan pendidikan diperluaskan termasuk penyediaan tenaga pengajar, bangunan dan juga pembiayaan,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Pendidikan Huguan Siou anjuran badan penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Daerah Kota Marudu di Dewan St Theresa di sini.

Sebanyak 16 pelajar cemerlang dari kalangan anak-anak ahli KDCA menerima anugerah dalam bentuk wang dan sijil. Para pelajar yang terlibat ialah lulusan UPSR, PMR, SPM, STPM dan Ijazah menerima anugerah dalam tiga kategori iaitu Anugerah Cemerlang, Anugerah Harapan dan Pelajar Contoh.

Kategori Pelajar Contoh dianugerahkan kepada Bommy Jamadil, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Cathy Molly Albert, lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bommy dan Cathy yang baru menamatkan pengajian masing-masing merupakan penerima Anugerah Cemerlang peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sejak KDCA Daerah Kota Marudu mengadakan majlis tersebut bermula pada 1996.

Dalam ucapannya, Menteri di Jabatan Perdana Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga Timbalan Presiden KDCA memaklumkan bahawa majlis berkenaan merupakan kali ke-11 diadakan di mana sudah tiga angkatan bekas penerima anugerah itu yang lulus dari universiti.

Turut hadir di majlis yang bersempena dengan malam amal itu ialah Jornah Mozihim, Jahid Jahim, dan Datuk Louis Rampas.



Pairin menyampaikan anugerah kepada anak salah seorang ahli KDCA cemerlang.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Agenda pembangunan yang dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah pembangunan yang berterusan dan bukan bermusim, kata Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau berkata kerajaan BN memang peka terhadap pembangunan untuk rakyat khususnya untuk membasmi kemiskinan di luar bandar.

“Setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN tetap dikota dan dilaksanakan dan bukan bermusim seperti pembangkang, hanya akan timbul apabila dekat pilihan raya.

“Kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN Sabah oleh Datuk Musa Aman membuktikan komitment dan keprihatinan bahawa kerajaan BN yang ada sekarang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan mementing pembangunan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia meminta pemimpin masyarakat peringkat akar umbi membantu menerangkan dasar kerajaan BN bentuk pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelak penduduk tidak mudah terpesong dengan pelbagai dakyah yang disebarkan pembangkang.

Katanya, usaha untuk mempertahankan kerajaan BN yang ada sekarang sewajarnya sudah lama dilakukan semua pihak terbabit termasuk kerjasama pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat.

"Penduduk perlu diberikan penjelasan mengenai dasar kerajaan BN dan apa yang sudah dilakukan kerajaan dalam membangunkan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan poly paip dan bantuan zink kepada penduduk Kg. Bolitikon Papar, di sini. Turut hadir sama Pemaju Mukim, Patrianus Hiang, Pengerusi JKKK Kg. Bolitikon, Taimin Guloh, Ketua Kampung, Gedeus Borini dan Wakil Ketua Anak Negeri, Alicius Sipanal.

Dalam majlis Rosnah turut meluluskan peruntukan tangki air kepada penduduk Kg. Bolitikon. Rosnah berkata, kecekapan pemimpin masyarakat dalam menjalankan tugas mampu menangkis pelbagai tuduhan dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan.

Katanya, pemimpin masyarakat adalah badan yang menjadi mata dan telinga pada peringkat kampung itu, wajar mempertahankan kerajaan BN supaya kekal memerintah negeri dan negara ini pada masa depan.

Beliau percaya usaha pembangkang untuk mempengaruhi fikiran penduduk tidak akan berhasil jika wakil kerajaan peringkat kampung bijak menanganinya.

"Kita berharap pemimpin masyarakat di Papar tidak jemu-jemu menjalankan fungsi dengan menyalurkan maklumat tepat mengenai pembangunan yang dilaksanan oleh Kerajaan BN,” katanya.



Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyerah poly paip dan zink kepada Pemaju Mukim, Patrianus Hiang mewakili penduduk Kg. Bolitikon.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Pembantu Menteri Kewangan merangkap wakil rakyat Sindumin Datuk Sapawi Ahmad mengunjungi Mustafa Muin di Kampung Guruh-Guruh Sipitang.

Mustafa, 62, akan menjalani rawatan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur , merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia .



Kelihatan dalam gambar Sapawi menyampaikan sumbangan kepada Mustafa sambil diperhatikan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh (dua dari kiri), Setiausaha Kerja Umno Sipitang Matrudi Kahan (kiri) dan Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap (kanan) yang akan menjalani rawatan di IJN.

Category: General
Posted by: keruak
TUARAN : Muslim Aid Asia (MAA) sebuah organisasi kebajikan yang membantu mengurangkan penderitaan umat manusia di seluruh dunia mengadakan taklimat “Qurban For Life (Q4L) dan Rayuan Bantuan Makanan di Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran, di sini baru-baru ini.

Pengurus Muslim Aid Asia Negeri Sabah, Hishammudin Sulaiman, berkata Q4L itu mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Persekutuan Islam Australia.

Katanya, pada awal tahun 2006 sejumlah RM 1.2 juta sumbangan Qurban dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukannya di seluruh dunia.

“Alhamdullilah dua kontena daging qurban dalam tin yang diproses di Malaysia juga dihantar ke Indonesia dan Pakistan iaitu dua negara yang mengalami bencana dan gempa bumi, penyembelihan juga dilakukan dirumah-rumah sembelih diiktiraf JAKIM dan Kementerian Pertanian Malaysia.” katanya.

Selain memberi makanan kepada mangsa kebuluran, Muslim Aid Asia juga bertungkus lumus menangani masalah kemiskinan yang rata-ratanya membabitkan umat Islam.



Hishammudin (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran (PPKT), Abdul Kassim Razali (dua dari kanan) bersama kakitangan PPKT mempamerkan poster program berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman attended a charity dinner as a guest-of-honour together with his wife, Datin Seri Faridah Tussin at Shangri-La Tanjung Aru Resort (STAR) in Kota Kinabalu on Saturday.

The dinner was organized by the Sabah Women Association (Perkumpulan Perempuan Sabah).

Deputy Minister of Housing and Local Government, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun who is the president of the association was present.

Among those present were Klias State Assemblyman, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin and State Assemblywomen for Lumadan, Datuk Surinam Sadikun.

At the dinner, Azizah presented a mock cheque of RM62,000 to Musa. The money is from the proceed of the chairy dinner.



Azizah (left) presenting the mock cheque to Musa.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Pergerakan Wanita UMNO Sabah meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga menyeragamkan peruntukan mangsa banjir di setiap Parlimen yang terjejas dengan banjir di Sabah sama seperti di Semenanjung.

Ketuanya, Senator Datuk Armani Mahiruddin mahu kementerian tersebut menyalurkan peruntukan mangsa banjir di Sabah disalurkan melalui Pengerusi-pengerusi MPWKM di kawasan terjejas seperti di Beaufort, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan.

Katanya, kementerian telah menyalurkan peruntukan tersebut itu melalui Pengerusi-pengerusi MPWKM di kawasan Parlimen terjejas di Semenanjung, tetapi di Sabah tidak menerima peruntukan tersebut.

Antara kawasan dilandar banjir di Sabah ialah Beaufort, Kota Marudu, Tenom dan Kinabatang. “Wanita UMNO Sabah mendapat makluman balas bahawa setiap kawasan Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mendapat peruntukan untuk bencana alam seperti banjir.

“Kami agak terkilan di sini, mungkin menteri berkenaan tidak mendapat maklum balas keadaan banjir di sini (Sabah), tinjauan mendapati ramai mangsa-mangsa banjir mengalami kerosakkan dari segi harta benda, kawasan pertanian rosak dan keadaan rumah rosak dilanda banjir lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan makanan kepada 210 penerima mangsa banjir di dua kampung, iaitu Suasa (129 keluarga) dan Lago (81 keluarga), Beaufort di sini..

Wanita UMNO turut melawat mangsa korban banjir pertama di Kg. Suasa iaitu ke rumah keluarga angkatnya, Mukthani Lawi di mana korban pertama banjir Mohd Ruzman Shahrin Abdul Muin, 15, murid tingkatan Empat dari SMK Gadong terjatuh ke dalam parit berhadapan rumah mangsa.

Turut menyertai lawatan itu Naib Ketua Wanita, Datuk Amisah Yassin (Ranau), Setiausaha Wanita UMNO negeri, Datuk Hamisah Samat (Kalabakan), Ketua Penerangan Wanita negeri, Jainab Datuk Ahmad (Sepanggar), Bendahari Wanita negeri, Normah Mohd Sari (Putatan) Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Wanita UMNO Sabah, Surinam Sadikun (Sipitang) Timbalan Pengerusi Biro dan Jamaliah Antalip (Tuaran).

Wanita UMNO Sabah juga menghantar bantuan makanan dari rumah ke rumah kepada mangsa banjir di dua kampung dalam Zon Suasa.

Sumbangan adalah daripada Pergerakan Wanita UMNO Sabah bersama Bernas Cooperation dan Sedco. Turut menyumbang Adun Lumadan dan Yayasan Amal Malaysia Sabah. Kesemua sumbangan berupa bantuan makanan harian seperti beras, roti kering, gula, milo dan sebagainya.



Wanita UMNO Sabah turut mengagih-agihkan bungkusan makanan kepada mangsa banjir dari rumah ke rumah.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menegaskan pendirian kerajaan negeri yang bersikap serius dalam menangani isu berkaitan pendatang asing tanpa izin yang telah menghantui Sabah sejak sekian lama.

Menurutnya, pelbagai usaha dan langkah diambil secara berterusan bagi menangani masalah berkenaan selain mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Pusat.

Katanya, sikap kerajaan negeri yang mungkin pada tanggapan sesetengah pihak hanya diam membisu tidak bermakna ia tidak berbuat sesuatu untuk menyelesaikannya.

Sebaliknya, kata beliau, pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaan selama ini kerana kerajaan adalah komited mahu menyelesaikannya.

Bercakap kepada pemberitac di kediaman rasminya di Sri Gaya di sini, beliau turut menjelaskan beberapa masalah dan halangan yang menyukarkan tindakan drastic menangani masalah berkenaan.

Antaranya ialah kekurangan pusat tahanan sementara kerana ketiga-tiga pusat yang ada pada masa ini, iaitu di Menggatal, Tawau dan Sandakan sudah penuh sesak dan hanya mampu menampung kira-kira 2,000 orang.

Musa berkata satu lagi masalah ialah pihak Kedutaan Filipina mengambil masa panjang memproses dokumen perjalanan bagi membolehkan rakyatnya yang ditahan dihantar pulang ke negara mereka.

Ia berpunca daripada ketiadaan pejabat Konsulat Filipina di Sabah.

Menurutnya, beliau ada membangitkan isu mengenai penubuhan Konsulat Filipina itu ketika pertemuan dengan Duta Filipina ke Malaysia Victoriano Lecaros tahun lepas, tetapi nampaknya tiada tindakan sehingga ini.



Musa dalam sidang akhbar di Sri Gaya . Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman hosted a dinner in honour of the visiting Royal Highness Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah and his entourage at Marina Sutera Harbour resort in Kota Kinabalu on Thursday’s night.

Earlier, the Chief Minister had an audience with Tengku Abdullah at Magellan Sutera resort.



Tengku Abdullah (left) and Musa (right) exchanging memento at their audiences

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Sebuah Sekolah Menangah Agama Islam (SMAI) dibina di daerah ini di atas tapak seluas 12 hektar di Kampung Kebidang, kira-kira 15 kilometer dari pekan dengan anggaran kos RM1.5 juta.

Wakil Rakyat Kawasan Klias Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata peruntukan itu merupakan pembiayaan pembinaan fasa pertama membabitkan pembinaan blok pentadbiran, manakala fasa selanjutnya termasuk asrama, dewan, makmal computer dan padang ,

Beliau ditemui selepas melakukan upacara pecah tanah tapak pembinaan itu. Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Amri A.Suratman, Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Said Othman, Pegawai Takbir (Jheains) Beaufort Abidin Ali Hassan dan Pengerusi PIBG Suis Kabidang Muhamad Juriman.

Lajim yang juga Ketua Merinyu Projek Pembangunan Negeri berkata dengan terbinanya sekolah itu, ia dapat mengatasi masalah kekurangan sekolah menengah agama bagi pelajar khususnya dari kawasan Pantai Barat Selatan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat sekolah menengah agama.



Lajim diiringi Amri dan Mohd. Said memotong riben ketika memasuki kawasan tapak pembinaan sekolah berkenaan.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Usaha kerajaan mempertingkatkan pembangunan pendidikan tidak akan bermakna jika ibu bapa masih bersikap sambil lewa, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau menegaskan kerajaan mempunyai kesungguhan dalam mempertingkatkan pembangunan pendidikan dan ia memerlukan sokongan semua pihak.

“Usaha itu bukan hanya tertumpu kepada pembangunan prasarana tetapi juga kepada generasi yang bergelar pelajar,” katanya berucap pada majlis penyampaiaan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Kelangsat dekat sini.

Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin memberitahu kerajaan tidak akan mengabaikan pembangunan pendidikan di negara ini meskipun tumpuan diberi ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Beliau berkata ibu bapa perlu sedar betapa pentingnya pendidikan yang merupakan kunci kejayaan dan kecemerlangan.

Menurutnya nasib sesebuah keluarga tidak akan berubah jika pendidikan diabaikan. “Hanya pendidikan akan mengubah nasib seseorang dan pada masa yang sama mengelak daripada ditindas dan juga ketinggalan,” katanya.

Seramai 137 pelajar menerima RM150 manakala 23 pelajar dari Tahun Dua menerima RM350. Hadir sama Pegawai Daerah Sipitang Kamarlin Ombi, Guru Besar SK Kelangsat Asli Moksin dan Pengerusi PIBG SK Langsat Kurus Samugang.



Sapawi menyerahkan bantuan KWAPM kepada seorang bapa kepada pelajar yang layak menerima bantuan tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) USBO di sebuah hotel di bandaraya ini, pagi ini.

Mesyuarat lebih dua jam itu dihadiri oleh sebahagian besar ahli MT, termasuk Setiausaha Agung, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mesyuarat berkenaan antara lain membincang mengenai pelbagai aktiviti dan kegiatan yang akan diadakan oleh USBO sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sepanjang tahun ini.

“Dalam mesyuarat ini, kita menyusun serta memperincikan program-program dan gerak kerja untuk dilaksanakan sepanjang tahun,” katanya, sambil menyatakan terima kasih kepada semua ahli yang bekerjasama menjayakan aktiviti USBO sebelum ini.



Salleh ketika mempengerusikan mesyuarat MT USBO itu. Di sebelahnya ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



Salleh berbincang dengan sebahagian ahli MT yang hadir sebelum mesyuarat bermula.

Category: General
Posted by: keruak
BELURAN: Pekebun kecil kelapa sawit di daerah Beluran disaran meningkatkan kualiti hasil keluaran ladang mereka mencapai ke tahap 18 hingga ke 20 tan sehektar setahun melalui pemilihan awal kualiti benih sawit yang terbaik.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, di antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan pengeluaran hasil yang rendah ialah pengunaan benih yang kurang berkualiti.

Memahami keadaan itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperkenalkan Sijil Kewibawaan Tapak Semaian kepada pengusaha tapak semaian benih kelapa sawit sebagai pengiktirafan bahawa pengusaha tersebut membekalkan anak benih sawit dan bahan keperluan sawit yang berkualiti.

“Dalam konteks ini, adalah penting bagi pekebun-pekebun kecil kelapa sawit memastikan mereka memperolehi bekalan anak benih sawit daripada pengusaha yang diiktiraf dan berlesen dengan MPOB bagi mengelakkan kerugian pendapatan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Kelompok Baja Terselia (KBT) Dan Penyampaian Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti Kepada Pekebun Kecil Bahagian Sandakan di Dewan Serbaguna Beluran di sini, petang kelmarin. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.

Katanya, ketika ini pekebun-pekebun kecil hanya mengeluarkan 10 hingga 12 tan sehektar setahun dan ini perlu ditingkatkan memandangkan industri kelapa sawit berkembang dengan begitu pesat di negera ini di samping harga komoditi itu yang stabil.

Dengan keluasan 4.12 juta hektar merangkumi 68 peratus kawasan pertanian negara tanaman komoditi itu menyumbang kepada pendapatan ekspot sebanyak tiga bilion ringgit setahun.



Ronald (dua dari kanan) melihat pameran jenis-jenis buah sawit sambil diiringi kenamaan yang lain.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Majlis Agama Islam Sabah (Muis) menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Pahang (MAIP) kelmarin.

Kunjungan diketuai Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi Muis, Datuk Syed Abas Syed Alu, telah bertukar-tukar pendapat dan berbincang dengan Tengku Mahkota Pahang mengenai pertadbiran dan hal-ehwal MUIS.

Turut hadir dalam pertemuan itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Amri Suratman.

Turut serta dalam rombongan MAIP ialah Ahli Parlimen Temerloh, Dato Sarit Yusof, Orang Besar Berlapan Negeri Pahang, Dato Setia Amar Segara Dato Halim Ibrahim, Timbalan MAIP, Dato Sri Wan Wahid Wan Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato Wan Abdullah Wan Salleh.



Datuk Syed Abas dan Amri merakamkan gambar kenangan bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Sabah Credit Corporation (SCC) presented a mock cheque of RM9,934,838.75 to State government as dividen and payment of loan.

The presentation ceremony was done at the SCC headquarters in Donggongon, Penampang on Friday.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman received the cheque presented by SCC’s chairman, Datuk Anthony Lai.

Musa who made his first visit for this year to SCC was also brought to see the exhibiting of a new “Integrated Front & Back office” computer system.

SCC also presented a mock cheque of RM50,000.00 mean for State Relief Fund.

Among those present at the function were Permanent Secretary to the Finance Ministry, Datuk Yusof Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Kassim, SCC’s chairman, Datuk Anthony Lai, SCC’s general manager, Vincent Pung, SCC board of directors and senior official of the Finance Ministry.



Anthony Lai presented the mock cheque to Musa as loan and dividen payment by SCC to the State government. At extreme left is Vincent while on Musa’s left is Yusof.

Category: General
Posted by: keruak
KENINGAU: Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Keningau perlu mempersiapkan bantuan terhadap bencana yang mungkin berlaku akibat perubahan cuaca selepas musim hujan seperti kemarau el-nino.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata walaupun bencana banjir yang berlaku di daerah ini hanya berada pada paras waspada namun persediaan perlu dilakukan untuk mengatasi kemungkinan berlakunya bencana lain selepas musim sekarang.

“Operasi Jawatankuasa Bencana perlu digerakkan terus termasuk menyediakan peralatan-peralatan dan bentuk-bentuk bantuan yang diperlukan penduduk yang terlibat,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Keningau berkata demikian ketika menemui Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Keningau kelmarin (11/1, 3pm) yang diketuai Penolong Pegawai Daerah, George Kandavu.

Di dalam taklimat itu, George memberitahu dalam keadaan cuaca masih belum menentu, beberapa tempat yang terlibat dengan banjir di daerah ini hanya berada pada aras waspada.

Menurut George lagi, tempat-tempat yang dinaiki banjir seperti Dalit, Karamatoi, Membulu dan Kuala Kahaba melibatkan kerosakan terhadap kemudahan tertentu seperti jambatan dan jalanraya yang tidak boleh dilalui.

Category: General
Posted by: keruak
MENGGATAL: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad meminta golongan mahasiswa dan mahasiswi supaya mempelajari ilmu kemahiran semasa berada di IPTA dan IPTS.

Katanya, selain mempelajari ilmu di IPTA dan IPTS, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk memudahkan mereka apabila tamat penggajian.

"Hari ini bidang kemahiran amat diperlukan untuk membantu negara terutama dalam bidang yang memerlukan kemahiran kepakaran dari pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. Kita tidak boleh terlalu bergantung menggunakan kemahiran pekerja luar.

"Adalah wajar mahasiswa tersebut mempelajari ilmu kemahiran yang membantu mereka untuk bekerja dan faktor penyebab banyak pengangguran kerana sikap yang terlalu memilih pekerjaan dan inginkan gaji tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan anak angkat Kolej Universiti Teknologi Tun Hussin Onn kepada JKKK Kg. Unggu Jaya, Menggatal di sini,.

Kira-kira 31 mahasiswa dan mahasiswa dari kolej tersebut akan berada bersama-sama keluarga angkat mereka. Sebelujm itu mereka telah berada di Sabah bemula pada 5 Jan dan berakhir Ahad ini (14/1/2007).

Jainab yang juga Adun Karambunai berkata projek Baktisiwa Kuititho adalah untuk menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi tentang betapa pentingnya tanggungjawab untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha memajukan negara dan pembangunan. "Program Baktisiwa merupakan priogram yang dapat memupukkan kepimpinan cemerlang bagi memikulm tanggungjawanb dan mempelajari budaya dan adat istiadat kaum-kaum di negeri ini khususnya dalam DUN Karambunai yang terdiri pelbagai kaum," tambah Jainab.

Sementara itu, Pengarah Projek Program Baktisiwa, Ardzhe Mohd Maidden berkata semasa berada di Sabah mereka telah pun mengadakan aktiviti lasak iaitu berkayak di Sungai Kiulu, mendaki Gunung Kinabalu dan akan berada dengan keluarga angkat selama tiga hari.

Gambar

Jainab merakamkan gambar kenangan bersama mahasiswa dan mahasiwi daripada Kolej Unviversiti Tekonoloji Tun Hussin On.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Penaung Pendokong Askar Wataniah Sabah, (Kol) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menerima kunjungan hormat dan perpisahaan Komander Askar Watniah Sabah Lt. Kol Mohamad Sediqi Abd.Wahid di pejabatnya di Wisma Inoprisse Teluk Likas.

Sediqi yang bertukar ke Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan untuk menjawat jawatan baru iaitu sebagai Pegawai Memerintah jem berkenaan bermula dari 1 Januari 20007.

Tempat Mohamad Sediqi yang sudah nertugas di Sabah sejak lapan tahun lepas diambil alih oleh Kolonel Mahathir Jaafar sebagai Komander baru di Kem Askar Wataniah Bukit Perwira Kota Kinabalu.

Ketika kunjungan itu, Sediqi merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Lajim yang juga Ketua Merinyu Projek Pembangunan Negeri di atas sumbangan serta kerjasama selama ini.

Katanya, Lajim sebagai Penanung Pendokong Askar Wataniah Sabah banyak memberikan sumbangan idea ke arah memperkasa peranan serta tanggungjawab anggota Askar Wataniah di negeri ini.



Lajim menerima cenderakenangan dari Mohamad Sediqi sambil diperhatikan Mahathir semasa kunjungan tersebut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Seramai 40 orang dari Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Negeri Sabah mengadakan lawatan sambil belajar melalui program Titian Ilmu selama empat hari ke Tarakan , Indonesia , baru-baru ini.

Rombongan diketuai Datuk Surinam Sadikon yang juga Wakil Rakyat Kawasan Lumadan itu bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim antara kedua-dua negara di samping membuka ruang yang boleh diterokai bersama.

Bidang tersebut termasuk pendidikan, ekonomi dan budaya yang boleh menjana hubungan mesra serta semangat setiakwan antara dua wilayah.

“Kita berharap lawatan ini memberikan pendedahan pengerusi MPWK di setiap Parlimen untuk mengeksploitasikan apa juga pengalaman diperolehi khususnya untuk memajukan MPWK di kawasan masing-masing,” kata Surinam .



Surinam dan rombongan MPWK mengabadikan kenangan bersama ahli jawatankuasa persatuan wanita Tarakan, Indonesia

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Kerajaan akan membina tiga lagi Kolej Matrikulasi di Kelantan, Terengganu dan Selangor dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Hj Omar, berkata kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM600 juta untuk membina kolej tersebut iaitu kira-kira RM200 juta setiap satu.

Beliau berkata dengan pembinaan tiga kolej itu akan menjadikan 12 kolej selepas sembilan kolej matrikulasi telah dibina di Perlis, Perak, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor, Kedah, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML), Jalan Merinding, kelmarin.

Mohd Noh merasmikan pusat penyelidikan dan pembangunan, melawat asrama pelajar dan pusat pelajar, sesi bersama kakitangan dan pelajar, mendengar taklimat mengenai program matrikulasi.

Hadir sama Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, Pengarah KML, Sawang @ Rizal Amit dan kakitangan KML.

KML yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar telah mengambil 500 pelajar pada Julai 1999 dengan menggunakan kampus sementara di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) di Kiamsam.

Kolej itu yang mempunyai keluasan 56.7 hektar mengambil pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan dilengkapi kolej kediaman, kafeteria, dewan kuliah, bilik tutorial, makmal sains, makmal bahasa, perpustakaan, kedai, ATM, kemudahan sukan, surau dan makmal komputer.

Mohd Noh berkata kerajaan mahu membangunkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri dan nilai-nilai murni, beretika, mempunyai pendidikan terlatih dan pekerjaan sewajarnya selaras dengan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.



Dato Noh (tengah) bersama Dr Zainal Abidin (kiri) dan Pengarah KML, Sawang Amit ketika sidang akhbar di KML.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum, Datuk Zakaria Edris meminta syarikat pelancongan di negeri ini lebih mengutamakan keselamatan daripada keuntungan.

Katanya, tragedi bot karam yang membabitkan 10 pelancong dari luar negara dari Pulau Libaran di sini amat dikesali.

“Saya ingin tegaskan mana-mana syarikat pelancongan di negeri ini perlu menjaga keselamatan pelancong yang dibawa, terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu. Saya kecewa dan terkilan kerana bot pelancongan tersebut ‘terlalu berani’ dan telah mengharungi cuaca buruk dengan hujan dan laut bergelora sebelum karam di muara Sungai Padas, Sandakan, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu kenyataan ketika mengulas mengenai kejadian bot karam di Pulau Libaran di Sandakan, hari ini.

“Kita tidak mahu usaha kerajaan untuk melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM2007) akan terbantut disebabkan ‘kecuaian’ yang disengajakan tanpa mengambil kira keselamatan para pelancongan yang datang melawat ke negeri terutama di pusat-pusat peranginan yang berhampiran dengan laut.

Tambah Zakaria lagi, syarikat pelancong mesti menunjukkan sikap mesra dan sentiasa membantu supaya tidak ada gambaran negatif tentang negara daripada pelancong yang datang. Syarikat pelancong mesti bertanggungjawab untuk mempamerkan identiti dan semangat negara demi memastikan kejayaan TMM 2007.



ZAKARIA EDRIS

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Ibu bapa dinasihatkan agar membuat perancangan bagi memastikan anak-anak mereka tidak terhalang untuk terus menikmati pendidikan.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata perancangan itu bukan hanya tertumpu kepada soal kewangan semata-mata tetapi turut berkaitan dalam soal menanamkan semangat dan keazaman bagi memperolehi pendidikan tertinggi.

“Dalam abad ke-21, pendidikan merupakan kunci kepada kejayaan dan juga asas untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Berucap pada majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Sekolah Kebangsaan Melalia, Sapawi memberitahu ibu bapa perlu komited terhadap pendidikan anak-anak dan tidak harus bersikap sambil lewa.

Beliau juga memberitahu ibu bapa juga tidak harus bergantung hanya kepada kerajaan semata-mata. Menurutnya sumbangan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan generasi muda memperolehi dan menikmati pendidikan tidak akan berkesan jika ibu bapa enggan memberikan kerjasama.

Katanya kerajaan hanya bertindak sebagai penambah dorongan kepada generasi muda untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai pendidikan tertinggi.

“Ibu bapalah yang memainkan peranan penting…pencapaian pendidikan anak-anak tidak akan mampu mencapai tahap tertinggi jika ibu bapa masih bersikap sambil lewa,” katanya lagi. Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin memberitahu kesungguhan kerajaan itu dapat dilihat menerusi pemberian KWAPM.

Menurutnya salah satu tujuan pemberian itu adalah untuk memastikan semua generasi dapat menikmati pendidikan.

Sehubungan dengan itu beliau berharap bantuan yang diberikan dipergunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak dipergunakan untuk tujuan yang lain.

“Ibu bapa perlu meletakkan pendidikan sebagai agenda paling utama,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Pelajaran Sipitang Kamarlin Ombi, Guru Besar SK Memalia Thaba Libang dan Pengerusi PIBG SK Memalia Asime Tengah serta seramai 81 orang pelajar layak menerima bantuan KWAPM



Sapawi menyerahkan bantuan KWAPM kepada Johari Karim pelajar Tahun 2 di majlis tersebut

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Seiring usia kemerdekaan negara ke-50 tahun ini Majlis Belia Sabah (MBS) turut memberikan tumpuan bagi melaksanakan program yang mampu menyuntik semangat patriotisme serta sayang kepada negara khususnya di kalangan belia di negeri ini.

Presidennya Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata MBS akan menganjurkan perhimpunan raksaksa membabitkan pemimpin dan persatuan belia di negeri ini yang dijangka diadakan awal sambutan bulan kemerdekaan Ogos depan di Kota Kinabalu

“Ini adalah program terbesar kita tahun ini, yang melibatkan penyertaan sekitar 5,000 pemimpin dan ahli persatuan belia dari seluruh daerah di negeri ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco MBS di Berjaya Palace Hotel di sini.

Sehubungan itu Lajim berkata, pelbagai program lain turut dirangka MBS dalam usaha menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan genersi muda di negeri ini, antaranya program pengedaran bendera dan striker kereta sambutan ke 50 kemerdekaan negara di beberapa bandar utama antaranya Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

“Selain dari program ini kita juga mengadakan konvoi merdeka ke berapa daerah di negeri ini di samping seminar, kursus serta perkhemahan dengan memberikan perhatian kepada modul kursus yang menjuruskan kepada pembinaan semangat patriotic,” katanya.



Lajim bersama timbalanya Awang Zaini ketika mempengerusikan mesyuarat Exco MBS yang pertama tahun 2007.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Biro Kebajikan dan Pembangunan Sosial Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang dipengerusikan Amin Ibrahim mengadakan mesyuarat pertama Isnin lalu.

Selain mengumumkan perlantikan ahli jawatankuasa berkenaan di mana Ketua Usia Bahagian Labuan Ali Datuk Seri Panglima Hj Mohd.Beldram dilantik menjawat jawatan Timbalan Pengerusi, mesyuarat juga turut melantik Haji Abdullah Hussin sebagai Setiausaha dibantu oleh Damit Tajuddin sebagai Penolong Setiausaha dan Mohd Syum Abdul Majid sebagai Bendahari Biro.

Mesyuarat turut mengambil keputusan mengadakan aktiviti sepanjang tahun ini, antaranya yang dimasukkan dalam kelendar aktiviti Biro tersebut ialah Majlis Derma Darah dan Majlis Makan Malam Senandung Kasih.

Kelihatan Amin bersama Abdullah dan Setiausaha Kerja Usia Pusat Edul Maulud serta barisan jawatankuasa Biro ketika mengadakan mesyuarat tersebut.



Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who is Sabah Umno chief hosted a dinner for the visiting Perak Umno youth exco at a leading restaurant in Kota Kinabalu on Monday’s night.

The 22-member Perak Umno youth exco was led by its chief, Zainol Fadzi Paharudin.

Also attended were Selangor Umno youth chief, Abdul Shukor Idrus, Penang State’s Umno youth vice-chief, Sahidan Shahdan and National Umno youth exco, Shamsul Nasarah, Wan Azizi Mohamed and Hasnol Datuk Ayub.

Among those present were Minister of Youth and Sports, Datuk Masidi Manjun, Assistant Minister of Finance, Datuk Sapawi Haji Ahmad, Assistant Minister of Rural Development, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Assistant Minister of Agriculture and Food Industries, Datuk Japlin Akim who is Sabah Umno youth chief and his vice-chief, Nizam Abu Bakar Titingan, Sabah Umno and youth divisional leaders.

Speaking at the function, Musa said the visit by Perak Umno youth exco could further strengthen the party strength and cooperation especially among the party leaders and members of the two States.



Musa (centre in batik) flanked by Zainol Fadzi (on Musa’s right) and Japlin (on Musa’s left) in a group photograph with Perak Umno youth exco and Sabah Umno and Youth leaders after the dinner.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat dengan bencana banjir di sini diminta mengemukakan laporan berhubung kerosakan infrastruktur di kampung masing masing.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, laporan tersebut penting bagi pihaknya menyediakan peruntukan bagi memperbaiki segala kerosakan infrastuktur seperti jalan raya, jambatan, masjid, surau dan balairaya akibat bencana banjir.

“Dengan adanya laporan ini, kita dapat menentukan jumlah peruntukan diperlukan untuk memperbaiki segala kerosakan di samping memberi keutamaan kepada infrastruktur yang teruk terjejas ekoran dari bencana banjir ini,” katanya ditemui selepas mengiringi lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort.

Turut serta dalam lawatan itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y. Mustafa, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Samsul Anuar Nasarasah serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Musa yang juga Menteri Kewangan semasa lawatan itu memberitahu kerajaan akan memastikan peruntukan RM3 juta yang diberikan untuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing masing daripada kerajaan Pusat dan Negeri akan digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir khususnya di daerah Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias laporan segera diperlukan bagi memastikan segala kerosakan ekoran bencana banjir dapat diperbaiki segara dan ini boleh mengelakkan sebarang kerumitan kepada rakyat di kampung terjejas.



Lajim diiringi Wong ketika memberikan taklimat kepada Musa di Pusat Pemindahan tersebut

Category: General
Posted by: keruak


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Aklee Abbas (tengah) berkesempatan mendengar taklimat terkini mengenai bencana banjir di Daerah Kinabatangan yang kini berada di tahap berwaspada petang kelmarin.

Taklimat disampaikan Pegawai Daerah Kinabatangan, Latif Kandok yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi banjir (PKOB) di Pejabat Daerah Kinabatangan.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran)Kinabatangan, Latif Amat, Penolong Pegawai Pembangunan Kinabatangan, Mohd Hashim dan Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PKR) Sukau, Abdul Aggas.

Category: General
Posted by: keruak
BEAUFORT: Paras banjir di daerah ini masih berada di tahap berwaspada walaupun sebahagian tempat, terutama di kawasan pekan mulai surat sejak semalam.

Tinjauan mendapati keadaan sebahagian kampung yang kawasannya rendah dan berhampiran sungai masih ditenggelami banjir melepasi paras bahaya.

Wakil Rakyat Klias, Datuk Lajim Ukin, sehubungan itu menasihatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa waspada kerana air mengalir keluar menyebabkan beberapa kampung yang terus ditenggalami air sehingga 8.70 meter.

“Penduduk perlu waspada dan bersedia berpindah tanpa menunggu arahan pihak berkuasa jika keadaan banjir semakin kritikal di kawasan meraka,” katanya ditemui selepas mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmad Shah Abdullah dan Toh Puan Dayang Masuyah Ag.Japar ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Pa Musa, di sini.

Turut sama mengiringi lawatan itu Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd.Dun, Wakil rakyat Lumadan Datuk Surinam Sadikon, Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Mohd.Nor Wahab dan Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten

Sehingga kemarin seramai 291 mangsa terdiri dari 181 dewasa dan 110 kanak-kanak yang kebanyakannya dari kampong Bekalau,Binunok,Balibata dan Jampanga masih berada di pusat pemidahan tersebut berikutan rumah mereka dinaiki air melebihi 2 meter.

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort bilik gerakan Bencana Alam Daerah terus beropersi 24 jam bagi memantau keadaan dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku terutamanya di kampong kampong yang terlibat dengan bajir iaitu sebanyak 17 buah kampong di kawasan Klias dan 25 buah kampong di Kawasan Lumadan.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim mengingatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka dari bermain air bagi mengelak kejadian tidak diingini.



Lajim bersama Naib ketua Bahagian serta AJK Bencana Alam daerah ketika melakukan lawatan serta pemantauan di salah sebuah kampung terjejas banjir pada hari pertama berlakunya banjir di Beaufort.

Category: General
Posted by: keruak
KUALA LUMPUR: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman attended the official launching of Visit Malaysia Year 2007 by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at Titiwangsa Lake Garden near Kuala Lumpur on Saturday’s night.

The launching of the Visit Malaysia Year 2007 with a theme “Eye On Malaysia” by Prime Minister were also attended by Federal Cabinet Ministers, Chief Ministers, Menteris Besar, foreign dignitaries and more than 500 media representatives from foreign countries.

Minister of Tourism, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor and Federal Territory Minister, Datuk Zulhasnan Rafique, were also among those present at the function.



Abdullah (right), Tengku Adnan (left) and Musa (2nd left) chanted “ Malaysia Boleh” after the launching ceremony by Abdullah.

Category: General
Posted by: keruak
SUGUT: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee mahu Jabatan Tanah dan Ukur mengambil tindakan berkesan menyelesaikan masalah permohonan tanah di Beluran.

Katanya, masalah itu kini serius dan perlu tindakan berkesan jabatan terbabit untuk menyelesaikannya demi kepentingan penduduk dan rakyat di kawasan itu.

Menurutnya, Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Beluran dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur mengetahui dan maklum mengenai beberapa kes termasuk satu kes tanah di Kampung Kimansi, Beluran yang telah dikemukakan oleh beliau beberapa bulan yang lalu.

“Namun sehingga sekarang, belum ada tindakan berkesan yang diambil oleh jabatan berkenaan”, katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Tangkarason, Sugut.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Paitan, Medin Masandoh dan Setiausaha Pemuda UMNO Beluran, Samad Jumri.

Ronald mendakwa suratnya kepada PPHT dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur juga tidak dibalas pihak berkenaan.

Dalam hubungan itu, beliau hairan mengapa Jabatan Tanah dan Ukur Negeri serta PPHT Beluran terlalu lambat melakukan tindakan berkesan yang dalam lingkungan kuasa mereka untuk menyelesaikan masalah permohonan tanah di kawasannya.

Menurutnya, sikap tidak serius ini telah mengakibatkan tekanan dan kesusahan di pihak pemohon-pemohon yang terlibat. Katanya, masalah tanah di Kg Kimansi adalah disebab kecuaian jabatan, sama ada diniatkan atau tidak dalam menggugurkan empat pemohon asal daripada senarai RSP apabila title tanah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.

“Begitu juga laporan PPHT Daerah memaklumkan bahawa kajian lapangan di kawasan berkenaan sebagai tidak berpenghuni dan tiada tuntutan adat, sedangkan keempat-empat pemohon ini telah pun membuka tanah mereka dengan menanam buah-buahan dan kelapa sawit.

“Malahan ada dikalangan mereka yang telah mendirikan rumah kekal dikawasan berkenaan”,tegasnya.

Ronald berkata,semua keterangan itu telahpun dikemukakannya kepada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diperolehinya.

Serentak itu, beliau menyeru Jabatan Tanah agar lebih prihatin terhadap masalah masyarakat kampung.



Ronald sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang warga tua di Kampung Tangkarason.

Category: General
Posted by: keruak
PITAS: Kira-kira 70 mangsa banjir terdiri 40 kanak-kanak dan 30 keluarga mangsa banjir di kawasan Pitas, Kudat menerima bantuan sumbangan gabungan daripada Puteri UMNO Malaysia, Puteri UMNO Sabah dan Puteri UMNO Kudat.

Rombongan itu diketuai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Puteri UMNO Sabah , Siti Hamni Hashim.

Perjalanan sejauh empat jam itu tidak melemahkan semangat rombongan tersebut untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan membantu keluarga mangsa banjir di Pitas, Kudat. Sikap keprihatinan ahli-ahli Puteri tersebut telah menambat hati 40 orang kanak-kanak dan 30 keluarga terdiri mangsa banjir yang berlaku sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha dan tahun baru 2007. Sumbangan yang diberi berupa beg sekolah, peralatan sekolah dan bantuan makanan harian.

Turut serta dalam rombongan itu Naib Ketua Puteri Sabah, Musliati Moslimin, ketua-ketua Puteri UMNO bahagian dari Kota Kinabalu, Tenom, Kimanis dan Putatan. Majlis penyerahan bantuan mangsa banjir kawasan Pitas anjuran Puteri UMNO Kudat dan disempurnakan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di perkarangan Pejabat UMNO Pitas.

Turut hadir Ketua Puteri Kudat, Normala Risik, ahli jawatankuasa Umno Kudat, Puteri Kudat dan Pemuda Umno.



Rosnah menyarungkan beg sekolah kepada seorang daripada 40 kanak-kanak menerima bantuan itu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU:Seramai 21 anggota pasukan keselamatan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah, diketuai Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mohd Mokhtar Hassan berjaya menawan Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Rombongan itu disertai pegawai dan anggota yang lain bersama keluarga mereka dari IPK Sabah.

Mohd Mokhtar berkata, program itu antara lain mengeratkan hubungan kekeluargaan dan permuafakatan antara pegawai dengan anggotanya lain.

“Ia juga mampu memupuk minda yang sihat dari sudut jasmani dan rohani kalangan anggota keselamatan,” katanya.



Rombongan IPK Sabah diketuai Dato Mohd Mokhtar berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Kerajan Barisan Nasional (BN) Sabah telah mengambil inisiatif mengatasi masalah air yang sering berlaku di daarah Papar dengan membina satu logi bekalan air di daerah tersebut.

Apabila siap kelak pada tahun 2008, loji baru berkenaan bakal melegakan penduduk daerah ini.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata masalah air bukan perkara baru di daerah Papar dan perkara ini telah diatasi dengan pembinaan loji bekalan air di Kampung Kopogon Manggis.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk daerah ini bersabar dan memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bahawa permasalahan air akan dapat diatasi pada tahun 2008.

“Pembinaan loji itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Papar tetapi juga penduduk di kawasan Membakut dan Bongawan dengan kos pembinaan RM198 juta,” katanya.

Beliau berkata demkian pada majlis penyerahan 25 tangki air kepada penduduk Kampung Sabandil Papar di perkarangan kediaman Pengerusi JKKK Kg. Sabandil Papar.

Hadir sama Pengerusi JKKK Kg. Sabandil, Lunchi Lingganon dan Ketua Kampung Sabandil, KK Anjun Singah.

“Di Papar kita mempunyai 127 kampung dan masalah air bukan sahaja dialami penduduk Kampung Sabandil tetapi juga 126 kampung lain. Pada peruntukan tahun 2006, hanya 25 tangki sahaja dapat diagihkan dan tahun ini (2007) bantuan tangkir air akan ditambah dan diberikan kepada keluarga yang kritikal dan memerlukan tangki.air,” katanya.

Menurutnya, keperluan asas negara ialah bekalan air dan eletrik serta perhubungan jalanraya merupakan salah satu keutamaan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga keutamaan bagi masyarakat di daerah Papar.



Pengerusi JKKK Kg Sabandil, Luchi Lingganon mewakili penduduk kampung menerima 25 unit tangki air dari Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid sambil diperhatikan oleh sebahagian penerima tangki air.

Category: General
Posted by: keruak
MENGGATAL: Ibu bapa perlu peka dalam menentukan perkembangan pendidikan anak melalui proses semula jadi seimbang membabitkan emosi, kerohanian dan intelektual.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad, berkata ibu bapa perlu menseimbangkan pendidikan intelek dan kepentingan kegiatan kokurikulum sebagai asas membentuk kecerdasan fizikal dan mental anak.

Katanya, kerajaan banyak menyediakan bantuan untuk ibu bapa kurang berkemampuan untuk membantu meningkatan pendidikan anak-anak mereka.

Sehubungan itu, katanya, dorongan dan menebalkan sifat kerohanian dapat membantu menyuburkan semangat pembelajaran anak.

"Setiap ibu bapa perlu lebih berpandangan jauh dan mula merancang masa depan anak-anak selepas mereka dilahirkan, agar anak itu nanti menjadi ahli masyarakat yang berguna, bukan yang membebankan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan kepada penduduk Kampung Darau Menggatal mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan di sini.

Jainab berkata kerajaan akan terus menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat dengan mewujudkan pelbagai bantuan, biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar untuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

"Bagi pelajar kurang berkemampuan, kerajaan menyediakan baucer tuisyen percuma, makanan tambahan percuma, bantuan KWAMP yang dibiaya kerajaan kepada keluarga yang tidak berkemampuan,” katanya.



Jainab meneliti resit pembayaran yuran sekolah yang dikenakan kepada seorang ibu bapa pada majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak
KINABATANGAN: Wanita Usia Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kinabatangan dan JKKK Kampung Paris 1 menganjurkan kursus Fardhu Kifayah/Pengurusan Jenazah di Kampung Paris 1, di sini.

Perasmian kursus sehari dan disertai 170 penduduk itu disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Aklee Abbas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau.

Naib Yang Dipertua Wanita Usia Sabah, Datin Halizah Nasip berucap pada majlis itu menjelaskan kursus seumpamanya adalah antara program Wanita Usia Sabah di negeri ini.



Halizah menyampaikan cendera kenangan kepada Pegawai Tadbir JHEAINS Kinabatangan, Al-Amin Abdul Rahman (kanan sekali) sambil diperhatikan oleh Pengerusi Penyelaras Shuib Sher Mohamad.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Labuan (PSTWPL) dengan kerjasama Majlis Sukan Labuan (MSL) mempelawa pasukan remaja untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Tertutup Wilayah Persekutan Labuan pada 13 dan 14 Januari ini.

Ia akan diadakan di dua tempat berasingan, iaitu Dewan Kompleks Sukan Labuan dan Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Pengerusi penganjur, Suhili.Razali berkata kejohanan itu memberi tumpuan dan ruang kepada pemain remaja berumur 21 tahun ke bawah termasuk pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan bakat selain mewujudkan kesinambungan program pembangunan sukan sepak takraw di pulau ini.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PSTWPL berkata kejohanan itu akan dijadikan medan memilih pemain remaja untuk mewakili Labuan ke pelbagai pertandingan sepak takraw terutama kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

Sehubungan itu, Suhili mempelawa pasukan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, kampung, institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah untuk menyertai kejohanan dua hari itu.

Katanya, hadiah wang tunai RM300 dan piala iringan menanti juara manakala naib johan akan membawa pulang wang tunai RM200 serta piala iringan.

Suhili berkata setiap pasukan hendaklah menghantar borang penyertaan bersama yuran penyertaan RM30 sebelum 11 Januari dan menghadiri cabutan undi di bilik mesyuarat Majlis Sukan Labuan jam 5 petang pada tarikh berkenaan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang pertandingan dengan menghubungi Suhili.Razali di talian 013-8771803/ 423362 atau Setiausaha Pertandingan, Sharif Ahmad Shah (019-5396916 / 016-8256069), Sarawalih.Asrin (0198224639) atau Majlis Sukan Labuan 428331, Omar Mia (012-8314968) dan Abidin Ahmad (019-8620459).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Semua sayap UMNO Sabah menyatakan persediaan mereka pada bila-bila masa untuk membantu jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Talam.

Malah ketiga-tiganya iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kini sedang membuat persediaan untuk menghantar wakil mereka ke sana atas semangat UMNO.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin berkata, Wanita akan menghantar wakilnya ke pilihan raya tersebut untuk bersama-sama berkempen.

Katanya, bagaimanapun pihaknya perlu menunggu arahan daripada Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum sesuatu tindakan lanjut diambil.

“Bagi pihak Wanita, kita bersedia membantu jentera pilihan raya bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Batu Talam diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, pada 27 Disember tahun lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Japlin Akim berkata, pihaknya juga akan menghantar wakil mereka ke pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, sebagaimana pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu, Pemuda akan turut terlibat sama.

Tambahnya, meskipun hanya pilihan raya kecil, namun seharusnya ianya tidak dipandang mudah oleh semua pihak.

“Sokongan daripada semua pihak penting bagi memberi bantuan kepada jentera Barisan Nasional di sana (Batu Talam),” katanya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Siti Hamni berkata, pihaknya sedang membuat persiapan untuk menentukan wakil Puteri yang akan dihantar ke sana .

“Kita juga akan bersama-sama memberi sokongan dan berkempen pada pilihan raya itu nanti,” katanya.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Chairman of Intim Group of companies from Indonesia , Halim Kalla paid a courtesy call on the Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman at Sri Gaya, the official residence of the Chief Minister, in Kota Kinabalu on Wednesday.

Halim discussed with Musa on how best his companies to participate to invest in Sabah particularly in aviation industries especially Tawau in East coast of Sabah with Kalimantan in Indonesia .

Halim who is also Lion Air ( Indonesia ) chairman said he could see good potential to enhance tourism sector between Sabah ( Malaysia ) and Kalimantan ( Indonesia ) if air travel from both countries could be expanded with more flights especially between Tawau and several cities in Kalimantan .

Also present at the courtesy call were chairman of the PRADASAMA, Sabah branch, Datuk Ramli Marhaban and treasurer, Haji Tahir Picho.



Halim (2nd left) chatting with Musa (left) at Sri Gaya in Kota Kinabalu on Wednesday. Ramli and Tahir (right) were also seen in the picture.

Category: General
Posted by: keruak
SANDAKAN: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who performing Aidil Adha prayer at Kampung Luboh¢s mosque at Mile 12, in Sungai Manila, Sandakan, on Sunday also made a contribution of a head of cattle to the villages there as a symbol of sacrifices in conjunction with the hari raya Aidil Adha.

Musa who is also Sungai Sibuga Assemblyman and Libaran Umno chief also donated ten rolls of carpet for the mosque and received by the mosque chairman, Harun Ismail.

At Kampung Bahagia when Musa visited hari raya open house hosted by one Kassim Mundut, he donated a set of kompang to the village’s youth members and received by its leader, Juli Mohd. Kassim.

On Saturday night, the Chief Minister attended a dinner with heads of government department, private sector and Umno and BN leaders at the residence of Sandakan Municipal Council president, Yeo Boon Hai.

Among those present at the dinner were State Assembly Deputy Speaker, Datuk Michael Tan Kun Boo, Libaran MP, Datuk Juslie Ajirol, Sandakan MP, Chong Hon Min, Batu Sapi MP, Edward Chong and State Assemblymen, Datuk Wong Lein Tat (Karamunting), Samsudin Yahya (Sekong), Datuk Zakaria Edris (Gum-Gum), Au Kam Wah (Elopura) and Johnny Intang (Kuamut).



Musa handing over a kompang to Kampung Bahagia youth leader, Juli Mohd. Kassim. At right is Yeo while Zakaria is at left. Also seen in the photo are Juslie (3rd left) and Sabah Wanita Umno chief, Datuk Armani Mahiruddin (2nd right)

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Usaha kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar tidak akan berjaya tanpa pengorbanan rakyat khususnya golongan terlibat termasuk mengubah minda masing-masing untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Sabah sentiasa serius dan prihatin membantu penduduk miskin, tetapi penduduk perlu mengubah minda mereka hidup masing-masing berubah selain usaha yang dilakukan oleh pemimpin BN Sabah adalah untuk kemakmuran dan kesejatheraan rakyat.

“Saya amat mengalu-alukan peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) untuk tampil membantu kerajaan dalam menangani masalah di luar jangka.

“Saya amat tertarik dengan usaha Pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merit Malaysia cawangan Kota Kinabalu, yang sentiasa menjalankan program kebajikan dan sosial tanpa mengira bangsa, kaum dan fahaman ideologi politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pameran pertubuhan tersebut sempena ulang tahun ke 10 di Jalan Likas, semalam.

Jainab yang juga Adun Karambunai, turut meminta pemimpin masyarakat di DUN Karambunai supaya mencontohi sikap dan kerja amal Pertubuhan Buddhist Tzu Chi yang sentiasa membantu dan turun padang tidak kira masa dan tempat.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Buddist Tzu Chi Merit Malaysia cawangan Kota Kinabalu, Joseph Lee berkata, pertubuhan itu ditubuhan pada 1996 dengan misi dan visi Tzu Chi ialah kebajikan, perubatan, pendidikan, kitar semula, menggalakkan khidmat komuniti dan bantuan kemanusian antarabangsa.

Katanya, pada mangsa kebakaran yang melibatkan tiga kampung di Kampung Likas, pertubuhan itu telah menyumbang RM45,000 dan bencana banjir di Telipok dan Menggatal sebanyak RM200,000 dari segi bantuan makanan dan wang ringgit kepada mangsa-mangsa banjir dan kebakaran.



Jainab bertanya sesuatu kepada warga kurang upaya, Liew Kon Fatt, 43 (kerusi roda) yang hilang upaya kerana terjatuh dari bangunan tinggi sambil diperhatikan Joseph Lee (duduk kiri sekali) dan sukarelawan dari Tzu Chi Merit Malaysia cawangan Kota Kinabalu

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin melawat beberapa projek pembangunan di kawasan Parlimen Papar dengan diiringi pegawainya dari Pejabat Perhubungan Parlimen Papar di sini.

Beliau berkata lawatan itu bertujuan memastikan projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dan mencapai sasaran.

“Untuk memastikan objektif RMK-9 dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerajaan Barisan Nasional akan terus menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk termasuk di luar bandar,” katanya.

Beliau berharap penduduk bekerjasama dan lebih bersedia dalam menghadapi cabaran pembangunan serta persaingan globalisasi.

“ Kerajaan akan terus memantau setiap program pembangunan yang dilaksanakan bagi memastikan ia mengikut kehendak dan sasaran,” katanya.



Rosnah ketika meninjau projek pembinaan sebuah jeti di Parlimen Papar

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Umno Bahagian Papar dengan kerjasama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Pantai Manis menyumbangkan sejumlah 12 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada masjid di sekitar daerah ini sempena Hari Raya Aidiladha.

Masjid-masjid yang menerima sumbangan itu ialah Masjid Daerah, Masjid Kampung Kuala, Masjid Kampung Benoni, Masjid Kampung Kelanahan, Masjid Kampung Buang Sayang, Masjid Kinarut, Masjid Kampung Kawang, Masjid Kampung Beringgis, Masjid Kampung Pengalat Besar dan Masjid Kampung Pengalat Kecil.

Turut menerima sumbangan ialah Surau Balai Polis Daerah dan Balai Bomba di sini.

Kesemua lembu berkenaan telah diagih-agih untuk dikorbankan.

Dianggarkan sejumlah 50 ekor lembu termasuk kerbau dikorbankan di daerah ini termasuk sumbangan peribadi individu tertentu.

Pemangku Umno Bahagian Papar merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail ketika mengagihkan ternakan korban itu di Masjid Daerah Papar berkata, ibadah korban pada hari ini perlu dilihat dalam skop yang lebih luas.

Katanya, ibadah korban tidak sekadar dilihat dengan melakukan penyembelihan haiwan tertentu, malah penghayatannya sepatutnya lebih daripada itu.

Menurutnya, sempena Aidiladha ini, umat Islam perlu mengingati serta meningkatkan tahap keimanan dan bertakwa kepada Allah dengan amalan mulia.

“Pada Aidiladha ini, kita juga perlu sentiasa mengingati bahawa rezeki dan harta yang dikurniakan oleh Allah itu perlu dikongsi bersama dengan orang yang berhak menerimanya.

“Kita juga digalakkan agar membantu fakir miskin, iaitu dengan melakukan sedekah daging korban kepada mereka supaya kehidupan kita lebih diberkati,” katanya.

Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis menambah, menerusi ibadah korban juga secara tidak langsung dapat menanam sikap tolong-menolong seperti pengagihan daging kepada fakir miskin, sekaligus ia pastinya akan mengeratkan lagi hubungan di antara ummah.



Abdul Rahim menyerahkan lembu kepada Imam Japar Abdullah yang mewakili Masjid Daerah Papar untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.

Category: General
Posted by: keruak
SIPITANG: Umat Islam dinasihatkan agar menjadikan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha sebagai landasan menuju kejayaan dan kecemerlangan.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad berkata Aidil Adha selalunya dikaitkan dengan ibadah haji dan juga korban “sedangkan manfaatnya amat luas sekiranya kita memahami dan menghayati Hari Raya Aidil Adha itu.”

“Sebagai umat Islam kita wajar memahami dan menghayati Hari Raya Aidil Adha…banyak manfaat berguna kepada kita,” katanya di sini kelmarin.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Sapawi yang juga wakil rakyat Sindumin berkata umat Islam sewajarnya menjadikan Aidil Adha sebagai landasan ke arah kejayaan dan juga kecemerlangan.

Beliau berkata umat Islam pada ketika ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang perlu untuk dihadapi.

Katanya dalam menghadapi cabaran itu, umat Islam dituntut untuk memperkukuhkan persefahaman sesama sendiri dan mengetepikan perselisihan yang tidak berfaedah.

“Pertelagahan yang berpanjang bukan sahaja merugikan tetapi akan membawa umat Islam terus terpinggir dan akhirnya ditekan…untuk berjaya kita perlu bersatu,” katanya lagi.



Sapawi menyerahkan daging korban kepada salah seorang yang berhak menerimanya di majlis korban Masjid Pantai, Sipitang.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA BELUD : Program Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini menjadi penutup program Minggu Festival Dakwah Islamiah Peringkat Daerah Kota Belud yang diadakan di padang Pekan Kota Belud di sini.

Minggu Festival Dakwah Islamiah Daerah Kota Belud yang berlangsung selama 10 hari itu bermula dari 22 Disember lalu, yang dirasmikan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Ia berakhir kelmarin dengan pelbagai program, antaranya Majlis Perpaduan Muslimah, Pertandingan Bercerita Agama, Syarahan Agama, Pertandingan Seni Kompang. Berzanji, Marhaban, Forum Perdana Ehwal Islam dan kemuncak penutup festival tersebut ialah Majlis Korban Perdana

Majlis perasmian penutupannya disempunrnakan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Japlin Akim.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud, Edris Yahya, Penolong Pengarah Yayasan Sabah, Dr.Johan Ariffin Datuk Samad , Imam Daerah Kota Belud , Madali Masor serta lebih 1,000 umat Islam.



Kelihatan pertugas melakukan penyembelihan lembu korban di majlis tersebut.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Seramai 40 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin menerima daging lembu dan kerbau pada majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Masjid Layang-Layangan, di sini semalam.

Selain itu, turut menerima daging korban itu ialah kira-kira 400 penduduk kampung, penghuni Taman Perumahan Kerajaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Telekom yang tinggal di kariah Layang-Layangan.

Pada majlis itu, dua ekor kerbau, dua ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih oleh penduduk kampung kira-kira jam 10.00 pagi selepas menunaikan solat Aidiladha.

Ibadah korban itu turut disaksikan Pengerusi Masjid Layang-Layangan, Datuk Yusuf Mahal yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, timbalannya, Basran Jamil dan Setiausaha Masjid, Hamir Zahari.

Yusuf berkata, ibadah korban itu adalah kali kelima diadakan sejak 2002 hasil daripada kesedaran dan kemahuan masyarakat setempat dalam memenuhi syariat Islam serta kerjasama ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung.

“ Ibadah korban itu mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat selain menunaikan syariat yang ditetapkan agama Islam, “ katanya.



Datuk Yusuf Mahal (dua dari kiri, bertopi) membantu penduduk kampung memotong kerbau pada majlis korban Hari Raya Aidiladha di perkarangan Masjid Layang-Layangan, Labuan .

Category: General
Posted by: keruak
MEMBAKUT: Bersanding dan memotong kek di atas air – itulah keunikan majlis perkahwinan pasangan Sarira Dadeh, 26, dan Joanes Ivanrayner Paiwa, 33, yang terpaksa dilangsungkan dalam keadaan banjir di Kampung Piasau, kira-kira 8km dari sini kelmarin.

Banjir berlaku berikutan hujan berterusan pada petang Jumaat dan air mulai melimpahi tebing Sungai Piasau kira-kira jam 5 pagi Sabtu.

Majlis perkahwinan terpaksa diteruskan kerana persiapan sudah dibuat sejak beberapa minggu lalu. Khemah sebagai tempat jamuan dialihkan ke kawasan tinggi berhampiran.

Berikutan paras air sungai yang naik dan arus deras, beberapa bot digunakan untuk membawa barangan keperluan majlis perkahwinan itu selain membawa pengunjung menyeberangi Sungai Piasau.

Acara memotong kek yang sepatutnya dijalankan jam 1 tengah hari diawalkan jam 12 tengah hari, berikutan paras air yang terus naik.

Ketika majlis berlangsung juga berlaku hujan lebat disertai angin kencang.

Bapa pengantin perempuan, Dadeh Simin, bersyukur kerana majlis dapat dilangsungkan juga walaupun dalam keadaan banjir, tetapi mengakui ia tidaklah semeriah sebagaimana dijangkakan.

Katanya, banjir kali ini yang mencapai paras lutut tidak seburuk banjir yang berlaku kira-kira dua bulan lalu apabila air naik sehingga ke paras pinggang.



Pasangan Sarira dan Joanes tetap ceria dalam acara makan kek walaupun terpaksa diadakan dalam keadaan banjir



Bot terpaksa digunakan untuk mengangkut barangan keperluan majlis perkahwinan itu

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Kerajaan akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa banjir di daerah Kudat, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Katanya, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri dan Daerah akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menyalurkan bantuan makanan dan memindahkan mereka yang terlibat.

Jawatankuasa Bencana Alam Negeri dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y.Mustafa manakala di peringkat daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

“Sekiranya keadaan banjir berlarutan dan bertambah buruk, jawatankuasa tersebut akan menentukan tindakan dan bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada mangsa banjir.

“Jika banjir yang berlaku hanya sementara, mangsa yang dipindahkan akan diberikan bantuan mengikut keadaan, ini termasuklah bantuan berupa makanan dan barang keperluan harian”, katanya.

Yahya yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dan bantuan yang akan dihulurkan oleh kerajaan kepada mangsa banjir di daerah Kudat.

Beliau ditemui di Majlis Korban Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah Bersama Rakyat di Kampung Ketiau.

Media tempatan hari ini melaporkan beratus penduduk dari beberapa kampung di daerah Kudat telah dipindahkan ke tempat yang selamat setelah banjir melanda.

Katanya, Pejabat Kebajikan Daerah sentiasa memantau keadaan mangsa banjir dan mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan akan diberikan bantuan makanan.

Bagaimanapun katanya, setakat ini beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai jumlah mangsa yang terlibat dengan bencana alam itu.

Yahya berkata, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan bantuan dan penyelamat di daerah-daerah sentiasa berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Beliau juga menasihatkan penduduk yang tinggal di tebing sungai agar mematuhi arahan berpindah sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

“Bagi nelayan dan pelaut pula, mereka perlu mengikuti perkembangan dan laporan keadaan cuaca semasa bagi mengelak daripada sebarang musibah,” tegasnya.

Sementara itu, tiga ekor lembu dikorbankan pada majlis korban dengan disaksikan oleh Yahya dan Pengarah BPR Sabah, Hajah Latifah Md.Yatim dan pemimpin masyarakat setempat.

Ibadah korban itu dilaksanakan selepas solat Aidiladha. Ibadah itu sentiasa dilaksanakan setiap muslim bersempena selesainya ibadah haji dan juga berlangsungnya Aidiladha.



Yahya turut melapah daging lembu bersama penduduk kampung di majlis korban BPR bersama Rakyat sambil diperhatikan oleh Latifah.

Category: General
Posted by: keruak
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah menyerahkan empat ekor lembu untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha kepada masjid-masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas yang beliau wakili.

Masjid yang menerima lembu itu terdiri daripada Masjid Nur Al-Jannah Kampung Petagas, Masjid Jamek Petagas, Surau Kg Ulu/Seberang Putatan dan Surau Kg.Lok Kawi Baru.

Turut hadir di majlis itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Datuk Haji Mohd.Din Sulai, Setiausaha UMNO Bahagian Putatan, Ishar Ramli, Bendahari UMNO bahagian Putatan, Sumita Hassan.



Yahya menyerahkan lembu korban kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Al-Jannah Kg.Petagas, Amilidin Majin sambil diperhatikan oleh ahli jawatankuasanya yang lain.

Category: General
Posted by: keruak
SEPANGGAR: Kira-kira 2,100 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini berada di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, di sini, akan mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada pilihan raya akan datang.

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, keputusan itu berikutan perpindahan pangkalan baru TLDM di sini pada Ogos lalu yang sebelum ini berpangkalan di Wilayah Perseketuan (W.P) Labuan .

"Sebelum ini warga TLDM mengundi untuk kawasan W.P. Labuan tetapi kini tidak lagi kerana kesemua 1,600 anggota TLDM telah berpindah ke pangkalan baru di Teluk Sepanggar. Jika dicampur dengan ahli keluarga, jumlah pengundi dianggarkan 2,100 orang.

"Ini secara tidak langung akan menambah jumlah pengundi di kawasan DUN Karambunai," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan terakhir majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, di sini hari ini.

Turut hadir ADUN Karambunai merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad dan warga TLDM pangkalan itu.Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar yang berhargaRM690 juta dengan keluasan kawasan 390 hektar itu merupakan pangkalan TLDM terbesar untuk perairan Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Ia mula beroperasi sepenuhnya pada Ogos lalu dan akan menempatkan dua buah kapal selam Malaysia , jenis Scorpene dari Perancis yang dijangka akan berada di situ pada tahun 2009.

Ahmad Kamarulzaman berkata, kewujudan pangkalan baru itu bukan sahaja akan menambah jumlah pengundi di kawasan itu dan menjamin keselamatan perairan W.P. Labuan dan Sabah tetapi turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat.

"Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar akan memberi manfaat kepada ekonomi penduduk setempat, dengan adanya kapal-kapal baru, maka akan ada perkhidmatan baru dan ini akan membangunkan syarikat-syarikat tempatan khususnya industri maritim.

"Perkara ini sama dengan keadaan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika mula dibuka dahulu. Dalam jangka masa 15 hingga 20 tahun kita boleh lihat pembangunan yang pesat khususnya di kawasan Lumut dan Manjong," katanya.

Berkenaan masalah bekalan air dan elektrik yang masih tidak peroleh di situ, beliau berkata, keadaan itu akan diatasi selewat-lewatnya pada awal Januari depan setelah masalah jalan raya di situ selesai.

Ahmad Kamalruzaman memberitahu, bekalan asas itu masih tidak dapat disalurkan kerana jalan raya ke situ masih dalam proses pembikinan dan ia hanya boleh dibekalkan setelah jalan raya ke pangkalan itu siap.

"Pada ketika ini, keseluruhan Pangkalan TLDM di sini menerima bekalan air dan elektrik melalui kuasa generator yang dibekalkan oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)," katanya lagi.

Sementara itu, Jainab berkata, masalah jalan raya di pangkalan itu akan diselesaikan sekewat-lewatnya tiga minggu lagi dan punca kelewatan proses pembinaan adalah kerana penduduk setinggan di tepi jalan raya itu yang masih belum dipindahkan sepenuhnya.

Katanya, terdapat setengah daripada penduduk di situ yang belum dipindahkan kerana penempatan baru mereka di kawasan Numbak masih belum dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.

"Kita sudah sampai ke peringkat akhir untuk memberikan kemudahan jalan raya ke Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar selewat-lewat hujung bulan Januari depan. Setelah itu kemudahan air dan elektrik dapat dibekalkan secara terus," katanya.

Jainab berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan seekor kerbau kepada warga TLDM. Terdahulu itu, warga TLDM telah menerima enam ekor lembu sempena Hari Raya Aidil Adha.



Jainab pada majlis penyerahan kerbau kepada warga TLDM di Pangakalan TLDM Teluk Sepanggar

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Sakaran Dandai pada Jumaat lepas mengetuai rombongan majlis tertinggi USIA mengerjakan solat Jumaat bersama pelajar di masjid Unversiti Malaysia Sabah (UMS).

Turut sama bersembahyang Jumaat Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di mana ketibaan kedua-dua pemimpin ini ke masjid berkenaan disambut Naib Canselor Unversiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr. Mohd.Noh Dalimin serta pegawai pegawai kanan UMS.

Turut serta dalam rombongan USIA termasuk Timbalan Yang Dipertua USIA Datuk Seri Panglima Lajim Ukin; Naib Yang Dipertua Datuk Matussin Awang Damit, Setiausaha Agung USIA, Abdullah Hussin; Penolong Setiausaha Agung, Uda Sulai dan Setiausaha Kerja USIA Pusat, Edol Maulud.

Program bersembahyang berjemaah Jumaat khususnya di masjid masjid sekitar Kota Kinabalu merupakan antara program USIA bagi merapatkan hubungan silatulrahim dengan umat Islam keseluruhannya.



Sakaran yang diiringinya Lajim, Matussin, Abdullah dan Uda diiringi masuk ke dalam dewan sembahyang ketika mengerjakan solat Jumaat di masjid UMS.

Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 tidak akan berjaya tanpa pengorbanan rakyat khususnya golongan sasar sendiri.

Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata golongan terbabit perlu mengubah minda masing-masing untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang membelenggu mereka.

Katanya, pembangunan kampung harus diperkasakan sehingga tahap terbilang dan tidak tercicir atau dipinggir dari arus kemajuan negara.

“Usaha memperkasa itu memerlukan langkah berterusan serta fikiran yang berpandangan jauh dan mencetuskan idea baru,” katanya selepas melawat Rumah PPRT di Kampung Seberang Benoni, di sini.

Bantuan Rumah PPRT dua bilik itu adalah milik keluarga Mustamam Abu Bakar dan isterinya Rosnah Abdullah yang mempunyai lima anak. Lawatan itu diiringi pegawainya dari Pejabat Parlimen Perhubungan Papar.

Rosnah turut menyentuh beberapa aspek yang perlu dititik beratkan oleh masyarakat kampung seperti usaha membasmi kemiskinan tegar, memperkasakan ilmu dan pendidikan untuk anak selain memerangi jenayah, masalah sosial serta isu pengangguran.

Tambahnya kerajaan berhasrat untuk mencapai tahap kemiskinan sifar pada tahun 2010, justeru tugas membasmi kemiskinan adalah satu kewajipan bagi orang Islam kerana kemiskinan adalah liabiliti dan boleh membawa kesusahan pada kehidupan.



Keluarga Mustamam Abu Bakar begitu gembira menerima bantuan Rumah PPRT daripada Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Category: General
Posted by: keruak
LABUAN: Regu PRO Lubok Temiang ‘A’ merangkul dua kejuaraan dalam Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti 2006 dalam acara regu dan dua pemain (Double) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di Dewan Kompleks Sukan, baru-baru ini.

Pasukan itu yang diwakili Sharif Ahmad Sharif Mundui (Apit Kanan), Razali Mahmud (Apit Kiri), Zaini Ismail (Tekong) dan Boni A/K Pail (simpanan) hanya mengambil masa 45 minit sebelum menewaskan regu PRO Lubok Temiang ‘C’ dengan kiraan 21-15, 21-17.

Dengan kemenangan itu, PRO L.T ‘A’ membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala iringan .Manakala PRO L.T ‘C’ yang dibarisi Omar Mia (Tekong), Abidin Ahmad (Apit Kanan), Silaja Rajali (Apit Kiri) dan Norasmawi Mansor (Simpanan ) menerima wang tunai RM450 dan piala iringan.

Tempat ketiga dan keempat dikongsi bersama regu PRO L.T ‘B’ dan Perbadanan Labuan yang meraih wang tunai RM100 dan piala iringan.

Sementara itu, dalam acara Dua Pemain ( Double) regu PRO L.T ‘A’ yang terajui apit kanan, Razali Mahmud, Boni A/K Pail (Apit Kiri) dan Sharif Ahmad Sharif Mundui (Simpanan) sekali lagi menewaskan regu PRO L.T ‘C’ yang diwakili Silaja Rajali (Apit Kiri), Abidin Ahmad (Apit Kiri) dan Omar Mia (Simpanan ) dengan kiraan 21-19, 21-17.

Regu MP ‘B’ dan MP ‘C’ yang menduduki tempat ketiga dan keempat menerima wang tunai RM75 dan piala iringan.

Kejohanan yang diadakan selama dua minggu pada setiap Sabtu dan Ahad itu telah disertai 14 pasukan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Komuniti Labuan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Labuan (PSTWPL).

Kejohanan itu bertujuan untuk mencari pemain terbaik untuk mewakili Labuan ke kejohanan Liga Sukan Komuniti dan kejohanan sepak takraw bertaraf kebangsaan pada masa akan datang selain mengekalkan permainan tradisi itu daripada pupus di kalangan generasi muda.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 14 Januari depan.



Regu PRO LT A ( berdiri dari kiri), Razali Mahmud, Boni A/K Pail, Zaini Ismail dan Sharif Ahmad Sharif Mundui bersama Sulai Daud (pengadil, kiri) dan Sarawalih Asrin (pembantu pengadil, kanan sekali).

Category: General
Posted by: keruak


Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad (gambar) bersalaman dengan Ketua Biro Bernama Sabah, Newmond Tibin pada majlis jamuan tengah hari bersama media di Kota Kinabalu tengah hari ini.

Program dianjurkan Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai.

Jainab yang uga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai berkata program berkenaan adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan warga media yang banyak membantunya selama ini.

Lebih 100 warga media cetak dan elektronik menghadiri majlis berkenaan.