Search Results


Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Satu majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (National Kidney Foundation) diadakan di Wisma MUIS untuk penubuhan Pusat Dialisis MUIS.

Majlis menandatangani perjanjian dimeterai antara Pengerusi MUIS, Datuk Haji Syed Abas Ali dengan Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Goh Seng Chuan.

Hadir sama Pengurus Kanan Dialisis NKF, Na Lai Chun, Timbalan Pengerusi MUIS, Apsah Abdullah Sani, Pengarah Jheains yang juga Setiausaha MUIS, Amri Suratman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah, Mohd Zaratkhan dan pegawai-pegawai daripada Pusat Zakat Sabah (PZS).

Syed Abas berkata Pusat Zakat Sabah (PZS) telah memperuntukkan dari Tabung Zakat dan Fitrah sejumlah RM14.1 juta yang merangkumi agihan zakat melalui program pembangunan prasarana.

Katanya, bas, peruntukan RM14.1 juta meliputi pembinaan Pusat rawatan Buah Pinggang yang akan dikenali Pusat Dialisis MUIS, pembinaan rumah singgahan pengiring pesakit, intitusi agama, membekalkan 26 kereta jenazah di seluruh 26 kawasan Parlimen, program pembangunan sosial, program pembangunan ekonomi dan program pembangunan pendidikan.

Menurutnya, Pusat Dialisis MUIS tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih merupakan tanggungjawab sosial setelah mengetahui kos rawatan hemodialisis yang agak tinggi.



Syed Abas bertukar dokumen perjanjian dengan Goh Seng Chuan sambil diperhatikan Pengarah Jheains, Amri Suratman.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Majlis Agama Islam Sabah (Muis) menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Pahang (MAIP) kelmarin.

Kunjungan diketuai Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi Muis, Datuk Syed Abas Syed Alu, telah bertukar-tukar pendapat dan berbincang dengan Tengku Mahkota Pahang mengenai pertadbiran dan hal-ehwal MUIS.

Turut hadir dalam pertemuan itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Amri Suratman.

Turut serta dalam rombongan MAIP ialah Ahli Parlimen Temerloh, Dato Sarit Yusof, Orang Besar Berlapan Negeri Pahang, Dato Setia Amar Segara Dato Halim Ibrahim, Timbalan MAIP, Dato Sri Wan Wahid Wan Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato Wan Abdullah Wan Salleh.



Datuk Syed Abas dan Amri merakamkan gambar kenangan bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah

Category: General
Posted by: keruak


Sakaran (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen mengenai penyerahan tanah milik Usia kepada Syed Abas yang mewakili Muis.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersetuju menyerahkan sebidang tanah seluas 0.99 ekar kepada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) yang bakal dibangunkan untuk tujuan pembinaan Sekolah Agama Islam di daerah Tuaran.

Majlis penyerahan Hak Milik Tanah tersebut dilakukan sendiri oleh Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran Dandai kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali di Wisma Muis di sini.

Majlis turut disaksikan Mufti Negeri, Datuk Ahmad Alwai Adnan, Setiausaha Agung USIA, Abdullah Hussin, Pengarah JHEAINS, Amri A.Suratman dan Ketua USIA Bahagian Tuaran, Amin Ibrahim.

Abdullah Hussin berkata sumbangan tersebut merupakan sumbangan besar USIA dalam usaha membangunkan modal insan bagi tujuan menjana sektor pendidikan khususnya pendidikan agama.

Sementara itu, Syed Abas merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada USIA di bawah kepimpinan Sakaran yang menyerahkan tanah tersebut bagi tujuan pembinaan Sekolah Agama Islam di daerah Tuaran.

“Selaras misi nasional kerajaan untuk menjana modal insan dalam menjayakan wawasan negara, kita akan bangunkan kawasan ini menjadi tapak sekolah agama Islam,” katanya.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pos Malaysia Berhad (PMB) negeri Sabah menyerahkan bayaran zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Sabah (PZS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Wisma Muis, di sini kelmarin.

Pos Malaysia Berhad yang diwakili Pengurus Negeri Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan PMB, Mohd Salleh Ibrahim telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM16,680 kepada Timbalan Pengerusi MUIS, Aspah Abdullah Sani mewakili PZS.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Penolong Setiausaha PZS, Mohd Zaratkhan Abdul Rahman, Pengurus Sumber Manusia PMB, Saimon Sirit, dan Ketua Operasi Retail PMB, Mudin Murah.

Sementara itu, Mohd Zaratkhan berkata pada tahun lalu, jumlah keseluruhan syarikat membayar zakat perniagaan 54 syarikat dan jumlah kutipan ialah RM9,141.317.43.

Katanya, zakat merangkumi dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta meliputi seperti zakat perniagaan, simpanan, pendapatan, pendapatan (gajian), ternakan dan tanaman, emas dan perak, pertanian, saham dan simpanan KWSP.



Aspah Abdullah Sani (dua kiri) menerima replika pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2005 daripada Mohd Salleh Ibrahim (dua kanan) sambil diperhatikan Zaratkhan (kiri) , Mudin (kanan) dan Saimon (tiga dari kiri).
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) cawangan Sabah menyerah zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini.

Di majlis tersebut, SME Bank diwakili Pengurus cawangan Sabah, Rosle Kassim. Ia menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,527.77 kepada Penolong Pegawai Zakat (Penceramah), Safruddin Mansharuddin mewakili Pusat Zakat Sabah (PZS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Hadir sama Penolong Pegawai Zakat (Operasi), Khaidzir Maulanan Hassan, Eksekutif Unit Operasi SME Bank, Mohammad Hajizullah Muda dan Eksekutif Unit Pentadbiran Kredit, Ag. Raduan Ag. Mumin.



Kelihatan Rosle Kassim menyerah zakat perniagaan kepada Penolong Pegawai Zakat (Penceramah), Safruddin Mansharuddin (dua kiri) pada majlis penyerahan Zakat Perniagaan di Kota Kinabalu.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Tabung Haji Plantations Bhd atau TH Plantations Bhd membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,226,901.59 kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini.

Pembayaran diserahkan kepada Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali oleh Ahli Lembaga Pengarah TH Plantations Bhd, Hafez Datuk Musa Aman. Jumlah kutipan zakat perniagaan tersebut adalah untuk tahun 2005.

Dalam pada itu, Syed Abas menyeru syarikat-syarikat di negeri Sabah termasuk anak syarikat milik kerajaan negeri agar tampil menunaikan zakat perniagaan.

Menurut beliau, kutipan zakat harta di negeri Sabah boleh dipertingkatkan sekiranya semua golongan yang berkelayakan di negeri ini tampil menunaikan tanggungjawab mereka.

Beliau berharap golongan kaya, korporat dan profesional Islam di negeri ini terus membuat bayaran zakat harta dan pendapatan mereka selain zakat fitrah.

‘Semakin banyak kutipan zakat yang dapat dipungut akan membolehkan semua lapisan masyarakat khususnya golongan fakir miskin menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Awangku Raimi Pg. Abdul Rahman dan Awang. Jurih Awang Tahir.



Syed Abas (dua dari kanan) menerima zakat perniagaan daripada Hafez sambil diperhatikan Agku Raimi (kiri sekali) dan Awg. Jurih Awg Tahir (kanan).

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Qur’an (MTQ) Peringkat Negeri Sabah 1428H/2007M sebulat suara memilih Kota Kinabalu sebagai tuan rumah MTQ tahun ini yang akan berlangsung pada 29 Jun hingga 30 Jun di Dewan Saadah Wisma MUIS, Sembulan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk MTQ Peringkat Negeri Sabah 1428H/2007M, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata ada beberapa daerah turut menawarkan kesedian menjadi tuan rumah MTQ tahun ini.

Namun, katanya, Jawatankuasa MTQ sebulat suara menetapkan pemilihan itu adalah bersempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan negara.

Katanya,sempena MTQ tahun ini juga pelbagai acara disusun bagi memeriahkan majlis itu, termasuklah Muzakarah Hakim MTQ dan Konvensyen Al-Qur’an Peringkat Negeri Sabah 1428H yang akan diadakan pada pagi 30 Jun.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat Negeri 1428H/2007M di Wisma Muis.

Hadirsama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merangkap Setiausaha MTQ’07, Amri Suratman; Setiausaha Rendah 1, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ag.Sharin Alimin; Presiden Majlis Perbandaran Tawau; Salsidu Ibrahim; dan Timbalan Setiausaha MUIS, Nin Log.

Objektif MTQ Peringkat Negeri antara lain untuk meningkat mutu bacaan Al-Qur’an di kalangan qari dan qariah negeri Sabah, menyuburkan minat umat Islam belajar dan menguasai bacaan al-Qur’an termasuk mempelajari seni-seni lagunya.

Majlis itu akan dihadiri sama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Toh Puan Dg Masuyah Ag.Japar serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Datin Seri Faridah Tusin.



Nasir (duduk tengah) bersama Amri Suratman (empat kiri), Datuk Ag Sharin (tiga kiri), Salsidu (empat kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama AJK Induk MTQ 1428/2007 di Wisma MUIS Kota Kinabalu.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mencadangkan kepada kerajaan mewujudkan Tabung Zakat Negara melalui hasil kutipan zakat seluruh negara bagi menangani dan membasmi ke miskinan di negara ini.

Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata kerajaan begitu komited menggunakan pendekatan bayaran zakat sebagai senjata bagi umat Islam keluar daripada kepompong kemiskinan di negara ini.

Muis ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya mengujudkan satu Tabung Zakat Negara dan dikawal selia di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Saya percaya jika seluruh negara bekerjasama masalah kemiskinan di negara ini dapat sikurang pada paras lima peratus menjelang dalam tempoh kurang 50 tahun,” katanya pada majlis perjumpaan dan sambutan Hari Raya dengan 80 wakil amil daripada kawasan Kalabakan dan Tawau di Masjid Tawau.

Menurutnya, apabila tabung itu diujudkan ia dapat digunakan untuk kebajikan dan membantu golongan miskin, sekali gus membolehkan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Syed Abbas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung menambah kelebihan Tabung Zakat Negara di bawah jagaan Perdana Menteri ialah untuk membolehkan ia diagihkan secara adil untuk kepentingan negeri-negeri yang begitu mundur di Malaysia.



KENANGAN...Syed Abas menyampaikan cenderahati kepada seorang daripada 80 wakil-wakil Amil dari kawasan Kalabakan dan Tawau.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Selaras usaha memudahkan umat Islam membayar zakat, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) bercadang menubuhkan Pusat Pungutan Zakat negeri Sabah (PPZ) secara online selewat-lewatnya tahun depan.

Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Ali, berkata pusat itu akan memudahkan kerajaan menerima bayaran zakat terutama zakat perniagaan dan pendapatan seperti dilaksanakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Untuk itu, katanya, PPZ di Sabah akan diselaras dengan PPZ d negeri-negeri lain.

Agbas berkata perkara itu dibincangkan secara mendalam melalui satu jawatankuasa zakat di peringkat negeri dan kini di peringkat akhir pelaksanaan.

Menurutnya, sudah tiba masanya Sabah mempunyai pusat pungutan seperti itu memandangkan peningkatan pembayar zakat perniagaan di negeri ini.

“Sekiranya PPZ dilancarkan ia akan beroperasi 24 jam dengan menyediakan kemudahan bayaran zakat secara online pada sepanjang masa. Ruangan berita menyajikan berita-berita terkini berkenaan zakat dan ruangan aktiviti PPZ yang memaparkan info zakat,” katanya.

Tambah Abas, melalui PPZ secara online ia memudahkan kepada pembayar zakat dan secara tidak langsung mningkatkan pungutan zakat, memudahkan pembayaran zakat, mendidik masyarakat Islam tentang tanggugjawab berzakat, memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer.



Terima kasih.....peserta menerima kain sejadah daripada Datuk Syed sambil diperhatikan Pengerusi MPWK kawasan Tawau, Rosdiana Mohd Noor.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Pembayar zakat khususnya syarikat perniagaan dan orang awam kini lebih mudah menunaikan tanggungjawab membayar zakat berikutan penubuhan Pusat Zakat Sabah (PZS) yang mula beroperasi awal Januari tahun ini.

PZS itu ditubuhkan kerajaan negeri selepas kajian terperinci dilakukan dan telah dibincangkan dengan mendalam melalui satu jawatankuasa zakat di peringkat negeri awal tahun lalu.

Ia bertujuan memudahkan kerajaan menerima bayaran zakat terutama zakat perniagaan dan zakat pendapatan seperti dilaksanakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sebelum ini urusan pungutan zakat di Sabah dilakukan oleh Bahagian Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran berkata PZS diletakkan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan berperanan sebagai pengutip dan mengagihkan zakat kepada asnaf-asnaf yang layak menerima zakat.

“Alhamdulillah,dengan penubuhan PZS ini kita berharap akan memperolehi peningkatan pungutan zakat yang lebih cemerlang,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Pusat Zakat Sabah, Ismail Saad.

Hadir sama dalam majlis itu Ketua Penolong Setiausaha PZS, ZaratKhan Abdul Rahman dan Setiusaha Perhubungan MJKM,Sham Solo Baharry Kairin.

Antara lain perbincangan itu termasuk persiapan pelancaran PZS yang akan dilakukan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman serta pelbagai program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.

Sehubungan itu Datuk Nasir berharap semua kakitangan dan pihak pentadbiran PZS akan melaksanakankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih efesyen bagi mencapai matlamat yang diharapkan kerajaan.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah menjelaskan berdasarkan laporan kutipan zakat MUIS tahun 2006 memperolehi RM16.6 juta, meningkat RM5.3 juta iaitu 47.19 peratus berbanding 2005 hanya RM11.3 juta.



Nasir (kanan) mendengar taklimat ringkas Ismail Saad (tengah) sambil diperhatikan Zaratkhan (kiri) di Wisma Innoprise.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran mempengerusikan mesyuarat Persiapan Pelancaran Pusat Pungutan Zakat Negeri Sabah (PPZNS)di Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.

Majlis pelancaran itu akan dilakukan pada awal Januari 2007 dan dijangka dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Hadir sama dalam mesyuarat itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Amri Suratman; Setiausaha Rendah 1, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag.Sahrin Alimin; Ketua Pendakwah Syarie, Sakaria Samela; Penolong Setiausaha Zakat Fitrah MUIS, Ag.Juri Ag.Tahir; dan Setiausaha Perhubungan MJKM, Sham Solo Baharry Kairin.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah menjelaskan PPZNS itu ditubuhkan selepas kajian terperinci dilakukan dan telah dibincang secara mendalam melalui satu jawatankuasa zakat di peringkat negeri bagi membolehkan penubuhan Lembaga Pengurusan Zakat itu.

Katanya, pusat itu akan memudahkan kerajaan menerima bayaran zakat terutama zakat perniagaan dan zakat pendapatan seperti dilaksanakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Ketika ini urusan pungutan zakat di Sabah dilakukan oleh Bahagian Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).



Nasir (tiga kanan) bersama Ag.Sahrin (dua kanan) mendengar taklimat Amri (tiga kiri) sambil diperhatikan Zaini Jefri dan Zainab Nasip ketika mesyuarat itu di Bangunan Innoprise Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diarah untuk menyiasat seluruh rangkaian Rufaqa di negeri ini bagi memastikan ia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti bertentangan undang-undang.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati pergerakan itu cuba menghidupkan kembali ajaran-ajaran Al-Arqam.

Katanya, MUIS tidak membenarkan atau berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggunakan agama Islam untuk kepentingan tertentu, apatah lagi ajaran sesat.

“Kita akan membawa perkara ini (Rufaqa) kepada mesyuarat ahli fatwa negeri yang kemudian diputuskan oleh mufti sendiri sama ada haram atau tidak.

“Pada masa ini JHEAINS sedang mengumpul bukti-bukti sebelum sesuatu tindakan boleh diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zain berkata, Jabatan Agama Islam negeri mempunyai kuasa untuk menyekat semua ajaran sesat termasuk ajaran Rufaqa.

Katanya, kuasa tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sendiri bagi menghalang sebarang ajaran sesat daripada berleluasa.

“Fatwa yang sedia ada sudah cukup bagi menentukan kedudukan Rufaqa dan ajaran-ajaran sesat lain, jadi negeri-negeri boleh mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Category: General
Posted by: keruak

Nasir (duduk tengah) diringi Hj Amri (enam kiri);Hj Abdullah (kanan);Iman Ali (tiga kanan) serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1429/2008 mengabadikan gambar kenangan sempena mesyuarat itu di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pelbagai program dirancang untuk menyemarakkan sambutan Ma’al Hijrah 1429H/2008M peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di sini pada 10 Januari ini.

Antara program sambutan peringkat negeri termasuk Majlis Kesyukuran Awal Hijrah 1429H/Akhir Hijrah 1428H;majlis perhimpunan Ma’al Hijrah 1429H;Anugerah Hijrah;Jejak Hijrah;Perkhemahan Hijrah Belia; Festival Kesenian Islam Negeri Sabah;Program Khas Hijrah di Radio;Penerbitan Khas dan Derma Darah.

Sementara tema sambutan Ma’al Hijrah 1429H telah diputuskan “Menjana Ummah Gemilang” selaras dengan tema peringkat kebangsaan yang dijadikan asas dalam melaksanakan aktiviti/program Ma’al Hijrah.

Pengerusi Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1429H/2008M,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan majlis kesyukuran akhir/awal tahun hijrah akan diadakan pada 9 Januari,2008 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan disertai surau dan masjid seluruh negeri Sabah.

Datuk Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri menjelaskan demikian sempena mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri bagi tahun 1429H/2008M di Wisma MUIS di sini.

Hadir sama sempena mesyuarat itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Haji Amri Suratman, Pegawai Daerah Papar,Iman Ali,Setiausaha Agung USIA,Haji Abdullah Hussin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

Nasir menambah,majlis perhimpunan sambutan Ma’al Hijrah itu pula akan di adakan di Dewan Saadah Wisma MUIS dan akan dihadirisama Yang di-Pertua Negeri,Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah dan isteri,Toh Puan Datin Seri Panglima Dg.Masuyah Biti Ag.Japar;Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Haji Aman dan isteri,Datin Seri Faridah Tussin serta menteri-menteri kabinet negeri Sabah.

Datuk Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah mengajak dan meminta seluruh umat Islam di kawasan ibu negeri dan kampung-kampung berhampiran turut serta memeriahkan semua majlis sempena sambutan Ma’al Hijrah dan Perhimpunan Ma’al Hijrah peringkat Negeri.
Category: General
Posted by: keruak
PAPAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail baru-baru ini menziarahi dan menyampaikan cek bernilai RM960 kepada seorang warga emas kurang upaya, Pudin Bagol, di Kampung Sungai Padang, di sini.

Sumbangan itu adalah bantuan bulanan daripada Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pudin kudung sebelah kaki akibat penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu. Kelihatan Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada Pudin Bagol.



Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006.



MESRA….Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin menghadiri Majlis Jalinan Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah di pejabat jabatan itu di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna disambut oleh pengarah jabatan itu, Siti Sapoo Ahok, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datin Asnimar Haji Sukardi.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Michael Emban; Timbalan Setiausaha Tetap, Janet Chee; dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Amri Suratman.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman officiated the United Sabah Islamic Association (USIA) 20th Annual General Meeting at Tawau community centre on Saturday.

Former Head of State, Tun Sakaran Dandai who is also the president of USIA was present.

Also present were Minister in the Chief Minister Department, Datuk Nasir Tun Sakaran, Sabah Federal Secretary, Datuk Ismail Wadin, MUIS chairman, Datuk Syed Abbas Syed Ali, Tawau Municipal Council president, Salsidu Ibrahim, Assistant Ministers and Members of Parliament and State Assemblymen.

At the function Musa also presented awards of appreciation to two recipients namely, Mustapha Mat Sarudin, 81, from Labuan Federal Territory and Sitti Badriah Sakki, also 81, from Kota Kinabalu.



Musa (centre) presenting the award to Mustapha, 81, from Labuan . Tun Sakaran is seen 2nd from right. While Salsidu is at left.

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah menggesa umat Islam berani berjuang mempertingkatkan jatidiri sebagai umat yang lebih bertanggungjawab terhadap masa depan negara.

Katanya, aspek itu amat penting dan ia akan dapat dilaksana melalui pembangunan insaniah yang akan mencorakkan masyarakat dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia, dinamik serta menjadi pemimpin Islam berwawasan dalam mencerna agenda pembangunan masyarakat Islam. Sekali gus memperkukuhkan perpaduan dan keutuhan ummah.

“Suasana kehidupan dalam era globalisasi menyaksikan umat Islam sering disogok dengan propaganda Barat melalui kecanggihan teknologi yang mereka kuasai dan secara tidak langsung ini menuntut kita melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam ilmu sains dan teknologi,sains politik dan sains sosial,” katanya.

Beliau berucap demikian sempena majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah 2006 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah Ddi Wisma MUIS Sembulan.

Hadir sama sempena majlis itu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran, Mufti Kerajaan Negeri, Sohibus Samaha, Datuk Ahmad Alawi Adenan,pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Ahmadshah,berkata peranan dan tanggungjawab selaku umat Islam amatlah besar dan harus memikul amanah yang akan menjadikan contoh kepada generasi hari ini dalam kecemerlangan hidup seharian serta menjadi menjadi pembimbing masyarakat serta pencetus idea perubahan yang positif dalam mengislahkan lagi masyarakat di negeri ini.

“Kita berharap kelas Al-Qur’an dan fardhu ain yang diselenggarakan JAKIM akan dapat diteruskan serta memertabatkan kecemerlangan ilmu,meningkatkan keperkasaan bangsa dan memelihara kemurnian serta ketinggian agama Islam,” katanya.

Katanya, untuk menjayakan hasrat itu golongan pendidik hendaklah sentiasa memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat menyampaikan kepada murid-murid dengan lebih baik dan sempurna di samping guru hendaklah menjadi contoh terbaik sebagai pemimpin kepada anak-anak dan masyarakat.



TAHNIAH... Ahmadshah (dua dari kanan) diiringi Nasir (kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sempena majlis Ihtifal KAFA peringkat negeri di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak

KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) menyerahkan zakat perniagaan RM88,151 bagi tahun kewangan 2006 kepada Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Bayaran itu diserahkan Pengurus TM negeri Sabah, Sukkuriya Masri kepada wakil PZS iaitu Penolong Setiausaha Zakat (Operasi), Jaluddin Dullah dan Penolong Pegawai Zakat, Iwansuzairie Hari pada satu majlis ringkas, di Pejabat Pengurus Besar Telekom Negeri, di sini.

Pembayaran zakat perniagaan itu ialah kewajipan yang ditunaikan TM bagi membantu golongan miskin, khususnya asnaf penerima zakat.

Kelihatan wakil PZS iaitu (dua kiri) Penolong Setiausaha Zakat (Operasi), Jaluddin Dullah menerima zakat perniagaan Telekom Malaysia Berhad yang diwakili (kiri sekali) Pengurus TM negeri Sabah, Sukkuriya Masri sambil diperhatikan Pegawai Zakat, Iwansuzairie Hari (kanan sekali)
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Bank Muamalat Malaysia Berhad cawangan Kota Kinabalu telah menyerahkan bayaran zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Sabah (PZS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang diadakan di bank tersebut di Asia City, di sini.

Bank Muamalat Malaysia cawangan Kota Kinabalu yang diwakili Pengurus Cawangannya, Sulaiman Mohd Noor, menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM40,000 kepada Penolong Setiausaha (Agihan) Pusat Zakat Sabah, Awang Juri Awang Tahir, mewakili PZS..

Menurut Sulaiman, keuntungan bersih Bank Muamalat cawangan Kota Kinabalu berjumlah RM3 juta pada tahun 2006.

Sementara itu, kutipan zakat harta suku tahun pertama 2007 Pusat Zakat Sabah ialah berjumlah RM4,023,614.89.



Kelihatan Sulaiman (dua kiri) menyerah replika cek zakat perniagaan RM40,000 kepada Awang Juri (dua kanan) sambil diperhatikan Penolong Setiausaha PZS, Safaruddin Mansharuddin (kiri sekali) dan Pegawai Khidmat Pelanggan Bank Muamalat cawangan Kota Kinabalu, Alias Suhaili (kanan sekali).
Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu melaksana tanggungjawab lebih serius dalam membentuk belia desa dan luar bandar cemerlang sekali gus bebas gejala sosial.

Adun Balung, Datuk Syed Abbas Syed Ali berkata, mereka seharusnya menjadi pendorong generasi muda dalam merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Sebagai pemimpin akar umbi mereka perlu memainkan peranan serius mengubah hala tuju golongan belia kampung tanpa hanya mementingkan projek pembangunan saja," katanya.

Beliau berkata pada perasmian dan penutupan motivasi kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Sekolah SMK Balung, SMK Kinabutan, SMK Kuhara dan SMK Merotai di SMK Balung Tawau, di sini.

Tambah Abbas yang juga Pengerusi MUIS, pemimpin masyarakat perlu mencari jalan bagaimana dapat membuka peluang pekerjaan atau mengadakan program yang mampu membuka minda anak-anak muda untuk terus berusaha merebut peluang disediakan.

Kerajaan negeri, katanya, tidak mahu pemimpin masyarakat hanya mementingkan diri sendiri, sebaliknya harus mendekatkan diri kepada semua lapisan masyarakat menyampaikan hasrat kerajaan dalam menjayakan RMK-9.



Syed Abbas beramah mesra dengan pelajar sekolah di SMK Balung Tawau.

Category: General
Posted by: keruak


TAWAU: Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Panglima Abd Ghapur Salleh (gambar) menasihatkan calon-calon yang bertanding tidak mengamalkan politik wang pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian itu 12 Oktober ini.

Mereka juga dinasihatkan bertanding secara sihat dan bukannya menghasut atau menabur fitnah yang boleh merosakkan keutuhan parti dan mengundang perpecahan dikalangan ahli.

"Pada saya, mereka yang menggunakan wang untuk meraih undi atau menabur fitnah memburuk-burukkan calon lain sehingga menyentuh soal peribadi adalah orang yang pengecut. Orang begini tidak seharusnya dipilih sebagai pemimpin. Yang patut dipilih ialah orang yang boleh bekerja," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik di sini.

Ghapur turut berharap para perwakilan dapat membuat pilihan dengan bijak dan tidak menggadaikan maruah hanya disebabkan wang ataupun fitnah semata-mata.

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kalabakan dijangka menyaksikan beberapa pertandingan jawatan tinggi seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian.

Di majlis itu, Ghapur bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Haji Abdul Muis Haji Picho dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samad, turut berkesempatan menyampaikan ucapan Hari Raya kepada seluruh penduduk pulau.
Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Kerajaan negeri disaran melantik empat Ketua Masyarakat Wanita (KWM) di setiap 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah untuk membantu wanita supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata pengwujudan jawatan itu boleh memberi sumbangan kepada kaum wanoita ke arah pembangunan secara menyeluruh ke negeri ini.

“Pelantikan jawatan Ketua Masyarakat Wanita (KMW) seperti jawatan yang bergaji boleh menjadi nadi penggerak kepada kaum wanita untuk merebut segala peluang yang disediakan kerajaan kepada mereka seperti peluang pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal.

“Kita sedia maklum ramai ibu-ibu tungal tidak ada pembelaan, contoh keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, dan banyak kes ibu-ibu tunggal tertunggak dan kita mahu mereka (ibu tunggal) diberi perhatian dan pembelaan...bukan disish,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan pemimpin dengan rakyat di kawasan Balung semalam.

Syed Abas yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islama Sabah (MUIS) berkata pengwujudan KMW dapat melahirkan Pembangunan Usahawan Wanita Desa Sabah (PUANDESA) dan ini dapat dikembangkan ke seluruh kawasan negeri Sabah dan tidak tertumpu di satu-satu kawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, kemampuan kaum wanita agak terpendam disebabkan perasaan malu mereka untuk melakukan sesuatu urusan kerana selam ini mereka terpaksa meluahkannya terlebih dahulu kepada kaum lelaki untuk mendapat pandangan.



DATUK SYED ABAS SYED ALI

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Jawatankuasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1428H/2007M menyusun lapan program bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah yang akan dilangsungkan di Sandakan.

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1428H/2007M,Datuk Nasir Tun Sakaran,menjelaskan sambutan itu akan dumulakan dengan majlis bacaan Yassin,Tahlil dan Doa Selamat bermula jam 5.20 petang di Masjid Daerah Sandakan.

Sementara itu majlis Perhimpunan Maulidur Rasul akan dilangsungkan di padang Majlis Perbandaran Sandakan bermula jam 6.30 pagi .

Sebanyak 80 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan negeri dan persekutuan,badan-badan berkanun,swasta,badan-badan bukan kerajaan (Ngo),pelajar-pelajar sekolah,kumpulan-kumpulan kompang dan masyarakat Islam sekitar Majlis Perbandaran Sandakan serta daerah berhampiran.

Nasir yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri berkata perarakan akan bermula jam 7.25 pagi menuju ke Dewan Masyarakat Sandakan yang akan didahului Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun AhmadShah Abdullah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kabinet,pemimpin-pemimpin masyarakat diikuti kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

Antara pengisian majlis perhimpunan itu termasuklah ceramah agama disampaikan pencerama undangan,Prof.Datuk Dr.Mohd Yusof Hussein,Rektor Kolej Perak,persembahan lagu-lagu nasyid,persembahan selawat/marhaban/barzanji dan pengumuman dua kategori tokoh anugerah Maulidur Rasul SAW peringkat negeri 1428H/2007M.

null

Nasir (duduk tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1428H/2007M mengabadikan kenangan sempena mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma Muis Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Guru Kafa mempunyai tanggungjawab penting bukan sahaja memberi pelajaran, tetapi juga memastikan transformasi matlamat pendidikan negara dapat direalisasikan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Beliau berkata, pada hari ini negara sering menghadapi sosial disebabkan ledakan pembangunan dunia sejagat kerana kemunculan alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia amat besar pengaruh terhadap sistem penyebaran maklumat itu sendiri.

“Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pembangunan minda masyarakat, tetapi juga turut memberi corak dan gaya hidup sangat unik. Guru perlu memiliki sifat-sifat unggul seperti amanah, dedikasi, komited kepada tugasan sanggup menganjakkan masa dan tenaga serta mampu menjadi role model kepada pelajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis merasmikan penutupan Ihtifal KAFA Mukim Kabota Tawau di Balai Raya Kampung Kongsi 8, Tawau.

Syed Abas lagi yang juga Pengerusi MUIS berkata usaha kerajaan menjadikan negara ini maju menjelang 2020 perlu disertakan pembentukan minda rakyat menerusi amalan suka membaca, terutama bahan berkualiti

Beliau berkata ini berdasarkan hakikat bahawa pembangunan sesebuah negara bergantung kepada rakyat yang berilmu pengetahuan, berfikiran positif, rajin dan berdaya saing yang terjana daripada amalan suka membaca.



Syed Abas menyampaikan hadiah kepada murid pada majlis penutupan Ihtifal KAFA Mukim Kabota Tawau di Balai Raya Kampung Kongsi 8, Tawau.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABLU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran mempengerusikan mesyuarat pemilihan penghantaran pelajar ke Mesir di Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Sukarti Wakiman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Amri Suratman, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah, Darus Nasir, dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Zarat Khan Abdul Rahman.

Mesyuarat itu membincangkan pemilihan penghantaran pelajar ke Mesir dalam pengajian pelbagai bidang selama lima tahun.

Polisi penghantaran hanya pelajar yang lulus cemerlang termasuk Bahasa Arab dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dipilih dan diberikan biasiswa penuh untuk menyambung belajar ke Universiti Al-Azhar Mesir.

Di samping itu, pelajar terpilih akan mengikuti Program Khas Pengajian Pra Al-Azhar di Kaherah selama setahun bertujuan mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab dan persediaan mengikuti pengajian dalam kuliah.

Selain itu, untuk kecemerlangan dan pembentukan bakal ulamak kelas pertama hingga ke peringkat antara bangsa serta tuntutan globalisasi,pelajar-pelajar yang terpilih juga akan didedahkan dengan berbagai pengetahuan dan kemahiran asas seprti Bahasa Inggeris, ICT, komunikasi, keusahawanan, perbankan Islam di samping pengajian rasmi selama 5 tahun di Al-Azhar Mesir.

Tahun lalu kerajaan menghantar 18 pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di enam Institut Pengajian Tinggi (IPTA) Mesir selama enam tahun dan dibiayai Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui tabung zakat hak Asnaf Fisabilillah (Zakat).



Nasir (kanan)berbincang sesuatu dengan Sukarti (kiri) sambil diperhatikan Amri (dua kanan) sempena mesyuarat pemilihan pelajar ke Mesir di Wisma Innoprise
Category: General
Posted by: keruak


Syed Abas menyampaikan hadiah kepada pemenang kumpulan kompang dan berzanji.

TAWAU: Masyarakat harus menjadikan kompang, berzanji dan marhaban sebagai wadah menyampaikan ilmu agama dan bukan hanya sebagai alternatif seni, kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali.

Beliau berkata nasyid dan seni paluan kompang serta alunan lagu yang disampaikan menerusi berzanji/marhaban merupakan medium terbaik berdakwah pada masa kini.

“Dalam keadaan peralatan muzik dan lagu-lagu moden yang semakin mendominasi dunia hiburan mutakhir, seolah-olah seni berkompang dan berzanji menjadi satu keperluan dalam kehidupan manusia, terutamanya ketika meraikan sesuatu sambutan atau hari kebesaran.

“Naluri manusia secara semula jadi memang memerlukan bunyi-bunyian atau irama muzik sebagai santapan jiwa, asalkan lagu-lagu tersebut tidak bersifat melalaikan atau memesongkan akidah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Festival Kompang, Berzanji & Marhaban Peringkat Bahagian Tawau di Dewan Masyarakat Tawau.

Turut hadir Presiden Majlis Perbandaran Tawau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Festival, Haji Salsidu Ibrahim, Adun Tanjung Batu, Mohd Kamil Datuk Seri Panglima Kassim, Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hajah Hamisah Samat, pemimpin masyarakat dan para peserta.

Syed Abas yang juga Pengerusi MUIS menyeru pemimpin masyarakat dan anggota masyarakat supaya mempertahankan budaya Melayu yang bercirikan keislaman.

“Adalah menjadi tanggungjawab untuk bersatu pada dan menyokong penuh kepimpinan yang ada sekali gus melibatkan diri dan menyertai perubahan positif ini.

“Walau apa pun, seni kompang, berzanji dan marhaban sudah membuktikan kemampuannya untuk mencorakkan masyarakat, sejak berabad lamanya. Kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid kontemporari pada akhir tahun 1990-an yang berlatarbelakangkan muzik latar alunan kompang telah mewarnai industri muzik tanah air,” katanya.
Category: General
Posted by: keruak
9 November 2006

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengutamakan dasar pendidikan yang memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat, termasuk di luar bandar untuk menerima dan menikmati kemudahan serta taraf pendidikan sama seperti di kawasan bandar.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Jainab Datuk Ahmad berkata telah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapat pendidikan berkualiti kerana pendidikan adalah alat bagi pembangunan individu, masyarakat dan negara.

Katanya, ketika ini kerajaan juga berusaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui penyediaan peruntukan kewangan kepada semua sekolah dalam usaha menaik taraf kurikulum melalui Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9).

“Kita mahu semua lapisan masyarakat mendapat peluang pendidikan yang sama selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang benar-benar berpendidikan supaya lebih proaktif dan bersedia menyahut cabaran globalisasi untuk merealisasikan agenda negara.

“Sehubungan itu, murid, guru dan masyarakat mestilah menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi menjamin keberkesanan institusi pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Perpaduan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Saadah, Wisma Muis di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Mohd Chin, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga daripada 10 buah kawasan dan 573 kanak-kanak tabika perpaduan. Dalam majilis 20 kanak-kanak telah menerima Sijiil Murid Cemerlang daripada Jainab.

Katanya, kerajaan mahu memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam arus pendidikan kerana ia dapat memberi peluang kepada semua untuk mengetengahkan potensi masing-masing yang berguna kepada negara.

“Dengan peralatan dan kemudahan yang sesuai dengan arus perubahan pendidikan negara sudah pasti anak-anak kita tidak akan ketinggalan dalam pendidikan,” katanya.



RAJIN BERUSAHA...Jainab bertanya sesuatu kepada seorang penerima Sijil Murid Cemerlang daripada 20 Tabika Perpaduan kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Category: General
Posted by: keruak

Datuk Syed Abas berbincang dengan pemimpin masyarakat pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat kawasan DUN Balung

TAWAU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini perlu melaksana sistem pengurusan dan pentadbiran kampung secara berkesan bagi memastikan semua masalah serta kekurangan di kawasan masing-masing dikenal pasti.

Ini termasuk menyediakan data dan profil penduduk, maklumat berkaitan kampung, menyenaraikan kemudahan yang dimiliki serta prasarana yang belum ada.

ADUN Balung, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali berkata dengan maklumat yang lengkap, JKKK lebih mudah merancang program pembangunan yang diperlukan di kawasan mereka serta membuat permohonan kepada kerajaan.

Katanya, ketika ini, kebanyakan JKKK tidak memiliki data serta maklumat kampung secara terperinci, menyebabkan kerajaan sukar menentukan keperluan yang perlu disalurkan kepada mereka.

"Dengan mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan, sudah tentu JKKK dapat membantu kerajaan dalam menentukan kemudahan serta keperluan yang sepatutnya disalurkan di kampung masing-masing.

"Cara pengurusan seperti ini yang diharapkan kerajaan kerana memudahkan urusan menyalurkan prasarana kepada penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan penduduk kawasan Balung di sini.

Abas yang juga Pengerusi MUIS berkata, melalui data berkaitan kampung dan penduduk yang lengkap, secara tidak langsung memudahkan JKKK membuat pemantauan serta pengawasan terhadap kampung masing-masing.

"JKKK sebagai orang tengah kepada kerajaan dan bertindak sebagai telinga dan mata kerajaan. Tanggungjawab ini mesti dilaksanakan sepenuhnya mengikut kebijaksanaan masing-masing.

"Kerajaan tidak mahu ada JKKK atau JKDB yang gagal melaksanakan tanggungjawab kerana ia boleh menjejaskan hasrat kerajaan memajukan setiap kampung di negeri ini," katanya.

Katanya, kerajaan sukar mengenal pasti masalah rakyat tanpa bantuan JKKK yang menyampaikan maklumat tepat berkaitan kampung masing-masing kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Abas berkata, setiap JKKK juga perlu sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan sebelum mengemukakan cadangan dan masalah yang dihadapi rakyat kepada kerajaan.

Beliau juga menasihatkan JKKK sentiasa menerima pandangan dan idea yang dikemukakan oleh rakyat di kawasan masing-masing.
Category: General
Posted by: keruak
TAWAU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Balung, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali.

Syed Abas berkata fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.

Tambahnya, objektif dan visi PIBG hendaklah selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FPN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN) dan prinsip Islam Hadhari.

Katanya, Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul.

Menurutnya, badan itu juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.

“Ini turut meliputi sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Penekanan kepada kurikulum dan pentaksiran amat penting, termasuklah pemantauan maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan serta infrastruktur sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian PIBG SMK Jalan Apas Kali Ke 11 2007 di SMK Jalan Apas, Balung, Tawau.

Dalam majlis berasingan beliau turut merasmikan Seminar Kesedaran Keibubapaan anjuran bersama BTN Cawangan Sabah, Kelab Alumnai UUM Cawangan Sabah, JKKK Kg. Ranggu dan PIBG SK. Ranggu di Balairaya Kampung Ranggu, Tawau.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Abas yang juga Pengerusi MUIS menambah barisan kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka.

“PIBG bertindak sebagai entiti utama untuk membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar,” katanya.



Syed Abas beramah mesra dengan si cilik pada majlis Seminar Kesedaran Keibubapaan anjuran bersama BTN Cawangan Sabah, Kelab Alumnai UUM Cawangan Sabah, JKKK Kg. Ranggu dan PIBG SK. Ranggu.
Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Belia wanita dan lelaki yang bermint dalam bidang jahitan dipelawa menyertai Kursus Kemahiran Menjahit bagi tahun 2007.

Kursus itu dianjurkan di bawah Program Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSN). Ia diadakan di kawasan Zon Kota Kinabalu, Sandakan , Tawau, Keningau dan Kudat serta daerah Papar, Ranau dan Sipitang.

KBSN dalam satu kenyataan berkata, jumlah peserta yang akan dipilih untuk mengikuti kursus bagi tahun 2007 ialah 20 hingga 25 orang bagi setiap zon atau daerah.

Pemohon yang berjaya dipilih akan menjalani kursus selama 10 bulan di tempat latihan yang dibuka oleh KBSN di zon dan daerah masing-masing.

Tempat-tempat latihan bagi kursus tersebut ialah Kompleks Belia Kepayan (Zon Kota Kinabalu), Pejabat KBS Zon Sandakan, Pejabat KBS Zon Tawau, Pejabat KBS Zon Kudat, Pejabat KBS Zon Keningau, Pejabat KBS Daerah Papar, Pejabat KBS Daerah Ranau dan Pejabat KBS Daerah Sipitang.

Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan dianugerahkan Sijil Kemahiran oleh KBSN.

Antara syarat-syarat permohonan menyertai kursus kemahiran itu ialah tamat sekurang-kurangnya tingkatan 3, bujang, berumur diantara 18 hingga 30 tahun, warga negara Malaysia berasal dari Sabah, tidak bekerja atau berkursus, sihat tubuh badan dan minat dalam bidang jahitan.

Setiap peserta dikenakan yuran RM150 dan belia berminat mengikuti kursus itu boleh berhubung dan mendapatkan borang permohonan dari;

- Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Tingkat 10, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Tel: 088-287555/ 287541. - Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Zon Sandakan. Tel: 089-210281. - Pejabat KBSS, Zon Tawau. Tel: 089-772977. - Pejabat KBSS, Zon Keningau. Tel: 087-331214. - Pejabat KBSS,Zon Kudat. Tel:088-611418. - Pejabat KBS Daerah Papar. Tel:088-913636. - Pejabat KBS Daerah Ranau. Tel: 088-875881. - Pejabat KBS Daerah Sipitang. Tel: 087-821132.

Borang permohonan menyertai kursus itu hendaklah dikembalikan kepada Pejabat KBSS sebelum atau pada 8 Disember 2006.

Satu temuduga akan dijalankan bagi memilih peserta dan permohonan yang didapati memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut.

Sementara itu, Majlis Konvekesyen Program Kemahiran Keusahawanan Belia (Jahitan) 2006 akan diadakan pada 7 Disember 2006 di Ballroom Shangri-La’s Tanjung Aru Resort (STAR) Kota Kinabalu.

Serama 148 peserta yang berjaya menamatkan Kursus Kemahiran Menjahit dari Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Keningau, Ranau,Kudat, Sandakan dan Tenom akan menyertai majlis itu yang akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Masidi Manjun.

Category: General
Posted by: keruak
3 November 2006.

KOTA KINABALU: Ibu-bapa disaran agar menghantar anak-anak mereka belajar di pra-sekolah untuk mengalakan perkembangan sosial, emosi, rohani, jasmani dan intelek mereka.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Putatan, Hamidah Mohd.Jaffar berkata, mereka akan didedah dengan aspek berinteraksi diri serta memupuk perkembangan daya cipta dan ingin tahu.

“Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan rohaniah, di pra-sekolahan asas penting ini dapat dipupuk”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mini Konvokesyen Tabika Kemas Putatan di Dewan Sa’adah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kelmarin.

Seramai 300 kanak-kanak pra sekolah dari tujuh Tabika Kemas terlibat dalam mini konvokesyen itu Tabika Kemas Kampung Petagas, Kampung Pasir Putih, Rumah Pangsa, Kampung Meruntum, Kampung Ketiau, Kampung Lok Kawi dan Kg Ulu.

Hamidah berkata, untuk mempertingkatkan potensi intelek kanak-kanak, aspek aspek tersebut tidak boleh diketepikan dan perkembangan dalam satu bidang akan mempengaruhi perkembangan bidang yang lain.

Beliau menambah, “ perkembangan aspek komunikasi yang optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial anak dan kemudian akan mempengaruhi kemahiran inteleknya, meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek motangnya.”

Menurutnya, ibu bapa boleh mempertingkatkan potensi anak mereka melalui konsep keibu-bapaan berkesan atau ‘effective parenting”.

“Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya ialah baik atau sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Ibu bapa ialah sebaik-baik contoh kepada anak-anak”, katanya.

Hamidah turut menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina bangunan Tabika Kemas diatas tanah sendiri pada masa akan datang. Pada ketika ini hampir separuh daripada 8000 tabika kemas diseluruh negara masih lagi menumpang bangunan milik pihak lain.

“Kita mengalu alukan usaha kerajaan untuk mengwujudkan lebih banyak Tabika Kemas setiap tahun termasuk di kawasan Parlimen Putatan,” katanya.



SIJIL…. Hamidah (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada kanak-kanak pra-sekolah di majlis itu.

Category: General
Posted by: keruak


Haji Hussain Kasau (tengah) bergambar bersama Datuk Abd.Ghani Yassin (tiga dari kanan), Kapitan Simon Tsen (dua dari kiri), Perunding Media Keruak.Com, Lichong Angkui (dua dari kanan) dan sahabatnya yang lain.



Upacara menggunting rambut anak Haji Hussain Kasau.



Haji Hussain (dudu, kiri) bergambar bersama Haji Mohd.Arifin Arif (duduk dua dari kiri), Kapitan Simon Tsen (dudu, dua dari kanan) yang tetamu yang menghadiri majlis itu.

PAPAR: Ketua Penerangan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Haji Hussain Kasau telah mengadakan Majlis Kesyukuran Aidilfitri di kediamannya di Puncak Iqra, Pengalat Besar, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abd.Ghani Datuk Yassin, Naib Ketua Puteri UMNO Negeri, Cik Musliati Muslimin.

Turut memeriahkan majlis ialah Bendahari Puteri UMNO Negeri, Puan Saridah Mohd.Dun, Ketua Puteri Bahagian Putatan, Cik Hamidah Mohd.Jaafar, Ketua Puteri UMNO bahagian Keningau, Junaidah R.Sapli dan Ketua Masyarakat Cina (KAPITAN) Lido, Encik Simon Tsen.

Tetamu yang datang terdiri daripada rakan taulan, sahabat-handai dan saudara mara Haji Hussain yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

Mereka telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan laut dan juadah yang enak termasuk buah-buahan tempatan. Majlis menggunting rambut anak dan cucunya turut diadakan.

Menurut Haji Hussain, Majlis Kesyukuran Aidilfitri itu diadakan setiap tahun bagi memeriahkan bulan Syawal.



Di KOTA KINABALU: Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Cik Musliati Muslimin menerima hadiah berupa sebuah mesin mencuci kain daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Encik Seruji Haji Nawawi setelah memenangi cabutan tiket bertuah pada majlis Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Program Warga Ceria yang diadakan di Wisma Muis, hari ini.

Majlis itu adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah dan UMNO Bahagian P.172 Kota Kinabalu.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal H.M.Diego, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Puan Rosimah Zakaria dan Ketua Pemuda bahagian, Encik Bahrul Razha Chuprat dan para pemimpin UMNO.

Selain nyanyian, majlis itu turut diserikan dengan acara tarian.



Datuk Haji Faisyal H.Diego menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang bertuah di majlis itu sambil diperhatikan oleh Seruji Haji Nawawi (dua dari kiri), Fatimah Shara Ahmad Noor (kiri) dan pemimpin UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang lain.
Category: General
Posted by: keruak


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (gambar atas) menghadiri majlis berbuka puasa dengan kira-kira 1,400 penuntut Sabah yang menuntut di beberapa universiti di Semenanjung, di PWTC hari ini.

Majlis itu dihoskan oleh Yayasan Sabah. Hadir sama Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun; pembantu menteri berkenaan, Datuk Karim Bujang; Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abbas Ali; dan Pengerusi MHEANS, Arifin Arif.

Hadir sama Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Rahman Dahlan; Pengarah Perjawatan Negeri, Nordin Siman dan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Dr. Johan Ariffin.



Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan sempena bulan Ramadan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah, hari ini.

Bantuan makanan yang berikan terdiri daripada beras, gula, minyak masak, tepung, mentega dan lain-lain untuk keperluan menyambut bulan Ramadan.

Berucap di majlis itu Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berharap bantuan makanan itu dapat membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik dalam menyambut bulan Ramadan.

Turut hadir isteri Yahya, Datin Seri Siti Jouyah Mohd.Yunin, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Abd.Kahar Mohd.Zain, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR)Petagas, Datuk Mohd.Din Sulai dan Pengerusi Masjid Al-Jannah, Amiludin Haji Majin.



Di LABUAN, tiga kakitangan dan lima pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) menerima bantuan kebajikan sempena majlis berbuka puasa di Masjid Al-Hikmah, universiti itu.

Mereka ialah Saradli Arshad, Roslinawaty Abd Rajak, Zabli Abu Bakri, Khairul Anwar Khairuddin, Mohd Hazly Ab Rahman, Siti Hasmah Emran, Yusly dan Amerulkhairin yang kehilangan ibu bapa dan ditimpa bencana alam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Madya Dr Amran Ahmed menyampaikan bantuan tersebut.

Turut hadir Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Syed Azizi Wafa, Dekan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL), Dr Rosita Chong, Jurutera Kanan, Che Jeib Che Said, Timbalan Pengarah (HEPA), Mohd Faisol Ibrahim dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Mohd Azri Ibrahim.



DI SIPITANG, penduduk Kampung Karangan, Lumadan diraikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam majlis berbuka puasa dan turut dihadiri oleh Adun Lumadan Datuk Surinam Sadikun dan warga Kumpulan Yayasan Sabah.

Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Zulkhairi Ismail. Pada majlis itu turut diadakan sumbangan kepada keperluan Masjid Kg. Karangan.

Sementara Adun Lumadan, Datuk Surinam Sadikun turut menyumbang sumbangan peribadi beliau kepada Pengerusi Masjid.
Category: General
Posted by: keruak

Tun Ahmadshah menekan butang plak perasmian sebagai tanda merasmikan Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Datuk Yahya, Datuk Sukarti dan Datuk Ahmad Alawi (dua dari kanan).

PUTATAN: Pembinaan Balai Cerap Al-Biruni di Tanjung Dumpil merupakan satu lagi mercu tanda penting dalam perkembangan ketamadunan Islam di negeri Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah bangunkan beberapa mercu tanda penting seperti Masjid Negeri dan Masjid Bandaraya, Wisma MUIS dan Muzium Tamadun Islam.

“Namun pembinaan Balai Cerap Al-Biruni ini telah menjadi pelengkap kepada kewujudan perkembangan tamadun Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah di Tanjung Dumpil, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah telah merasmikan balai cerap itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nasrun Mansur, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Sukarti Wakiman dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan.

Musa berkata, Balai Cerap Al-Biruni juga menjadi bukti kesungguhan dan keseriusan Kerajaan Negeri dalam mengembangkan lagi unsur-unsur tamadun Islam melalui pembinaan bangunan-bangunan yang akan diingati oleh masyarakat umum.

Menurutnya, pembinaan balai cerap itu juga menjadi petunjuk jelas bahawa Kerajaan Negeri benar-benar telah mempraktikkan pelaksanaan konsep Islam Hadhari, seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.

Katanya, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM1.5 juta untuk membina balai cerap itu, sebagai bukti kerajan amat menitikberatkan pelaksanaan hal-hal berkaitan dengan urusan keagamaan khususnya urusan Falak Syarie.

“Keprihatinan Kerajaan Negeri ini bersandarkan kepada kesedaran tentang betapa pentingnya negeri Sabah memiliki sebuah balai cerap yang khusus agar urusan-urusan keagamaan bagi kepentingan umat Islam di Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya,

Musa berkata, dengan terbinanya Balai Cerap Al-Biruni itu, umat Islam di negeri ini akan dapat menentukan dengan mudah dan tepat kedatangan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah bagi menentukan tarikh dua hari raya besar umat Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, perkara yang lebih penting daripada pewujudan balai cerap itu ialah keupayaan melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembuatan takwim hijrah, penentuan waktu-waktu solat dan jadual berbuka puasa serta imsak bagi kemudahan seluruh umat Islam di negeri ini.

Katanya, kesemua kerja-kerja itu memerlukan penentuan secara tepat dan betul supaya umat Islam dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

Musa berharap balai cerap itu juga dijadikan pusat kecemerlangan ilmu dan meminta Pejabat Mufti Negeri yang dipertanggungjawabkan ke atas balai itu membuka balai cerap itu kepada orang ramai terutama mereka yang mempelajari kaedah-kaedah yang digunakan oleh Islam dalam menerokai ilmu-ilmu berkaitan astronomi.
Category: General
Posted by: keruak


TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di Masjid Al-Kauthar di sini.

Antara yang hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Shafie Apdal; Setiausaha Umno, Datuk Yahya Hussin; Ketua Penerangan Umno, Datuk Sapawi Ahmad; Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abbas Ali.

Turut hadir Pemangku Ketua Umno Silam, Datuk Samsu Bahrom; Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran; dan Timbalan Ketua Umno Kalabakan, Datuk Dr. Patawari Patawe.



Di LOK KAWI: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan sumbangan (gambar) untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera yang akan diadakan pada Oktober 2007.

Sumbangan itu diserahkan kepada Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi, Brigedier Jeneral Baharom Hamzah semasa Yahya menunaikan solat Jumaat di Masjid Kem Lok Kawi, semalam.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abd.Kahar Mohd.Zain, Setiausaha UMNO Bahagian Putatan, Encik Ishar Ramli, Bendahari UMNO Bahagian Putatan, Encik Sumita Hassan dan pemimpin masyarakat setempat.



Di BELURAN, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee (gambar) meluangkan masa menyertai anggota keselamatan Beluran berbuka puasa di Ibu Pejabat Polis Beluran.

Seramai 30 anggota polis menyertai majlis itu. Turut hadir ialah OCPD Beluran, DSP Fadzil Mohd.

Menurut Ronald, majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Beluran merupakan acara yang dihadiri oleh beliau sepanjang bulan Ramadan ini.



Di PAPAR, Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shilrin menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Program Warga Emas anjuran Jabatan Jasa negeri Sabah dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah, Pejabat Parlimen Papar dan Puteri UMNO Papar di Bilik Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Papar.

Pada majlis turut diagihkan Bubur Lambuk Puteri UMNO Papar kepada tetamu yang hadir untuk berbuka puasa.

Hadir sama Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Zulkhairi Ismail, Timbalan Pengarah Jasa, Datuk Haji Utoh Said Hj. Usbah, Penolong Pegawai Daerah, Ag Tajuddin Awang Bahar, Penolong Pengarah Jasa Parlimen Papar, Dayang Suhana Pg Kahar, dan 24 warga emas dari Dun Pantai Manis dan Dun Kawang.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan betapa pentingnya masyarakat mengambil berat mengenai segala keperluan dan kehendak warga emas.



Di MEMBAKUT, Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan telah menganjurkan majlis iftar (berbuka puasa) di Kampung Bambangan, Membakut. Melibatkan seramai lebihkurang 120 orang jemaah.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Wakil Rakyat Membakut, Mohd Ariffin Mohd Arif.

Dalam majlis tersebut Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan turut menyampaikan sumbangan peralatan masjid dan juga wang derma bagi menambah tabung Jawatankuasa Masjid.

Penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan.Zulkhairi Haji Ismail.

Pada majlis yang sama juga Haji Mohd Arifin menyampaikan duit raya kepada sekumpulan anak-anak yang hadir. Turut hadir PKR Membakut, Aminudin Yacob dan Penolong Pegawai Daerah Membakut, Latif Ahmad.



Di KINARUT, Hornbill Cafe di Beringgis Beach Resort yang terletak di antara Kota Kinabalu ke Papar menyediakan pelbagai menu menarik untuk pengunjung untuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Ada 40 resipi yang disediakan oleh Chef Miasin Guntias. Hidangan berkenaan disediakan mengikut lapan kumpulan resipi yang bersilih ganti setiap hari.

Chef Miasin berkata, kebanyakan masakan Melayu paling digemari pengunjung setiap kali Ramadan menjelma. Antara hidangan minuman yang paling digemari ialah sirap bandung, air cincau, teh tarik, cendol dan banyak lagi.

Bufet berbuka puasa dibuka bermula hari pertama pada bulan puasa sehingga 12 Oktober dari jam 6 petang. Hanya pada harga RM30 bagi orang dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.
Category: General
Posted by: keruak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menghadiri majlis berbuka puasa yang dihoskan oleh pengurusan Le-Meridien hotel di sini malam ini (Rabu).

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan; Menteri Pembangunan Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun; Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran; Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai.

Yang lain termasuk Mayor Bandaraya, Datuk Iliyas Ibrahim; Pengerusi Le Meridien, Tan Sri Suffian Koroh; Pengurus Besar, Mr Urs Weisskopf; dan Pengerusi UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh.


Di PAPAR: Seramai 50 warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang upaya (OKU) sekitar Kampung Laut, Papar di sini menerima sumbangan ikhlas daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail sempena bulan Ramadan di Balairaya Kampung Laut, Papar di sini.

Penyerahan itu dilakukan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Abdul Rahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah dan jawatankuasa surau Kampung Laut.

Hadir sama Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pegawai Daerah, Iman Ali dan wakil Jasa, Ustaz Manaf Lakariba.

Dalam majlis itu, Abdul Rahim dan Rosnah turut menyampaikan bantuan kepada 40 penerima hak, fakir miskin dan mualaf dari Pusat Zakat, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).


Di LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) terus membantu meringankan beban anak-anak yatim untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini.

Yang DiPertua USIA, Tun Hj Sakaran Dandai telah menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim anak-anak ahli USIA Bahagian Labuan di Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun, Labuan, kelmarin

Seramai 112 anak-anak yatim dari 8 Cawangan di Bahagian Labuan iaitu Rancha-Rancha, Bebuloh, Lubok Temiang, Lajau, Gersik / Batu Arang, Patau-Patau 1, Patau-Patau 2 dan Sungai Bedaun telah menerima sumbangan itu.

Sumbangan derma itu diberikan USIA Pusat, USIA Bahagian Labuan, Rintis Malay Motors, Keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Omar Bledram dan HMD Automobiles Sdn Bhd.

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua USIA Pusat, Datuk Hj Lajim Ukin, Ketua USIA Labuan, Ali Omar Bledram dan Ketua Kampung Sungai Bedaun, Sahari Amdan.


Di SIPITANG: Seramai 50 orang menerima sumbangan berupa barangan makanan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sipitang di sini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad yang juga wakil rakyat Sindumin sempena program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) dan Nuzul Al-Quran.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pegawai Kemas Sipitang Maimunah Latip, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Dzulkefli Ahmad dan Setiausaha Umno Sipitang Awang Rakawi Awang Said.


Di KOTA KINABALU: Ketua Penerangan dan Komunikasi Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Hajah Jainab Datuk Ahmad menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sini.

Hadir sama Pegawai Kemas Daerah Kota Kinbalu, Arshad Asli, Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Karambunai, Manja Awang Bahar dan pegawai Pusat Zakat Sabah serta kaki tangan Unit PKR Karambunai.

Jainab yang juga Adun Karambunai berkata Pergerakan Wanita UMNO sebagai tulang belakang Umno akan sentiasa berkhidmat membantu masyarakat bagi mengelakkan lambakan masalah semasa pilihan raya.

Jelasnya, program turun padang juga berkesan dalam menyampaikan dasar-dasar dan penerangan berkaitan bantuan-bantuan daripada kerajaan bagi mengelakkan sebarang salah faham rakyat terhadap kerajaan.


Di PAPAR: Naib Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada 154 golongan kurang bernasib baik terdiri fakir miskin, mualaf, warga tua, balu dan anak yatim di perkarangan Masjid Kampung Kuala, Papar di sini.

Setiap mereka menerima bantuan zakat RM200 setiap seorang yang disumbang oleh Pusat Zakat Sabah, manakala 35 anak-anak yatim menerima duit raya daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan 57 warga tua dan balu sumbangan daripada Ahli Parlimen Papar berupa barangan makanan harian.

Hadir sama Iman Daerah Papar, Iman Jaafar Abdullah, Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Zulkhairi Haji Ismail, Penolong Pengarah Jasa Parlimen Papar, Dayang Suhana Pg. Kahar.

Program majlis berbuka puasa anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah dan Jasa Sabah.


Di LABUAN: Menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu, Labuan turut tidak ketinggalan meringankan beban terhadap anak yatim di sekolah itu.

Seramai 15 anak yatim menerima sumbangan berupa wang tunai, baju raya, beg sekolah, telekong dan kasut di Dewan CUN sekolah itu.

Pengerusi PIBG, Abdul Halim Saimin dan Pemangku Guru Besar, Yunus Hj Yusuf menyampaikan sumbangan itu sempena majlis berbuka puasa. Turut diadakan majlis khatam Al-Quran yang disertai 60 murid sekolah itu.

Yunus bagi pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru yang menghulurkan sumbangan wang tunai untuk diberikan kepada anak-anak yatim itu.


Di TUARAN: Isteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datin Hajah Juliah Salag menyampaikan Sumbang Hari Raya kepada Pusat Perlindungan Wallace di sini.

Program amal tersebut merupakan anjuran Wanita UMNO Tuaran bersama isteri Adun Sulaman.

Dalam majlis berasingan, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 25 anak-anak yatim di SK Pekan Laya Laya Tuaran.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Tuaran, Jamaliah Antalip, Presiden Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah, Wong On Fook dan ahli jawatankuasanya. Dalam majlis itu 26 orang penghuni rumah menerima sumbangan duit raya dan bungkusan makanan harian sumbangan daripada isteri Adun Sulaman bersama Wanita UMNO Tuaran.


Di PUTATAN: Pegawai Pendidikan Gabungan Kota Kinabalu Dr Kassim Ibrahim menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan baju raya kepada pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau di sini.

Sumbangan itu turut melibatkan pelajar yang hendak menyambut perayaan Hari Krismas.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pengetua SMK Tansau Datin Patimah Ali dan pengerusi PIBG SMK Tansau Faizal Baniamin serta seramai 135 0rang pelajar menerima sumbangan tersebut

Dr Kassim berkata sumbangan seumpama itu bukan sahaja membantu pelajar dari golongan kurang berkemampuan tetapi dapat membina semangat mereka untuk turut berjaya dalam pelajaran.

“Kita berharap dengan sumbangan itu golongan pelajar yang terbabit memiliki keazaman dan semangat tinggi untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya.


Di LIKAS: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai menghadiri majlis berbuka puasa di masjid Bandar Kota Kinabalu.

Menyambut kedatangan beliau Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin; Setiausaha Agung USIA, Haji Abdullah Hussin; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Datuk Mastor Haji Samin serta barisan ahli majlis tertinggi USIA.

Selain berbuka puasa, Sakaran juga turut bersembahyang jemaah maghrib, isya dan sunat tarawaih di samping menyampaikan wang zakat kepada 40 orang anak-anak yatim dari sekitar Sembulan, Inanam dan Tebobon